Blog-list Malaysia |
- Permohonan Umno Gadai Tanah Rezab Melayu Ditolak MB Selangor?
- Anwar saman Utusan, tuntut gantirugi RM100 juta
- Scorpene mampu tenggelam karier politik Najib
- Angkara Siapa Cermin Kereta Kambing Hitam NFC Retak?
- Selangor penyumbang terbesar KDNK
- Pemuda Pas Kedah Akui Meluat Dan Tolak Phahrolrazi
- Karpal ditegur dedahkan isu dalaman DAP
- Konspirasi Anwar - Mat Zain Ibrahim dedah hubungan tiga Tan Sri
- Gadis Malaysia Diculik Untuk Dilacur Di Thailand
- Anwar nafi minta RPK dikeluarkan
- Berita Yang Buatkan Noh Omar Dan Umno Selangor Jatuh Terduduk
- Pinjaman NFC - Kalau Dah Tak Bayar Balik Kira Curi Laa Tu...
Permohonan Umno Gadai Tanah Rezab Melayu Ditolak MB Selangor? Posted: 20 Mar 2012 12:30 AM PDT Di bawah, lihat dengan jelas permohonan Umno Puchong ditolak kerana ia satu cubaan merampas tanah rezab melayu; dan lihat semula siapa pemilik Lagi Gemilang Dev. Tahniah Kerajaan Selangor, Tahniah MB Selangor kerana mempertahankan tanah rezab orang melayu yang semakin terhakis setelah lebih 50 tahun negara ini diperintah Umno. Apakah benar Umno membela bangsa sepertimana yang dicanang? Jika benar Umno bela bangsa, maka sepatutnya jumlah tanah rezab melayu akan bertambah. Jika benar Umno bela nasib ekonomi melayu, maka jumlah pegangan saham orang melayu yang bernilai lebih 50 bilion suatu ketika dulu akan tambah berganda. Namun malangnya slogan Hidup Melayu itu hanyalah retorik semata-mata apabila fakta sebenar menjelaskan tanah rezab melayu telah berkurangan hampir separuh dari jumlah asal manakala jumlah saham bumiputra lenyap hilang entah ke mana. Kerajaan Negeri Selangor juga telah menunjukkan testimoni yang baik beserta dengan buktinya sekali betapa nasib orang melayu khususnya dalam soal menjaga tanah rezab melayu menjadi keutamaan. Selain itu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memastikan ekonomi negeri dirakyatkan dengan segala hasil dan keuntungan dari pentadbiran yang cekap dipulangkan semula kepada rakyat negeri Selangor. Dengan testimoni seperti di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat di seluruh negara wajar memberi penilaian serta perbandingan antara kerajaan negeri PR dan kerajaan negeri serta kerajaan pusat yang dipimpin secara penuh ketirisan dan boros oleh Umno. Penilaian tersebut perlu diterjemah dalam Pilihanraya ke-13 yang kian hampir. Slogan kempen A.B.U sebagai contoh terbaik menjadi satu titik penting ketika berdepan pilihanraya yang sengit dengan penipuan terancang. Undilah semua Asalkan Bukan Umno ! Pencapaian kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat dengan baik selain memberi harapan baru kepada rakyat terbanyak. Lihatlah statistik keuntungan kerajaan negeri yang menunjukkan pertambahan berganda berbanding ketika diperintah oleh kerajaan Umno/Bn. Jadual di bawah menceritakan sesuatu; Tiada lagi alasan yang kukuh untuk mengekalkan kerajaan pusat sedia ada apabila kerajaan PR yang paling teruk diserang iaitu di Pulau Pinang, kononnya nasib umat Islam di negeri tersebut terhakis dek pemerintahan DAP ternyata suatu tohmahan rambang oleh gerombolan Umno. Serangan bertali arus Umno di media perdana mengatakan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengabaikan orang melayu dan agama Islam ternyata meleset sama sekali apabila fakta menunjukkan 3 tahun berturut-turut peruntukkan hal ehwal Islam P.Pinang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jauh bertambah berbanding ketika Bn memerintah. Lihat jadual di bawah; Justeru itu, kita sebagai rakyat yang celik harus melangkah terus ke hadapan memberi laluan kepada sebuah kerajaan pusat yang baru. Untuk merealisasikan sebuah kerajaan baru dengan menumbangkan sebuah kerajaan korupsi yang memperkudakan hampir keseluruhan agensi 'neutral' bukanlah suatu kerja yang mudah. Setiap rakyat yang mahukan perubahan menjadi realiti harus bersama dalam gerakan dan kempen yang bukan sekadar kempen parti politik semata-mata, tetapi kempen dari rakyat untuk rakyat. Kempen A.B.U adalah sebuah gerakan berani dan secara terus berdepan dengan regim Umno. Rakyat menyambut kempen ABU ini dengan berani. ABU bukan milik sesiapa, bukan juga milik gugusan Anak Muda SAMM. SAMM hanya menjadi pemangkin menggerakkan kempen ABU, namun ia tetap milik rakyat. Gerakan ABU juga mendapat perhatian bukan sahaja dari segenap masyarakat tetapi juga mendapat perhatian penuh oleh pihak Umno yang begitu tercabar kedudukkannya. Kini kempen ABU sedang mekar menjalar di seluruh negara. Undi Asalkan Bukan Umno merupakan kempen terpenting dalam menghadapi pilihanraya ke-13, bukan sekadar kempen perang-saraf. Program ceramah ABU sudah meluas di mana-mana. Kebanyakkan pentas dihiasi dengan lambang ABU. Kejayaan ABU sampai ke tahap ini adalah kredit untuk rakyat kerana berani menganjurkan pentas ABU, berani menjadi hadirin dalam program ABU yang dilihat berisiko diserang Umno, apabila otak mereka gagal berhujah maka otot jugalah yang mereka gunakan untuk menyerang rakyat yang dahagakan maklumat. Ada pihak yang mengatakan kononnya kempen ABU sudah semakin perlahan. Ada juga yang bertanya ke mana arah kempen ABU sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13. Sifirnya mudah, jika anda masih melihat ada yang mengenakan baju ABU, ada yang menggunakan Avatar ABU, ada yang meletakkan lambang ABU di dalam blog, FB dan Twitter, ada pula pihak yang menyerang dengan kempen ABP dan ABAI, itu bermakna kempen ini berjaya dan akan tetap hangat hingga ke PRU-13. Contoh paling ideal ialah, pelancaran ABU Kedah bakal berlangsung malam ini di sebuah dewan Alor Setar. Dilaporkan awal pagi tadi, dewan tempat berlangsungnya pelancaran ABU telah dicemari oleh poster-poster yang bertulis ABAI. Ini satu tindakbalas yang baik, bermakna Umno sangat terdesak cuba menutup aura ABU. Ketika di Pelancaran ABU Johor pula, terbentang poster/banner 'vertikal' di ratusan tiang lampu jalan dengan tulisan ABU - Allah Bersama Umno. Secara tidak langsung, Umno juga telah mempromosi ABU dengan membuat satu 'saikologi terbalik' Allah Bersama Umno - Apakah Allah akan bersama dengan golongan yang menghina hukum Allah? Apakah Allah akan bersama dengan gerombolan yang menggubal undang-undang menghalalkan judi dan berdagang dengan Israel serta gerombolan yang merasmikan kilang arak? Ternyata kempen ABU akan terus dilaung hingga ke Pilihanraya. Bagi persoalan ke mana hala kempen ABU adalah lebih mudah - kempen bersihkan sungai akan berterusan sehingga bersihnya sungai, kempen BERSIH pilihanraya juga akan diteruskan hingga bersihnya pilihanraya. Begitu juga dengan gerakan ABU - Akan tetap diteruskan selagi Umno dan anasir yang berperangai seperti Umno masih berada di tampuk pemerintahan negara. Umno simbolik kepada rasuah dan penyelewengan khazanah rakyat! Berbalik kepada isu cubaan pemilikkan bukan bumiputra ke atas tanah rizab melayu (yang cuba dilobi oleh Umno Puchong?), saudara pembaca harus mengenal pengkhianat sebenar. Berita fakta penolakkan permohonan tanah rezab ini tidak akan tersiar di dalam media elektronik mahupun media cetak bertaraf arus perdana. Tindakkan Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat ini harus dipuji kerana inilah yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana permohonan tidak berasas menukar pemilikkan tanah rezab melayu kepada bukan bumiputra. Di atas nama pembangunan, berapa banyak tanah rezab melayu yang sebelum ini bertukar milik kepada bukan bumiputra tidak diganti semula oleh kerajaan pimpinan Umno? Ayuh rakyat, inilah masanya untuk mengajar sebuah kerajaan pusat yang penuh retorika, iaitu dengan memilih Asalkan Bukan Umno dalam pilihanraya yang hanya akan datang. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !! EDYES @edyesdotcom Solidariti Anak Muda Malaysia http://edyesdotcom.blogspot.com/2012/03/gempar-permohonan-umno-gadai-tanah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29 |
Anwar saman Utusan, tuntut gantirugi RM100 juta Posted: 20 Mar 2012 12:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mac: Ekoran laporan bahawa beliau adalah biseksual, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Utusan Malaysia hari ini. Dalam notis itu, Anwar menuntut Utusan Melayu(Malaysia) Bhd yang memiliki Utusan Malaysia dan pengarangnya menarik balik berita itu, memohon maaf dan membayar RM100 juta sebagai ganti rugi. Notis tuntutan yang sama juga dihantar kepada Datuk S. Nallakarupan yang laporkan sebagai sumber berita Utusan itu. Perkara ini dimaklumkan oleh N Surendran, Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan hari ini. Utusan dalam laporannya di muka depan hari ini mendakwa, Anwar sebagai biseksual dan tidak boleh menjadi ketua pembangkang. Bagi Surendran, dakwaan ini palsu sama sekali, mempunyai tujuan politik dan satu laporan yang bersifat politik longkang. "Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab sepenuhnya atas dakwan jahat oleh akhbar Umno ini," kata Surendran. Najib sepatutnya menerima tawaran untuk berdebat dengan Anwar tentang polisi dan ekonomi negara tetapi Najib memilih laporan yang paling hina melalui Utusan, kata beliau yang juga seorang peguam. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8947-anwar-saman-utusan-tuntut-gantirugi-rm100-juta?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter |
Scorpene mampu tenggelam karier politik Najib Posted: 19 Mar 2012 08:59 PM PDT Situasi kali ini telah meletakkan Najib dalam keadaan sukar apabila perbicaraan ini dijalankan dalam sistem perundangan yang berada di luar kawalan beliau. (FMT) - Setelah sepuluh tahun menunggu, akhirnya kes komisyen pembelian kapal selam Scorpene disahkan akan dibicarakan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance). Di Malaysia pula, meskipun jelas wujud percubaan dari media arus perdana untuk meminggirkan perkembangan terbaru ini namun ia dipercayai tidak akan mampu bertahan lama sebelum terburai nanti. Lebih-lebih lagi apabila perbicaraan tersebut bermula dan menjadi fokus media-media utama seluruh dunia. Meskipun kes ini telah lama dilondehkan di alam siber dengan pelbagai fakta dan teori, perbicaraan yang berlangsung itu nanti pasti tetap mengundang kejutan-kejutan terbaru. Sekurang-kurangnya dalam perbicaraan itu nanti, beberapa elemen sudah pasti akan menjadi fokus utama masyarakat tempatan negara ini dan juga antarabangsa. Antaranya, persoalan benarkah wujud kaitan kes komisyen pembelian ini dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibu seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Altantuya kekasih Razak Baginda Selain menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Altantuya juga merupakan kekasih gelap kepada Razak seperti yang diakui Razak sendiri dalam perbicaraan kes pembunuhan model Mongolia itu. Benarkah wujud penglibatan Najib selaku Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu, dalam soal pemberian komisyen berjumlah RM540 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki orang kepercayaannya, Abd Razak Baginda. Ramai juga akan tertanya-tanya adakah akan tampil seekor lagi kambing hitam untuk dipersalahkan di dalam perbicaraan ini nanti. Di samping itu, rakyat negara ini juga ada yang mula cuba mencula sejauh manakah perbicaraan ini memberi kesan terhadap reputasi Najib sebagai PM dan parti Barisan Nasional yang diterajuinya. Menarik juga untuk difikirkan, adakah perkembangan muttakhir kes komisyen kapal selam ini akan mempengaruhi 'ilham' Najib dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Adakah Najib mula berkira-kira untuk menyegerakan pembubaran parlimen sebelum perbicaraan ini memasuki fasa pendedahan demi pendedahan atau adakah beliau mengambil risiko menunda jauh ke hadapan di mana kedua-dua keputusan tersebut tetap mempunyai risiko masing-masing. Tidak kira apa pun keputusan Najib nanti, cepat mahupun lambat, perbicaraan Scorpene pasti akan mencalarkan imej Najib di kaca masyarakat tempatan mahupun antarabangsa. Jelasnya, tidak kira walau apa pun jawapan terhadap semua persoalan di atas, reputasi Najib sudah hampir pasti terjejas. Kera sumbang Jika tidak dalam pilihan raya akan datang pun, sekurang-kurangnya perbicaraan ini akan menjadikan Najib kera sumbang di peringkat antarabangsa. Kes ini dibicarakan setelah kumpulan hak asasi manusia dari Malaysia Suaram memfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisyen kepada pemimpin di Malaysia. Berbeza dengan amalan perundangan di Malaysia, Suaram turut diberi akses kepada kertas siasatan pendakwaraya dalam dua minggu lagi. Situasi kali ini telah meletakkan Najib dalam keadaan sukar apabila perbicaraan ini dijalankan dalam sistem perundangan yang berada di luar kawalan beliau. Perbicaraan pembayaran komisyen Scorpene ini bukan sahaja setakat mampu mencalarkan imej Najib, silap hari bulan, Scorpene akan turut menenggelamkan karier politik Najib. Dipetik dari - http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/48141-scorpene-mampu-tenggelam-karier-politik-najib?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter |
Angkara Siapa Cermin Kereta Kambing Hitam NFC Retak? Posted: 19 Mar 2012 07:56 PM PDT Cermin belakang di bahagian tempat duduk penumpang sebuah kereta milik bekas juruperunding National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail yang diparkir di pekarangan tempat letak kereta Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, ditemui retak. Shamsubahrin yang dipanggil sebagai saksi ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan terkejut apabila dimaklumkan pemandunya bahawa satu daripada tiga kenderaan iatu Mitsubishi ASX miliknya yang disita SPRM, ketika ditahan pada bulan Disember lalu, telah retak. Dua lagi kereta iaitu Mitsubishi jenis Triton dan Grandis dalam keadaan baik. Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali memberi jaminan bahawa SPRM akan memperbaiki cermin kereta itu. Beliau berkata pihaknya menyedari kejadian itu lebih awal dan satu laporan polis dibuat pada 16 Jan di Ibu Pejabat Daerah Putrajaya. Katanya kereta yang disita itu diparkir di tempat letak kereta dan satu kerja memotong rumput yang dilakukan mungkin telah menyebabkan batu melantun ke cermin kereta menyebabkan cermin kereta retak. "Tiada unsur khianat kerana pada tarikh itu memang ada pemotong rumput. Kita akan memperbaiki kereta itu kerana (kejadian berlaku) semasa dalam penyimpanan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama |
Selangor penyumbang terbesar KDNK Posted: 19 Mar 2012 06:54 PM PDT Tidak syak lagi, di bawah kepimpinan MB Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agama Islam dapat terus dipertahankan di negeri itu di tengah-tengah usaha mengekalkannya sebagai negeri termaju. Oleh itu, rakyat Selangor akan dapat terus menikmati kemakmuraan dengan penuh adil di negeri kaya ini di bawah Pakatan Rakyat. Dengan demikian tertolaklah segala fitnah dan tuduhan Umno/BN yang kini berusaha keras untuk merampasnya dalam PRU Ke-13 akan datang. Kemajuan pesat Selangor ini telah ditegaskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Selangor kali Kedua belas baru-baru ini. Baginda melahirkan rasa syukur kepada Allah, apabila Selangor berjaya mengekalkan status negeri maju di negara ini. Menurut baginda lagi, kejayaan ini adalah berkat usaha gigih kerajaan dan rakyat, dalam pada itu kerajaan negeri, perlu berusaha dan terus bertindak untuk mengagihkan hasil pembangunan dan limpah rezeki kepada rakyat secara adil. Sultan Selangor turut menyatakan bahawa ekonomi Selangor terus merekodkan pertumbuhan positif tahun 2011 walaupun dengan persekitaran luar yang sangat mencabar. "Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri masih berjaya dicatat pada 5.9 peratus dibantu peningkatan dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta merangsang eksport output dan komoditi. "Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan terutama sektor perkhidmatan," titah baginda. Baginda turut bertitah, sebagai negeri penyumbang terbesar kepada KDNK negara dengan anggaran 22 peratus, Selangor perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke dalam negeri. Sidang Dewan Undangan Negeri itu berlangsung ketika PRU Ke-13 sedang hangat diperkatakan oleh semua pihak, malah ada yang menjangkakan akan berlangsung awal Jun ini, namun segala-galanya belum pasti. Dengan kekayaannya yang ada, Selangor terbukti menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Negara, iaitu dengan anggaran 22 peratus. Ini bermakna Selangor dan rakyatnya menjadi pembayar cukai terbesar kepada negara. Oleh itu pemimpin Umno/BN yang mengungkit bahawa rakyat di Selangor menerima paling banyak pemberian RM500 baru-baru ini sewajarnya melihat fakta sumbangan Selangor ini dengan rasional dan fikiran terbuka. Tidak lama dulu, dalam pertemuan saya beserta Dinsman dan Bara Jiwa dari Seniman Paksi Rakyat dengan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim di pejabatnya, Menteri Besar itu optimis bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan dapat mengekalkan prestasinya, malah akan terus meningkatkannya. Yang menjadi fokas percakapannya dengan kami ialah hasrat kerajaannya untuk mengagihkan kemakmuran Selangor ini kepada rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan agama. Ini kerana, katanya, keadilah menjadi paksi utama kesyumulan Islam. Beliau telah melawat pelbagai tempat di seluruh Selangor, menyaksikan kehidupan pelbagai golongan masyarakat. Antaranya, beliau melawat dan menyaksikan kehidupan kawasan flet murah yang penuh sesak, kawasan pedalaman yang jauh di utara Selangor dan pelbagai lagi. Beliau mendengar secara langsung masalah rakyat dengan penuh pengertian dan simpati. Sebagai tokoh ekonomi yang pernah menjadi tokoh korporat terkenal, Tan Sri Abd Khalid sangat berhati-hati dalam mengendalikan pengurusan kewangan negeri yang kaya itu, supaya pengurusan kewangan itu berjalan dengan betul, kerana, katanya, 'ini adalah amanah rakyat yang mesti dipegang sekukuhnya. ' Adapun jumlah pelaburan tahun 2011 di Selangor dicatatkan sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan serta membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih 15 ribu rakyat Selangor untuk bekerja di pelbagai sektor pekerjaan. Ini suatu kemajuan yang sangat memberansangkan. Juga sangat menarik dalam titah Sultan Selangor itu ialah baginda turut percaya dengan Menteri Besar yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mampu memartabatkan lagi agama Islam dan umat Islam di Selangor. "Cara kerja yang profesional dapat menangkis segala fitnah dan tuduhan jahat sekaligus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam." kata baginda. Pada pendapat saya, dengan kemajuan negeri Selangor yang pesat, dalam masa yang sama dapat terus mempertahankan Islam seutuhnya, jelaslah bahawa kerajaan Selangor akan dapat terus memperkukuh harapan rakyat untuk membina kehidupan yang cemerlang baik di dunia mahupun akhirat. Tan Sri Abd Khalid dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor sudah sewajarnya dipertahankan dalam PRU ke-13 nanti. Inilah sebuah kerajaan yang sangat menjanjikan. (Harakah Daily) |
Pemuda Pas Kedah Akui Meluat Dan Tolak Phahrolrazi Posted: 19 Mar 2012 05:35 PM PDT Pemuda PAS Kedah benar-benar mahukan dua pemimpin kanannya – Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh – berundur daripada kepimpinan PAS negeri sebagai timbalan pesuruhjaya I dan II negeri itu, kata seorang pemimpin kanannya. Sumber yang enggan dikenali itu bagaimanapun berkata, tiada dalang yang bertindak sebagai perantara untuk tujuan itu, seperti yang didakwa Phahrolrazi. "Pemuda bukan bodoh. Tiada siapa yang suruh Pemuda. Ingat kita tak tahu ke apa yang mereka (Phahrolrazi (kiri) dan Ismail) buat. Dari awal lagi Pemuda cadang supaya timbalan pesuruhjaya I dan II digugurkan. Ini adalah pendirian Pemuda. Pemuda bukan sebodoh dan sehina itu nak disuruh-suruh. "Tiba-tiba ada pula kenyataan yang kata ada dalang hasut. Hebat sangat ke dalang tu sampai nak hasut kita?" kata sumber dalaman itu lagi. Berita Harian semalam melaporkan Phahrolrazi sebagai mendakwa, Pemuda PAS Kedah didalangi pihak ketiga untuk menggulingkannya dan Ismail melalui usul merombak badan perhubungan negeri yang dibawa oleh ketuanya Ahmad Yahya. 'Takkan semua dewan bodoh?' Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, sumber yang sama berkata cadangan itu bukan semata-mata daripada dewan itu tetapi dibuat atas keinginan semua ahli daripada akar umbi. "Kalau dewan Pemuda usul dan disokong pula oleh dewan Muslimat dan lain-lain, takkan orang lain pun turut bodoh? "Bila semua sokong maknanya orang nak dia (Phahrolrazi) berundur. Dia kena baca kehendak parti sebab orang semua tahu dia 'mencederakan' parti. Saya memang sangat marah dengan mereka," kata sumber itu lagi. Tindakan Phahrolrazi dan Ismail sebelum ini yang pada mulanya enggan menerima pelantikan mereka sebagai exco kerajaan negeri telah "merencatkan" parti Islam itu. Selain itu, sumber juga menjelaskan, apa yang dituntut mereka hanya rombakan yang didakwa selari dengan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum dan bukan memecat Phahrolrazi dan Ismail. "Kita nak susun semula pentadbiran PAS Kedah. Nak susun siapa yang layak dan berkeupayaan untuk terajui parti bukan kita suruh pecat dia," katanya lagi. Bagaimanapun, sumber itu berkata, Pemuda PAS menghormati keputusan pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan menerima usul rombakan itu. |
Karpal ditegur dedahkan isu dalaman DAP Posted: 19 Mar 2012 04:37 PM PDT Pengerusi DAP Karpal Singh ditegur kerana membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu di khalayak ramai. "Jika dia tidak suka, dia patutnya bangkitkan dalam perjumpaan parti. Apapun, dia adalah pengerusi parti," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai kepada Bernama. Tan, yang juga Naib Pengerusi DAP ditanya berhubung komen Karpal yang dilaporkan mencabar jawatankuasa disiplin parti yang memutuskan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy tidak melanggar disiplin parti selepas didakwa mendalangi satu protes Disember lalu. Karpal dilaporkan berkata bahawa empat anggota jawatankuasa yang diketuai Tan tidak layak untuk menyiasat Ramasamy dan prosiding itu patut dibatalkan sejak awal lagi. "Dia (Karpal) tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya tidak fikir ada sebarang asas untuk menyatakan bahawa keputusan jawatankuasa disiplin itu berat sebelah. Kita telah menjalankan siasatan yang ketat dan mendapat testimoni daripada pelbagai anggota yang mengambil bahagian dalam protes yang mana terbukti tidak benar," katanya. - Bernama |
Konspirasi Anwar - Mat Zain Ibrahim dedah hubungan tiga Tan Sri Posted: 19 Mar 2012 07:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya. Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim. "Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA," ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani. Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu-. Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan. Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi. "Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi. "Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur," jelas Mat Zain dalam surat berkenaan. "Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar. "Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara. "Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar. "Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita. "Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti," jelas surat berkenaan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10014 |
Gadis Malaysia Diculik Untuk Dilacur Di Thailand Posted: 19 Mar 2012 07:52 AM PDT SHAH ALAM -- Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama. Mohd Adnan berkata dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand. "Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok," katanya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya. Mohd Adnan berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu |
Anwar nafi minta RPK dikeluarkan Posted: 19 Mar 2012 05:00 AM PDT Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan keputusan tidak memasukkan penulis blog Raj Petra Kamarudin dalam forum Wikileaks dibuat penerbitnya sendiri dan pihaknya tidak pernah memaksa perkara itu. Ketua staf di pejabat itu Ibrahim Yaacob berkata, permohonan asalnya untuk wawancara Pengarah Wikileaks Julian Assange dengan Anwar dan nama Raja Petra sebagai "penumpang" hanya diberitahu kemudian. "Makanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange," kata Ibrahim. "Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilapor menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan Raja Petra dalam program di England itu. Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu dilapor berjalan dengan mempertemukan Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype. Najib kelmarin dilapor berkata, keputusan Anwar itu tidak konsisten dengan amalan demokrasi dan sifat terbuka yang dilaungkan apabila tidak seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta "mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka". Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, beliau kesal dengan "tohmahan" itu kerana ia tidak berdasarkan fakta sebenar kerana tidak timbul soal debat kerana persetujuan hanyalah wawancara Anwar dengan Assange secara satu sama satu. Ibrahim sebaliknya berkata, Najib sebaliknya yang patut berdebat dengan Anwar berkaitan isu nasional kerana ia pasti memberi manfaat banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. |
Berita Yang Buatkan Noh Omar Dan Umno Selangor Jatuh Terduduk Posted: 19 Mar 2012 03:07 AM PDT Sultan puji kesungguhan Selangor perangi rasuah SHAH ALAM 19 Mac: Kesungguhan Kerajaan Selangor membasmi rasuah terutamanya dalam anak syarikat negeri itu dipuji Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Beta difahamkan Kerajaan Selangor telah menunjukkan kesungguhan dengan memperuntukkan RM15 juta untuk memerangi rasuah dari Geran Selangorku. "Sehubungan itu, peningkatan kecekapan dan pembasmian rasuah perlu terus diperluas ke seluruh negeri dan segenap bidang bagi meningkatkan lagi hasil negeri. "Beta dimaklumkan juga bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kebebasan untuk memantau kerja operasi pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd," titahnya. Terdahulu, Kerajaan Selangor mencatatkan peningkatan hasil pasir mencecah RM16 juta pada 2011. Jauh berbeza di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang hanya mampu mencatat RM3.54 juta pada 2005 manakala RM4.37 juta (2006). Pada 2007 pula, semakin menurun dengan hanya RM2.9 juta. Bagaimanapun, selepas berjaya ditadbir Pakatan Rakyat pada tahun 2008, hasil pasir terus meningkat sebanyak RM6.3 juta pada tahun yang sama, RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (2010). Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28365 |
Pinjaman NFC - Kalau Dah Tak Bayar Balik Kira Curi Laa Tu... Posted: 19 Mar 2012 02:09 AM PDT KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFCorp) masih belummemulangkan ansuran pembayaran pinjaman dana awam bernilai RM250 juta bagi tujuan pembinaan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang mereka terima pada 2008. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri AzmiKhalid berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa NFCorp sepatutnya mula membuat pembayaran pinjaman itu sejak Januari lalu. "Belum...belum bayar lagi. Berdasarkan apa yang dimaklumkan, pembayaran masih belum dibuat. Sepatutnya pembayaran mula dibuat pada Januari tahun ini," katanyapada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin. Bagaimanapun menurut Azmi, kelewatan pembayaran balik pinjaman berkenaan mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi NFCorp. "Ya kita faham mereka perlu membuat pembayaran balik mengikut jadual tertentu. Tapi kelewatan berkenaan mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi mereka pada ketika ini," katanya. Sebelum ini Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh memberi jaminan bahawa syarikat berkenaan berupaya membayar balik perjanjian pinjaman antara mereka dengan kerajaan yang diwakili Kementerian Kewangan seperti yang ditandatangani pada Disember 2007. Menurut NFCorp, mereka menerima pinjaman pertama berjumlah RM7 juta pada Januari 2008. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan