MIMPI SENJA |
- Dunia la sekarang sudah la terbalik - Dr Wan Azizah
- Mahathir kata Hukum Hudud tiada dalam Al Quran ... iishh apa nak jadi dengan Madet ni?????
- Tertuduh didakwa memegang payu dara, kemaluan dan punggung 8 pelajar
- Ahli perniagaan bunuh teman wanita sorok mayat 2 setengah tahun
- SANTAI MALAM : [18SX] 9 pasangan kahwin bogel di pantai Jamaica
- TERKINI : Beruk-beruk Umno mengamuk di Sg Long
- Renungan Malam Jumaat : 10 pintu ruang syaitan kuasai manusia
- Tol Cheras - Kajang dimansuh
- PRU 13 : Ibrahim Ali tanding atas tiket Umno?
Dunia la sekarang sudah la terbalik - Dr Wan Azizah Posted: 01 Mar 2012 10:33 PM PST Di tahun 50-an dahulu, ada sebuah lagu nyanyian R Azmi yang sangat popular. Antara bait seni kata lagu itu berbunyi; 'Dunia sekarang, sudahlah terbalik… pemudi berbaju belang, pemuda berbaju batik.' Mungkin sahaja gambaran di dalam lagu itu tidak seteruk keadaan yang berlaku hari ini. Keadaan hari ini lebih buruk apabila yang jahat dilihat baik, yang baik dipandang jahat. Di dalam perkembangan terbaru, pihak kerajaan bercadang mendedahkan surat mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada mantan PM Israel, Ehud Barak. Hal ini disahkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak kala mana media perdana, khususnya Utusan Malaysia heboh menuduh Anwar Ibrahim menyokong Israel. Semua pertuduhan itu dibuat ketika baru sahaja pertengahan Februari lalu, Anwar dan saya bertemu dengan pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Mashal di Qatar. Pertemuan tersebut juga melibatkan Sheikh Yusof Al-Qardhawi di samping Menteri Kebudayaan Qatar, TYT Dr Hamad Abdul Aziz. Kenyataan awal Anwar yang terbit di dalam WSJ dengan jelas menyebutkan sebarang usaha damai dengan Israel wajib tertaluk kepada pra-syarat dengan Palestin. Istilah yang digunakan Anwar ialah "contingent" bagi merujuk hal tersebut, yang tetap cuba ditutup. Saban hari, PM Najib tanpa segan silu menjadikan modal kempen ke sana ke mari dengan menuduh Anwar menyebelahi atau menyokong Israel. Pemimpin Umno bertemu PM Israel? Dalam waktu sama, pemimpin negara tak dapat menafikan bahawa mantan PM ke-4 pernah bertemu dengan PM Israel. Bukan beliau sahaja, malah ada pemimpin Umno lainnya, yang memegang jawatan sebagai menteri juga bertemu dengan pimpinan kanan Israel. Bagi KEADILAN, kita tetap mengiktiraf kedua-dua pihak di Palestin, sama ada Fatah mahupun Hamas. Tidak kepada kerajaan Barisan Nasiona (BN) yang hanya mengiktiraf Fatah sahaja. Pada tahun 2006 ketika Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM), kerajaan Malaysia telah dengan sengaja membelakangkan Menteri Luar Palestin, Dr Mahmoud Al Zahar yang dilantik oleh PM Ismail Haniyeh. Tindakan biadap ini dilakukan semata-mata kerana kerajaan Palestin ketika itu ditadbir oleh Hamas. Rakyat juga tergamam apabila di dalam riuh-riuh media perdana cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat di atas isu tersebut, terutama hubungan antara KEADILAN-dengan-Pas, terbongkar cerita kapal dagang Israel berlabuh dan berdagang di Pelabuhan Klang. Perairan Malaysia tercemar! Perdagangan dua negara iaitu antara Malaysia-Israel sudah berlangsung cukup lama, yang antara lain melibatkan komoditi seperti minyak sawit. Tak dapat saya bayangkan, alangkah sebaknya hati peneroka Felda dan pekebun-pekebun kecil (teruatama yang majoritinya beragama Islam) di seluruh negara apabila mereka tahu, titik peluh mereka selama ini rupa-rupanya dijual kepada Israel. Begitu mudahkan bangsa dan umat kita diperbodohkan? Sudah banyak kali penguasa Umno-BN cuba menutup pekung di dada sendiri dengan menuduh kepemimpin Pakatan Rakyat. Kaedah ini adalah strategi usang yang sering dilakukan banyak rejim kuku besi di dunia. Sebelum rahsia pecah, mereka akan menuduh musuh politik mereka dengan pelakuan yang sebenarnya dilakukan oleh mereka sendiri. Apabila diajak berdebat, pelbagai alasan pula diberikan. Ya! Berani kerana benar, takut kerana salah. Ketika media perdana terus-menerus mencipta fitnah dan tohmahan baru, berita yang sebenarnya sudah pun sampai ke telinga wakyat. Mungkin elit Umno-BN tidak sedar, semakin cuba ditutup dusta, semakin terdedah nista. Benar sekali baitnya lagu; dunia sekarang sudahlah terbalik .. |
Mahathir kata Hukum Hudud tiada dalam Al Quran ... iishh apa nak jadi dengan Madet ni????? Posted: 01 Mar 2012 08:40 PM PST Hukum Hudud Tiada Dalam Al Quran - Siasat Mahathir 2 Mac 2012 - PAS mendesak para alim ulama', para mufti hingga ke Majlis Raja-raja Melayu menegur Mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan kenyataan sensitif yang boleh disifatkan sebagai terpesong dari ajaran Islam. Tun Dr Mahathir membuat kenyataan terbuka menyifatkan golongan yang memperjuangkan hukum hudud bukan dari hukum Islam sebenar tetapi hukum ciptaan manusia. Beliau yang juga bekas Presiden Umno pada satu majlis dialog berkata demikian dan rakamannya kini tersebar luas melalui laman 'you tube'. Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik berkata ucapan dan kenyataan Tun Dr Mahathir turut mendakwa hudud dan qazaf tidak ada dalam al-Quran. "Kenyataan Tun Dr Mahathir ini 'besar' (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran. "Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat'ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran. "Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran," jelasnya Beliau berkata demikian selepas Majlis Ceramah Maulidur Rasul, di Ma'ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kampung Tok Jiring, dekat sini pada Rabu 29 Februari. Ustaz Abu Bakar juga menyifatkan kenyataan bekas PM itu sangat merbahaya serta boleh merosakkan aqidah umat Islam. Malah, beliau menggesa agar Tun Dr Mahathir itu disiasat bukan sahaja kerana terpesong juga kenapa kenyataan tersebut dikeluarkan. Beliau berkata, kenyataan Mahathir sebegitu adalah satu bukti jelas penasihat agama yang dilantik di kalangan ulama' Umno gagal menjelaskan hukum serta perundangan Islam kepada pemimpin Umno. (Buletin Online) |
Tertuduh didakwa memegang payu dara, kemaluan dan punggung 8 pelajar Posted: 01 Mar 2012 06:41 PM PST Didakwa cabul 8 pelajar Oleh Syanty Octavia Amry PETALING JAYA: Seorang sukarelawan pengakap yang juga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas sembilan pertuduhan mencabul lapan pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, tahun lalu. Tertuduh, Ho Lee Fong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris. Dia yang hadir memakai kemeja lengan panjang berwarna krim kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan perbuatan mencabul lapan pelajar yang berusia antara 13 dan 16 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Persiaran Perdana, Sungai Buloh, di sini, antara April hingga Jun tahun lalu. Berdasarkan pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta tiga syarat tambahan iaitu pasport ditahan oleh mahkamah, tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada setiap bulan dan harus menjauhi ke semua mangsa dengan jarak 50 meter. Peguam bela Amrit Paul Singh yang mewakili tertuduh kemudian memohon wang jaminan dikurangkan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan berikutan tertuduh mempunyai tanggungan lima anak yang mana semuanya masih bersekolah. "Saya juga meminta pasport tertuduh tidak ditahan, jika tertuduh ingin melarikan diri ke luar negara sudah lama dia berbuat demikian selepas masalah ini berlaku. "Kerjasama yang diberikan tertuduh sejak dipanggil polis pada 9 Februari lalu bagi memberikan maklumat mengenai masalah ini meyakinkan saya bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak mungkin akan melakukan perkara seperti ini," katanya. Nor Afidah membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin berserta dua syarat iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan dan menjauhi semua mangsa manakala kes ditetapkan semula pada 2 April depan. Wang jaminan dibayar isteri dan abang tertuduh yang hadir menemaninya. Pada 16 Februari lalu, akhbar ini melaporkan seorang jurulatih didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah yang menyertai Pergerakan Pengakap dengan memegang payu dara, kemaluan dan punggung mereka. Difahamkan, lelaki itu melatih pelajar berusia 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008. |
Ahli perniagaan bunuh teman wanita sorok mayat 2 setengah tahun Posted: 01 Mar 2012 05:31 PM PST BANGKOK- Polis di Thailang berkata mereka menahan seorang ahli perniagaan Norway yang mengaku membunuh teman wanita berbangsa Thailand dan membiarkan mayatnya reput di dalam vila mewah selama dua setengah tahun. Kolonel Sirisak Wasasiri berkata semalam, Stein Havard Dokset yang berusia 50 tahun, mengaku membunuh teman wanitanya dengan menolaknya jatuh tangga selepas mereka bertengkar di rumah tepi pantai di Pulau Phuket. Wanita itu dilaporkan hilang oleh polis di Phuket lewat 2009. Katanya, polis bertindak selepas menerima maklumat daripada orang yang tidak dikenali dan menemui mayat wanita yang reput di dalam tong sampah di bilik air Dokset. - Bangkok Post |
SANTAI MALAM : [18SX] 9 pasangan kahwin bogel di pantai Jamaica Posted: 01 Mar 2012 07:20 AM PST KINGSTON: Sembilan pasangan pelancong semalam menyuarakan ikrar perkahwinan "Saya terima" dengan berbogel di pantai Jamaica. Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey yang tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini. "Ia sungguh indah. Rasanya seperti dalam kisah dongeng," kata Milli, 39, sejurus selepas acara perkahwinan bogel di Hedonism II, pusat peranginan tumpuan ramai di Negril, bandar pelancongan di barat pulau konservatif itu yang bergantung kepada industri pelancongan. Menurut Naib Presiden Pemasaran Superclub yang memiliki Hedonism, Zein Issa-Nakash, ikrar perkahwinan pada Hari Valentine dan hadiah penginapan empat hari menarik lebih 100 pasangan yang bertunang dari Amerika Syarikat dan Kanada, tetapi hanya 10 dipilih dalam sebahagian daripada pertandingan perkahwinan bogel itu. Satu pasangan menarik diri sebelum hari penting itu yang difilemkan oleh kru TV dokumentari. Peserta, Kevin Young dari Land O' Lakes, Florida berkata, bersiar-siar "secara semula jadi" sering dilakukannya sejak dia tinggal di tengah-tengah komuniti bogel.- malaysiasensasi |
TERKINI : Beruk-beruk Umno mengamuk di Sg Long Posted: 01 Mar 2012 05:42 AM PST Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa yang lain mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut hari ini. Lee seorang ahli DAP, berkata beliau pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang oleh seorang lelaki berbaju hitam selepas pemeriksaan keselamatan dibuat oleh pihak polis di tempat kejadian. Mereka kemudiannya didatangi kira-kira 30 hingga 40 orang, yang didakwanya memakai baju BN dan 1Malaysia, dan mengkasari empat orang dalam kumpulannya hingga rebah. Lee berkata, polis yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikannya, tetapi tidak mampu menghalang kumpulan yang ramai itu. "Sejak (menyertai politik pada) 1993, inilah kali pertama saya rasa dilindungi oleh polis," kata Lee ketika dihubungi. Beliau bimbang keadaan mungkin menjadi bertambah buruk sekiranya pihak polis tidak menghalangnya. Lee mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat kacau?" Lee menjawab yang mereka mendapat risalah yang menyatakan 'semua dijemput' dan menambah "kami hanya mahu makan, mengapa tak boleh?" Seorang yang didakwa Lee sebagai pembantu kepada Noh, telah menolaknya. Polis akhirnya mengiringi Lee dan kumpulannya beredar dari situ. Malaysiakini telah cuba menghubungi Noh tetapi tidak berjaya. Berucap di majlis itu kemudiannya, perdana menterimengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini. Katanya, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala. Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan. - Malaysiakini |
Renungan Malam Jumaat : 10 pintu ruang syaitan kuasai manusia Posted: 01 Mar 2012 04:13 AM PST Oleh Wan Marzuki Wan Ramli 2012/02/29 ALLAH SWT berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." (Surah an-Nisa, ayat 120-121). Ayat ini jelas menerangkan kepada manusia antara sikap jahat syaitan terhadap manusia iaitu membisik ke dalam hati kita angan-angan kosong seperti menyangka sudah memiliki pahala yang banyak menerusi amalan yang dilakukan lalu manusia pun berfikir 'aku layak mendiami syurga' tanpa perlu meningkatkan lagi amalan. Punca mengapa manusia mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan ini ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada ketika kita sedar atau tidak, sebenarnya ia menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah menjadi raja di dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan merayap menguasai tunjang di dalam badan manusia. Pada ketika itu, syaitan berlumba-lumba untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Namun, beruntunglah manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu iaitu: Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca sikap ego manusia yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak (benar). Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23) Keempat – sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah selalu menasihati sahabat menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat ini kerana ia dibenci Allah Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu yang kering." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua, orang yang berilmu dan imam (pemimpin) yang adil." (Riwayat Muslim). Kelapan – melalui sifat 'ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja." (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Ke-10 - melalui sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang rosak dirinya." (Riwayat Muslim) |
Posted: 01 Mar 2012 03:23 AM PST Sebahagian tol Lebuh Raya Kajang-Cheras mansuh 1 Mac 2012 KUALA LUMPUR - Sebahagian tol Lebuh Raya Kajang-Cheras, yang dikuatkuasakan sejak lebih satu dekad, dimansuhkan antara 90 sen dan RM1 berkuat kuasa tengah malam ini. Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tol bagi laluan menghala ke Kuala Lumpur di Batu 9 dan menghala ke Kajang di Batu 11, masing-masing RM1 dan 90 sen dimansuhkan. AKAN MENYUSUL |
PRU 13 : Ibrahim Ali tanding atas tiket Umno? Posted: 01 Mar 2012 12:40 AM PST "JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya. PASIR MAS - 1Mac : Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya. "Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima. "JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya. Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok. Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini. Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Dipecat Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir. Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman. Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS. Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno. Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab. - FMT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan