MIMPI SENJA |
- 2 terbunuh 10 cedera kemalangan di Lebuhraya PLUS dekat Parit Buntar
- Berita tak berapa panas : Sharizat letak jawatan Menteri dan Ketua Wanita
- Siapa PERKASA? Siapa Ibrahim Ali?
- SANTAI [VIDEO] : Polis tangkap remaja kencing tepi jalan ...
- Rais puji MB Kedah
- Imam dipenjara : Karpal akan mohon semakan
2 terbunuh 10 cedera kemalangan di Lebuhraya PLUS dekat Parit Buntar Posted: 10 Mar 2012 07:52 PM PST Dua terbunuh, manakala sepuluh cedera apabila dua kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam kemalangan di Km 181. 5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Parit Buntar hari ini. Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, dua penumpang dalam kenderaan yang sama, yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan, mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat. Sepuluh lagi penumpung kedua-dua buah kenderaan termasuk seorang pemandu salah sebuah kenderaan itu cedera dan dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.10 pagi apabila kereta jenis Toyota Estima yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Alphard. Ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Selatan ke Utara. Katanya identiti mangsa yang meninggal dunia dan yang masih dirawat masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat. - Bernama |
Berita tak berapa panas : Sharizat letak jawatan Menteri dan Ketua Wanita Posted: 10 Mar 2012 05:56 PM PST DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil will resign as minister and Wanita Umno chief in the next few days, sources close to her who are also senior movement leaders said. A state Wanita Umno chief said Shahrizat, who is also Women, Family and Community Development Minister, told her close circle of executive council members on Friday night that she would be relinquishing both her posts. It is also learnt that Shahrizat had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Friday to discuss her resignation. "Shahrizat told us she wanted to let go of both her posts. She was not happy with suggestions that she resign as minister but remain as Wanita Umno chief until the next party election. She sees no point in this. Therefore, she made up her mind to relinquish both positions," said the state Wanita Umno chief. The source added that some of the movement's senior leaders who were upset with Shahrizat's decision met with Najib the same day to discuss the matter. Another senior Wanita leader said a close aide of Shahrizat's had informed some Wanita members that Shahrizat would resign on Saturday (yesterday). "However, this did not happen. We are puzzled as her officer was very confident that an announcement would be made that day. Perhaps she is waiting for the right time." Other highly-placed sources said it was certain that Shahrizat would not be fielded in the upcoming general election. There were also many other signs yesterday pointing to an impending announcement of Shahrizat's resignation. Najib and Shahrizat's short exchange before the start of a press conference following the launch of a Wanita Barisan Nasional welfare programme, Jelajah Sayang 1Malaysia, at the Pasir Gudang Municipal Council, fuelled speculation that the Wanita Umno chief would make an important announcement soon. Shahrizat was stopped by Najib while they were both walking towards the stage for the press conference. They proceeded to discuss in hushed tones while approaching their seats on the stage. Reporters overheard what was discussed between the two. To a question from Najib, Shahrizat said: "It is not the right place. It is not proper. Maybe tomorrow (today)." Realising what she said was heard by press members, Shahrizat flashed them a smile and sat down. When asked later on rumours that Shahrizat was resigning, Najib said an announcement about Shahrizat's posts would be made later. "There are all kinds of rumours. But we will make the appropriate announcement," said Najib. When pressed further on whether Shahrizat would be resigning as minister or Wanita Umno chief, Najib said: "Don't worry, we will make the proper announcement." Shahrizat had recently said that she was leaving it to Najib whether to reappoint her as senator when her term expires on April 8. Shahrizat had arrived in Johor on Friday to attend a Wanita Umno retreat at the Biro Tatanegara camp in Gunung Pulai near Kulaijaya. A notable absentee at the retreat was her deputy, Datuk Kamilia Ibrahim, who has a strained relationship with Shahrizat following her statement that Umno's leaders must place party interests above their own. The Pasir Gudang event yesterday was Shahrizat's second for the day, after the Wanita Umno Jelajah Squad Sayang event at Gunung Pulai launched by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. Shahrizat is linked to the National Feedlot Corporation (NFCorp) controversy. Her husband, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, heads the NFCorp, which is involved in the beef valley project, the National Feedlot Centre, in Gemas, Negri Sembilan. The 2010 Auditor-General's Report had pointed out several weaknesses in the project. Various quarters had urged Shahrizat to step down as minister. Shahrizat was appointed as women and family development minister in 2001 and held the post until March 2008 when she lost in the general election. She was then appointed as a special adviser to the prime minister on women affairs and social development. A year later, she was reappointed as women, family and community development minister. Additional reporting by Masami Mustaza and Rozanna Latiff - NST |
Siapa PERKASA? Siapa Ibrahim Ali? Posted: 10 Mar 2012 08:04 AM PST PERKASA mahu Nik Aziz undur GUA MUSANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu berundur sebagai Menteri Besar kerana tidak lagi layak menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, malah tidak wajar bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, banyak sebab menteri besar itu perlu berundur, bukan sahaja disebabkan faktor umur, tetapi juga kelemahan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu. Nik Abdul Aziz mengetuai Kerajaan Kelantan sejak Pas menguasai negeri itu pada 1990. Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 menggunakan tiket Pas berkata, antara sebab lain kegagalan membawa perubahan ke arah kemajuan masa depan rakyat dan sumber pendapatan kerajaan negeri yang semakin menurun. "Kalaulah dia terus memegang jawatan itu sudah tentu rakyat akan berdepan dengan banyak masalah. "Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz berundur sebelum PRU13," katanya di sini. Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, penyandang jawatan Menteri Besar perlu dilantik daripada kalangan pemimpin muda yang berpelajaran tinggi dan mempunyai perancangan berwawasan untuk kemajuan rakyat. Katanya, Nik Abdul Aziz boleh dikatakan memegang jawatan Menteri Besar itu hanya sebagai pemerhati kerana tidak mampu melakukan apa sahaja pembaharuan menyebabkan Kelantan masih mundur dan kurang peluang pekerjaan. "Kalau nak dikatakan dia layak sebagai mufti tidak juga kerana banyak fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan mufti lain berikutan ada kepentingan politik peribadinya. "Tambah pula sekarang terikut-ikut telunjuk parti pakatan termasik DAP dan PKR. "Adalah lebih baik dia berehat sahaja di rumah dan memberi laluan kepada orang yang lebih muda untuk menerajui kerajaan negeri supaya ada perancangan yang berguna," katanya. Beliau mengakui kelemahan kepimpinan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan Kerajaan Pusat menghulurkan pelbagai bantuan khususnya kewangan bagi membangunkan negeri berkenaan sejak dahulu sampai sekarang. Katanya, rakyat negeri itu juga sudah kurang yakin dengan kemampuan Nik Abdul Aziz terus menerajui Kerajaan Kelantan dan kemungkinan besar menolak Pas pada PRU13. "Pada hemat saya sudah nampak dengan jelas rakyat semakin muak dengan karenah kepimpinan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada membawa perubahan untuk mereka," katanya. |
SANTAI [VIDEO] : Polis tangkap remaja kencing tepi jalan ... Posted: 10 Mar 2012 05:38 AM PST |
Posted: 10 Mar 2012 04:09 AM PST SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertindak betul apabila meletakkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sebagai keutamaan dalam menghadapi krisis kepimpinan dengan dua Exconya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya, dalam menghadapi tekanan sehingga membawa campur tangan Pas Pusat dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran negeri, ketegasan Azizan menangani krisis membuktikan beliau tetap mengutamakan undang-undang tubuh dan pandangan rakyat Kedah meskipun 'disepit' oleh kuasa luar. "Ketegasan Menteri Besar Kedah ini harus dipuji kerana beliau tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urus tadbir negeri," kata Rais selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) di sini, hari ini. "Sikapnya menunjukkan beliau Menteri Besar yang memahami undang-undang walaupun di belakang, kiri dan kanannya masih ada belas kasihan terhadap rakyat," ulas Rais mengenai tindakan Azizan semalam yang memberi 'pukulan balas' terhadap kelompok yang berusaha melemahkan kepimpinannya dengan menegaskan beliau hanya berpegang kepada peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah untuk mengurus tadbir kerajaan negeri. Azizan berkata tiada perkara lebih tinggi dari Perlembagaan Kedah yang memperuntukkan Menteri Besar adalah ketua tertinggi bagi badan eksekutif negeri walaupun beliau bersikap terbuka dan sedia mendengar apa saja pandangan atau nasihat mana-mana pihak termasuk Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan Pas Pusat. Rais juga berpendapat Azizan telah berjaya melaksanakan tugasnya menyebabkan sikapnya tidak disenangi oleh pemimpin pakatan pembangkang sendiri. "Menteri Besar ini orangnya baik walaupun tidak dapat tunaikan kehendak rakyat sepenuhnya namun sikapnya disenangi rakyat. Oleh itu rakyat Kedah wajar membuat penilaian waras pada pilihan raya umum akan datang. "Kalau rakyat berikan peluang kepada Barisan Nasional (BN), kita percaya boleh lakukan lebih baik daripada kerajaan Pas sekarang," katanya. Kemelut kepimpinan Pas Kedah tercetus apabila exconya Datuk Dr Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula kerana berbeza pendapat yang "kritikal" dengan Azizan dalam pentadbiran kerajan negeri sehingga memaksa campur tangan kepimpinan Pas Pusat. Kira-kira 6,000 orang menghadiri majlis itu antaranya Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Pengerusi Pertubuhan Gerak Seni Warisan 1Malaysia, Adnan Abdullah Sabil.– Bernama |
Imam dipenjara : Karpal akan mohon semakan Posted: 10 Mar 2012 02:29 AM PST Peguam veteran, Karpal Singh akan memfailkan permohonan bagi Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusannya menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas imam Hoslan Hussain ekoran insiden melempar selipar. Karpal, yang merupakan peguam yang mewakili Hoslan berkata hukuman Mahkamah Persekutuan itu adalah "nyata keterlaluan". Karpal berkata, Hoslan tidak akan berpeluang untuk mengemukakan Bagaimanapun, katanya, dalam kes-kes terkecuali, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri. "Tidak syak lagi apa yang Hoslan lakukan adalah salah. Ia adalah tidak wajar dan tidak dapat dipertahankan, tetapi di sisi lain, Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira keadaan yang membawa kepada tindakan imam tersebut," kata Karpal kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini. "Beliau telah dihalau keluar dari kuarters kediamannya di masjid di Kampung Pandan, dan kes itu berlarutan sejak tahun 1999. "Beliau diberitahu rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan telah ditolak kerana ia melampaui masa, oleh itu dia bertindak dalam kekecewaan pada saat itu," tambah peguam veteran tersebut. Pada tahun 2008, Jabatan Halehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan arahan mengusir imam tersebut yang tinggal di dalam kawasan Masjid Ar Rahimah, selepas dakwaan masalah tatatertib dibuat terhadapnya. Hoslan, bapa kepada tujuh orang anak, melempas selipar ke arah panel tiga anggota mahkamah tertinggi itu, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaleha Zahari dan Hakim Besar Malaya, Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel tersebut. Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari. Dua minggu selepas itu, Hoslan dipanggil ke Mahkamah Persekutuan dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac.- Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan