MIMPI SENJA |
Shahrizat dicabar balik bertanding di Pulau Pinang Posted: 13 Mar 2012 10:24 PM PDT Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dicabar meletakkan kedua-dua jawatanya serentak bukan hanya dalam kerajaan sahaja sekaligus bertanding di mana-mana parlimen di Pulau Pinang bagi mengukur pengaruhnya masih diterima atau tidak. Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak ketika sidang medianya pagi tadi menegaskan, bagi KMPP jika Shahrizat menang sebagai ahli Parlimen bermakna beliau masih kuat. "Sharizat kena lepas kedua dua jawatan penting itu bagi menampakan slogan melalui teladan," jelasnya pada media. Sebagai NGO Melayu di Pulau Pinang sambungnya, perasaan malu terus terpalit kerana kenyataan Shahrizat kononnya peletakan jawatannya demi parti dan kerajaan. Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada hakikatnya bukan peletakan jawatan sebagai menteri sebaliknya tamat tempoh sebagai Senator pada 8 April depan. KMPP, tambahnya mendapati cara Shahrizat bertindak umpama melepaskan batuk di tangga dan sekiranya masih berada di kerusi tertinggi Wanita Umno 'gred liabiliti' terhadap Umno akan bertambah. |
Posted: 13 Mar 2012 05:22 PM PDT PASIR GUDANG: "Saya tidak akan maafkan pembunuh Dirang yang kejam itu. Apa salah anak saya hingga dia diperlakukan sedemikian rupa, saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jika mahu wang, saya tidak punyai duit untuk bayar mereka," luah ibu Nurul Nadirah Abdullah, 5, Roselyn Alan. Roselyn, 25, yang ditemui di rumahnya di Flet Sri Delima di sini, berkata beliau reda dengan pemergian anaknya dan menerima kenyataan rangka manusia yang ditemui di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, 8 Mac lalu adalah Dirang berdasarkan ujian DNA yang dijalankan Jabatan Kimia. "Ya itu (rangka mayat) milik Dirang dan saya harap orang yang lakukan perbuatan kejam terhadap anak saya akan mendapat balasan yang sama. Saya tidak tahu kenapa mereka lakukan perkara ini. Saya harap orang yang melakukan perkara ini dapat dihukum seperti mana kesakitan yang dirasai anak saya. "Saya seperti dapat merasakan kesakitan yang dialami Dirang dan perbuatan kejam tidak berperikemanusiaan ini tidak patut dilakukan terhadap kanak-kanak sekecil Dirang, " katanya. Roselyn berkata, beliau masih terkenang ketika sehari sebelum anaknya hilang, Dirang hanya makan sebungkus roti dan air kotak dan sikapnya riang seperti biasa. "Malah ketika beliau bangun tidur kira-kira jam 11 pagi pada hari kehilangannya, Dirang bertanyakan sama ada saya sayang padanya dan saya menjawab sayang. Dirang kemudian memberitahu lapar sebelum ke kedai untuk membeli mi segera dan telur. Malah selepas saya menyerahkan wang RM4, dia terus memeluk dan mencium saya. "Sebelum ini, Dirang pernah meminta saya membelikannya buku tulis kerana dia suka melukis, Dirang menyimpan impian untuk menjadi doktor tetapi saya tidak sempat memenuhi permintaannya," katanya JOHOR BAHRU: Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini. Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai. Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar. Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa. "Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac," kata sumber itu.- Kosmo |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan