Kopitiam Bang Nan |
Muhyiddin Cabar Azmin Untuk Berdebat....!! Posted: 19 Mar 2012 05:23 AM PDT Memandangkan Muhyiddin kata Anwar Ibrahim penakut, baiklah Muhyiddin yang berani itu berdebat dengan Azmin Ali. ....Hehe!! Di bawah ini ialah Kenyataan Ketua Staf Pejabat DSAI. Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepadaPejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assangedengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu RajaPetra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato' Seri Anwar Ibrahimmenegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yangasal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. Oleh itu Quick RollProductions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuatkeputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assangedengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorialtersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakanoleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka. Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato' Seri Najib Razak menggunakan isu inisebagai pelantar untuk mentohmah Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya takutberdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato' Seri Najib Razak bercakaptidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkanyang dipersetujui antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalahwawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteriberiya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untukrakyat dan negara ini sekiranya Dato' Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebatdengan YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Perdebatan antara YBKetua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinyamemberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara kiia. Justeru keenggananDato' Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahimmemunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB PerdanaMenteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasidi negara ini. Ibrahim Yaacob Ketua Staf PejabatDato' Seri Anwar Ibrahim |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan