Khamis, 8 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


DUN Kelantan tetap akan dibubar sama dengan pusat - TGNA

Posted: 08 Mar 2012 10:11 PM PST

KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen meskipun tidak mendapat persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja.

"Biar apa pun keputusan dari Pakatan Rakyat, kita tetap melaksanakan pilihan raya bersama Pusat, kalau mereka (PR) nak bermesyuarat, itu terpulang," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu pagi ini.

Mursyidul Am Pas berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, yang menjelaskan bahawa pemimpin tertinggi PR akan membuat satu ketetapan Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum dipanggil.

Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Sejak memimpin kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sejak 1990, Nik Abdul Aziz telah membubarkan Dun serentak dengan pembubaran Parlimen. - SH

Polis didakwa tendang motor remaja diarah tukar keluar Johor

Posted: 08 Mar 2012 08:26 PM PST

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis yang didakwa menendang motosikal seorang remaja berusia 15 tahun di Taman Tangkak Jaya, Tangkak, Sabtu lalu telah diambil tindakan supaya berpindah daripada negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan 13 saksi, bagaimanapun keterangan mangsa masih belum diambil berikutan masih dirawat di Hospital Tangkak.

"Kita telah mengambil keterangan kesemua saksi, manakala kertas siasatan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya, semalam (kelmarin). Polis memberi jaminan siasatan dijalankan secara adil dan telus," katanya.

Menurutnya, polis akan mendapatkan rakaman percakapan remaja terbabit manakala motosikal yang dinaiki mangsa termasuk motosikal yang dinaiki oleh anggota polis berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

"Saya ingin tegaskan, siasatan dijalankan secara adil dan telus... masyarakat tidak perlu risau kerana pihak polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta. Satu pasukan khas diwujudkan daripada IbuPejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi menyiasat kes berkenaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sagu Hati Perkhidmatan Tabung Amanah Warisan Polis Kepada 16 bekas polis di zaman darurat, di pekarangan IPK Johor.

Beliau berkata, bekas polis berkenaan menerima sagu hati sebanyak RM3,000 sebagai mengenang jasa pejuang terdahulu yang menjadi barisan hadapan pertahanan negara. - SINAR HARIAN

Detik cemas Sharnaaz dan Shila terperangkap banjir 12 jam di Ulu Langat

Posted: 08 Mar 2012 07:20 PM PST



PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu kereta miliknya telah ditenggelami air selepas terperangkap dalam banjir kilat yang berlaku di Batu 11, Ulu Langat di Kuala Lumpur lewat malam Rabu.

Sharnaaz berkata, air memasuki keretanya jenis Waja itu sehingga ke paras stereng menyebabkan sistem pendawaiannya mengalami kerosakan sehingga terpaksa dihantar ke bengkel.

"Ini adalah pengalaman pertama saya mengharungi keadaan sebegini dan ia cukup menakutkan tambahan pula ketika itu Shila ada bersama saya.

"Bagaimanapun saya bersyukur kami terselamat dalam kejadian itu tanpa sebarang kecederaan walaupun kereta milik saya rosak teruk akibat ditenggelami air," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Menceritakan detik cemas ketika kejadian itu, Sharnaaz berkata dia dan Shila baru selesai menikmati makan malam di sebuah restoran berhampiran bersama ibu Shila.


"Pada mulanya Shila dan ibunya datang bersama tetapi masa balik dia balik dengan saya diekori oleh ibunya di belakang.

"Masa kejadian saya singgah di stesen minyak di Batu 11, Ulu Langat dan diberitahu oleh ibunya untuk berpatah balik kerana jalan menghala ke rumah Shila di Ampang telah dinaiki air.

"Saya cuba berpatah balik untuk ikut melalui laluan Bukit Ampang tetapi jalan telah ditutup oleh pihak polis dan kami berdua tersadai di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya," ujarnya.

Tambahnya, hujan yang lebat telah menyebabkan limpahan air daripada Sungai Serai naik dengan cepat sehingga telah memaksa mereka melarikan diri ke dalam sebuah lori bagi menyelamatkan diri.

Sharnaaz berkata, dia dan beberapa orang awam lain terpaksa duduk di dalam lori muatan pasir itu sehingga awal pagi, Khamis kerana air masih belum surut.

"Ia adalah pengalaman yang cukup buruk setakat ini buat saya dan Shila. Nasib baik dia juga seorang yang kuat semangat," katanya.

Sementara itu, Shila menerusi akaun Twitter miliknya turut menceritakan pengalamannya terperangkap selama 12 jam akibat banjir kilat yang berlaku di kawasan itu.

"Kami terpaksa bermalam di atas lori yang tidak berbumbung dan mengharungi hujan lebat sepanjang malam dan hanya keluar daripada kawasan itu lewat pagi ini," ujar penyanyi itu menerusi satu entri di Twitter.

Hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada malam Rabu telah menyebabkan beberapa kawasan di naiki air termasuk di kawasan Ampang dan Hulu Langat

ALLAH itu Raja, Rasullulah adalah permaisuri - OKU

Posted: 08 Mar 2012 06:53 PM PST

OKU kurang faham agama Islam
NORHAFIZA MUSA
9 Mac 2012

KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Jheat) mengambil langkah drastik bagi mengatasi masalah 'kurang faham' berkaitan agama Islam terutama berkaitan akhlak, akidah dan juga ibadah dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) bagi masalah pendengaran.

Pesuruhjaya Jheat, Mohd Rozali Salleh berkata, pihaknya kecewa dan sedih kerana terdapat sebahagian besar golongan itu tidak memahami secara mendalam dan jelas mengenai agama Islam.

Menurutnya, pengetahuan berkaitan ilmu agama terlalu sedikit sehingga ada di antara mereka menganggap dan membuat tafsiran ALLAH itu raja, Rasullulah adalah permaisuri dan orang ramai pula adalah anak.


"Isu ini sangat serius, salah faham yang wujud melibatkan akidah. Telah menjadi tanggungjawab Jheat untuk mengatasi masalah ini daripada terus berpanjangan.

"Jika mereka tidak faham dua kalimah ini, (ALLAH dan juga Nabi), ia akan menjadi kacau. Masalah seumpama ini berlaku mungkin disebabkan kurangnya pendedahan dan pengisian berkaitan agama Islam khas untuk mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa hadir pada Kem Ibadah OKU (Pendengaran) di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, semalam.

Majlis perasmian penutup kem itu disempurnakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Senara Muda Mazlan Hashim.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Jheat, Omar Musa.

Pada program itu, seramai 50 peserta OKU masalah pendengaran dari pelbagai sekolah pendidikan khas dan dari Persatuan Kebajikan Pekak Negeri Terengganu hadir mengikuti kem selama tiga hari bermula pada 5 hingga 7 Mac.

Menurutnya, kem anju­ran­ Jheat mendapat kerjasama Maidam itu bukan saja mampu memberi kesedaran berkaitan pengetahuan dan penghayatan agama Islam oleh OKU malah dapat menyemai perasaan supaya mencintai ALLAH SWT.

Mohd Rozali berkata, Jheat akan memperbanyakkan lagi kursus berkaitan pengisian agama Islam dalam kalangan OKU supaya akidah mereka tidak terus terpesong. - Sinar Harian

5 Rahsia Besar Solat Sunat Di Waktu Malam

Posted: 08 Mar 2012 08:05 AM PST

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: "Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya." (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; "Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa."  (HR; Muslim)

Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; "Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;" (Yaa Siin 36:37)
Firman Allah SWT: "Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."  (Surah al-Isra': 79)
.
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )
  • Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta'ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,   (السجدة : 15-16)
"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."
.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:
"Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya".  (HR; Bukhari;)
.
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: "Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: "Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurgadengan selamat". (Hadis Riwayat Tirmizi)
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata:"Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia."
WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yangakhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: "Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya."  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda:"Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat". (Al-Tibrani)
DOA QIAMULAIL
.
AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
  1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  1. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
3.   Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
FADILAT QIAMULAIL
  1. sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.
  2. memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.    
  3. Saat mustajab doa dikabulkan Allah.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam."
.
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
  1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
  2. Membawa kesan iman yang mendalam,.
PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan:"Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?"
Jawab Baginda SAW: "Bukankah aku ini hamba yang bersyukur."
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW. itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.
Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia2), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su'mah ataupun riya', seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.
والسلام
Rujukan :
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/14/hebatnya-qiamullail/

Naik komuter tak pakai seluar

Posted: 08 Mar 2012 05:28 AM PST

re
 Beratus-ratus orang separuh bogel berkerumun di London Underground untuk Kempen Tahunan 'No Trousers Tube Ride'

Aksi kemuncak dalam bahagian 'No Pants Day' adalah di mana jalan bawah tanah dan baris-baris metro seluruh dunia diambil alih oleh orang ramai yang kakinya terdedah.

Acara yang dianjurkan oleh Kumpulan Improv Everywhere di New York 11 tahun lepas. 
Trend ini sekarang merebak kepada 60 bandaraya dalam 27 negara termasuk Washington, Bandar Mexico, Toronto, Madrid and Tel Aviv. Improv Everywhere menggunakan Facebook menjemput 

orang untuk menyertai, dengan lebih daripada 16,000 orang mendaftar untuk menyertai seluruh dunia. 
Penganjur Dan Becherano telah dilaporkan sebagai berkata: "Tujuan acara ini ialah untuk bergembira dan menghiburkan orang.



Lembu Shahrizat beli apartment sampai ke Kazakhstan

Posted: 08 Mar 2012 12:59 AM PST

NONE
Pembelian sebuah apartmen di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti penyalahgunaan dan pembaziran dana awam, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini.

Ini, kerana menurut Pua dalam satu kenyataan akhbarnya, pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC bertujuan meningkatkan penternakan lembu bagi memenuhi permintaan daging domestik dan bukannya untuk pelaburan luar negara.

"Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFC pastinya tidak bermaksud untuk menternak lembu atau cuba mendapatkan daging dari Kazakhstan, apatah lagi membeli sebuah apartmen di sana," katanya.

Lebih mencurigakan, katanya, beliau difahamkan bahawa urusniaga itu adalah pembelian tunai semata-mata.

Pua, yang memiliki sesalinan perjanjian pinjaman itu dari sumbernya, juga mempersoalkan jika NFC mendapat kelulusan dari kementerian kewangan untuk pembelian berkenaan.

Katanya, NFC mesti tampil mendedahkan tujuan pembelian apartmen itu dan menjelaskan sama ada harta itu didaftarkan di bawah nama NFC atau nama pengarah individu tertentu.

Pada Jun 2011, akhbar The Star melaporkan bahawa satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pihak berkuasa daerah Jambul di Kazakhstan dan NFC berhubung penternakan lembu di sana.

Akhbar berbahasa Inggeris itu juga melaporkan lembu-lembu di Jambul itu akan dibawa ke Malaysia untuk kegunaan tempatan serta dieksport ke negara-negara jiran - Malaysiakini

Tiada ulasan: