Rabu, 14 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Bekas ADUN Pulau Manis, Ariff Sabri Bakal Berceramah Dengan Mat Sabu Di Pekan Malam ini

Posted: 14 Mar 2012 03:08 AM PDT

PEKAN, 14 Mac - Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz (foto) akan tampil dalam ceramah pertamanya di sini pada malam ini (14 Mac). Beliau yang juga cukup dikenali sebagai Blogger Sakmongkol yang amat digeruni oleh Menteri Besar Pahang itu akan berceramah sepentas dengan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu di Batu 9, Sg.Miang dekat sini. Ariff yang merupakan ADUN pertama bagi DUN Pulau Manis yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya sebelum itu. Kawasan di DUN terbabit yang sepatutnya berada dalam Parlimen Paya Besar telah dipindahkan ke Parlimen Pekan bagi memberikan kemenangan besar kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika itu (PRU11-2004). Ariff Sabri menang dengan majoriti 4,491 undi menewaskan calon PAS, Ahiatuddin Daud. Beliau mendapat 7,153 undi sementara calon PAS itu hanya mendapat 2,662 undi sahaja. Kemenangan Ariff Sabri sungguh membanggakan Najib, tambahan pula ketika itu beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan sendiri. Namun, baru sepenggal beliau bergelar "wakil rakyat", tempatnya kemudian digantikan oleh Khairuddin Mahmud pada PRU12 lalu. Tindakan UMNO ini menyebabkan penyokong Ariff Sabri kecewa, tambahan pula beliau cukup berpotensi untuk naik dalam hairaki politik parti itu di Pahang. Susulan itu, Ariff lebih banyak menumpukan perhatian menulis blognya Sakmongkol AK47 dan secara terbuka mengkritik kepimpinan UMNO BN baik di peringkat negeri mahu pun pusat. Tindakan itu menyebabkan beliau terus dipinggirkan oleh para pemimpin UMNO. Akhirnya pada awal Januari 2012 lalu Ariff membuat satu keputusan yang cukup mengejutkan, dimana beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Demokratik Rakyat (DAP) yang amat dimusuhi UMNO. Beliau menyerahkan borang penyertaannya kepada Setiausaha Agung UMNO, Lim Guan Eng ketika itu. Paling menarik seorang lagi Blogger UMNO yang cukup hebat dari Negeri Sembilan, Aspan Alias turut mengambil tindakan yang sama seperti beliau. Aspan khabarnya akan turut serta dalam ceramah ini malam nanti. Difahamkan esok (15 Mac) Ariff Sabri, Aspan dan Mat Sabu juga akan berceramah di Tapak Kompleks PAS Kawasan Raub, Kg Gali Tengah. Orang ramai adalah dijemput hadir.


Aspan Alias (kiri) dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga akan hadir
di Sg,Miang Pekan dan Kg.Gali Tengah Raub pada 14 dan 15 Mac ini
[Pasti ramai yang akan hadir untuk menyaksikan bekas orang kuat UMNO Pekan ini menghentam ketuanya sendiri iaitu Datuk Najib Tun Razak. Ariff khabarnya akan membongkarkan banyak isu berkaitan Najib yang pasti akan mengejutkan rakyat Pekan. Ternyata kini orang kanan Najib yang berpaling tandah akan kembali ke kawasan itu untuk memperbetulkan persepsi salah rakyat Pekan terhadap anak Tun Razak itu. Najib bukanlah anak Pekan sejati dan beliau langsung tidak cakna dengan kebajikan orang Melayu di Pekan sekarang ini. Apa yang lebih diutamakan ialah bagaimana mahu mempertahankan kemenangannya di parlimen itu pada Pilihanraya Umum akan datang, Langkah Najib memunggah begitu ramai warga asing menjadi pengundi berdaftar di Pekan amatlah tidak disenangi oleh orang Melayu di sana. Mereka kecewa kerana Najib lebih selesa melayan warga asing daripada anak jati Pekan sendiri. Malah, mereka bukan sahaja diberikam IC (MyKad) tetapi turut juga mendapat kemudahan lain yang tidak ada pada orang Melayu Pekan. Makanya, ceramah yang akan diadakan di Sg.Miang itu sudah pasti akan menjadi sejarah kerana disitulah antara kawasan yang kini didiami oleh begitu ramai warga asing terutamanya dari Kemboja. Semua orang tahu termasuk UMNO, tapi mereka tutup mata demi mengagungkan Najib. Justeru, datanglah beramai-ramai 14 Mac ini untuk menyaksikan pembongkaran panas di sana nanti].

Panas: Adnan Nafi Kerajaan Negeri Pahang Muflis & Tidak Mampu Bantu Rakyat Buat Pembangunan

Posted: 14 Mar 2012 02:15 AM PDT

TEMERLOH 14 Mac - Orang ramai khususnya rakyat negeri Pahang tidak harus terpedaya dengan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri sudah muflis serta tidak mampu lagi membantu rakyat dan melaksanakan projek pembangunan, kata Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto). Beliau berkata, tohmahan kononnya kerajaan negeri terpaksa meminjam dan menanggung bebanan hutang akibat boros berbelanja adalah tidak benar sama sekali. "Kita mempunyai pelbagai punca kewangan daripada pelbagai sumber termasuk cukai yang dibayar oleh pelabur, peniaga, cukai tanah dan lain-lain. "Daripada pelbagai hasil itulah membolehkan kerajaan berbelanja dan membantu rakyat serta melaksanakan projek pembangunan. "Ini membuktikan tuduhan pembangkang kononnya kerajaan bankrap merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata," katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 4,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Semantan di sini. Adnan berkata, dakwaan oleh pembangkang itu hanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat sedangkan pembangkang sendiri tidak melakukan sebarang kebaikan kepada rakyat. "Kerajaan negeri memberi subsidi bagi mengurangkan bayaran bil air rakyat selain memperuntukkan RM192 juta bagi membiayai pembangunan pendidikan tahun ini. "Jika kerajaan bankrap tidak mungkin kita dapat melakukan semua ini," kata beliau lagi.

[MB Pahang punyai hak untuk mempertahankan dakwaan beliau bahawa negeri ini tidak bankrap atau muflis. Namun, hakikatnya hanya rakyat yang lebih mengetahui terutamanya bagi mereka yang bekerja di Pejabat SUK Pahang. Muflis bukanlah bermaksud kita tidak boleh melaksanakan lain-lain agenda atau membantu rakyat. Muflis tidak juga bermaksud yang kerajaan Pahang langsung tidak mempunyai wang seperti kata Adnan. Ramai orang yang muflis tetapi mereka masih kaya raya dan menjalankan perniagaan seperti biasa dengan menggunakan nama ahli keluarga atau proksi masing-masing. Ramai orang yang muflis tetapi masih boleh memberi makan anak bini tanpa sebarang halangan. Maknanya, muflis yang dimaksudkan itu lebih menjurus kepada kegagalan kerajaan membayar segala hutang piutang dengan kerajaan pusat, sedangkan Pahang sebuah negeri yang luas dan kaya dengan hasil buminya. Maka itulah rakyat melihat hasil-hasil itu lebih banyak berlegar-legar dikalangan kelompok pemimpin dan kroni-kroni mereka. Rakyat hanya makan debu dan tempias, isinya habis mereka sapu. Inilah yang memusykilkan rakyat sejak sekian lama. Apapun, rakyat berhak menilai siapakah yang lebih layak menggantikan pentadbiran Adnan Yaakob pada masa akan datang].

Iklaneka: Aparment Di Port Dickson Untuk Di Jual

Posted: 13 Mar 2012 11:02 PM PDT


Apartment Di Ocean View Resort, Teluk Kemang Hendak Di Jual
Harga RM88,800 (Boleh Runding) | Tingkat 4 | 59 Meter Persegi
Geran Kekal, Brhampiran Politeknik Port Dickson | 019-2845511

Video Eksklusif: Lynas, Fakta Atau Mainan Politik

Posted: 13 Mar 2012 09:06 PM PDT

Warga 50 Tahun Salasilah Keluarga Pulau Tawar Anjur Program Imbau Sejarah Lama Ahad Lalu !!

Posted: 13 Mar 2012 10:35 AM PDT

JERANTUT, 14 Mac - Seramai lebih kurang 500 orang salasilah keluarga telah berkumpul di Dataran Kuduk, Simpang Pulau Tawar bagi meraikan Program Jubli Emas Celebration "Kome 50 Tahun" pada hari Ahad, 11 Mac baru-baru ini. Program anjuran urusetia "Facebook Group" Salasilah Keluarga Pulau Tawar itu telah berjaya mengumpulkan warga Pulau Tawar yang berumur 50 tahun untuk diraikan. Semua kaum keluarga dari seluruh negara telah berkumpul untuk bertemu dengan sanak saudara mereka sempena acara tersebut. Dalam program itu beberapa aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah sambutan ulang tahun ke 50 warga Pulau Tawar yang lahir pada 1962. Mereka berkumpul setelah lama tidak berjumpa. Turut hadir menyerikan acara itu ialah dua orang guru yang pernah mengajar mereka ketika bersekolah dahulu iaitu Puan Normah binti Sudin dan Tuan Haji Norzari bin Haji Yahya (foto). Program yang bermula sekitar jam 9.00 malam itu turut disertai oleh Saudara Man Kadir yang popular sebagai Pak Jabit dalam filem "Hantu Mak Limah". Berbagai acara sukaneka teka kacang, baling bola, tendang bola botol, sajak, kuiz dan gerai jualan turut diadakan. Disamping itu juga, bagi menyerikan lagi program berkenaan satu acara penyerahan salinan "Kitab Salasilah Keluarga Pulau Tawar" telah dilakukan oleh Blogger Cucumatkilau. Kitab asal yang telah ditulis oleh datuknya, Allahyarham Md Yunus Teh (Aki Yunus) itu dipercayai sudah berusia hampir 72 tahun. Penyerahan simbolik itu telah dibuat kepada Cikgu Azam Ramli, yang bertindak selaku Urusetia Penganjur program berkenaan. Beliau diamanahkan untuk menyambung semula salasilah keluarga dalam buku tersebut untuk menjadi rujukan seluruh ahli keluarga Pulau Tawar. Justeru, semua ahli keluarga Pulau Tawar yang berada seantero dunia bolehlah menghubungi beliau di talian 019-9797859 untuk sebarang pertanyaan atas urusan yang berkaitan. Program yang berakhir sekitar jam 12.00 malam itu cukup meninggalkan kenangan manis kepada seluruh ahli keluarga Pulau Tawar yang hadir pada malam tersebut.


Warga 50 tahun Pulau Tawar bergambar kenangan pada majlis tersebut

Warga 50 tahun P.Tawar sampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Norzari

Blogger Cucumatkilau tunjuk risalah sebenar kitab salasilah Pulau Tawar

[Satu usaha yang sungguh menarik dan bermanfaat kepada semua. Namun anehnya, ramai anak Pulau Tawar di perantauan tidak pulang bersama untuk menyertai program ini, sedangkan maklumat sudah lama diwar-warkan. Ada diantara mereka yang tidak membatalkan program-program lain, untuk hadir ke sini. Sepatutnya mereka sudah bersiap sedia sejak dari awal untuk sama-sama terlibat. Tambahan pula bukan selalu program seperti ini dapat dijalankan dan merek dapat sama-sama bertemu dengan ahli keluarga dan salasilah yang lain. Sejarah tidak dapat berulang lagi, justeru kepada generasi muda mereka perlulah menghargai pengorbanana orang-orang tuan untuk mengadakan acara sebegini. Apapun, kami ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menghimpun begitu ramai Salasilah Keluarga Pulau Tawar untuk bersama-sama memerihakan program ini. Semoga akan lebih ramai lagi akan turut berkorban masa dan tenaga untuk bersama pada masa yang akan datang].

Pakatan Gesa 'CEO Lynas Berjumpa Rakyat' Dulu Sebelum Berhajat Mahu Bertemu Lim Guan Eng !!

Posted: 13 Mar 2012 09:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Pakatan Rakyat menggesa CEO Lynas Corporation, Nick Curtis (foto) mengadakan pertemuan dengan rakyat negara ini terlebih dahulu sebelum berhasrat bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng. Tindakan itu, bagi Pakatan Rakyat adalah sejajar dengan slogan kerajaan persekutuan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat apabila Lynas Corporation melahirkan kekecewaan dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan syarikat itu semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti. "Kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju saya tidak berjumpa dengan CEO Lynas selagi pegawai berkenaan tidak berjumpa dengan rakyat negara ini telebih dahulu," demikian tegas Lim Guang Eng dalam sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini. Terdahulu, dalam satu kenyataan, Lynas mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif itu. Ekoran itu, CEO Lynas itu bersedia untuk bertemu dengan Lim Guan Eng bagi menjelaskan kedudukan kilang Lynas di Gebeng. Nick Curtis, bagaimana pun menegaskan bahawa tawaran untuk berjumpa itu masih lagi terbuka.


Sidang Media pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen semalam

[Tindakan CEO Lynas untuk bertemu dengan Lim Guan Eng adalah satu strategi politik beliau sebenanrnya. Agak hairan, kenapa beliau tidak mahu menjemput rombongan NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang telah ke Australia Oktober tahun lalu?. Jika beliau jujur dan ikhlas, beliau sepatutnya bertemu dengan pihak terbabit untuk berbincang apa yang tidak kena dalam projek ini. Bukannya membiarkan rakyat menanggung risiko untuk terus hidup. Kini, Lynas semakin tersepit sama ada meneruskan projerk tersebut atau membawa ia keluar dari negara ini. Apa yang pasti, amat sukar untuk ia dipindahkan ke tempat lain kerana lesen TOL untuk mereka beroperasi sudah pun diluluskan oleh kerajaan walau pun lokasi untuk membuang sisa-sisa bahan buangan terbabit masih lagi menjadi kontroversi. Mereka boleh melakukan apa saja untuk mempertahankan projek ini, namun rakyat juga ada hak untuk menghalangnya kerana mereka yang akan hidup dan tanggung segalanya].

Panas: Dewan Kecoh, Najib Elak Jawab Isu SBPA

Posted: 13 Mar 2012 09:30 AM PDT

Tiada ulasan: