Isnin, 5 Mac 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Yeyy.. yeyy... Nak jadi Embi!! Yeyy... yeyy..

Posted: 05 Mar 2012 08:12 AM PST


Aaiikk...
Pasang hajat nak jadi MB ke??


Kah kah kah kah...

[sini]

Debat: Soalan mudah... YES or NO??

Posted: 05 Mar 2012 06:00 AM PST


Anwar...

Hang punya pemikiran munasabah ka??
Hang serius ka tentang masa depan negara??
Kalau 'ya'.... Najib sedia debat dengan hang.

Najib...

Tolong jangan perasan kononnyer awak jer ler yang berfikiran munasabah dan serius tentang masa depan negara manakala orang lain tidak.

Tolong jangan bagi syarat bodoh ya. Kalau nak debat, cakap nak debat. Jangan banyak songeh, ek?? Jangan pulak nanti kata, Anwar orang yang tak berfikiran munasabah dan tak serius sebagai alasan untuk elak berdebat.

Kita bukan bercakap pasal manusia cokia, ek?? Kita bercakap pasal Ketua Pembangkang Malaysia dan awak Perdana Malaysia. Aha, pasangan yang paling tepat untuk berdebat tentang tajuk pilihan awak. Dia dah beri awak kelebihan untuk pilih whatever isu yang kamu suka dan selesa.

Apa tunggu lagi... 54 peratus para pengundi especially yang muda mahu debat ini diadakan. Jangan ler hampakan mereka. Ikut trend ler sikit PM Najib. Takkan takut, kot??

[sumber]

Alhamdulillah.... Settled.

Posted: 05 Mar 2012 04:00 AM PST

Kredit gambar: Malaysiakini

Demi jemaah... demi rakyat... demi menumbangkan UMNO@BN, mereka akur. Alhamdulillah... Settled!! Yeayy... EXCO semula!!

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.-Harakahdaily

Kedegilan Shahrizat bikin Najib fenin

Posted: 05 Mar 2012 01:30 AM PST


Tempoh senatorshipnya tamat pada 8 April 2012. Jeng... jeng... jeng.... Apakah dia akan dilantik semula??

Hahahaha.... Hanya Najib dan Rosmah saja yang tahu. Jika dia dilantik semula, bermakna pentadbiran Najib menghalalkan amalan kronisme dan nepotisme untuk membuncitkan tembolok para menterinyer dengan duit rakyat.

Uuuu.... rakyat tentu marah. Kemarahan rakyat akan menjejaskan peluang kemenangan UMNO@BN dalam PRU13 nanti. Kalau UMNO@BN kalah dah Putrajaya terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, bermakna.... bala buat Najib Razak. Tiada kuasa.... kena pijak ler kamu!!

Tapi, kalau dia tidak dilantik semula... bermakna dia kena pecatler!! Tapi, dipecat secara halus atau diplomasi. Namun, ini tidak akan mengubah tanggapan rakyat terhadap isu yang menyelubunginya dan juga kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib. Sebab... RM250 juta duit rakyat yang disalahgunakan itu bukan fitnah tetapi fakta. Fakta yang ada sokongan dengan dokumen bukti. Mana mau lari beb!! Lubang sudah pecah. Sudah barai!! Dan, kita tak boleh lepaskan begitu saja.

Walau bagaimanapun, ketiadaan Shahrizat dalam kabinet akan lebih memudahkan tindakan diambil ke atasnya. Well.... once you're nobody, mampuih hang kena injak dan pijak. Itulah budaya UMNO dulu, kini dan selamanya. Masa ada jawatan, kawan disanjung, Masa jatuh... kawan itu jugaklah mereka akan belangkong. Itu yang buat Shahrizat kecut perut.

Apa-apa pun.... puak-puak UMNO ni kena hati-hati. Shahrizat pernah signalkan amaran... "pemimpin UMNO mana yang tak der masalah". Mungkin rahsia mereka ada dalam tangan Shahrizat. Kalau Shahrizat 'kena'... kita lihat siapa pulak yang akan tergolek sama dengan dia??

Interesting senario ini, kan??

As for UMNO.... padan muka!! Mereka sekarang dalam keadaan..... buat salah, tak buat salah. Serabut beb!! Hahahaha... pening kepala Najib.

Kalau nak menang, sudah-sudah ler tu. Fokus PRU13

Posted: 04 Mar 2012 11:18 PM PST


Terima keputusan yang telah dibuat dengan hati terbuka demi kelangsungan kuasa Pakatan Rakyat di Kedah. Itu pun kalau hangpa masih nak memerintah Kedah la. Kalau rasa dah tak mau.... pi kat hangpa la.

Pilihan di tangan anda. Ketuk kepala tanya akai.... Jangan hampakan harapan para pendokong dan penyokong yang letakkan hanpa pada kedudukan sekarang.

KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini.

Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.

Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran.

Ketika ditanya mengenai perbincangan yang diambil begitu lama bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Mustafa memberitahu mesyuarat sebenarnya tidak lama tetapi untuk mendengar pandangan exco-exco itu memerlukan masa yang lama.

Beliau turut yakin bahawa krisis itu selesai dan kedua-dua exco menerima keputusan yang telah dicapai.

"Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya optimis kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut.

"Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," sambungnya.

Mustafa turut menyatakan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Selain itu juga kita turut yakin dan optimis bahawa keputusan ini akan mengukuhkan kedudukan kita (PAS) di Kedah serta mengekal kemenangan pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya lagi.

Celaka!! Zalimnyer Barisan Nasional

Posted: 04 Mar 2012 08:00 PM PST


They tarik your bantuan sabsidi??
Sebab you sokong pembangkang??
Elaun OKU juga dihentikan??

Zalim.... zalim...
Tak patut... Tak patut...

Ini bukti betapa jahatnya BN.
Celaka!!

Anwar gegarkan Telok Bakong

Posted: 04 Mar 2012 05:57 PM PST


Kredit Gambar: TBO

Semalam teman pergi ke ceramah Anwar Ibrahim di Telok Bakong. Best gak... tapi tak puas dengar Anwar bercerita sebab masa pendek sangat. Pun begitu... alhamdulillah.

Dalam ceramah tersebut, dia banyak suntik semangat anak muda agar berani bangun membuat perubahan demi kebaikan diri, rakyat dan negara, seperti apa yang berlaku di Mesir dan lain-lain negara Timur Tengah. Semoga anak-anak muda kita di sini juga, bangun dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan melalui pilihan raya.

Beliau juga menyentuh tentang isu kononnya, dia menyokong Israel. Hahahaha... isu itu semua orang sudah sedia maklum. Ia merupakan angkara dan taktik kotor UMNO untuk memburukkan imejnya tapi tak jalan beb, sebab internet kan ada... Semuanyer tu, fitnah UMNO tapi sayang mereka gagal. Seperti yang aku kata tadi, rakyat sudah terdedah kepada maklumat terkini melalui internet. Usang nak cong la. Rakyat dah cerdik.

Namun... isu itu disentuh juga bagi menerangkan senario sebenar yang berlaku kepada rakyat Telok Bakong dan kawasan sekitarnya. UMNO melalui media-media barua mereka memetik secara tidak menyeluruh, pendirian yang diambil oleh Anwar. Petik.. tapi tak lengkap. Sengaja nak bikin isu dan kemudiannyer dimainkan dan di-spin semau-maunya tanpa henti. Hahaha... akhirnya mereka yang pening.

Anwar kata... pendiriannya itu tertakluk kepada syarat-syarat, tapi.... as of now semua syarat-syarat tersebut tidak berlaku dan tidak diendahkan oleh Israel. Species yahudi ni bukan ke ketegaq ya Rabbi. So... kerana syarat tak dpenuhi, maka sokongan padu Anwar adalah kepada perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan rakyat Palestin tetap di hatinya, dulu.... kini dan selamanya.

Malah, dia sendiri tidak pernah, walau sekali pun, berjumpa dengan mana-mana PM Israel, Menteri Luarnya mau pun Menteri Pertahanannyer. Yang pergi menjilat Israel ialah puak-puak UMNO. Yang berdagang dengan Israel ialah kerajaan UMNO@BN. Semuanyer itu ialah kerja jahat UMNO, tetapi.... "aku jugak yang jahat" kata Anwar. Hahaha...lawak, lawak.

Dalam isu Israel ini juga, UMNO cuba melaga-lagakan Anwar dengan PAS... khususnya Tok Guru Nik Aziz. Well.... sebagai orang yang berakal dan rasional, Tok Guru tidak cepat melatah. Jadi... percubaan keji mereka itu gagal. Frust lagi UMNO.

Nampak gayanya, apa juga yang UMNO buat.... semuanyer serba tak kena. Lantas, mereka jadi amat desperate. Rakyat yang dapat lihat betapa makmurnya negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kini bersama-sama kita. Sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin kuat. Uuuuu.... UMNO jagi gerun dan resah gelisah. Tak keruan mereka, beb!!

Lantaran itu, mereka mula menggunakan strategi ganas dan peranan itu dimainkan oleh samseng-samseng mereka. Mereka cuba provoke kita dengan mengganggu dan mengganas di ceramah-ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat.... sekali gus, memperlihatkan betapa terdesaknya keadaan UMNO sekarang. Weh... nak bikin kacau-bilau ek??

Well... makin diprovoke... semangat juang kita semakin membara. Segala provokasi dan keganasan mereka tidak sekali-sekali mematahkan semangat juang kita untuk menumbangkan UNO@BN dan merampas Putrajaya.

Piiiaraah dengan provokasi hangpa!! Piiirraaahh dengan keganasan komer!! Piiigiirraahh dengan samseng-semseng lu orang!! Bagi Pakatan Rakyat.... Lawan tetap lawan!!

Alhamdulillah... ceramah semalam berjalan lancar tanpa sebarang provokasi. Harap-harap Anwar Ibrahim akan datang lagi ke Perak untuk terus memberi semangat kepada rakyatnya agar negeri ini kita dapat kita rampas kembali daripada lamun durjana.

Tiada ulasan: