Rabu, 14 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


NAJIB KANTOI LAGI: Wasatiah Atau Wa Sapu Lah Dalam Perbelanjaan? Perabih Harta Rakyat!!!..

Posted: 13 Mar 2012 11:58 PM PDT

Selepas aku belasah Najib pasal pertunangan anaknya yang guna duit rakyat beberapa hari lepas <KLIK SINI>, kali ni aku gatal nak belasah dia lagi. INGATAN BUAT PUAK LEMBUMNO, PIHAK HOTEL SENDIRI DAH MENGAKU BIL YANG ADA PADA KAMI ADALAH TULEN! Nak lari mana lagi wei?


Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya disebut sebagai "Majlis Pejabat Perdana Menteri"? Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir.

Pecahannya seperti berikut:


Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang = RM20,700


Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai = RM7,738


Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai = RM5,300


Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai = RM795


Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai = RM31,800


Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai = RM12,720


JUMLAH = RM79,053
 


Dalam masa lebih kurang satu bulan, Najib membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika Najib bertegas ini dibayar sendiri, celah mana dia mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa? Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan atau nama paling senang KRONI yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Najib bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan dia selama ini?



Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain. Wajarkah Najib berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.

Birthday aku pun tak lama lagi, apakata kalau PMO tanggung majlis aku pulak? Maklum la, rakyat susah macam aku tak pernah sambut Majlis hari jadi kat hotel.. 
Waaaaakakakkakakaaaaaa!!! 

PERGH!! UMNO tuduh ANWAR pula guna agen YAHUDI!? APCO tak jawab lagi.

Posted: 13 Mar 2012 05:41 PM PDT

Setelah gagal meyakinkan rakyat Malaysia dengan cerita dongeng bahawa Anwar itu ejen Yahudi, kini pihak UMNO menukar strategi mereka.. daripada seorang ejen Yahudi, Anwar dituduh menggunakan ejen Yahudi pula..

Ya lah.. siapa nak percaya.. sekejap Anwar dituduh sebagi ejen Yahudi, kemudian ejen Amarika, kemudiannya ejen India, lepas tu ejen Cina, ejen Kadazan, ejen Iban, ejen Melanau dan berbagai-bagai ejen lah.. akhir sekali entah ejen apa tah..

Secara lojik jika benar Anwar itu adalah ejen-ejen yang dituduh UMNO dah lama Anwar mati ditembak..

Hari ini.. UMNO Selangor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi membantu PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Aku kurang pasti mamat yang buat tuduhan ni berada dalam keadaan sedar atau tidak atau dia saja nak buat lawak sedangkan yang jelas bersahabat dengan Yahudi itu adalah UMNO sendiri..

Dan yang disahkan membayar Firma yang ada kaitan dengan Yahudi itu adalah UMNO juga..

Paling melucukan ialah bila mamat ni tuduh ejen Yahudi itu telah menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD) dan dalam sekretariat PKR.

Yahudi tu nak masuk melalui pintu Imigresen yang mana satu agaknya?? korang bacalah..


*******************************************

Umno dakwa Anwar guna ejen Yahudi gerakkan PKR
SHAH ALAM: Umno Selangor hari ini mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi membantu PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed berkata agensi itu, Yayasan Konrad Adeneur (KAF) membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).

KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemburg'.

Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada PKR.

Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).

"KAF secara terbuka menaja Pakatan menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di German yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.

Kader asing
"Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Pejabat Umno Selangor di sini hari ini.

Selain KAF, Mohd Zain mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

"PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya.

NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat.

Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).

"IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis," katanya.

Beliau mendakwa agensi itu turut menggunakan kempen kebencian secara subversif apabila membangkitkan isu 'Malaysia Spring', Hindraf, dan isu Kristian semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sarawak tahun lalu.

"Menggunakan sentimen agama dan mewujudkan kebencian di kalangan rakyat bagi merampas kerajaan adalah satu kaedah yang paling primitif dan tidak bertamadun," katanya yang mahu membuat pendedahan lagi pada masa akan datang.


Free Malaysia Today


GEMPAR!!! Zahid Hamidi LUCAH!!

Posted: 13 Mar 2012 03:31 AM PDT

Ingat lembUMNO ingat SEKS! Kali ni Zahid Hamidi pulak yang dengan bangangnya menghina kaum wanita. Ini berlaku apabila seorang aktivis wanita memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya kerajaan bebas daripada gejala rasuah.




Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan. 





ZAHID, LUCAH SUNGGUH KO!!! 
Innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima... Ini adalah benar-benar kenyataan kurang ajar dari seorang yang bertaraf MENTERI!!!

PALE HOTAK KO!!!




Tiada ulasan: