Muslimeen United |
- Sultan Kelantan terima darjah kebesaran Sultan Kedah
- Umno Ikut Peraturan, Tetapi Tak Bermoral
- Tender Baru NFC: Satu Lagi Percubaan Rakyat Ditipu Menjelang PRU
- Ke mana arah ahli-ahli parlimen bebas ini?
- Lagi Gelagat TG Nik Aziz Semasa Latihan Menembak Petang Tadi. Hebat Tok Guru!
- Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?
Sultan Kelantan terima darjah kebesaran Sultan Kedah Posted: 28 Mar 2012 08:36 AM PDT Sultan Kelantan (kiri) berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Kerabat (DK) daripada Sultan Kedah yang diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Bendahara Kedah (dua, kanan) di Istana Negeri, Kubang Kerian. | foto Sinar Harian Pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu, Sultan Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Sumber: Bernama. |
Umno Ikut Peraturan, Tetapi Tak Bermoral Posted: 28 Mar 2012 08:28 AM PDT ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie menambah sesetangah kes penjualan tanah tersebut kepada syarikat swasta di mana pemimpin Umno itu ada kepentingan. Shuhaimi juga berkata, kebanyakan pemimpin Umno-BN mematuhi peraturan yang betul semasa menjual tanah rizab Melayu, namun mereka mengambil kesempatan atas kedudukan yang dimiliki untuk mempercepatkan proses jualan tanah. Menurutnya, situasi itu dilihat melibatkan isu penyalahgunaan kuasa ke atas jawatan yang dimiliki selain tidak menjaga kebajikan rakyat. "Pemimpin Umno menggunakan undang-undang yang betul, tetapi cara mereka itu tidak kena dan dilihat membelakangkan rakyat. "Mereka menggunakan pengaruh yang ada untuk mempercepatkan proses penjualan tanah yang berkemungkinan mengambil masa panjang untuk orang biasa. Maka, atas faktor itu kita sifatkan ia sebagai salah satu isu penyalahgunaan kuasa," tegasnya. Shuhaimi sebelum ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Umno-BN terdahulu dalam isu pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor. Beliau berkata, pendedahan tersebut merupakan reaksi daripada desakan ADUN Umno-BN dalam sesi Dewan Negeri Selangor baru-baru ini supaya beliau membuktikan dakwaan tentang penyelewangan Umno-BN. Shuhaimi mendedahkan tiga kes, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada tahun 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong, Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera. Satim juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan. Shuhaimi berkata, pihaknya akan meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tanah di Jalan Bukit Kemuning. "Umno Kota Raja tidak bayar seperti yang dibayar oleh orang lain. Dia bayar secara nominal iaitu seringgit sekaki dan menggunakan perkongsian geran bersama majlis untuk mendapat manfaat. "Isu penyalahgunaan dana dan kuasa ini yang perlu diketengahkan supaya rakyat dapat menilai bahawa ia tidak bermoral," katanya.- TVS |
Tender Baru NFC: Satu Lagi Percubaan Rakyat Ditipu Menjelang PRU Posted: 28 Mar 2012 04:18 AM PDT Tender baru NFC untuk tutup kesalahan Najib KUALA LUMPUR, 28 Mac: PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). "Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan. Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan. Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan. Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. "Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin," ujarnya. Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Tambahnya, tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah. "Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak," ujarnya lagi. Justeru, tegasnya PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ia cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri. "Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC," katanya lagi. Beliau menegaskan, hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Shahrizat. Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan, katanya. -Hrkh Kerajaan buka tender ambil alih projek pusat Fidlot Nasional Aset NFC belum dibekukan, wang rakyat RM250 belum dipulangkan, tiba-tiba keluar tender untuk ambil-alih NFC. Betul-betul rakyat pula cuba diperlembukan.-GB |
Ke mana arah ahli-ahli parlimen bebas ini? Posted: 28 Mar 2012 04:12 AM PDT Pada 19 Februari yang lalu, ahli parlimen Pasir Mas yang tidak menganggotai mana-mana parti, Ibrahim Ali telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya sejak tahun 2008 yang lalu, tetapi tidak menyatakan pula sama ada beliau akan bertanding semula sebagai calon bebas ataupun menyertai mana-mana parti politik yang pilihan beliau. Pada pilihanraya umum yang lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan memenangi kerusi parlimennya atas bantuan dan sokongan ahli-ahli dan para penyokong PAS di kawasan Pasir Mas, tetapi tidak pernah memohon menyertai parti tersebut selepas itu. Pemimpin pertubuhan perkauman ekstremis Perkasa itu, turut mendakwa sokongan masyarakat Cina kepadanya turut bertambah dan disebabkan oleh faktor tersebutlah yang telah mendorong Ibrahim berhasrat untuk bertanding mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya pada pilihanraya umum akan datang yang akan bakal diadakan pada bila-bila masa lagi. Selain daripada Ibrahim, ahli-ahli parlimen bebas yang lain termasuklah Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Kebetulan pula kesemua ahli-ahli parlimen bebas ini telah meninggalkan parti asal mereka, PKR selepas pilihanraya umum tahun 2008 yang lalu. Halatuju ahli-ahli bebas ini Persoalannya adalah sama ada ahli-ahli parlimen bebas ini akan mempertahankan kerusi parlimen sandangan mereka pada pilihanraya umum yang akan datang masih menjadi tanda tanya semua pihak dan para pemerhati politik khususnya. Pada bulan Jun 2010, kumpulan ahli-ahli parlimen bebas ini telah "bergabung" secara tidak formal untuk membentuk sebuah kumpulan yang bergelar Konsensus Bebas di dalam parlimen bagi mempraktikkan status bebas mereka. Ahli-ahli Konsensus Bebas ini terdiri daripada Zahrain, Choo Keong, Zulkifli, Tee Beng dan Mohsin. Ibrahim pula enggan menyertai konsensus tersebut kerana berpendapat bahawa konsensus itu tidak memberikan sebarang manfaat kepada beliau. Yang menarik perhatian adalah kelima-lima ahli Yang Berhormat ini adalah berasal daripada parti yang sama, iaitu PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dan telah meninggalkan PKR setelah dikatakan telah berselisih dengan ketua pembangkang parlimen tersebut. Bagi Tee Beng, setelah meninggalkan PKR, beliau telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan dilantik menjadi pengerusi KITA Pulau Pinang. Namun, karier politiknya dalam KITA taman apabila disingkirkan daripada parti tersebut kerana memberontak menentang pemimpin KITA Zaid Ibrahim. Sementara itu, Zulkifli kini adalah salah seorang naib-presiden Perkasa yang kini diterajui oleh Ibrahim Ali. Berkenaan dengan kedudukan ahli-ahli parlimen bebas ini, umumnya rakyat memandang remeh akan status yang mereka pilih sekarang kerana dikatakan tidak ada halatuju dan perjuangan yang sebenarnya di dalam diri mereka. Siapakah sebenarnya mereka wakili, apakah konsep dan pendirian mereka, bagaimana pula dengan fahaman yang mereka pelopori dan apakah yang mereka dapat tawarkan kepada rakyat itu semuanya masih kabur dan kurang jelas. Yang rakyat ketahui adalah kesemua ahli-ahli bebas ini dahulunya menganggotai PKR, bertanding atas tiket PKR dan memenangi kerusi masing-masing atas usaha dan sokongan daripada PKR dan penyokong-penyokong parti tersebut, dan selepas itu mengkhianati PKR dengan keluar parti dan kini secara tidak langsung "menyokong" Barisan Nasional (BN). Soal mungkinkah mereka ini akan menyertai Umno ataupun mana-mana parti komponen BN yang lain sebelum pilihanraya umum yang akan datang masih menjadi tanda tanya. Sama ada parti-parti komponen BN ini akan membenarkan para "pengkhianat" ini bertanding semula juga turut menjadi tanda tanya kerana para pemimpin BN juga dikatakan risau akan isi hati ahli-ahli bebas ini yang dianggap masih tidak tentu arah dan halatuju mereka. Kesetiaan yang tidak jelas Selain daripada arah dan halatuju yang tidak jelas pada ahli-ahli parlimen bebas ini, kesetiaan mereka turut dipersoal ramai pihak berdasarkan sejarah politik beberapa Yang Berhormat bebas ini. Zahrain adalah seorang bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, sementara Zulkifli yang sebelum menyertai PKR, adalah seorang ahli PAS, manakala Tee Beng dahulunya adalah ahli Gerakan sebelum menyertai PKR, meninggalkan parti tersebut dan kemudiannya menyertai KITA yang selepas itu memecat beliau. Ibrahim pula yang bertanding atas tiket PAS tetapi tidak menyertai parti tersebut dan kemudiannya menjauhkan dirinya daripada parti yang pernah mendukungnya. Jadi adalah amat jelas sekali label "lompat" itu melekat pada mereka semua ini walaupun apajua penjelasan yang mereka telah cuba berikan kepada umum dan para pengundi di kawasan-kawasan mereka khususnya. Oleh yang demikian, sememangnya amat sukar untuk mempercayai akan kredibiliti dan kesetiaan mereka yang sebenarnya dan jika sekiranya mereka menyatakan pendirian mereka di dalam sesuatu perkara kesetiaan mereka pada pendirian yang mereka ketengahkan juga perlu diragui berdasarkan beberapa kenyataan yang pernah mereka keluarkan pada umum sebelum ini. Yang rakyat akan terus melihat mereka adalah dari segi, kesemua mereka ini pernah dan banyak kali melompat parti dan itu adalah hakikatnya dan pada masa yang sama di dalam beberapa siri "lompatan" mereka adakah soal kewangan turut terlibat di dalam mempengaruhi keputusan mereka dari masa ke semasa. Itulah yang senantiasa akan menjadi tanda tanya di samping terus menimbulkan pelbagai keraguan di mata semua pihak akan keihlasan mereka yang sebenarnya. |
Lagi Gelagat TG Nik Aziz Semasa Latihan Menembak Petang Tadi. Hebat Tok Guru! Posted: 28 Mar 2012 04:06 AM PDT |
Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh? Posted: 28 Mar 2012 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja. "Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya. Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau. "Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu. "Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad. Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta. "Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad. Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi. "Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis. "Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 bilion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik. "Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya. Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). "Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran. "Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan. "Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan, Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan. "Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira. "Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan