Pahang Daily Online |
- Panas: Seorang Lagi "Pemimpin UMNO" Di Pahang Bakal Tinggalkan Parti Itu, Dalam Masa Terdekat !
- Panas: Gara-Gara Business Friendly Akhirnya MB Bawa Masuk Pelaburan Berisiko Ke Bumi Pahang
- Lynas Wajar Di Tutup Bukannya Pindahkan Sisa !
- Tiada Prima Facie Terhadap Razak Baginda, Bukti Hakim Mengesahkan Kecelaruan Kes Altantunya !
- PRU: MB Selangor Ulangi Tidak Akan Bubar DUN
- Mahfuz: RM30 Juta, Mana Penjelasan Shabery !!
Panas: Seorang Lagi "Pemimpin UMNO" Di Pahang Bakal Tinggalkan Parti Itu, Dalam Masa Terdekat ! Posted: 07 Mar 2012 12:49 AM PST KUANTAN, 7 Mac - Seorang lagi pemimpin UMNO Pahang bakal mengikut jejak langkah Dato' Ariff Sabri (Bekas ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Pekan) untuk meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Namun, pendiriannya berbeza dan tidak akan sertai mana-mana parti pembangkang atau lain-lain komponen BN seperti Ariff Sabri (masuk DAP). Beliau khabarnya berbuat demikian untuk bertanding sebagai "Calon Pro Rakyat" di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Ketika dihubungi, beliau menjelaskan sudah tiba masanya untuk dia berpihak kepada rakyat secara lebih jelas lagi. "Bukan saya tak suka berada dalam mana-mana parti. Tapi, apalah guna saya berjuang dari dalam jika suara saya tidak mahu didengari oleh pemimpin atasan. Banyak teguran yang saya buat telah dipandang sepi oleh mereka. Saya berjuang demi rakyat berbagai bangsa, agama dan negara tercinta. Maka, lebih elok saya tawarkan diri bertanding sebagai calon bebas (pro rakyat) untuk membolehkan saya membela semua rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing", katanya. Menurut sumber, beliau kemungkinan besar akan bertanding di salah satu DUN di Kawasan Parlimen Pekan, Kuantan, Indera Mahkota atau pun Paya Besar memandangkan beliau lebih dikenali oleh rakyat di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun, namanya memang cukup dikenali di peringkat negeri dan negara. Tambahan pula, hubungan beliau yang cukup rapat dengan pemimpin atasan selama ini. Beliau yang juga berkelulusan dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) itu khabarnya cukup dekat dihati rakyat kerana banyak kerja-kerja amal dan kebajikan yang dilakukan selama lebih dari 37 tahun yang lalu. [Maklumat terbaru ini sungguh mengejutkan dan merupakan tamparan hebat buat UMNO Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob. Difahamkan, lebih ramai lagi pemimpin dan bekas pemimpin parti itu akan berbuat demikian sebelum Pilihanraya Umum ke -13 akan datang. Ramai dikalangan mereka yang menghubungi kami menyataka perasaan kecewa kerana MB dipercayai telah menggunakan kuasanya untuk memperkayakan proksi dan ahli keluarga beliau dengan hasil mahsul dan khazanat rakyat Pahang. Tindakan ini jelas bertentangan dengan perjuangan asal UMNO untuk membela orang-orang Melayu. Malah, difahamkan banyak tanah-tanah dan ladang milik anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang (GLC) sendiri telah tergadai dan terjual ke tangan asing. Pemimpin UMNO gagal mempertahankan hak-hak rakyat hanya kerana mengejar keuntungan duniawi semata-mata. Justeru, bagi mereka yang jujur berjuang dalam parti akhirnya terpaksa undur diri setelah melihat kepincangan berlaku didepan mata mereka gagal untuk dipulihkan lagi. PDO akan membuat pembongkaran seterusnya dalam masa terdekat termasuk kegagalan kerajaan negeri Pahang mempertahankan aset-aset GLC dari jatuh ke tangan asing. Ia sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku jika pemimpin UMNO Pahang tidak khianat kepada perjuangan nenek moyang terdahulu. Inilah senario yang berlaku di Pahang sekarang]. |
Panas: Gara-Gara Business Friendly Akhirnya MB Bawa Masuk Pelaburan Berisiko Ke Bumi Pahang Posted: 06 Mar 2012 10:19 PM PST KUANTAN, 7 Mac - Gara-Gara mengamalkan sikap "business-friendly", maka itulah Kerajaan Negeri Pahang akhirnya terpaksa menerima pelaburan berisiko ke negeri ini. Itulah yang boleh diperkatakan oleh rakyat melihat kepada kennyataan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) di Konvensyen Ekonomi Pahang baru-baru ini. Adnan diminta mengulas mengenai konvensyen yang julung-julung kali diadakan ini berkata, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri menganjurkan konvensyen ini sebagai usaha lanjutan untuk menjayakan ETP di peringkat negeri ini pula."Kita telah mengamalkan sikap 'business-friendly' dan dengan demikian kita berharap akan lebih banyak lagi pelabur datang melabur di negeri Pahang sama ada pelabur dari luar negeri ataupun pelabur tempatan," katanya. Oleh itulah katanya lagi, beliau mengalu-alukan apa juga pandangan termasuklah yang menunjukkan kekuatan mahupun kelemahan kerajaan dalam memacu kemajuan ekonomi di negeri ini demi kesejahteraan rakyat-jelata. "Kita tidak mahu kata-kata atau ucapan yang semata-mata mengampu ataupun mengeluarkan puji-pujian. Tapi kalau boleh, kalau ada pujian tu pujilah juga. Kalau dua hari kita berkonvensyen, dua hari kerajaan kena kritik , tak ada apa yang dibuat yang dikatakan betul maka kita akan berasa lemah semangat juga," katanya Kritik atau tidak, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan disebalik Pahang, sebuah negeri di pantai timur yang dilihat agak terkebelakang daripada segi kemasukan pelaburan terus asing (FDI) dan pelaburan terus tempatan (DDI); memiliki rekod yang agak cemerlang juga dalam hal berkenaan. Ini disebalik Adnan sendiri sering mengakui yang beliaulah Menteri Besar yang paling sedikit ke luar negara bagi mengetuai siri-siri misi menarik pelaburan asing ke negeri ini. Sebaliknya, Pahang katanya, lebih gemar menghantar pegawai-pegawainya menyertai secara 'piggy-riding' dalam misi pelaburan anjuran agensi Kerajaan Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Diam tak diam katanya, kemasukan pelaburan-pelaburan tersebut ke Pahang ialah pada purata RM1,200 juta setahun dalam tempoh 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini. Pada tahun lepas (2011) sahaja sehinggalah Januari tahun ini, Pahang mencatatkan kemasukan pelaburan kira-kira RM6,020 juta! Antara penyumbang terbesar kepada angka ini ialah pelaburan baharu kira-kira RM1,300 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd iaitu pengeluar bahan keperluan pelbagai industri daripada logam tanah jarang. [Nampaknya kenyataan MB Pahang ini menguatkan lagi hujjah kenapa beliau terpaksa membawa masuk pelaburan yang berisiko ke negeri ini, sedangkan dia tahu ia ditolak oleh mana-mana negara di seluruh dunia. Inilah yang berlaku kepada projek Lynas itu sebenarnya. Negara asal bahan rare earth iaitu Australia sendiri tidak membenarkan kilang itu beroperasi di negara mereka, malah tidak mahu juga menerima sisa buangan bahan tersebut sebenarnya. Namun, sungguh aneh bila mana Kerajaan Negeri Pahang begitu mudah bersetuju menerima projek berkenaan. Bukankah ini menunjukkan sikap "business friendly" yang diamalkan itu telah menyebabkan rakyat akhirnya menanggung derita. Kini berbagai helah dan alasan diberikan untuk mengatakan projek tersebut tidak memberi kesan dan risiko kepada rakyat, sedangkan umum mengetahui apa yang akan terjadi sebaliknya. Maka itulah rakyat bantah]. |
Lynas Wajar Di Tutup Bukannya Pindahkan Sisa ! Posted: 06 Mar 2012 09:44 AM PST |
Tiada Prima Facie Terhadap Razak Baginda, Bukti Hakim Mengesahkan Kecelaruan Kes Altantunya ! Posted: 06 Mar 2012 08:37 AM PST KUALA LUMPUR, 7 Mac - Penganalisis politik Abdul Razak Baginda tidak mempunyai kes prima facie untuk menjawab pertuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu yang berlaku pada 2006, menurut penghakiman bertulis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu semalam. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata, nota-nota yang ditulis Abdul Razak, yang ditemui dalam beg Ketua Inspektor Azilah Hadri, berserta dengan alamat penuh kediaman Abdul Razak dan nama bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda, adalah konsisten dengan seorang lelaki yang tidak bersalah yang telah meminta bantuan polis untuk melakukan rondaan di kawasan rumahnya (Abdul Razak) berikutan gangguan dan ugutan daripada Altantuya. Dalam penghakiman setebal 70 muka surat, Hakim Mohd Zaki juga berkata malahan sekiranya Abdul Razak boleh disimpulkan sebagai mempunyai "motif" berdasarkan semua surat peras ugut daripada si mati (Altantuya), ia tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi sabitannya tanpa sebarang keterangan langsung atau keadaan bagi pembabitannya dalam apa juga cara dalam perlakuan kesalahan itu. "Saya berpuas hati bahawa tiada prima facie untuk beliau menjawab pertuduhan terhadapnya. Dengan itu, saya mendapati tertuduh ketiga tidak bersalah dan memerintahkannya dilepas dan dibebaskan," katanya dalam penghakiman beliau yang diedarkan kepada media itu. Mengenai afidavit Abdul Razak, Hakim Zaki berkata, beliau tidak punyai sebarang alasan untuk tidak bersetuju dengan Razak bahawa Altantuya memeras ugutnya. [Satu keputusan yang sudah pasti mengelirukan sebenarnya. Hakim akui Razak Baginda ada menulis nota dan ia dijumpai pula dalam beg Inspektor Azilah Hadri. Malah nota tersebut mengesahkan Razak Baginda meminta bantuan pihak polis kononnya dia diganggu dan diugut oleh Altantunya. Persoalannya, kenapa Altantunya mengugut Razak Baginda?. Kenapa polis tidak huraikan isu pokoknya. Apa motif ugutan tersebut?. Malah, jika dia diugut dan nota pula dijumpai dalam beg Azilah dan pegawai polis itu didapati bersalah membunuh Altantunya maka sudah pasti Razak Baginda mempunyai kaitan juga. Ini kerana dia yang meminta bantuan Azilah melakukan rondaan di kawasan rumahnya (Abdul Razak) berikutan gangguan dan ugutan daripada Altantuya. Jika tidak, siapa yang arahkan Azilah dan Sirul membunuh Altantunya. Sifirnya cukup mudah. Jika kes ini disiasat oleh polis macam filem CSI atau James Bond maka sudah pasti Razak boleh dikaitkan, sebab dia yang kenal Altantunya bukannya Sirul dan Azilah. Makanya, kenapa Hakim begitu mudah mengatakan tiada Prima Facie dalam kes ini. Apakah kerana Razak mempunyai hubungan akrab dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak?. Justeru, rakyat perlu bangkit buat perubahan pada Pilihanraya Umum akan datangagar kes ini dapat diadili semula dalam mahkamah dan sistem kehakiman yang lebih telus dan adil. Jika tidak, sudah pasti persoalan ini masih belum terjawab!]. |
PRU: MB Selangor Ulangi Tidak Akan Bubar DUN Posted: 06 Mar 2012 08:25 AM PST |
Mahfuz: RM30 Juta, Mana Penjelasan Shabery !! Posted: 06 Mar 2012 08:14 AM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan