Isnin, 5 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


10 sebab mengapa Najib tak akan berdebat..

Posted: 05 Mar 2012 08:14 AM PST



Kenyataan terbaru perdana menteri mengenai kesediannya berdebat dengan mana-mana pemimpin, namun pada masa sama meletakkan syarat yang tidak jelas, sekali lagi menggambarkan sikapnya yang berdolak dalik.


Najib sentiasa mencari alasan untuk mengelak cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi gambaran kononnya pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak rasional.

"Sedangkan debat yang ingin dianjurkan ini memang berkaitan masa depan negara dan rakyat, bukan setakat debat kosong. Kita mahu berdebat mengenai dasar ekonomi, tadbir urus dan berkaitan kepentingan rakyat,"

Najib tidak perlu berdolak dalik memandangkan seluruh rakyat terutama pengundi muda mahu melihat sejauh mana kredibiliti seorang pemimpin politik berhujah bagi membuktikan masing-masing layak untuk mentadbir negara.

"Sikap Najib yang sentiasa berdolak dalih akan menjatuhkan imejnya sendiri kerana pengundi muda yang merupakan kelompok terbesar mahu melihat kedua-dua tokoh politik ini berdebat mengenai masa depan negara,"

Itu kenyataan dari Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa kononnya sedia berdebat dengan syarat lawannya mesti mempunyai 'pemikiran munasabah' dan serius mengenai masa depan negara, untuk sepenuhnya bacalah di Keadilandaily

Berikut pula adalah 10 sebab mengapa Najib takut untuk berdebat.. kalau korang rasa ada lagi yang patut ditambah.. korang tambahlah dalam ruangan komen tu..

***********************************************

Ten reasons why Najib won't debate

MARCH 5 — The prime minister may make light of the survey findings which indicate that most Malaysians want him to debate with Anwar Ibrahim but the sad fact is that this man has too many skeletons and question marks next to his name to risk a debate even with Jelapang Hu.

Therefore the best he can do via his blog (again a safe option so he will not have to answer tough questions from the alternative media) is to talk about only debating with responsible leaders and not those prone to conspiracy theories.

This is diversion 101: when you are stuck, blame the other party. In truth, Najib Razak will not debate with anyone and these are the reasons:

1) He will be asked questions about his deafening silence in the wake of the campaign of violence by his party and their storm troopers Perkasa against the Opposition.

2) He will be asked about the ballooning national debt and the irresponsible manner in which his government is spending money to buy votes.

3) He will be asked to justify the unholy haste in which the government is pushing through the listing of Felda.

4) He will be asked to answer questions on the death of Mongolian model Altantuya Shariibuu, the infamous sms exchange between him and lawyer Shafee Abdullah and the hefty commission paid to a company linked to his confidant in relation to the submarine deal.

5) He will be asked to define his moving 1 Malaysia concept in the wake of his adoption of Perkasa's Ibrahim Ali, Zulkifli Noordin and Hasan Ali.

6) He will be asked to debate the NEP and its love affair with cronies.

7) He will have to discuss the foot-dragging surrounding the National Feedlot Corporation and the reluctance to investigate the Attorney-General Gani Patail over a box full of serious allegations, not to mention the settlement with Tajuddin Ramli.

8) He will have to talk about the government's embarrassing use of taxpayers money to pay FBC Media and buy good publicity abroad.

9) He will have to talk about his half-baked apology for the past sins of Umno.

10) He will have to talk about Sodomy II.

A debate will be too onerous for Najib and that is why he will not share the stage with Anwar Ibrahim or anyone. That is the plain truth and it hurts.


The Malaysian Insider

Najib Sedia Berdebat dengan sesiapa saja tentang politik.. tapi..

Posted: 05 Mar 2012 03:49 AM PST



Dalam entri terbaru bertajuk "Kebenaran Mengenai Malaysia" dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my, Najib kata dia sedia berdebat dengan sesiapa saja mengenai politik..


Sesiapa saja yang dimaksudkannya itu ialah orang yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara..

Alasan lagi... takut cakaplah takut Najib..

Najib Sedia Berdebat Dengan Orang Berfikiran Munasabah

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya dalam entri terbaru bertajuk "Kebenaran Mengenai Malaysia" dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini," katanya.

Katanya ada sesetengah pihak di negara ini yang tidak dapat menahan daya tarikan teori konspirasi yang hanya wujud dalam filem-filem Jason Bourne, bukan dalam perdebatan politik yang rasional, kerana teori sebegitu membebaskan diri mereka daripada menanggung tanggungjawab atas kegagalan mereka sendiri.

"Sukar untuk memenangi sesuatu hujah atau gagal mendapatkan sesuatu cara anda? Cara penyelesaian yang lebih mudah adalah untuk mengadu bahawa sistem yang ada ini telah dikongkong daripada bekerja keras untuk mencari hujah yang lebih baik atau mengakui kesilapan diri dengan rendah diri," katanya.

Najib berkata beliau sangat bimbang apabila melihat terlalu ramai yang mengatakan mereka mahu memimpin Malaysia namun mereka tidak mampu mengawal diri apabila berdepan dengan sesuatu perdebatan.

"Bagi mereka, tiada batasan dalam menggunakan apa sahaja cerita, tuduhan atau teori yang keterlaluan, tidak kisahlah sama ada ianya berasas atau tidak, dan berlandaskan fakta atau tidak.

"Mereka tetap menggunakannya walaupun ianya akan merosakkan reputasi Negara di mata antarabangsa dan mengganggu kestabilan dalam negara," katanya.

Beliau turut menekankan betapa pentingnya kestabilan itu untuk semua, tidak kira apa latar belakang serta warisan mereka, ia antara ciri keunikan negara ini di mata antarabangsa.

"Namun begitu, walaupun kepelbagaian ini menjadi sumber kekuatan kita, ianya juga mudah bertukar menjadi kelemahan kita sekiranya pemimpin-pemimpin politik kita memilih provokasi daripada tanggungjawab, dan kita pula secara keseluruhannya tidak dapat mengawal diri dan memahami keseimbangan-keseimbangan sensitif di negara kita," katanya.

Najib berkata konsep 1Malaysia yang beliau perkenalkan adalah mengenai "pemanfaatan kekuatan dalam kepelbagaian kita agar kita, sebagai sebuah negara, dapat menjadi lebih kukuh."

Beliau berkata 1Malaysia terbina daripada realiti Malaysia hari ini – adanya perbezaan pada warisan dan tradisi, pandangan dan pengalaman agama dan pendidikan – ianya tidak cuba untuk menidakkan kewujudan perbezaan itu.

Namun 1Malaysia juga menyatakan bahawa perbezaan itu bukanlah halangan bagi rakyat untuk mencapai matlamat bersama, iaitu meningkatkan kemakmuran negara, katanya.

"Ia juga menyatakan bahawa sedang negara kita berkembang maju, sumber dan peluang yang semakin meningkat perlu diagihkan bagi menangani masalah yang dihadapi pada hari ini dan bukan masalah yang dihadapi oleh generasi bapa saya dahulu," katanya.

Walaupun begitu, Najib berkata, tentunya telah timbul beberapa isu yang telah diperhebohkan oleh pihak-pihak yang menentang 1Malaysia dan beliau akan membincangkan isu-isu berkenaan dengan lebih mendalam di dalam entri blog yang seterusnya - Bernama

Najib! Orang Sabah suruh minta maaf ni...

Posted: 05 Mar 2012 02:37 AM PST



Jika Najib telah memohon maaf atas apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional semasa mereka berkuasa di Kedah dan Selangor yang menyebabkan mereka telah ditolak oleh rakyat negeri tersebut semasa PRU12 yang lalu, Najib juga sewajarnya memohon maaf dari rakyat Sabah.


Ini kerana menurut Presiden Sabah Progressive Party (SAPP), Yong Teck Lee Barisan Nasional yang menguasai Sabah hingga kehari ini telah menjadikan negeri tersebut yang termiskin biarpun Sabah kaya dengan sumber asli termasuk gas dan minyak.

"Najib sepatutnya meminta maaf dari rakyat Sabah kerana telah menjadikan Sabah salah satu dari negeri yang paling miskin di Malaysia.. kami punya jalan yang teruk, prasarana kesihatan yang kurang baik, dibanjiri dengan pendatang tanpa izin dan tiada subsidi untuk pengangkutan" kata Yong Teck Lee.


*******************************************

Yong to Najib: Apologise to Sabahans, too

KOTA KINABALU: Now that Prime Minister Najib Tun Razak has apologised for Barisan Nasional's failures, he must also do likewise to Sabahans and correct the many wrongs committed by the coalition in the state for the past 49 years.

Making this call, Sabah Progressive Party (SAPP) president Yong Teck Lee said Najib must also apologise because the BN government had turned Sabah into a poor state despite it being endowed with abundance of natural resources, including oil and gas.

"Najib ought to apologise to the people of Sabah because we are one of the poorest states in Malaysia… we have bad roads, bad health facilities, are flooded with illegal immigrants and have no transport subsidies," he said.

Yong, a former chief minister, was speaking during a briefing for party leaders and members on the impending general election at the Sunday Gaya Street Fair, here.

He was also responding to Najib's apologies to the people on behalf of the BN for its many mistakes that led voters to reject it at the last general election.

He said the federal government's transport subsidies to Kelantan and Malacca totalling more than RM30 million have raised eyebrows in Sabah

Eroding support

The federal government has also abolished the tolls on two highways in Selangor valued at some RM83 million and has given subsidies to four highway concessionaires in the Peninsula totalling some RM287 million.

Yong said this was unfair as Sabah's infrastructure, especially the roads, was horrendous.

In a bid to halt steadily eroding support for the ruling coalition, Najib promised that the BN government would make up by serving the people in the best way possible.

He also acknowledged that voters' rejection of the BN was due to mistakes made by the coalition.

Yong said that while Najib was apologising for the misdeeds of the BN, he should also extend the same apology to the people of Sabah for failing to set up Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the large number of illegal immigrants in the state.

Meanwhile, he said his party was still talking to fellow opposition parties such as the STAR and Pakatan Rakyat to prepare for the general election though no concrete agreements have been reached.

He also reiterated that SAPP had agreed that the party would support Pakatan leader Anwar Ibrahim for prime minister if the BN is defeated.


Free Malaysia Today

Najib kata sisa buangan Lynas tidak bahaya.. tapi kenapa pula nak dibuang jauh? Putrajaya kan ada...

Posted: 04 Mar 2012 11:00 PM PST



"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," kata Najib.


Bagi aku.. adalah satu pembaziran jika Malaysia atau pihak pengurusan Kilang memindahkan atau melupuskan sisa dari sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kesatu lokasi yang jauh.

Ini kerana pihak pengurusan terpaksa menanggung kos pengangkutan bagi menangkut sisa buangan tersebut ke lokasi yang akan ditetapkan oleh Najib.

Memandangkan Najib bersungguh-sungguh menegaskan bahawa apa yang diusahakan di kilang memproses nadir bumi Lynas itu tidak merbahaya apa kata jika sisa buangan tersebut dilunggukkan di Putrajaya?

Atau lebih tepat hantar saja sisa tersebut ke Sri Perdana dan Sri Satria iaitu kediaman PM dan TPM di Putrajaya.

Dari segi emosi dan juga psikoligi rakyat pasti akan lebih yakin jika Najib dan Muhyiddin sendiri sanggup menerima sisa buangan dari Lynas untuk dilunggukkan di hadapan kediaman mereka.

Buat lah taman atau apa yang patut... kalau boleh jadikan ia bukit, kemudian ajak semua penyokong-penyokong Lynas terutamanya dari Pulau Pinang mendakinya setiap hari..


*******************************************

Najib kelirukan rakyat kata Lynas tidak bahaya

KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isu Lynas adalah tidak munasabah dan membingungkan rakyat.

Menurut Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, kenyataan Najib mahu memindahkan bahan sisa (waste disposal) Kilang Lynas dari Gebeng adalah tidak berbaloi kerana ia tetap menjadikan negara ini sebagai tempat pembuangan sisa toksid negara-negara maju.

"Selain Najib mengatakan akan memindahkan lokasi pembuangan sisa ke tempat lain, beliau turut memberitahu bahawa sisa tersebut tidak merbahaya.

"Sekiranya tidak merbahaya kenapa perlu memindahkan tempat pembuangan sisa tersebut, ini amat mengelirukan rakyat," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan sememangnya mengetahui akan bahaya dan kemudharatan sisa toksid dari Kilang Lynas.

"PAS Malaysia merasakan ia hanyalah kenyataan retorik politik semata-mata untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan keputusan tanpa mengendahkan keselamatan rakyat.

"PAS memohon agar kerajaan tidak mengganggu kehidupan rakyat Malaysia dengan projek yang berisiko tinggi terhadap kesihatan, nyawa serta alam sekitar," katanya.

Zulkefly berpendapat Australia merupakan sebuah negara yang luas serta kawasan lapang dan gurun yang sesuai untuk projek berisiko tinggi itu.

"Kita berpendirian agar kerajaan menghantar balik sisa tersebut ke Australia dan bukan ke mana-mana lokasi di Malaysia.

"Selain itu kita juga menegaskan bahawa rakyat mahukan Kilang Lynas ini keluar dari Malaysia, dalam pada itu PAS akan terus memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat dari kerakusan kapitalis dan penyalahgunaan kuasa ahli politik," sambungnya.

Beliau yang turut menyatakan jika kerajaan masih meneruskan operasi Lynas, satu Himpunan Hijau 3.0 akan diadakan.

Selain itu juga beliau memberitahu, pendedahan akan dilakukan bagi memberitahu siapa yang sebenarnya di belakang projek Lynas itu sehinggakan kerajaan masih lagi mempertahankan pembinaan loji tersebut.

"Kita menyarankan kepada Najib agar lebih bertanggungjawab, isu Lynas ini menggambarkan kepimpinan yang tidak mengendahkan suara rakyat serta masa depan mereka dan negara," katanya.


Harakahdaily

TERKINI! Azizan kekal MB Kedah, 2 Exco terima tawaran balik.. tapi...

Posted: 04 Mar 2012 08:19 PM PST



KUALA LUMPUR - Misi damai yang diusahakan oleh Pas Pusat telah mencapai tiga kata putus dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah selain meminta dua Exco yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013 terus kekal dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, berikutan pertemuan khas bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Alor Setar, yang berakhir awal pagi semalam, Azizan diminta meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Ir Phahrolrazi (Zawawi) dan Dr Ismail Salleh kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri Kedah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain dua langkah itu, Pas Pusat akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.

Pakatan Rakyat yang dianggotai Pas, PKR dan DAP menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Wakil Pas merupakan Menteri Besar bagi Kelantan dan Kedah.

Pada pertemuan khas misi damai yang berlarutan lebih lima jam sehingga 3 pagi semalam, Dr Ismail tidak hadir bersama, tetapi keputusan sebulat suara itu telah dimaklumkan kepada beliau.

"Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yg kami putuskan," kata Mustafa lagi.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak, Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua mereka akan kembali menerima tawaran pelantikan semula - Sinar Harian

Alhamdulillah semuanya sudah berakhir.. tapi tertanya-tanya juga aku mengapa agaknya Berita Harian boleh mendahului Harakahdaily dalam melaporkan isu ini??

Siapa yang membocorkannya kepada Berita Harian hinggakan ianya boleh menyiarkan laporan sebelum Sidang Media diadakan?





Phahrolrazi tetap mahu Azizan berundur syarat dilantik semula

ALOR SETAR: Walaupun mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat selama lima jam berakhir 3 pagi semalam, memutuskan untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kemelut dalaman PAS Kedah dikatakan belum berakhir.

Pada mesyuarat itu, dua EXCO yang enggan menerima pelantikan semula, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, diminta menerima jawatan itu yang tamat, Rabu ini.

Sumber memberitahu Berita Harian, syarat yang diletakkan Phahrolrazi jika parti itu mahu beliau menerima jawatan itu, iaitu jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah yang dipegang Azizan diserahkan kepadanya dan tidak membenarkan Menteri Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, masih belum diputuskan.

Dalam pertemuan tertutup antara dua pemimpin berkenaan dengan Jawatankuasa PAS Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang itu, satu lagi permintaan Phahrolrazi supaya jawatan Menteri Besar dipangku pemimpin lain, ditolak jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa itu memberi peluang sejam kepada setiap seorang untuk memberikan penjelasan dan mengemukakan hujah masing-masing.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu serta dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Selain itu, turut dilihat memasuki Seri Mantaloon ialah beberapa EXCO lain, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan, Abdul Ghani Ahmad serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS.
Kemelut dalaman PAS Kedah yang dikatakan antara krisis kepemimpinan terbesar dalam PAS tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail secara terang-terangan menolak dilantik semula ke jawatan EXCO dengan alasan tidak dapat bekerja di bawah pentadbiran Azizan yang didakwa mereka tidak mendengar pandangan orang lain.

Malah Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundur yang dilihat mengetuai tentangan terhadap Menteri Besar itu, mengenakan tekanan ke atas Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpinnya memberi kata dua kepada Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit supaya melepaskan jawatan EXCO walaupun sudah mengangkat sumpah jawatan.

Phahrolrazi adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, manakala Amiruddin, timbalannya.

Difahamkan, Phahrolrazi sudah mendapatkan pandangan beberapa rakannya dalam Dewan Ulama PAS Kedah dan dikatakan akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Phahrolrazi yang dihubungi semalam berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pendirian Jawatankuasa PAS Pusat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Biarlah mereka mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.

Mesyuarat jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila PAS yang sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh, terpaksa menunda sidang media yang sepatutnya diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi pagi semalam membayangkan masih ada perkara yang belum dapat diputuskan.

"Masih menunggu beberapa perkara yang perlu dinilai sebelum kita membuat keputusan," katanya.

Beliau yang dihubungi sekali lagi kira-kira jam 3 petang semalam mengesahkan sidang media bagi mengumumkan keputusan mesyuarat berkenaan akan diadakan di ibu negara hari ini.

Ini adalah kali kedua Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian dalam konflik antara Azizan dan Phahrolrazi dan Dr Ismail yang menolak pelantikan semula ke jawatan itu Isnin lalu.

Pada malam Khamis lalu jawatankuasa berkenaan bermesyuarat di ibu negara selama empat jam tetapi menemui jalan buntu, menyebabkan ia terpaksa mengadakan pertemuan kedua di sini.

Surat Dr M, bukti UMNO/BN iktiraf Israel..

Posted: 04 Mar 2012 07:47 PM PST



Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel adalah bukti pengiktirafan kerajaan BN terhadap negara rejim Yahudi itu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


"Jika tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, mengapa perlu menghantar surat rasmi kepada negara Yahudi tersebut?

"Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel merupakan satu pengiktirafan terhadap negara haram Yahudi tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas tindakan kerajaan menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat Dr Mahathir kepada tiga perdana menteri Israel.

Surat berkenaan ialah:

i) Surat daripada Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993;

ii) Surat dari Dr Mahathir kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan

iii) Surat daripada Dr Mahathir kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999.

Lihat kandungan surat tersebut di SINI

Justeru, kata Tuan Ibrahim, pendedahan itu sebenarnya melondehkan hipokrisi dan penipuan Umno terhadap rakyat bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel.

Katanya, persoalan pengiktirafan terhadap Israel menjadi topik utama apabila beberapa buah negara Islam membantah perjanjian Kem David kerana perjanjian tersebut merupakan satu pengiktirafan kerajaan Mesir kepada negara Yahudi tersebut.

"Walaupun dunia menyedari bahawa wujudnya kerajaan haram Israel, namun apa yang penting menonjol dalam pendedahan surat-surat tersebut ialah kerajaan Malaysia seolah-olah mengakui negara haram ini yang dirampas oleh pendatang haram Israel, dan memaksa rakyatnya menjadi pelarian ini sebagai satu negara yang sah," kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Menurut beliau, melalui surat yang dihantar oleh Dr Mahathir dan urus-dagang antara Malaysia dan Israel yang terus berjalan seperti yang didedahkan, secara langsung menyinsingkan muka kepura-puraan kerajaan dan sikap berbohongnya terhadap rakyat dalam isu hubungan negara dengan Israel selama ini.

"Mana mungkin seseorang Perdana Menteri boleh menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel kalau tidak mengiktiraf negara tersebut.

"Jawatan yang dipegang kerana adanya negara, maka secara simboliknya penghantaran surat tersebut jelas ialah satu pengiktirafan," katanya lagi.


Malaysiakini

Shahrizat Mungkin Tidak Dilantik Semula Senator lapor Sin Chew

Posted: 04 Mar 2012 05:50 PM PST



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mungkin tidak akan dilantik semula sebagai Senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April, lapor akhbar Sin Chew.


Jika tidak dilantik semula, Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan skandal Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) yang membabitkan suami dan anak-anaknya.

"Jika tidak ada perkembangaan baru, Shahrizat mungkin tidak dapat melanjutkan tempoh pelantikannya sebagai senator manakala kedudukannya di Kementerian tidak diisi sehingga Parlimen dibubarkan," lapor akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau dilantik sebagai senator dan Menteri Kabinet walaupun tewas pada pilihanraya umum tahun 2004.

Ketua Wanita UMNO itu kerap menegaskan isu NFC tidak ada kena mengena dengannya dan adalah sebuah projek yang diuruskan oleh suami beliau.

Pembangkang mendakwa suami dan anak-anak Shahrizat menggunakan sebahagian daripada pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kereta mewah, kondominium serta untuk pelaburan di luar skop projek ternakan lembu daging.

Tiada ulasan: