Sabtu, 10 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Memalukan, MB Pahang Mengamuk Halau Dan Tuduh Wartawan Akhbar Bahasa Cina Bodoh

Posted: 10 Mar 2012 05:57 AM PST

KUANTAN, 10 Mac - Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) agaknya. Jika dulu di awal tampuk kuasanya sebagai MB, beliau pernah menunjukkan isyarat lucah di Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Temerloh. Isu itu hangat diperkatakan, hingga beliau digelar MB Samseng, Adnan Samseng, MB Lucah dan banyak lagi. Kemudian, beberapa tahun yang lalu beliau sekali lagi mengamuk. Kali ini kepada wartawan media arus perdana ketika beliau berucap di Sidang DUN Pahang. Selepas lebih 10 tahun berlalu, Adnan dilihat sudah kembali "normal" dan gelaran samseng, lucah dan sebagainya mula hilang begitu saja. Namun, entah apa kenapa tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan MB Pahang itu memakin hamun dan menghalau wartawan akhbar berbahasa Cina dari membuat liputan programnya. Kejadian berlaku di sebuah hotel terkenal di sini pagi tadi. Beliau ketika itu hadir ke acara pembukaan Pesta Buku di hotel terbabit. Ketika melihat wartawan berkenaan, Adnan tiba-tiba menjerit dan menghalau wartawan-wartawan terbabit supaya keluar dari hotel itu. Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menggelarkan mereka sebagai "Wartawan Bodoh (Stupid)", sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di situ. Semua panik melihat gelagat Adnan, namun masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar tergamam melihat aksi MB Pahang itu. Sebelum ini kami pernah melaporkan semua wartawan akhbar berbahasa Cina dihalang masuk ke satu forum pro-Lynas yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang di RTM Pahang Januari lalu. Kini, kejadian yang sama berlaku dan lebih memalukan ia melibatkan MB Pahang sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah seorang Menteri Besar berperangai seperti itu?. Mengamuk dan menghalau wartawan adalah satu tindakan yang tidak wajar sebenarnya. Namun, mungkin Adnan punyai sebab tertentu untuk berbuat demikian kerana beliau tahu bahawa akhbar berbahasa Cina telah membuat liputan meluas terhadap projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang kini dibantah rakyat.


You Stupid !!, itulah yang diperkatakan oleh MB Pahang agaknya, Klik Video
Isyarat Lucah MB Di Pilihanraya | MB Kata Go To Hell Kepada Wartawan
[Sebagai seorang Menteri Besar, sepatutnya Adnan lebih berdisplin dan berakhlak. Tambahan pula beliau merupakan Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang. Tindakan mengamuk di khalayak ramai jelas menjatuhkan imej dan maruah beliau sebagai seorang tokoh politik dan juga Ketua Kerajaan. Kenapa beliau tidak arahkan pihak pengawal hotel terbabit menghalang terus wartawan akhbar Cina dari terus masuk ke dalam hotel itu sebelum acara bermula?. Kenapa perlu beliau sendiri menjerit dan menghalau wartawan berkenaan. Ini membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa Adnan adalah "MB Samseng" seolah-olah menjadi kenyataan. Jika ini keadaannya, apakah wajar rakyat terus memilih dan mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti agaknya. Walau pun kecewa dengan laporan yang dibuat oleh akhbar terbabit, sepatutnya Adnan mengawal perasaan dan emosinya di khalayak ramai. Tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat. Jika sifat begini ditunjukkan, maka tidak hairanlah sebelum ini program-program Lynas dan ceramah pembangkang diganggu oleh mereka. Malah, rakyat melihat semua yang terjadi itu adalah atas arahan MB sendiri. Justeru, Adnan perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Pahang atasi kejadian memalukan ini!].

Panas: Selepas PM Gagal Meyakinkan Rakyat, Rais Mahu Gunakan Kementeriannya Pula Bela Lynas!

Posted: 10 Mar 2012 05:03 AM PST

SUNGAI PETANI 10 Mac - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan menganjurkan satu sesi penerangan untuk menjelaskan isu kilang memproses nadir bumi Lynas yang dimanipulasi oleh pembangkang pada Program Komuniti 1Malaysia di Kuantan, bulan depan. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto) berkata, penerangan bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai projek itu kepada masyarakat setempat serta mematahkan dakwaan pembangkang yang telah memberi gambaran negatif mengenai Lynas. "KPKK sedang merancang perhimpunan besar-besaran Program Komuniti 1Malaysia di Kuantan April ini dengan harapan ribuan rakyat datang untuk mendengar penjelasan kerajaan. "Wawancara dengan penduduk di pintu gerbang kawasan binaan Lynas juga akan dibuat agar orang ramai tahu gembar-gembur projek itu memudaratkan kesihatan rakyat tidak berasas," kata Rais kepada pemberita selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz dan Pengerusi Pertubuhan Gerak Seni Warisan 1Malaysia, Adnan Abdullah Sabil. Rais berkata, beberapa pihak khususnya pembangkang dan beberapa NGO berusaha mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut sehingga mengelirukan rakyat. "Jadi adalah wajar bagi kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat khususnya penduduk Kuantan mengetahui perkara sebenar agar tidak terus terpengaruh dengan pembangkang," katanya

Panas: Orang Ramai Gesa JAS Pantau Perlepasan Asap Hitam Berlebihan, Oleh MTBE Mutakhir Ini !

Posted: 09 Mar 2012 06:41 PM PST


KUANTAN, 10 Mac - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang digesa memantau tindakan kilang petrokimia MTBE Malaysia Sdn Bhd (foto) yang dipercayai melepaskan asap yang mengandungi bahan kimia secara berlebihan ke udara mutakhir ini. Kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng itu dikatakan berbuat demikian tiga hari seminggu dan waktunya ialah sekitar jam 9.00 malam ke atas. Menurut sumber, MTBE melepaskan asap hitam secara besar-besaran dan ia boleh dilihat dengan jelas dari jarak beberapa kilometer dari kilang terbabit. Asap-asap yang dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya itu sengaja dilepaskan pada waktu malam untuk memudahkan pihak terbabit. Malah, mungkin juga untuk mengelakkan daripada dihidu oleh pihak berkuasa terutamanya JAS Pahang. Soalnya sekarang, apakah ada pihak yang memantau senario ini atau mereka terpaksa mendiamkan diri selepas mendapat habuan masing-masing. MTBE terletak di lokasi yang sama dengan kilang kontroversi yang dibantah rakyat iaitu Lynas Corporation dari Australia itu. Mungkin juga MTBE bertindak demikian selepas melihat orang ramai kini tertumpu kepada isu Lynas dan tidak cakna kepada kilang-kilang petrokimia lain yang terletak di kawasan terbabit. Justeru, pihak JAS digesa menyiasat dan mengenakan tindakan tegas terhadap kilang terbabit andainya mereka telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Keselamatan dan kesihatan rakyat perlulah diutamakan demi masa depan kehidupan lebih selesa dimasa akan datang.


Salah satu foto jurugambar amatur yang sempat merakamkan
kejadian tersebut dari jarak lebih kuran 500 meter semalam

[Nampaknya, kilang-kilang petrokimia yang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng kini mula ubah strategi untuk melepaskan asap hitam yang dipercayai mengandungi bahan kimia ke udara iaitu hanya di sebelah malam sahaja. Ia bagi mengelak dari pihak berkuasa terutamanya Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tindakan ini amatlah tidak wajar sama sekali. Mereka mengambil kesempatanan dikala rakyat dan tumpuan dunia difokuskan kepada kilan Lynas yang terletak dalam kawasan yang sama. Gara-gara Lynas, kesempatan diambil oleh mereka. Kepulan asap hitam yang cukup tebal dapat dilihat dari jarak jauh, dan ia memang mengejutkan ramai penduduk tempatan yang mendiami sekitar kawasan terbabit sebenarnya].

Panas: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Gesa Polis Buka Semula Siasatan Kes Altantunya !!

Posted: 09 Mar 2012 11:34 AM PST

KUALA LUMPUR 10 Mac - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim (foto) menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes itu. Selain itu katanya, berlaku "penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat. Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati. Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti. "Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang). "Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka," katanya dalam satu kenyataan semalam. Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti. "Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk palsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka. "Fahami juga bahawa IGP bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi. Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda. Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu telah mengugut beliau.


Kemungkinan besar nama Najib dan Razak Baginda pasti dikaitkan jika
kertas siasatan kes pembunuhan Altantunya Shariibuu dibuka semula
[Sememangnya kes ini cukup mengelirukan rakyat. Tidak munasabah langsung dua anggota polis terbabit dituduh membunuh seorang wanita yang tidak dikenali mereka tanpa ada arahan daripada sesiapa. Sedangkan Hakim akui ada menjumpai nota tulisan Razak Baginda dalam beg salah seorang daripada mereka. Nota yang berkaitan dengan ugutan terhadap beliau. Bukankah sepatutnya polis menyiasat "motif pembunuhan" wanita terbabit daripada terus mengelirukan rakyat kononnya kedua-dua anggota UTM itu membunuh tanpa niat selepas ini. Ia mungkin berlaku dalam rayuan kes oleh kedua-dua tertuduh pada bulan Ogos nanti. Kemungkinan besar mereka akan dibebaskan atas alasan teknikal. Maka, akhirnya rakyat makin keliru apakah motif sebenar kes terbabit. Jika tiada kes, kenapa dua UTK itu tergamak membunuh Altantunya?. Inilah yang mahu diketahui oleh rakyat. Justertu, rakyat akan menyokong tindakan Datuk Mat Zain Ibrahim agar siasatan kes ini dibuka semula. Jika tidak, sampai bila-bila kes pembunuhan ini tergantung tanpa ada jawapan yang pasti sebenarnya].

Tiada ulasan: