Khamis, 22 Mac 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Sempoi! Cara Kempen Jatuhkan Umno Yang Paling Kreatif!

Posted: 22 Mar 2012 08:07 AM PDT

'PM seru Wanita bersama Shahrizat'

Posted: 22 Mar 2012 02:54 AM PDT


Zulaikha Zulkifli

Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh belakangnya.

Ketuanya Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan, seruan itu dibuat oleh presiden Umno ketika mengadakan pertemuan bersama exco Wanita Umno Malaysia di Putrajaya Jumaat lalu.

"Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.

"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah pada sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.

The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat - yang dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional - sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini tidak mencukupi.

Terkini! 8 Ribu Hadir Ceramah Hassan Ali Di SG Buloh

Posted: 22 Mar 2012 12:09 AM PDT

Kalau kira ikut wartawan utusan memang 8 ribu la kan.

Kahkahkahkahkah.......

Pejuang akidah?

P. Pinang mahu Shahrizat kekal Ketua Wanita

Posted: 22 Mar 2012 12:00 AM PDT


Oleh: Wartawan Sinar Harian

GEORGETOWN - Perkhidmatan cemerlang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam Pergerakan Wanita Umno perlu dikekalkan demi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Justeru, Ketua Wanita Umno itu wajar meneruskan kepimpinan dalam pergerakan itu dan BN kerana terbukti berjaya melakukan perubahan yang amat memberangsangkan sejak mengambil alih kepimpinan pada 2009.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, Shahrizat mempunyai karisme sebagai seorang pemimpin wanita yang amat disegani oleh kawan dan lawan selama ini, terutama ketika turun padang mengadakan program atau kempen pilihan raya.

Menurutnya, kepimpinan Shahrizat berjaya memberi suntikan baru kepada sayap Umno itu yang kini lebih proaktif dan bermaya dengan pelbagai program yang berjaya mendekatkan rakyat dengan kerajaan dan pemimpin parti.

"Saya sudah melihat semangat dan kepimpinannya yang berjuang untuk menyelami hati dan naluri rakyat dengan mengenepikan kepentingan peribadi.


"Oleh itu, semua pemimpin Wanita Umno perlu terus memberi sokongan padu kepada Shahrizat menerajui pergerakan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk memporak-poranda perpaduan yang wujud selama ini semata-mata demi menjayakan agenda peribadi pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Adun Bertam mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik Naib Ketua wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim sebagai berkata, Shahrizat wajar meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno untuk mengekalkan kewibawaan parti, sayap itu, BN dan kerajaan.

Kamilia berkata, langkah Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April ini adalah tidak memadai untuk Wanita Umno dan Wanita BN terutama ketika PRU akan datang kerana masyarakat menganggap ia menyalahi dari segi politik dan moral berkiatn isu National Feedlot Corp (NFCorp) yang diterajui suaminya.

Menurutnya, ketika PRU13 semakin hampir, ahli pergerakan itu sewajarnya bersatu padu untuk menguatkan parti dan jentera pilihan raya dan tidak mencetuskan isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan ahli.

"Janganlah kita terikut-ikut dengan rentak parti pembangkang yang sentiasa mencari kesalahan pemimpin BN tetapi hanya memejamkan mata atau mendiamkan diri apabila ia melibatkan pemimpin mereka," katanya sambil menyatakan sokongan padunya kepada kepimpinan Shahrizat.

Menurutnya, pemimpin dalam pergerakan itu yang tidak sealiran dengan suara majoriti wajar mengundurkan diri agar tidak menjadi parasit yang boleh melemahkan agenda dan perjuangan wanita Umno yang menjadi tonggak dalam parti keramat orang Melayu itu.

Anwar sedia debat dengan Raja Petra dan Najib

Posted: 21 Mar 2012 09:50 PM PDT


Mar 22 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 22 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.

Beliau berkata, Assange telah menghubunginya melalui twitter untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.

"Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.

"Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.

Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.

Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.

Raja Petra turut disokong oleh Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa Anwar tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan bloger itu.

Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.

"Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa," kata Anwar.

Hutang sebenar negara lebih 53 peratus KDNK - Azan Ismail

Posted: 21 Mar 2012 05:34 PM PDT


Keadilan Daily
(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 21 Mac: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkenaan hutang negara di paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tidak tepat.

"Peratusan itu diambil dari tahun lepas. Sekiranya kita mengambil kira hutang perbelanjaan terbaru, termasuk anggaran Belanjawan 2012, hutang negara pasti melebihi had ditetapkan.

"Malah, ia belum mengambil kira peruntukan luar jangka dan projek-projek yang didanai melalui pinjaman yang dijamin kerajaan, yang tidak dimasukkan dalam belanjawan," ujar Azan.

Beliau turut menjelaskan, paras 55 peratus sebenarnya terlalu tinggi untuk dijadikan had siling hutang negara.

Beliau merujuk jawapan Awang Adek kepada soalan dari Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini, berkenaan tindakan kerajaan untuk mengawal hutang negara yang semakin meningkat.

Merujuk laman Malaysiakini, Awang Adek melalui jawapannya mengatakan, hutang negara belum mencapai tahap kritikal kerana kurang 2 peratus dari had pinjaman yang dibenarkan perlembagaan, iaitu 55 peratus daripada KDNK.

17 Februari lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengatakan kerajaan memanipulasi belanjawan dengan tidak memasukkan beberapa projek mega dalam belanjawan, sebaliknya menjadi penjamin kepada syarikat yang membuat pinjaman.

Tony Pua juga mengatakan kerajaan juga secara sewenang-wenangnya meminda undang-undang untuk menaikkan had hutang negara, dari 40 peratus pada tahun 2003 hingga 55 peratus pada masa kini.

Bercakap lanjut Azan berkata, kerajaan turut mengheret rakyat untuk sama-sama menanggung hutang, sehingga hutang isi rumah negara mencecah RM600 bilion, antara tertinggi di dunia.

"Sebenarnya ini isu yang perlu dititikberatkan. Kerajaan Umno BN melalui polisi seperti kadar bunga dan caj bank, melahirkan rakyat yang terbeban dengan hutang yang cukup besar," ujar Azan.

Hasan Ali persoal elaun, belanja mewah

Posted: 21 Mar 2012 05:27 PM PDT



Oleh: NURULFATIHA MUAH

SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas–Gombak Setia) mempersoalkan tindakan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Bekas Exco Kerajaan Negeri mendedahkan, individu itu didakwa pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama.

"Saya bukan iri hati, hanya fikirkan rakyat. Saya hairan sebab dia asyik ke luar negara saja, seolah-olah tiada kerja di negeri ini.

"Saya cadangkan supaya hadkan bilangan untuk seseorang itu pegang jawatan seperti yang pernah dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ini. Jika dia mahu pegang banyak jawatan, kena hadkan elaun diterimanya," katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, semalam.

Sebelum itu, Hasan menyelar Dr Abdul Rani Osman (Pas–Meru) mempunyai masalah psikologi kerana mempersoalkan ketidakhadiran beliau pada Majlis Santapan Diraja, malam Isnin lalu dan sesi petang sidang kelmarin.

"Dia ganggu peribadi saya dan tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang Adun.

"Saya juga pernah jadi ahli Parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?" katanya.

Dalam sidang sama, Hasan berkali-kali diberi peringatan oleh Timbalan Speaker Dewan, Haniza Mohamed Talha supaya tidak membincangkan perkara peribadi.

Beliau mendakwa, pemecatannya daripada Pas adalah kerana berjuang untuk Islam, Melayu dan institusi diraja (IMR).

Dr Shafiee Abu Bakar (PAS-Bangi) kemudian bangun dan mempersoalkan Hasan sumbangan sebagai Exco Selangor sebelum ini dan mendakwa kemungkinan beliau kecewa akibat dipecat.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) turut bertanya masa yang diperuntukkan Hasan melibatkan diri dengan orang bukan Islam mengenai dakwaan murtad yang dibuat mereka.

"Saya seorang pakar motivasi, tiada istilah kecewa dalam hidup saya," katanya.

Dalam pada itu, Hasan turut mendakwa Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar diangkat sebagai pemimpin dalam membantu pembangunan di negeri itu kerana berdepan dengan pelbagai masalah moral.

"Saya tidak tuju kepada sesiapa pun, cabaran pembangunan bukan bersifat fizikal semata-mata, tetapi moral dan akhlak. Kita perlukan pemimpin yang lengkap seperti itu," katanya.

Tiada ulasan: