Ahad, 11 Mac 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Wayang Mak Lembu

Posted: 11 Mar 2012 06:00 AM PDT


Mak Lembu akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikan sebagai senator??

Weh... itu bukan letak jawatan namanya. Jauh sekali dipecat.

Nanti, dia boleh kata.... Aku bukan letak jawatan. Aku cuma tak terima semula pelantikan sebagai senator jika ada tawaran. Aku cuma berundur jer..... Hahahaha... Aku bukan kena pecat.

Licik politik Mak Lembu ni...

What about the RM250 juta duit rakyat yang keluarga dia gasak??

Kerajaan 1 Malaysia takkan nak buat donno jer. Itu duit rakyat weh... bukan duit UMNO, bukan duit BN, hatta bukan duit mak bapak komer.


Kalau cukup bukti...
DAKWA MEREKA!! No kompromi...!! KELUARGA LEMBU MESTI DIDAKWA!!

Kita tunggu dan lihat samada Najib ada telor atau tidak to do the right thing.

[sumber]

Yang muda dah bertobat. Yang tua bangka kat sini, bila lagi??

Posted: 11 Mar 2012 04:00 AM PDT


RIYADH - Penulis dan wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang ditahan di penjara Al-Hair di Riyadh selepas didakwa menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad saw di laman Twitternya, telah bertaubat secara rasmi di hadapan mahkamah di sini, Selasa lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, Al-Madinah, kelmarin, apa, ibu, adik-beradik dan peguamnya hadir pada sesi mahkamah itu.

Sumber yang rapat kepada kes tersebut percaya catatan dokumen mengenai pernyataan taubat Kashgari di hadapan hakim mahkamah adalah satu perkembangan yang penting dalam kes itu.

Bagaimanapun, seorang penasihat undang-undang, berkata taubat Kashgari tidak akan membebaskannya daripada tanggungjawab undang-undang berhubung kenyataan yang didakwa dibuat olehnya.

Kashgari, 23 tahun, melarikan diri dari Arab Saudi selepas kenyataannya yang disiarkan dalam Twitter dibongkar oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Dia, bagaimanapun, ditangkap di Malaysia dan dihantar pulang ke Arab Saudi menaiki pesawat khas. Sejak itu, Kashgari telah ditahan dalam penjara di Riyadh.

Dalam satu kenyataan rasminya, Kashgari telah mengumumkan bahawa dia telah bertaubat dan meminta ampun.

Kashgari berkata dia telah meninggalkan keseluruhan idea-ideanya yang salah dan kenyataan yang dibuatnya dalam Twitternya, sambil menambah bahawa dia sedang murung ketika itu.

Dia mengucapkan terima kasih kepada keluarga, saudara-mara dan rakannya, serta para ulama yang memberikannya sokongan dan cuba membimbingnya kembali ke jalan yang benar di sisi agama. -- Agensi.

[sumber]

Siapa bodoh sebenarnya??

Posted: 11 Mar 2012 12:30 AM PST


Soalan Cepu Mas....

Siapa yang BODOH@STUPID sebenarnya??

A. Pemberita Cina yang mencari berita
B. Pemimpin yang cari 'penyakit' dan dedahkan ancaman dan kesan 'penyakit' tersebut kepada rakyatnya.

Lu orang fikir... guna akai. Jangan guna kepala lutut.

Kecundangnya seorang ibu lembu??

Posted: 10 Mar 2012 10:20 PM PST

Kuasa rakyat telah me-kecundang-kan seorang ibu lembu. Bapak dan anak-anak lembu camne??

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

"Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu," katanya. [Selanjutnya di sini]

Rakyat dapat nikmati hasil Petronas jika pilih Pakatan Rakyat

Posted: 10 Mar 2012 08:30 PM PST


Ini satu lagi sebab, mengapa kita kena tukar kerajaan dalam PRU13 nanti.

Negara kita kaya dengan hasil bumi yang Allah kurniakan tapi apa kerajaan UMNO@BN buat dengan hasilnya. Mereka 'joli sakan' dan bazirkannya dengan pelbagai projek untuk mengayakan diri mereka melalui amalan kronisme dan nepotisme. Mereka main pakai proksi jer untuk kelabukan mata rakyat terhadap duit yang mereka gasak.

Mereka kaya raya..... rakyat marhaen hanya cukup makan, malah ada yang terus sengsara dalam kemiskinan. Kalauler hasil Petronas itu diurus tadbir dengan cekap, berhemah dan amanah.... senang kita, rakyat Malaysia ni weh.

Tengok saja kehidupan rakyat di negara-negara yang ada minyak.... tak susah macam kita di sini. Negara kita kaya dengan minyak tapi rakyat tak dapat nikmati hasilnya dalam kehidupan seharian mereka.

UMNO@BN, guna duit Petronas.... bikin bangunan tinggi-tinggi dan gah-gah. Haishh... bangunan pencakar langit buat apa, bukan boleh tolong ringankan beban kehidupan rakyat marhaen. Betoi tak??

Untuk para pemimpin ber-riak-riak dan bermegah-megah, boleh ler. Fuuu... cer tengok?? "Itu legasi peninggalan aku"...... kata si folan yang hok tu dan yang
hok ini.

Sebab tu... kerajaan 'kaki joli' ni kita kena turunkan. Beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk buat apa yang UMNO tak mampu nak buat sebab mereka kata, ia tak mungkin dapat dilakukan. Kalau UMNO tak boleh.... beri kepada mereka yang boleh dan yang yakin boleh.

Bukan ke Pakatan Rakyat dah buktikan kemampuan mereka di 4 negeri yang mereka tadbir. Fuuhh... best ooo, kalau Pakatan Rakyat memerintah.... Rakyat dapat semula hak asasi mereka, tol tak der, pendidikan percuma, kesihatan percuma, harga minyak turun, harga barang pun pastinya akan turun dan terkawal, gaji naik, rakyat tak hidup merempat... semua akan dapat peluang untuk tinggal dalam rumah yang selesa dan sistem pentadbiran yang dah lunyai di'kerja'kan UMNO@BN ini akan dipulihkan. Hmmm.... sejahtera hidup!!

Kita akan dapat nikmati semuanya itu sekiranya kita ada keberanian untuk ubah dan lakukan perubahan. Usah takut.... Usah curiga.... Yakinlah yang Pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan.. Ya... perubahan ke arah yang lebih baik untuk rakyat dan negara.

Demi maruah rakyat dan negara.... JOM KITA UBAH!! Ubah apa?? Ubah kerajaan!!

Kompius... Yang mana satu yang tepat ni, beb??

Posted: 10 Mar 2012 06:30 PM PST


Sanggupkah kita perjudikan masa depan negara dengan terus memberi kuasa kepada kumpulan manusia yang selalu berada dalam keadaan kompius. Aha... kompius dan akhirnya flip flop terhadap keputusan-keputusan yang mereka buat??

Flip flop terkini... Dulu kata SBPA satu keputusan yang tepat. Tup-tup.... batal SBPA dan balik semula ke SSM. Itu pun mereka dakwa sebagai satu keputusan yang tepat. Masa umum... tepat. Masa batal pun tepat. Tak ke kompius gilerr babi namayer tu [sini dan sini]

Haru-biru kita dibuatnya. Tak boleh jadi macam ni dan tak boleh dibiarkan. Negara kita tanggungjawab kita!! Kita mesti lakukan sesuatu.

Ayuh... Jom kita ubah kerajaan yang kompius ini dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat yang jauh lebih bertanggung jawab dan yang punya integriti dan kredibiliti yang telah terbukti.

Change for a better Malaysia!!

A desperate man is an angry man

Posted: 10 Mar 2012 04:30 PM PST


Hahahaha....

Ada orang tu kan.... Orang Pahang kan....
Sudah terkena bahang radioaktif 'Lynas'

Simptomnyer...

Cepat panaaassss!! Cepat maaraahhh!!

Hmmmm.... Grrrrrr.... Pergghhh.....
STUPID!!

Kah kah kah kah kah

Tiada ulasan: