Selasa, 13 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


PERANG CERAMAH DI MELAKA..

Posted: 12 Mar 2012 10:13 AM PDT

Kali ni aku xmo cakap apa apa sebab masih tak habes habes lagi gelak sakan!!! 
LEMBUMNO BUAT LAWAK BODO KAT MELAKA!!!
Waaaaakakkakakkakaaaaa!!!




JOM GELAK!! WAAAAAKAKAKAAKAAKAAAAAAA!!!


Gempar!!! Wajib Baca!! Malapetaka Keluarga Shahrizat Jalil Sudah Bermula..

Posted: 12 Mar 2012 05:46 AM PDT


Maaf Pada Tim Erapasca,
Ini Muka Melayu Ker?
Cer Tengok Lama Lama,
Gua Jujur Ni Bertanya..
 KAH KAH KAH


Kuala Lumpur 12 Mac - Suami menteri kabinet Shahrizat Jalil, 
Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan
membabitkan dua pertuduhan pecah amanah
kerana menggunakan RM9,758,140 dana
dari National Feedlot Corporation (NFC)  
untuk membeli dua unit kondominium  
di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.

Mohamad Salleh yang merupakan 
pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi
dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat
kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu 
kepada National Meat ands Livestock Corporation,  
dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes

Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana 
tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC 
yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Mohamad Salleh, 64, yang berpakaian kot warna hitam
dan bertali leher hanya menganggukkan kepala tanda faham
ketika kesemua pertuduhan dibacakan dan memohon dibicarakan.

Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berbaju kurung
dan bertudung serba putih hadir bagi mengikuti proses
pendakwaan di dalam mahkamah dan bagi memberikan sokongan.

Selain Mohamad Salleh, 
tiga orang anak mereka juga 
merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.

Untuk kedua-dua kesalahan mengikut Seksyen 409 itu,
jika disabitkan beliau boleh dipenjara 
sekurang-kurangnya dua tahun hingga 20 tahun dan
sebat serta boleh didenda.

Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua 
mengikut Akta Syarikat jika disabitkan, 
beliau boleh dipenjara sehingga lima
tahun atau denda RM30,000??? saja??.


Peguam Badrul Munir Bukhari
yang mewakili Mohamad Salleh
meminta anak guamnya diikat jamin
sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin
dan sedia menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.

Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad 
tidak membantah jaminan tersebut 
dan berkata beliau menyerahkan 
perkara tersebut kepada budi bicara mahkamah.

Hakim SM
Komathy Suppiah berkata 
mahkamah telah mengambil kira keseriusan kes 
dan jumlah wang yang terlibat serta mahkamah 
tidak mahu dituduh memilih kasih dalam menetapkan jaminan.
Kes-kes seperti ini sebelum ini 
telah ditetapkan jaminan yang tinggi 
walaupun di dalam kes ini pihak pendakwaan 
tidak membantah jaminan seperti mana 
dicadangkan oleh pihak pembelaan," kata Komathy.
Beliau bagaimanapun kemudian menetapkan jaminan RM500,000 
dengan seorang penjamin, serta dokumen perjalanan Mohamad Salleh 
diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 
sebutan semula kes berkenaan pada 13 April depan.

Shahrizat semalam umumkan peletakan jawatan
sebagai Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April
apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Namun,akan mengekalkan jawatannya
sebagai Ketua Wanita Umno.

Isu NFC timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 
pada Oktober tahun lalu yang menyentuh
mengenai prestasi projek ternakan lembu
yang diusahakan syarikat anak beranak menteri itu di Gemas, Negeri Sembilan.- by tiewnama


Rakyat & Anak Muda..
Cer Tengok Muka Mamat Ni Lama Lama..
Ada  Muka Penyangak Macam Madey?..
Habis rm 250 juta Wang Rakyat Di Rompak
Oleh Kaum Kaum Bangsawan
Perompak Wang Rakyat UMNO
dan Blue Negara! (BN)
KAH KAH KAH


  Jika di dinilai dari salah guna kuasa
menteri menteri umno apco, apakah
dgn ikat jamin semuanya mampu di selamatkan?
rm 500k hanyalah celah gigi saja bagi kaum2 perosak agama islam ini..

sepatutnya mahkamah kanggaro malaysia tidak boleh di ikat jamin,
kerana ianya adalah kesalahan yg maha besar melibatkan dana awam
yg mana rm 250 juta telah di rembat utk membeli aset2 peribadi..

pada gua adalah lebih baik jika tidak boleh di ikat jamin,
dan hukuman penjara seumur hidup! itu adalah yg terbaik
utk memastikan selepas ini tiada lagi menteri dan keluarganya
berani utk merompak wang rakyat lagi! kah kah kah










Sesi Dialog Anak Muda Dgn Anwar Ibrahim, Ternyata Najib Razak Bakal Di Talkinkan!

Posted: 12 Mar 2012 03:39 AM PDT




Bukti anak muda sokong Pakatan Rakyat!
bukti betapa BN cukup Ngeri menerima hakikat realiti ini!
Salam kepada semua anak muda,
salam juga kepada teman teman
salam pada sahabat sahabat yg mengenali,

Tim erapasca yg terdiri dari anak anak muda
telah di jemput utk hadir 
oleh AIC dalam meet anwar di ampang tempohari
kami mengucapkan terima kasih kerana menjemput kami. 
serta PR Supporter

hanya 4 bloger erapasca yg hadir iaitu 

Baginda Reformasi
Abbs
axZxa
Tukanglawan

dan AIC telah menyediakan table yg sungguh selesa utk kami utk memberikan maklumat terus
kepada pembaca maya dan peminat kebajikan rakyat anak muda dalam situasi live dan online..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur,
Program dialog Anwar bersama anak muda anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC)  
telah dilangsungkan pada 10/3/2012 bertempat di hotel De Palma, Ampang 
bagi memberi peluang kepada generasi muda bertemu dan berdialog 
bersama Dato seri Anwar Ibrahim

Tujuan utama program dialog bersama anak muda  ini 
adalah untuk memberi peluang kepada generasi  muda 
agar lebih mengenali serta  berpeluang bertanya 
dan mendengar sendiri jawapan Anwar Ibrahim 

tentang perkara-perkara semasa 
berkaitan masa depan ekonomi, 
politik dan sosial tanahair serta kebajikan kepada rakyat
dan anak muda khususnya..
  




tempat duduk juga terhad kepada yg berdaftar saja


anwar ibrahim tidak mahu duduk di atas pentas,
tetapi mahu sama rendah dgn anak muda dalam sesi
dialog bersama anak muda malaysia..


Turut hadir selaku jemputan khas YB Nurul Izzah ahli parlimen Lembah Pantai 
yang memberikan ucapan pembukaan sementara menunggu kehadiran Dato seri Anwar Ibrahim.

Seisi dialog dibuka dengan ucapan daripada Anwar Ibrahim. 

selesai sahaja memberikan ucapan seisi dialog dibuka. 

Soalan pertama ditanyakan ialah sekiranya Anwar tiada lagi, siapa yang akan menggantikannya.

"Siapa pengganti saya akan mengikut proses demokratik.
Contohnya dalam Keadilan, sekarang ini ada presiden,  Wan Azizah,
naib presiden Nurul Izzah, Fuziah, Surendran, Tian Chua
dan ramai lagi. Jangan bimbang.
 Dan mungkin, siapa tahu akan muncul tokoh baru pula," jawab Anwar.

Soalan kedua, Seorang lagi anak muda minta pandangan dan pendiriannya terhadap pluralism dan Islam sekular,

Anwar menjawab dengan bercerita berkenaan sejarah Islam,
kisah sahabat nabi, khalifah dan sebagainya.
Mengambil contoh tentang politik di Turki, Tunisia dan Mesir serta kisah-kisah malang dirinya.

Kesimpulannya...
Akidah, undang-undang dan akhlak berbeza,
"Yakin kepada agama kita dan menunjukkan rasa hormat kepada agama lain''.




Soalan ketiga, pendapat peribadinya mengenai hukum Hudud dan bagaimana dia bercadang untuk melaksanakannya supaya sesuai dengan komuniti yang berbilang bangsa.

Bagi menjawab persoalan tersebut Anwar menceritakan
mengenai prinsip kebebasan, nilai islam, mahkamah syariah,
sistem ekonomi dan rasuah.

Katanya, ''kalau sokong tapi tak faham konsep negara Islam, payahlah.

Kalau kita yakin dengan Islam kita tak boleh kata Hudud itu tak ada dalam Quran.
Tapi saya sebagai orang Islam, akan pertahankan undang-undang Islam.

Soal perlaksanaannya kita putuskan dalam Pakatan Rakyat,
orang yang menerangkannya biarlah PAS.

Orang yang rasa nak menentang,
seperti DAP boleh berucap dan minta jelaskan,
Orang macam saya boleh tolong selaraskan.''

Anwar kemudian diminta memberi pendapat mengenai pendaftaran pengundi secara automatik. 

Anwar berkata, 
dia menyokong pendaftaran automatik 
tetapi tidak bersetuju dengan 
peraturan mewajibkan rakyat mengundi.

"Untuk mengundi atau tidak adalah pilihan rakyat,
tetapi mengikut perlembagaan mengundi itu adalah hak rakyat,
jadi kita mesti menggunakan hak itu," katanya.



Soalan paling menarik dilemparkan semasa dialog berkenaan ialah apabila seorang anak muda mempersoalkan kandungan mukasurat 6-11 Buku Jingga di mana statistik yang dipamerkan tidak disokong oleh rujukan dan bukti.

Anwar Jawab -
Buku Jingga bukan penerbitan akademik.
Ia sekadar menerangkan dasar Pakatan.
Menurut Anwar dia meluluskan penerbitan buku itu
kerana Pakatan yakin apa yang mereka boleh buat.

"Saya setuju kita sepatutnya mengesahkan laporan itu
dengan fakta yang mencukupi.
Itulah sebabnya Buku Jingga mesti dibaca
bersama cadangan bajet kami," katanya.

Kemudian persoalan AUKU dilemparkan Mengapa sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri dia tak mansuhkan Akta Universiti dan Kolej (AUKU).

"Yang buat akta itu bos saya,
Tun Mahathir (Menteri Pelajaran 1971, 1975 Pindaan Mahathir)
tetapi pada 1986 saya sediakan draf undang-undang pendidikan
yang mana dengan sendirinya semua undang-undang berkaitan termasuk AUKU dimansuhkan.

Rang undang-undang itu tidak diteruskan
kerana menteri-menteri selepas itu,
Datuk Sulaiman daud dan Datuk Najib tak berani bawa
kerana mereka tahu yang nak luluskan nanti ialah Mahathir," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Kemudian Anwar memilih untuk menjawab 3 soalan 
yang ditanyakan anak muda secara online dari Facebook, 
Blog dan Twitter dalam sesi dialog bersama anak muda malaysia itu.

Soalan pertama Adakah Dato Seri  yakin bahawa anak muda bakal menjadi kuasa penentu ke tiga menjelang pilihanraya ? 

Anwar mengakui peranan generasi muda memang penting
dan beliau juga yakin kebangkitan generasi muda yang akan menjadi kuasa penentu untuk PRU 13.

Soalan kedua soalan yang paling popular ketika ini bilakah pilihanraya akan diadakan..?

Sambil tersenyum Anwar menjawab itu kena tanya Dato Najib dan Rosmah lah...
"Kita tahu ia dah dekat dan kita akan berusaha.
Kalau kita nak perubahan, saya yakin kita akan menang,".

Soalan ketiga berkenaan dengan pendidikan percuma. Bagaimana dengan janji PR untuk merealisasikan isu pendidikan percuma. Adakah hanya untuk golongan miskin @ untuk keseluruhan rakyat?

Anwar berkata mereka akan memastikan
pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti
dan memansuhkan keperluan untuk PTPTN
(Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Soal memberi pendidikan percuma kita tidak boleh ada diskriminasi,
segala kenalah distandardisekan cuma mungkin
untuk orang yang kaya kita akan kenakan cukai yang tinggi.

Untuk melihat video dan gambar boleh ke www.fb.me/PRsupporter

selepas ini akan ada lagi anak muda meet anwar yg akan di langsungkan..
                jadi bersedialah anak muda utk kita menuju negara berkebajikan! sekian..




Tiada ulasan: