Jumaat, 23 Mac 2012

PERAKITE

PERAKITE


Anak Nazri Aziz gaduh dengan pengawal keselamatan?

Posted: 23 Mar 2012 04:45 AM PDT

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizKetua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Kerajaan rosakkan kesatuan sekerja

Posted: 22 Mar 2012 07:30 PM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa Kementerian Sumber Manusia antara yang bertanggungjawab merosakkan kesatuan sekerja di dalam sesebuah organisasi sehingga menimbulkan pelbagai masalah.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, pelbagai masalah sedang menyelubungi pekerja termasuk mereka dihalang untuk berkesatuan.

"Apa sistem perundangan yang ada dalam negara ini? Semua ini perbuatanKementerian Sumber manusia," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Ekoran itu, MTUC hilang kepercayaan kepada Menteri Sumber Manusia kerana dia seolah-olah hendak menghapuskan pekerja yang berkesatuan.

"Apabila pekerja dihalang berkesatuan, bukan sahaja merosakkan hubungan pekerja dengan majikan bahkan akan mengundang kemerosotan mutu kerja," kata beliau.

Jelasnya, pekerja yang tidak berkesatuan khususnya dalam sebuah organisasi besar seperti syarikat GLC sudah tentu tiada siapa yang akan membela mereka sekiranya majikan bertindak sewenang-wenangnya terhadap pekerja.

"Kalau kita tengok masalah ini juga berlaku dalam MAS di mana MAS juga mempunya kesatuan dalam masa yang sama ada pula kesatuan lain seolah-olah majikan hendak melaga-lagakan antara pekerja," katanya.

Ini juga katanya terjadi kepada pekerja WestPorts Sdn Bhd ternyata majikannya adalah anti pekerja.

Khalid berkata, kerajaan yang tidak serius terhadap masalah pekerja kerana tidak ada sebarang pindaan terhadap undang supaya lebih adil kepada pekerja dan majikan.

"Malangnya, kerajaan membiarkan majikan yang ada hari ini menyusahkan, sistem penubuhan kesatuan dalam mana-mana syarikat yang memihak kepada mereka, benar pula tubuh union dalam syarikatnya," ujarnya.

Keadaan itu juga, katanya berlaku di dalam syarikat British Tobacco yang di mana kesatuan BATIU yang mewakili 40 tahun pekerja di situ turut dipertikaikan majikannya akhirnya kesatuan itu mati begitu sahaja.

"Inilah masalah besar yang sedang dihadapi oleh kesatuan-kesatuan di dalam sebuah syarikat besar yang mempunyai ribuan pekerja, inilah kerisauan yang menghantui pekerja," jelasnya.

Anwar setuju debat RPK dan Najib

Posted: 22 Mar 2012 07:22 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim beliau bersetuju berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya".

Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter.

Raja Petra bagaimanapun mencelah dan akhirnya Assenge bersetuju dengan perdebatan tiga penjuru. Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan menerima cadangan terbaru itu.

YouTube Malaysia

Posted: 22 Mar 2012 07:18 PM PDT

Pelayar laman video, YouTube kini boleh menjalankan carian kandungan tempatan @ Malaysia yang releven dengan lebih mudah dan cepat ekoran pelancaran platform komuniti itu semalam.

Menurut Pengarah Pengurusan Produk YouTube Asia Pasifik, Adam Smith, pelayar kini boleh mengguna khidmat setempat tersebut dengan memilih 'Malaysia' sebagai tetapan lokasi atau melayari www.youtube.com.my .

Smith berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan khidmat setempat khusus untuk Malaysia berdasarkan trend penggunaan yang semakin meningkat sehingga ada yang kini telah dikenali di peringkat antarabangsa.

"Versi setempat khas untuk Malaysia ini bakal membolehkan lebih ramai lagi bakat tempatan seperti Zee Avi, Yuna, Tenderfist dan Mizz Nina.

"Harapan ini boleh dicapai kerana versi khas ini memudahkan pencipta kandungan dan pelayar tempatan saling berinteraksi," jelas beliau.

Dua syarikat media dan muzik tempatan iaitu Astro dan KRU Studios telah menjalinkan perjanjian perkongsian bagi memudahkan pengagihan kandungan serta meningkatkan jumlah penonton kedua-duanya.

Hasan menyelar individu bergaji tinggi

Posted: 22 Mar 2012 07:08 PM PDT

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mempersoalkan tindakan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Ini kerana masa dia jadi Exco Kerajaan Negeri, beliau tidak menerima elaun exco kecuali elaun sebagai ahli dewan undangan negeri sahaja. Elaun-elaun mesyuarat lain pun dia tak terima... kah ka kah.

Hasan yang tidak iri hati mendakwa, individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama.

"Saya bukan iri hati, hanya fikirkan rakyat. Saya hairan sebab dia asyik ke luar negara saja, seolah-olah tiada kerja di negeri ini.

"Saya cadangkan supaya hadkan bilangan untuk seseorang itu pegang jawatan seperti yang pernah dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ini. Jika dia mahu pegang banyak jawatan, kena hadkan elaun diterimanya," katanya yang menyifatkan dirinya sebagai pakar motivasi.

Hasan yang kini gagal memotivasi diri sendiri kini menghadapi masalah kerana gagal mengawal diri sendiri kecuali asyik menyalahkan orang lain, sejak dibuang dari PAS.

Beliau mendakwa, pemecatannya daripada Pas adalah kerana berjuang untuk Islam, Melayu dan institusi diraja (IMR).

Dr Shafiee Abu Bakar (PAS-Bangi) kemudian bangun dan mempersoalkan Hasan sumbangan sebagai Exco Selangor sebelum ini dan mendakwa kemungkinan beliau kecewa akibat dipecat kerana gagal memperjuangkan hal ehal Islam kecuali untuk peribadi.

Ng Sue Lim (DAP-Sekinchan) turut bertanya masa yang diperuntukkan Hasan melibatkan diri dengan orang bukan Islam mengenai dakwaan murtad yang dibuat mereka.

"Saya seorang pakar motivasi, tiada istilah kecewa dalam hidup saya," katanya.

Muamba mati 78 minit

Posted: 22 Mar 2012 06:55 PM PDT

Pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba mati selama 78 minit ekoran jantungnya berhenti berdegup selama tempoh itu, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.

Jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan semasa dirawat di Hospital Dada London di sini.
Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dan Tottenham, Sabtu lepas.
Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba di hospital.
"Mereka berusaha memulihkannya. Selama 78 minit jantungnya tidak berdegup dan dia tidak bernafas.
"Dia telah mati ketika itu," tambah Tobin.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nude Celebs - Free Nude Celeb Pics. [url=http://www.autopartssite.net/auto-parts/celebrity-stolen-dvds/]www.autopartssite.net/auto-parts[/url]