Pahang Daily Online |
- Video: Sesi Soal Jawab Di Parlimen 13 Mac 2012 !
- Iklaneka: EVO Semakin Laris, Pusat Jualan Pantai Timur Telah Di Buka Di J'alan Mahkota Kuantan' !
- Video: Ketua Pembangkang Bahas Titah Di Raja !
- Panas: Usul Isu NFC Di Tolak Oleh Speaker, Bukti Kerajaan Takut Rahsia Sebenar Kes Terbongkar
- Panas: PAS Wilayah Persekutuan Sokong Mahfuz, Gesa Kerajaan Henti Beri Taraf Kewarganegaraan
- Ketua Polis Johor: Suspek Kes Bunuh Nurul Akan Di Hadap Ke Mahkamah Dengan Secepat Mungkin
- Iklaneka: Penampilan Diri Kini Tambah Menawan Dengan Hanya Mengamalkan Produk Hebat EVO8
- Skandal NFC: 'Suami Shahrizat', Menghadapi Dua Tuduhan Pecah Amanah RM49 Juta Wang Rakyat
- Panas: Dakwaan "KBS Dan SYABAS" Menaja JATI, Hasan Mahu Saman Mahfuz Serta Khalid Samad !
| Video: Sesi Soal Jawab Di Parlimen 13 Mac 2012 ! Posted: 13 Mar 2012 04:40 AM PDT |
| Iklaneka: EVO Semakin Laris, Pusat Jualan Pantai Timur Telah Di Buka Di J'alan Mahkota Kuantan' ! Posted: 13 Mar 2012 04:20 AM PDT Produk EVO7 keluaran Evo Freedom International kini semakin hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Selepas, iklan disiarkan di PDO. Orang ramai mula menghubungi pengedar yang berkenaan untuk mendapatkan produk terbabit. Bukan sahaja dari seluruh Pahang, malahan juga dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Produk yang sungguh hebat itu kini semakin laris di pasaran. Ramai testimoni yang menggunakannya kini mulai yakin dan terus mengamalkannya sehingga ke hari ini. Justeru, kepada anda terutamannya kaum lelaki yang masih belum mencuba produk ini dipelawa berbuat demikian dengan segera. Ini kerana, anda pasti akan terkejut dengan kehebatannya. Kasih sayang suami isteri akan kembali terjalin erat dengan mengamalkan produk ini. Ikuti, pendedahan salah seorang testimoni EVO7 dari Taiping, Perak ini :- ![]() Pusat Jualan EVO Pantai Timur, yang terletak di Jalan Mahkota Kuantan Sebuah Pusat Jualan Evo Pantai Timur kini dibuka di No.27, Jalan Mahkota (berhadapan dengan bangunan UMNO Kuantan). Oleh itu, orang ramai di sekitar kawasan Kuantan bolehlah terus berkunjung ke pusat jualan terbabit untuk mendapatkan maklumat dan produk-produk yang berkaitan. Hubungi Hotlina (24 Jam) 013-9405390 (Joe) atau hubungi:- K.LUMPUR; Remy (013-2817199), SELANGOR; Joe (013-9405390), J.BAHRU; En.Mat (010-8216359)JERANTUT; Cikgu Ali (019-9872152), TEMERLOH; Sabaruddin (013-9512607), RAUB; Zuraidi (017-9543112), NERAM; Hassan (019-9010868), KEMAMAN; Man (010-3144104),CHINI; Razli (013-9663877), ROMPIN; Saufi (014-5236163), K.TERENGGANU; Hj.Ismail (019-9194870), DUNGUN; Jamal (013-9350127), TOK SIRA;Hj.Razak (019-9877071), JERTEH; Din (019-9843476), BKT.SETONGKOL; Mizo (013-9260071), SG.ISAP; Pak Usop (016-9615861) - Pengedar diperlukan di seluruh negara. Info lanjut, sila klik DI SINI sekarang juga . |
| Video: Ketua Pembangkang Bahas Titah Di Raja ! Posted: 13 Mar 2012 04:14 AM PDT |
| Panas: Usul Isu NFC Di Tolak Oleh Speaker, Bukti Kerajaan Takut Rahsia Sebenar Kes Terbongkar Posted: 13 Mar 2012 02:50 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 13 Mac - Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul bagi membincangkan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) atas alasan ia kini menjadi kes mahkamah. Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (foto), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu. Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu. "Tetapi usul yang saya hendak bentangkan, tidak ada apa-apa kaitan dengan Salleh. Saya hanya ingin tahu mengenai peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu. "Wakil-wakil daripada kementerian berkenaan menduduki lembaga pengarah syarikat (tetapi) hampir semua (wang yang dipnjamkan oleh kerajaan) digunakan untuk kegunaan peribadi. Kita mahu tahu bagaimana ini berlaku," kata Zuraida pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. "Apa yang dipertikaikan ialah cara projek tersebut diluluskan kerana banyak persoalan yang wujud dan amat meragukan," kata Zuraida. Noh Omar selaku menteri bertanggungjawab sebelum ini mengaku bahawa pinjaman kepada NFC tidak dibincangkan di kabinet sebaliknya hanya dibincagkan dibawah Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi sahaja. |
| Panas: PAS Wilayah Persekutuan Sokong Mahfuz, Gesa Kerajaan Henti Beri Taraf Kewarganegaraan Posted: 13 Mar 2012 01:46 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 13 Mac - PAS Wilayah Persekutuan menyokong pandangan Datuk Mahfuz Omar (foto) yang menggesa kerajaan supaya menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai diadakan. "PAS WP menganggap gesaan Naib Presiden PAS itu sebagai suatu usaha bagi mengelakkan warga asing mengundi dalam PRU13," kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (foto). Krajaan wajar ambil langkah itu bagi mengelakkan prejudis rakyat bahawa warga asing turut diberikan hak kerakyatan dan mengundi dalam PRU13 seperti mana yang sering dibualkan sebelum ini. Menurutnya, pilihan raya umum dalam sebuah negara demokrasi adalah hak buat rakyat Malaysia, justeru tidak wajar bagi sesebuah kerajaan menggunakan warga asing bagi memenangkan partinya. Tindakan itu, ujarnya adalah satu penipuan dan pencabulan terhadap hak demokrasi di negara ini. Bagi PAS WP, tambahnya lebih elok kalah pilihan raya melalui undi rakyat negara yang sah, kerana ia adalah kekalahan bermoral dan terhormat daripada menang dengan cara penipuan. "Biarkan rakyat negara ini sendiri yang menilai pemerintahan negara kerana mereka kenal pemimpin mana yang betul dan salah untuk dipilih," ujarnya. Rakyat asing pula, kata beliau tidak berhak campur tangan dalam politik negara ini serta menentukan masa depan dan pemerintahan negara. Justeru, katanya PAS WP meminta kerajaan ambil perhatian terhadap cadangan yang diutarakan itu jika kerajaan benar-benar bersikap telus dalam memastikan perjalanan PRU13 berlangsung dengan adil dan bersih. "Jika tidak, selamanya kerajaan negara ini tidak bersih dari persepsi masyarakat bahawa sistem demokrasi dan pilihan raya umum di Malaysia amat kotor dan mungkin PRU13 adalah pilihan raya paling kotor dalam sejarah," katanya. |
| Ketua Polis Johor: Suspek Kes Bunuh Nurul Akan Di Hadap Ke Mahkamah Dengan Secepat Mungkin Posted: 13 Mar 2012 12:39 AM PDT
"Saya tidak tahu kenapa dia sanggup buat anak saya sehingga macam itu. Anak saya masih kecil dan tidak tidak tahu apa-apa. Saya tidak akan maafkan dan saya mahu dia rasa apa yang anak saya rasa," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan takziah dari Ketua Polis Johor itu dan isterinya hari ini. Menurut Roselyn, hatinya berasa amat sakit sejak menerima panggilan pengesahan dari polis petang semalam dan masih tertanya-tanya punca yang menyebabkan anaknya diperlukan sedemikian rupa. "Saya bukan kaya, kalau minta duit sekalipun saya memang tiada duit. Musuh pun saya tidak ada," katanya. Roselyn berkata, beliau tidak dapat tidur dan tidak lalu makan sejak Nurul yang mesra dipanggil Dirang, didapati hilang dan telah berusaha mencarinya dari pukul 8.00 pagi setiap hari sehingga malam dengan menaiki kereta di sekitar bandar. |
| Iklaneka: Penampilan Diri Kini Tambah Menawan Dengan Hanya Mengamalkan Produk Hebat EVO8 Posted: 12 Mar 2012 11:35 PM PDT ![]() Pasti ramai yang terkejut melihat penampilannya, Walau pun sudah berusia melebihi angka 50 an namun Kak Wanie (foto) nampak kelihatan anggun dan bergaya. Itulah yang boleh diperkatakan kepada sesiapa saja yang melihat kelibatnya di Kedai Emas Noni, Jalan Makota berhadapan dengan Pejabat Pos Kuantan. Beliau yang sudah lama mengusahakan perniagaan kedai emasnya itu tidak lokek dan mengaku, keceriaan dan keyakinan dirinya meningkat selepas menggunakan produk EVO8 keluaran syarikat Evo Freedom International. "Saya akui dalam usia sebegini sudah pasti ramai yang tidak mahu menjaga kecantikan mereka, baik luaran mahu pun dalaman. Namun, Alhamdullillah selepas saya mengamalkan penggunaan produk EVO8 kini saya rasa benar-benar berubah", kata beliau. Bagi mereka yang kali pertama bertemu beliau pasti akan terkejut dengan penampilan dirinya yang jauh lebih muda dari usia sebenar. "Ramai yang tanya, apa yang saya amalkan. Mereka ingat saya gunakan produk yang mahal-mahal sebelum ini... tapi bila saya kata saya amalkan EVO8 yang begitu murah ... ramai yang tak percaya pada mulanya. Tapi selepas saya suruh mereka cuba, kini mereka mula serasi dengan produk ini. Saya menyeru wanita-wanita di Malaysia untuk amalkan produk EVO8 mulai sekarang. Nescaya suami-suami anda tak keluar rumah lagi pada waktu malam sebab produk ini memang pengikat kasih sayang", tambah Kak Wanie lagi. Beliau turut mempelawa para usahawan wanita yang berminat untuk menjadi pengedar prdouk ini di seluruh negara mulai sekarang, bagi menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Video, salah seorang daripada testimoni pengamal EVO8 dari Muar Johor Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi agen berdaftar, sila hubungi talian yang tertera: KUANTAN; Kak Wanie (012-9878255), KERTEH; Kak Yus (016-9369424), PAKA; Rubiah (013-9127610) RAUB; Nurul (017-9198280), ROMPIN; Kak Mas (017-9240851), SELANCAR; Hafizah (019-7955854), INDERA MAHKOTA; Lin (017-9606176), TERUNTUM; Linda (014-8115125), CHINI; Suzie (013-9408746), TEMERLOH; Kak Emma (019-9450130), MENTAKAB; Ju (013-9822820), BT.SAGU; Wanie (014-8051901), JENGKA; Hamisah (017-7969750), KEMAMAN; Kak Wan (019-9833209), KUALA KRAI; Jue (013-9537220), SHAH ALAM; Tini (013-9526634), N.SEMBILAN; Roha (017-8828214), NARATIWAT,THAILAND; Kameerayah (017-9522995). Pengedar diperlukan. Info, klik DI SINI. |
| Skandal NFC: 'Suami Shahrizat', Menghadapi Dua Tuduhan Pecah Amanah RM49 Juta Wang Rakyat Posted: 12 Mar 2012 08:02 AM PDT |
| Panas: Dakwaan "KBS Dan SYABAS" Menaja JATI, Hasan Mahu Saman Mahfuz Serta Khalid Samad ! Posted: 12 Mar 2012 07:46 AM PDT
|
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan