Isnin, 26 Mac 2012

PERAKITE

PERAKITE


Adun Rim-Jasin yang ditahan di kelab dangdut?

Posted: 26 Mar 2012 07:35 AM PDT

Teka teki mengenai ADUN yang terkantoi semasa serbuan di sebuah kelab dangdut kini terbongkar.


Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka menahan 27 orang dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.  termasuk seorang ADUN Melaka.. 
Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah  MOHD YAZED BIN HJ.KHAMIS, ADUN dari RIM-JASIN.

Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 


NAMA : SDR. MOHD. YAZED BIN HJ. KHAMIS,

TARIKH LAHIR / TEMPAT LAHIR : 09 Mei 1966

NO. KAD PENGENALAN : 660509-04-5441

ALAMAT : 53 JALAN CEMPAKA 7, TAMAN SERI CEMPAKA,
75400 PERINGGIT, MELAKA.

NO. TELEFON
i) BIMBIT : 019 - 6674104
ii) RUMAH : 06 - 2845731
iii) PEJABAT :

STATUS PERKAHWINAN : BERKAHWIN

BILANGAN ANAK : 03

TARAF PENDIDIKAN

i) SEKOLAH RENDAH :SEK KEB AIR BAROK

ii) SEKOLAH MENENGAH :SEK MEN DATUK BENDAHARA

iii) UNIVERSITI / KOLEJ :UITM. DIPLOMA UKUR BAHAN

JAWATAN

i) PERHUBUNGAN :JAWATAN KUASA PERHUBUNGAN NEGERI MELAKA
ii) BAHAGIAN : BEKAS KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAH JASIN
iii) CAWANGAN : KETUA PEMUDA CAWANGAN KEMENDOR

PEKERJAAN : AHLI PERNIAGAAN

AKTIVITI SUKARELAWAN / NGO

JAWATANG YANG DISANDANG

i) POLITIK : KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

ii) NGO :

1. Pengerusi Belia 4B Cawangan Kemendor

2. Pengerusi Bola Sepak Lega Perdana Melaka

3. Nazir PLKN Negeri Melaka

Dan  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka!

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan.

Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan.

"Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC.

"Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.

"Sebab itulah kami memberi tempoh seminggu kepada beliau, dan sekiranya gagal, maka kita akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu," katanya.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah.

Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah.

Muidin dituduh bunuh Dirang

Posted: 26 Mar 2012 06:16 AM PDT

Muidin Maidin, 24, seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, awal bulan ini.


Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu.

Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira jam 8.40 malam, 2 Mac lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan.

Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Vinodharan. - BERNAMA

Haru biru jika benar exco agama dok rehat di kelab hiburan

Posted: 26 Mar 2012 06:12 AM PDT

Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

P/s: Menurut sumber pelbagai blog, YB UMNO yang dimaksudkan itu ialah individu yang dipertanggungjawabkan menjaga portfolio agama Islam dalam barisan Exco Melaka.

Tiada ulasan: