MiLo SuaM |
- Ketakutan Kerajaan Terengganu terhadap Mahasiswa
- Wikileaks: Penjelasan Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim
- Kerajaan Negeri akan tanggung kerosakan rumah akibat banjir
Ketakutan Kerajaan Terengganu terhadap Mahasiswa Posted: 20 Mar 2012 12:00 AM PDT GABUNGAN Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mengecam tindakan zalim yang dikenakan kepada 6 orang pelajar Malaysia di Mesir. Tindakan tidak profesional Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas pelajar-pelajar tersebut setelah mereka didapati terlibat dalam himpunan Bersih 2.0 di Mesir. Atas tuduhan memakai pakaian kuning dan memegang bendera Terengganu semasa himpunan Bersih di Mesir sudah cukup menggambarkan tindakan dangkal yang diambil oleh Datuk Seri Ahmad Said. Ini jelas menggambarkan kerajaan Terengganu kurang bijak dalam menangani isu-isu mahasiswa. Dengan tindakan ini, telah terserlah sandiwara kerajaan barisan nasional tentang semangat pindaan Auku. Pada 29 Julai 2011 yang lalu, Gamis mendesak kerajaan Malaysia meneliti kes pembuangan pelajar Malaysia di Mesir kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 di sana. Seorang pelajar Darul Ifta', Firdaus Mazlan dibuang universiti kerana disyaki menjadi penggerak kepada perhimpunan Bersih 2.0 di Mesir sedangkan ketika itu beliau berada di semester akhir. Desakan tersebut dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Wisma Putra Kementerian Luar Negeri. Memorandum tersebut turut membantah tindakan Jabatan Penuntut Mahasiswa Kaherah (JPMK) yang mengambil tindakan menarik balik biasiswa terhadap mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan tersebut. Ketakutan yang melampau dan tindakan dangkal yang diambil dalam menangani isu mahasiswa dan politik telah menarik kerajaan ke dalam ruang politik despotik. Ironinya, ketika mahasiswa Malaysia sama ada dalam atau luarnegara diharamkan terlibat dengan politik khususnya tidak sehaluan dengan kerajaan, sehingga hari ini Kelab UMNO Luar Negara yang disertai oleh mahasiswa Malaysia masih gah. Malah tidak pernah kedengaran mereka dikenakan tindakakn undang atas tuduhan terlibat dengan politik. Gamis mendesak kerajaan Terengganu menarik balik pembatalan penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas pelajar-pelajar tersebut. Gamis juga akan berurusan dengan wakil mahasiswa Malaysia di Mesir bagi mendapatkan perkembangan semasa. Akram Ikrami Taib Azamudden Presiden Gamis |
Wikileaks: Penjelasan Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 19 Mar 2012 06:00 PM PDT PERTAMANYA kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka. Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato' Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato' Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato' Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Dato' Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini. Ibrahim Yaacob Ketua Staf Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim |
Kerajaan Negeri akan tanggung kerosakan rumah akibat banjir Posted: 19 Mar 2012 01:59 PM PDT KERAJAAN Negeri telah mengenal pasti 11 buah rumah yang rosak teruk dalam kejadian banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Mac lalu, dengan kos kasar pembaikan dianggarkan sebanyak RM105,000. Rumah-rumah ini dicadangkan untuk diperbaiki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Khasim Abdul Aziz . Kesemua rumah ini dimiliki penduduk tempatan bukan berstatus penyewa. Setiap pemilik rumah ini akan menerima bantuan antara RM1,500 sehingga RM30,000 bergantung kepada tahap kerosakan. Terdapat sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan Kerajaan Negeri bercadang mengantikan rumah baharu di bawah Program Kerajaan Prihatin. Kebanyakan rumah-rumah ini mengalami kerosakan pada dinding, dapur dan siling yang perlu dibaiki untuk membolehkan pemiliknya menduduki semula rumah mereka. Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir ditambah kepada RM1,000 setiap keluarga bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa. Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor oleh DYMM Sultan Selangor, Tuanku Saifuddin Idris Shah, hari ini. Beliau berkata, Kerajaan Negeri sangat prihatin dengan beban yang ditanggung mangsa banjir dan langkah segera akan diambil untuk mengelak kejadian sama berulang termasuk menyegerakan kerja-kerja mendalamkan sungai. Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang diketuai Exco negeri, YB Rodziah Ismail juga mengadakan program gotong royong membersihkan rumah penduduk pada 17 dan 18 Mac baru-baru ini. Anggota sukarelawan PANTAS seramai 80 orang membantu mangsa banjir membersihkan peralatan rumah yang ditenggelami air, membersihkan sampah sarap dan longkang yang dipenuhi lumpur, membersihan surau selain memberi bantuan pakaian dan makanan. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan