Anak Sungai Derhaka |
- Belum bayar balik pinjaman, NFCorp salahkan kerajaan pula...
- Najib campur tangan kes saman Felda? (Video Inside)
- Presiden Pas kelirukan umat Islam? Jawapan dari TG Nik Aziz buat Prof Dr Mahmood ..
- Kadir Sheikh Fadzir keluar UMNO
- Penjualan Lebuhraya Maju Expressway: RM976.7 Juta Dana Rakyat masuk kepoket Kroni UMNO/BN?
- Kes Rasuah Scorpene secara rasminya telah didaftarkan di Mahkamah Perancis..
- Kerajaan akui ada hubungan dagang dengan Israel akhirnya...
Belum bayar balik pinjaman, NFCorp salahkan kerajaan pula... Posted: 19 Mar 2012 07:23 AM PDT Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh sebelum ini telah memberi jaminan bahawa syarikat berkenaan berupaya membayar balik perjanjian pinjaman antara mereka dengan kerajaan yang diwakili Kementerian Kewangan seperti ditandatangani pada Disember 2007. Bagaimanapun hingga ke hari ini menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid National Feedlot Corporation (NFC) masih belum membayar semula ansuran pembayaran pinjaman dana awam bernilai RM250 juta bagi membina projek Pusat Fidlot Nasional yang mereka terima pada 2008. Tambah Datuk Seri Azmi Khalid, pihaknya dimaklumkan bahawa NFC sepatutnya mula membuat pembayaran pinjaman itu sejak Januari lalu, lapor portal berita MStar. Berikut adalah alasan yang disediakan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan atau NFCorp mengapa mereka masih gagal atau tidak melaksanakan pembayaran seperti yang dijadualkan.. Mereka mempersalahkan kerajaan UMNO/BN yang telah menangguhkan pembinaan sebuah pusat penyembelihan lembu bertaraf antarabangsa sebagaimana yang diperlukan oleh mereka. *********************************************** NFCorp Jelaskan Mengapa Bayaran Semula Pinjaman Mereka Tertangguh KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Kebangsaan atau NFCorp menjelaskan pada Isnin, bahawa mereka telah memohon kepada kerajaan untuk menangguhkan dahulu pembayaran semula pinjaman dalam sepucuk surat bertarikh 27 Oktober 2009. NFCorp dalam satu kenyataan menjelaskan penangguhan itu dipohon memandangkan kerajaan telah turut menangguhkan pembinaan sebuah pusat penyembelihan lembu bertaraf antarabangsa sebagaimana yang diperlukan oleh mereka. Keputusan itu juga kata NFCorp ada kena mengena dengan keputusan pihak ketiga untuk menarik diri daripada menyediakan infrastruktur di Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan. Perkara ini semua kata NFCorp telah pun dibangkitkan sebagaimana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010. Kata NFCorp lagi, jika mengikut perjanjian yang dicapai dengan kerajaan, sebuah pusat penyembelihan bertaraf antarabangsa akan dibina pada tahun 2008 dan kemudiannya disewakan kepada NFCorp bagi memenuhi sasaran pengeluaran daging lembu negara. Bagaimanapun, pembinaan pusat penyembelihan itu telah tertangguh dan sehingga sekarang belum lagi dibina. Ini termasuklah penagguhan ke atas pembinaan kemudahan infra dalam bentuk pembinaan jalan sepanjang 7.5 km menuju ke PFN dan lain-lain kemudahan seperti sistem pengaliran air serta kolam. Kesemua ini, menurut NFCorp telah menjejaskan sasaran pengeluaran daging lembu kebangsaan termasuklah unjuran pendapatan NFCorp. NFCorp turut menjelaskan bahawa kerajaan telah membuat peruntukan berasingan untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinari membina pusat penyembelihan tersebut dan oleh yang demikian mereka (NFCorp)tidak boleh menggunakan peruntukkan daripada dana pinjaman yang diberikan kepada mereka untuk tujuan yang sama. Oleh yang demikian, NFCorp telah menulis kepada Kerajaan memohon agar bayaran semula pinjaman mereka ditangguhkan sehinggalah pusat penyembelihan berkenaan dibina oleh jabatan yang berkaitan. NFCorp membuat penjelasan ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada awal Isnin yang menyebut NFCorp masih belum memulangkan ansuran pembayaran pinjaman dana awam bernilai RM250 juta bagi tujuan pembinaan PFN yang mereka terima pada 2008. Menurut Azmi, pihaknya dimaklumkan bahawa NFCorp sepatutnya mula membuat pembayaran pinjaman itu Januari lalu. "Belum...belum bayar lagi. Berdasarkan apa yang dimaklumkan, pembayaran masih belum dibuat. Sepatutnya pembayaran mula dibuat pada Januari tahun ini," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin. Bagaimanapun menurut Azmi, kelewatan pembayaran balik pinjaman berkenaan mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi NFCorp. mStar |
Najib campur tangan kes saman Felda? (Video Inside) Posted: 19 Mar 2012 03:21 AM PDT Kerajaan BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution. Katanya, dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu. Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu. "Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate 'OER'), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. "Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya." Menurut Saifuddin, kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu. "Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Campur tangan secara jelas Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara. Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan. Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan OER. Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang. Selain berdepan dengan saman OER, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Turut hadir ialah ahli parlimen Subang R Sivarasa yang mewakili peneroka dari Serting Hilir dan dan penempatan Felda Raja Alias dalam tuntutan mereka. "Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri," kata Sivarasa. Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut menyaman kerajaan. |
Presiden Pas kelirukan umat Islam? Jawapan dari TG Nik Aziz buat Prof Dr Mahmood .. Posted: 19 Mar 2012 12:47 AM PDT Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi. Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum. Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha : تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..." Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam. Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel. Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agak mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..." Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel? Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT : اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7) yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7 Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah? Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam? Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan. Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT? Salam hormat. HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012 |
Kadir Sheikh Fadzir keluar UMNO Posted: 18 Mar 2012 11:58 PM PDT Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu. "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan media ringkas. Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian. Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun. Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya. Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan. Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno. Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu. 17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya. Malaysiakini |
Penjualan Lebuhraya Maju Expressway: RM976.7 Juta Dana Rakyat masuk kepoket Kroni UMNO/BN? Posted: 18 Mar 2012 10:10 PM PDT Kebelakangan ini, ia telah menjadi tabiat Perdana Menteri untuk meluluskan urus niaga yang melibatkan kroni-kroni UMNO-Barisan Nasional (BN) yang bernilai berbilion ringgit, dan seterusnya ini telah mengukuhkan kebimbangan rakyat bahawa harga yang tinggi akan memberikan kesan perit kepada mereka. Memburukkan lagi keadaan, kerahsiaan di mana semua urus niaga disembunyikan dan kekurangan ketelusan hanya menambahkan kecurigaan rakyat. Penjualan konsesi lebuh raya ini adalah transaksi kedua pada bulan ini sahaja yang melibatkan penggunaan dana awam. Sebelum ini 1MDB membeli aset utiliti kuasa dari Kroni BN, Ananda Krishnan. 1MDB ini sudah tentu dikawal oleh Perdana Menteri, dan pembelian aset Ananda berjumlah RM8 bilion. Mengapa Najib sanggup untuk menghabiskan perbelanjaan yang begitu besar apabila 1MDB jelas kurang pengalaman dalam industri penjanaan kuasa? Jumlah dana yang terlibat di sini ialah RM976.6 juta, yang merupakan empat kali lebih tinggi daripada yang NFC. Najib boleh berfikir bahawa dia boleh mengelakkan diri dengan kejatuhan NFC, tetapi perjanjian lebuh raya yang melibatkan jumlah dana awam yang besar akan memerlukan perhatian yang lebih mendalam dan Najib lebih baik bersedia untuk memberikan jawapan. Secara ringkas apa yang perlu kita fahami dalam isu penjualan Lebuhraya Maju Expressway ini. Kos keseluruhan pembinaan lebuhraya ini ialah RM1.32 Billion, bagi menampung sebahagian besar dari jumlah tersebut Kerajaan Malaysia telah memberikan geran yang sudah tentunya dari dana awam bernilai RM976.7 Juta kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Kekurangan dana bagi menampung kos pembinaan telah ditampung oleh Maju Holdings Sdn Bhd dengan menggunakan pinjaman dari bank yang berjumlah RM370 Juta. Lebuhraya ini telah dijual pada harga RM1.7 Billion, oleh itu ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku,selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta,bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion. Apa yang aku nampak modalnya cuma air liur saja.. sebab RM976.7 Juta + RM370 Juta = RM1,346.7 Juta, dari jumlah ini terdapat lebihan RM26.7 Juta dari jumlah kos pembinaan yang berjumlah RM1,320 Juta.. Aku tak nampak pun ada modal dikeluarkan (betulkan kalau aku silap).. bestnya bussiness macam ni... Berikut adalah kenyataan media dari Rafizi Ramli.. Penjualan Lebuhraya Maju Expressway: Dana Rakyat RM976.7 Juta Perlu Dipulangkan Segera |
Kes Rasuah Scorpene secara rasminya telah didaftarkan di Mahkamah Perancis.. Posted: 18 Mar 2012 08:58 PM PDT Akhirnya kes ini akan didengar dimahkamah Perancis setelah begitu lama tertangguh oleh kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan... bersamalah kita nantikan nama siapa yang akan timbul dalam kes ini.. Cynthia Gabriel, pengarah SUARAM telah menyatakan kelegaan beliau kerana akhirnya kes ini akan dibicarakan dimahkamah di Perancis tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, orang ramai diminta bersabar menunggu sehingga SUARAM mengadakan sidang akhbar esok untuk mengetahui butiran lanjut tentang kes ini dan perbicaraan tentangnya di Paris tidak berapa lama lagi. Isu Scopene ini telah menjadi isu hangat tidak berapa lama dahulu kerana pembelian kapal selam dari syarikat DCNS Perancis dilakukan semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan dan dalam jangkamasa yang sama beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri. Berikut adalah kenyataan Media dari sidang akhbar itu.. SUARAM PRESS RELEASE |
Kerajaan akui ada hubungan dagang dengan Israel akhirnya... Posted: 18 Mar 2012 06:38 PM PDT Akhirnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN akui bahawa Malaysia punya hubungan dagang dengan Israel... tapi masih mahu memutarbelit kenyataan.. Kata Mustapa Mohamed "Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka. Tak iktiraf.. tapi boleh pula berdagang malah dibenarkan pula Syarikat dari Israel (ZIM Industries Sdn. Bhd.) bertapak di Malaysia.. Laporan ini juga menyatakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis. Perlu kita faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan Yahudi itu bukanlah puak-puak Zionis yang menguasai dan menubuhkan negara haram Israel itu.. Kerajaan akui hubungan dagang dengan Israel KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat. Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok. Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin. "Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka. Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel," katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustafa serta Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Nordayanah Hassan. Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis. Abdul Hadi berkata, bangsa Yahudi pernah menjalankan hubungan perniagaan dengan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah. Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel. Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional. "Namun dari segi politik kita memang tidak langsung menyokong mereka dan masih menganggap mereka masih sebagai musuh dalam Islam, Insya-Allah saya akan beri penerangan mengenai perkara ini di Parlimen dalam masa terdekat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan