Isnin, 19 Mac 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Better Late Than Never

Posted: 19 Mar 2012 06:47 AM PDT


Dah kutei baru sedor betapa HAPRAK-nya UMNO
Pun begitu.... alhamdulillah. Keluar jugak daripada UMNO akhirnya dia.
Kata orang putih...
It's better late than never. Tindakan bijak tu.
Well... Si kadior udah keluor, Ku Li bila lagi??
Tunggu hapa lagi, weh...
Tak payah pikior lama-lama. Tutup mata... keluor!!

[Beritanya di sini]

Adduuhhhh!!! Terkena lagi

Posted: 19 Mar 2012 03:59 AM PDT


A: Bukan debat, ek??
B: Aha... one to one wawancara.
A: Orang tu nak enter frame, ek??
B: Ele.. nak carik pablisiti.
A: Yang menanggguk di air keruh??
B: Ada... Cuba nak pulangkan buah keras.
A: Berjaya??
B: Terkantoi dan termalu. Buah keras jatuh atas kepala sendiri
A: Ngapa boleh jadi camtu?
B: Biasaler... Cakap ikut sedap mulut. Fakta yeilek!
A: Itulah Piem 1Malaysia kita!!
A dan B: Kah kah kah kah kah

[Citernya di sini]

Anak-anak Palestin dan anak-anak Melayu

Posted: 18 Mar 2012 11:30 PM PDT


Anak-anak Palestin berjuang, dan....
gugur syahid.

Allahu Akbar!!



Anak-anak Melayu bergelumang maksiat, dan....
gugurkan janin.

Malaysia Boleh!!

[sini]

Langkah tepat dan bijak

Posted: 18 Mar 2012 10:30 PM PDT


Mak aaiihh...
Bukan sikit duit. RM500 juta beb!!

Di mana tirisnya??
Mengapa tiris??
Siapa punya angkara??

Audit jangan tak audit!!
Kasik dedah!! Kasik dedah!!

Kah kah kah kah....

[Baca sini]

Yeeeaayy... Sonoknyer. Lagi tembelang UMNO pecah!!

Posted: 18 Mar 2012 08:30 PM PDT


Aku cuba nak absorb apa yang Rafizi dedahkan ni. Orang dapor ler katakan... tua pulak tu, so... kena slow-slow absord apa yang orang muda ni dedahkan.

Kerajaan bagi duit rakyat kepada Maju Holdings sebanyak RM976.7 juta untuk pembinaan MEX dulu. Sekarang.... Maju Holdings jual pulak konsesi tu kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) dengan nilai RM1.7 bilion. Keseluruhan projek itu bernilai kira-kira RM1.32 bilion.

So, tolak campur.... tolak campor.... Maju Holdings ada bikin untung, kan?? Kalau Maju Holdings dapat untung.... kerajaan dapat apa dan bagaimana pulak dengan geran RM976.7 juta yang guna duit rakyat dulu??

Weh.... takkan nak hangus macam tu jer?? Mana boleh.... Kalau tak dapat full amount pun, dapat sebahagian pun jadilah. Mana boleh burn macam tu jer. Takkan Maju Holdings nak gasak semuanyer kot?? Tak boleh.... Tak boleh....

Bak kata Rafizi, entah... entah... ada deal antara Maju Holdings dengan kerajaan UMNO. Maklum ler demer tu kroni UMNO. I help you... You help me. After all... PRU13 is coming soon. And, UMNO needs lots and lots of money for the PRU. Untuk apa??

Hahahaha... Tak yah sebut di sini, sebab you all tahu dan we all pun tahu. Well.... duit perlu untuk mereka beli gula-gula bagi ditaburkan kepada rakyat. Sifirnya mudah beb. No money.... no undi. No undi.... UMNO mati. UMNO mati... soru lari.

Tapi... rakyat sudah faham bebenor strategi UMNO ini. Strategi basi yang diguna pakai berulang kali. UMNO bukan ke parti yang jumud, tak dinamik, apa tah lagi kreatif. Old pesen.... UMNO ni. Sebab tu, strategi basi ituler yang direcyclenya, dulu, kini dan selamanya...

Dan... alhamdulillah, rakyat juga dah advance dari segi politik. Unlike UMNO, mereka dah semakin matang dan bijak. Celik politik dah rakyat Malaysia sekarang ni, especially the young ones. Mereka tak kan mudah terpedaya dengan helah UMNO. Rakyat tak boleh dibeli lagi. Apa yang UMNO bagi demer ambik tapi untuk undi UMNO.... sorry ler!!

You see.... UMNO sekarang berada dalam keadaan amat desperate. Nazak wa cakap lu. Apa derang buat serba tak kena. Makan diri balik. Satu demi satu penipuan dan penyelewengan mereka terdedah. Tanpa amalan kronisme yang menjadi 'f'ardhu ain' bagi mereka.... rasanya UMNO mungkin dah lama terkubur. Sebab itu, kronisme ini hidup subur dalam kerajaan yang diterajui UMNO.

Itulah cara UMNO memperoleh sumber kewangan mereka dan yang mengkayakan para pemimpin mereka. Yang tak syiuknya... mereka guna DUIT RAKYAT. Ya... DUIT KITA. Lepas tu, tunjuk ek dengan rakyat. Sombong dengan rakyat. Zalimi rakyat. Itu yang buat aku geraaamm jer dengan mereka. Tak sedor diri parti lahanat ni.

Udah... udah... udah....!!! Jom kita ubah!! Kita kuborkan jer UMNO dalam PRU13 nanti. Habis citer. Kita bukak 'buku baru' dan mulakan dengan lembaran baru. Kita 'arkib'kan UMNO.

Apa-apa pun... bravo kepada Rafizi kerana telah satu demi satu mendedahkan 'taik' UMNO. Yeeerkkk.... busyuk kan taik UMNO ni!! Hahahaha... najis yang patut kita tanam dalam-dalam.


[sumber]

Kerajaan Putaq Alam

Posted: 18 Mar 2012 07:00 PM PDT


Putaq sana, putaq sini.... akhirnya kantoi!!

Kerajaan 1 Malaysia ni memang pakar putar alam. Putar-putar sana... putar-putar sini... dengan harapan rakyat tak dapat kesan penyelewengan dan penipuan mereka yang tak beretika. Semuanya dilakukan demi kroni.

Sepandai-pandai tupai melompat.... akhirnya kena juga peluru penabur. Gejala putar dan putar sini, puinga sana dan pusing sini, dalam pemberian tender oleh kerajaan telah mengakibatkan kerugian wang rakyat. Bukan sikit kerugiannya tapi banyak ooo...

Pendedahan terkini ialah kerugian Projek Lebuh Raya Pantai Timur. Melalui pendedahan ini, rakyat dapat gambaran yang jelas daripada orang yang ada pengalaman berada dalam pentadbiran kerajaan tentang selok belok putar alam mereka untuk menutup tipu muslihat yang dilakukan.

Licik kan... perompak-perompak ini??

Anwar Dedah Kepincangan Projek Lebuh Raya Pantai Timur

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar dalam melaksanakan Projek Lebuh Raya Pantai Timur apabila beberapa keputusan yang dibuat tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Menjunjung Titah Diraja di Dewan Parlimen baru-baru ini, kerugian tersebut berlaku disebabkan terdapat beberapa kontraktor yang sepatutnya disenarai hitamkan dari mendapat tender telah diberikan tender oleh kerajaan.

"Jadi maknanya ada suatu pakatan kerjasama. Sepatutnya, yang saya tahu financial prosedur itu jelas, mana-mana syarikat yang gagal maka semua anak syarikat itu dikecualikan daripada mendapat tender semula.

"Akan tetapi ini diberikan pengecualian, pakej kelapan, anugerah kepada Arah Jitu RM80 juta, mansuh November 2009."Kemudian, ditender semula, berikan pula kepada Arah Jitu, harga RM76 juta.

"Ini kontrak apa sebegini? Ia gagal, kita anugerahkan semula. Jadi, kontraktor yang gagal untuk melaksanakan dua pakej; 8B dan 9B, dipilih semula dengan harga yang jauh lebih tinggi," ujar beliau.

Anwar turut memberitahu dewan bahawa Kerajaan juga didapati tidak menuntut kembali bayaran yang telah dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat yang gagal menyiapkan projek yang diberikan kepada mereka.

"Ini saya tekankan kerana kontrak 1A, pakej 1A bernilai RM41.86 juta dianugerahkan kepada Ascent Vest Sdn Bhd, dimansuhkan pada April 2010 setelah membayar RM27.2 juta.

"Ditender semula, dianugerahkan kepada Q-Bena dengan harga RM31.1 juta dengan tambahan dana. Kontraktor pertama patut bayar ganti rugi."Pakej keempat dianugerahkan kepada Kobena Corporation harga RM61 juta, gagal lagi siap dan diberikan kepada syarikat baru, pakej ketiga.

"Yang hendak saya tekankan pakej keempat ini tadi ialah setelah gagal syarikat ini diberi pula kepada anak syarikat yang sama, anak syarikat kepada syarikat induk yang sama," katanya lagi.

Sebelum ini beberapa media tempatan melaporkan pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Timur ini telah mengalami kelewatan dari jadual kerja disebabkan kegagalan beberapa kontraktor yang dianugerahkan projek ini menyiapkan kerja-kerja mereka.

Malah beberapa media siber turut melaporkan aliran air Sungai Bagus, Terengganu turut dilencongkan bagi membolehkan aliran air mengalir di bawah jambatan yang dibina di atas daratan sebelumnya.

Selain itu, kos pembinaan proejek ini juga meningkat kepada RM210 Juta dengan tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta.-TVS

Macam-macam lotop

Posted: 18 Mar 2012 05:30 PM PDT


Pop! Oppss... pocah dio.

Hahahahaha....

Ituler...
Allah dah kasi yang ori, tapi tak bersyukur
Masih nak ber-implant-implant
Nak kasi 'gempak' bila orang tengok...
Aarrr....
Bila melotop, gempak sungguh la.

Kah kah kah kah....

Tiada ulasan: