Nuffnang

Pengikut

Muslimeen United

sumber :-

Muslimeen United


Bekas TMB Kelantan pengerusi JK Pemandu

Posted: 12 Mar 2012 07:12 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS menghidupkan semula Jawatankuasa Pemandu yang pernah dibentuk sebelum ini dengan melantik bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengerusi.

Empat lagi anggota adalah, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, AJk PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Naib Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed, dan Pengerusi Lujnah Undang-undang PAS Pusat Asmuni Awi.

Pelantikan itu diumumkan oleh Mustafa dalam sidang media lewat petang tadi selepas mengadakan mesyuarat bulanan PAS Pusat di Pejabat Agung Jalan Raja Laut.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu menegaskan Jawatankuasa Pemandu sebenarnya telah diwujudkan sejak tahun 1990 dan ia bukan badan eksekutif tetapi sebagai badan penasihat.

"Pemandu ini kadang kala aktif kadang kala tidak aktif, jadi kita aktifkan semula hari ini. Pemandu ini tidak boleh ganggu mana-mana petadbiran negeri," katanya.

Jawatankuasa Pemandu ini terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, jawatankuasa tersebut tidak meneruskan peranan ini.

Selain memberi nasihat, jelas Mustafa jawatankuasa ini berfungsi antara lain memantau pelaksanaan manifesto negeri sama ada di negeri yang menang atau kalah dalam pilihan raya.

"Setiap kali adanya PRU, kita ada manifesto sebagai janji kepada rakyat, jadi jawatankuasa pemandu memantau pelaksanaan manifesto tersebut," katanya.

Malah katanya, jawatankuasa ini bukan dikhususkan untuk negeri Kedah sahaja tetapi untuk semua negeri yang PAS ada terlibat.

"Termasuk juga boleh memberikan pandangan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Sebelum ini, pelbagai tafsiran liar sesetengah media yang membuat tafsiran salah terhadap penubuhan jawatankuasa pemandu yang dibentuk PAS.

Jawatankuasa Pemandu  berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS bukan untuk pimpinan tertentu sahaja tetapi untuk semua.

Sesetengah media melaporkan kononnya PAS membentuk jawatankuasa ini untuk mengurangkan kuasa MB Kedah. -Hrkh

PM Malaysia jika BN terus berkuasa...

Posted: 12 Mar 2012 07:11 AM PDT

Seorang anak muda, Muhammad Muizzuddin pernah melontarkan pertanyaan berikut di dalam 'Surat Terbuka' beliau kepada DS Rosmah Mansor:

".. Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

"... Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku".

"Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?"

Pada hari ini, 12 Mac 2012 persoalan ini akhirnya terjawab selepas majlis perasmian Sidang Kelima Parlimen ke-12....

DS Rosmah berbelanja ratusan ribu ringgit untuk membeli pakaian yang yang akhirnya dapat ditakrifkan 'berpakaian tetapi berbogel'....Inilah fesyen Rosmah Mansor semasa pergi ke parlimen hari ini.. Bilalah Najib nak tarbiyahkan Rosmah. Cuba perhatikan betul-betul, Najib duduk di belakang Rosmah.. Apa maknanya tuh?

MasyaAllah, Polis Sahkan Rangka Manusia Rentung Itu Nurul Nadirah

Posted: 12 Mar 2012 07:08 AM PDT

Pasir Gudang: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.

Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.

Ibu Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang, Roselyn Alan, 25, bekas suaminya yang menetap di Klang, Selangor, masih direman sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan polis.

Walau bagaimanapun menurut Roselyn, dia dan bekas suaminya yang berusia 30-an itu berpisah pada 2008 secara baik tanpa sebarang persengketaan.

"Sejak berpisah, kami sentiasa berhubung dan tidak wujud langsung pertikaian berkaitan penjagaan anak.

"Malah, dia sering bertanya khabar melalui telefon dan menemui anak jika mempunyai masa lapang," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan suami baru pada 2010 sebelum melahirkan Ainul Suhada yang kini berusia dua bulan.

Menurut Roselyn, sejak kehilangan Dirang, bekas suaminya datang ke Johor bagi membantu mengesan anak kedua mereka.

"Dia juga memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan, saya yakin bekas suami tidak terbabit," katanya yang ditemui selepas menerima kunjungan isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofia di kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, semalam.

Mengulas kehadiran Raja Zarith Sofia, Roselyn mengakui terkejut dan dalam masa sama gembira.

"Saya berasa amat terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan Raja Zarith Sofia yang memberi semangat kepada kami sekeluarga untuk terus tabah," katanya.

Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap

Posted: 11 Mar 2012 09:40 PM PDT


Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga  tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya 'ketua' kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu,  beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah "sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini. -M'kini

Lakonan Hebat Najib - Shahrizat

Posted: 11 Mar 2012 04:49 PM PDT

 
 
 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT