Jumaat, 23 Mac 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Kalau Tengokkan Bapaknya Memang Tak Hairan

Posted: 23 Mar 2012 02:06 AM PDT

PANAS :MANA NAZRI AZIZ DAPAT DUIT BELI PORSHE ANAKNYA???


Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri
Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizPengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. - mk

Najib Keluarkan Arahan Mahu Lembu-lembu Itu Terus Bersama Shahrizat

Posted: 23 Mar 2012 02:00 AM PDT

Wanita Umno negeri: 'Kamilia, jangan buat hal'

Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.

Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.

Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

Akhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (kiri) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu. -mk


'PM seru Wanita bersama Shahrizat'


Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada memimpin pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh di belakangnya.

Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan bahawa seruan itu dibuat oleh presiden Umno itu dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu.

"Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.

"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah dalam sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.

The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata, peletakan jawatan Shahrizat - yang dikaitkan dengan isu National Feddlot Corporation - sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini, tidak mencukupi.

Ikrar taat setia esok

Mengulas lanjut kenyataan Kamilia, Raja Ropiaah berkata, Wanita Selangor kesal dengan kenyataan itu dan ia seolah-olah menunjukkan Wanita Umno tidak bekerjasama dengan Shahrizat.

"Kenyataan yang diberi oleh Datuk Kamilia itu pandangan peribadi. Kerana kami tidak sependapat dengan apa yang dia katakan.

"Semasa perjumpaan Jumaat lalu bersama perdana menteri dia tidak hadir kerana berada di luar negara," katanya.

Sehubungan itu, Raja Ropiaah berkata, kenyataan Kamilia tidak memberi kesan kepada parti, malah Wanita Umno akan berdiri teguh bersama kepimpinan Najib dan Shahrizat.

"Esok pada perhimpunan Wanita Umno bersama perdana menteri, kita akan ikrar taat setia pada perdana menteri dan Shahrizat.

"Wanita Umno Selangor juga akan bekerja keras bagi merampas Selangor," ujarnya.
-mk

Masih ada yang menyokong Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO di atas permintaan (arahan) Najib.

Sokonglah Shahrizat yang terpalit dengan najis lembu NFC itu sehingga pilihanraya nanti. Najib sendiri juga akan menerima bencananya apabila menyokong kebatilan.

Rakyat yang bakal menentukan, yang bersalah tetap bersalah dan pasti menerima hukumannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Seperti Najib yang cuba selamatkan ahli keluarga Shahrizat daripada didakwa, namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, akan tetap ada orang yang menyuarakan yang hak di dalam parti itu sendiri bagi mempastikan kebenaran dan keadilan itu dapat ditegakkan.

Nak ikut kebenaran ikutlah, nak ikut Najib, Shahrizat & lembu-lembunya, tiada paksaan. Kelak nanti kebenaran tetap mengalahkan kebatilan! -GB

Bantah Umno guna politeknik untuk politik

Posted: 23 Mar 2012 01:58 AM PDT


PERMATANG PAUH, 23 Mac: Semua rakyat kawasan ini  yang prihatin kepada penyalah gunaan harta rakyat  dikerah hadir bagi membantah penggunaan politeknik bagi program Umno.

Mereka diminta berkumpul di hadapan pintu utama Politeknik Seberang Perai selepas solat zohor esok bagi membantah secara aman terhadap program 'Pelancaran Gelombang Biru' Pilihanraya Umum Ke 13 oleh Umno.

Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Haji Omar Hasan berkata, program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik merupakan program kepartian yang diadakan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang selama ini tidak dibenarkan sama sekali oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Kerajaan BN hanya melarang parti pembangkang sahaja menggunakan sebarang padang IPT sedangkan bagi BN ialah dibolehkan.

"Sikap yang ditunjukan itu berat sebelah.  Mereka mencabul apa yang menjadi undang-undang.  Oleh itu marilah bersama-sama hadir di pintu utama Politeknik Seberang Perai untuk membantah pencabulan itu," tegasnya.

Ini membuktikan Umno dan BN bankrap perancangan dan tempat sehingga memilih lokasi yang selama ini tidak boleh dimasuki oleh mana-mana parti.

Pagi tadi satu memorandum telah dihantar oleh beliau sendiri bersama Setiausaha PAS Permatang Pauh, Mansor Che Dan, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Jamsari Samad, Pengarah Pilihanraya Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Jaya, Anuar Hamid dan Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh, Yusmira Yusuf.

Sementara itu Pengarah Politeknik Seberang Perai, Haji Zulkifli Ariffin berkata, sebenarnya pihaknya menerima surat permohonan dari Kementerian Belia dan Sukan untuk program penyampaian peruntukan kepada badan di bawah belia di Pulau Pinang.

Cuma kemudianya timbul satu lagi surat dari Umno untuk mengadakan pelancaran di tempat yang sama.

Namun beliau berjanji tidak akan membenarkan Umno memasang bendera parti kerana tidak mahu melihat Politeknik Seberang Perai terdedah dengan politik kepartian. -Hrkh

Imam baling kasut: Isteri, peguam fail semakan

Posted: 23 Mar 2012 01:57 AM PDT


Peguam veteran Karpal Singh dan isteri seorang imam, Noorliza Mat Isa, 43, hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan bagi mengkaji semula tempoh tahanan satu tahun penjara ke atas Hoslan Hussein.

Mereka memohon agar tempoh pemenjaraan itu disemak dan dikurangkan atas alasan Mahkamah Persekutuan melampaui bidang kuasanya ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun.

Hujah mereka, hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 228 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghina pegawai kehakiman adalah penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Hoslan pada 8 Mac dijatuhkan hukuman penjara satu tahun oleh mahkamah tertinggi di negara ini kerana didapati bersalah membaling seliparnya ke arah panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari.

Tindakan itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.
Hoslan yang kini ditempatkan di Penjara Kajang. -M'kini

Tiada ulasan: