Isnin, 26 Mac 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Gadis Dilanggar, Diculik & Dirogol Dalam Kereta Proton

Posted: 26 Mar 2012 12:55 AM PDT

Sabak Bernam – Seorang gadis bukan sahaja dilarikan secara paksa malah dirogol oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Panjang, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian itu, mangsa berumur 17 tahun itu bersama adiknya menaiki motosikal diekori suspek dari sebuah stesen minyak di Pekan Sungai Besar.

"Setibanya di Sungai Panjang, suspek melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan adiknya menyebabkan motosikal itu jatuh.

"Suspek kemudiannya membawa lari mangsa secara paksa dan membawanya ke sebuah kebun di Parit 15, serta merogol mangsa," katanya adik mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kepada bapanya serta penduduk kampung serta laporan polis dibuat.

Menurutnya, suspek sempat menghubungi rakan-rakannya dan mengugut untuk merogol mangsa beramai-ramai jika mangsa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

"Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kebun berkenaan dan diturunkan di tepi jalan selepas berjanji menyembunyikan kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, penduduk yang sudah dimaklumkan tentang kehilangan mangsa terlihat suspek menurunkan mangsa dan bertindak mengejar suspek.

"Menyedari dirinya diburu, suspek memecutkan kereta yang dipandunya sehingga terbabas masuk ke dalam kebun.

"Suspek yang panik meninggalkan kenderaan itu dan menyembunyikan diri di rumah majikannya di Parit 13," katanya.

Noor Mushar berkata, polis berjaya menjejaki mangsa berdasarkan kenderaan yang ditinggalkan mangsa, kereta Proton Saga berwarna putih itu adalah milik majikan mangsa.

"Suspek yang berusia 19 tahun akhirnya menyerah diri kira-kira jam 10.30 pagi semalam apabila majikan membawanya ke IPD bagi membantu siasatan," katanya mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Menurutnya, pihaknya menghargai kerjasama yang diberikan masyarakat setempat sehingga suspek dapat dikesan.

"Kita juga memuji tindakan adik mangsa yang dapat mengingati dengan pantas nombor kenderaan, jenis dan warna kenderaan yang banyak membantu kepada menyiasat kes ini.

"Kita juga menasihatkan ibu bapa atau penjaga memantau dan memastikan anak sentiasa dalam kawalan terutamanya perempuan," katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (jenayah rogol) dan Seksyen 363 (menculik daripada jagaan sah). -SH

Dukung dalam kereta sebelum dinoda

Sabak Bernam: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.

Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.

Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.

Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.

Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.

Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.

"Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.

"Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.

"Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.

"Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam," katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu.
-hm


Ulasan GB

Baru beberapa hari Ketua Polis negara menafikan kejadian culik berleluasa, tetapi sebaliknya menyatakan ramai remaja yang lari dari rumah ikut teman lelaki.

Berita di atas menjawab kenyataan KPN tersebut.

Bukankah kisah di atas dengan jelas menunjukkan bahawa wujud jenayah culik & rogol dan bagaimana agaknya jawapan KPN kali ini?

Kita tidak berhasrat untuk merendah-rendah kenyataan KPN tetapi kebenaran yang ada menunjukkan kenyataan KPN sebelum ini boleh tidak menepati kebenaran.

Apa pula riaksi Menteri KDN yang sebelum ini membuat kenyataan Malaysia negara paling selamat?

YB UMNO Diantara 27 Disoalsiat Dalam Serbuan Di Teratai Dangdut?

Posted: 25 Mar 2012 10:45 PM PDT

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi kelmarin.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

Ulasan GB

Maklumat yang tersebar luas di negeri tersebut menyatakan YB berkenaan ialah seorang ADUN UMNO BN dan sedang minum-minum diapit oleh betina-betina sundal di Teratai Dangdut ketika itu

Beliau juga adalah Ketua Pemuda sebuah bahagian UMNO di negeri Melaka.

Namun yang anehnya juga beliau baru dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Melaka.

Apa mau jadi negeri yang diketuai Mohd Ali Rustam ini?

Negara Paling Selamat: Rumah ADUN UMNO Kena Samun, Pisau Di Leher

Posted: 25 Mar 2012 09:01 PM PDT

Keluarga wakil rakyat trauma

TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.

GAMBAR: Inilah kediaman Mohd. Khusairi (gambar kecil) di Taman Wangsa Setia, Tanjung Malim, Perak yang dirompak awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.

Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.

"Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.

"Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. -kosmo


YB panik pisau di leher

TANJUNG MALIM: "Saya panik apabila seorang suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi amaran supaya tidak bising," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim River, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang berdepan saat mencemaskan selepas kediamannya disamun sekumpulan penyamun bertopeng bersenjatakan pisau, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi di Taman Wang Setia itu, rumah teres dua tingkat didiami Mohd Khusairi bersama isteri dan empat anaknya dimasuki tiga lelaki bertopeng yang mengikat mereka.

Kejadian menyebabkan Mohd Khusairi sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 apabila beberapa barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya dilarikan.

Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak dan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim berkata, ketika kejadian dia sekeluarga tidur apabila dikejutkan dengan bunyi bising sebelum keluar memeriksa dan mendapati tiga lelaki berada dalam biliknya.

"Seorang suspek mengacukan pisau pada leher saya sebelum mengikat saya dan isteri. Seorang lagi ke bilik anak lelaki saya di sebelah dan mengikatnya pada tiang katil.
-hm

Ulasan GB

Semalam GB sudah mengulas di dalam isu jenayah ragut yang melibatkan dua ahli puteri UMNO. Petikan:

Inilah akibat apabila "jenayah ragut" berleluasa kerana apabila kerajaan UMNO BN tidak mengindahkan persoalan jenayah yang berlaku di dalam negara di sebaliknya mendabik dada dengan retorik palsu mendakwa negara kita paling selamat di Asia Tenggara.

Justeru itu, usah lagi bersikap demikian, sebaliknya benteras jenayah habis-habisan, bukan berselindung di sebalik angka-angka yang mendakwa kadar jenayah telah turun. Nanti terkena batang hidung sendiri. Itu peringatan/nasihat kita. Nak dengar, dengarlah, tak mahu dengar apakan daya... tunggu saja nanti, tentu ada berita lagi mengenainya. Semuga Allah swt selamatkan kita semua.


Kini lebih mengerikan. Bukan jenayah ragut, tetapi jenayah samun dan rompak. Terkena kepada ADUN UMNO/BN sendiri.

Masihkah kita beranggapan negara kita paling selamat?

3 Gadis Melayu Jadi Penari Peluk Tiang

Posted: 25 Mar 2012 06:49 PM PDT

Peluk tiang 2 kali seminggu

NILAI: Berbekalkan wajah cantik dan tubuh menawan, tiga wanita tempatan memperoleh pendapatan lumayan dengan melakukan persembahan ghairah tarian tiang sambil berpakaian seksi selama 10 minit di sebuah pusat hiburan di daerah ini.

Difahamkan, mereka yang berusia 23 hingga 25 tahun melakukan tarian itu dua kali seminggu di premis berkenaan dengan bayaran RM200 hingga RM250 seorang bagi sesi berasingan iaitu pada jam 1.20 pagi dan sejam berikutnya.

Wanita berasal dari utara dan selatan tanah air itu dipercayai melakukan persembahan mengikut tema berbeza, antaranya tarian 'ballet' yang seksi termasuk hanya berbikini untuk tontonan pelanggan.

Mereka termasuk seorang yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu yang menjadikan tarian tiang sebagai kerjaya, hanya menerima undangan daripada pemilik premis hiburan.

Perkara itu dibongkar sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang menyerbu pusat hiburan berkenaan, jam 2 pagi kelmarin. -hm

SEKSI...aksi tiga gadis ketika mempersembahkan tarian tiang.


BERKAS...sebahagian daripada pelanggan yang ditahan.



Penari tiang tiga gadis Melayu

TRIO penari tiang seksi ghairah melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Nilai.

NILAI – Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu.

Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita.

Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal. -kosmo



[Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hujung Minggu III

Posted: 25 Mar 2012 05:10 PM PDT

Beberapa keping gambar lagi yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita.

Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.




















Lagi Kes Budak Kena Serang Anjing

Posted: 25 Mar 2012 08:25 AM PDT

Diserang anjing ketika main

SUNGAI LALANG – Seorang budak lelaki menerima 20 jahitan akibat diserang anjing ketika sedang bermain bola sepak di Padang Awam Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.

Mangsa, Muhammad Nabil Amin Abd Wahab, 10, yang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim berkata, dia menjadi penjaga gol ketika bermain bola semasa diserang tiga ekor anjing dari arah belakang.

"Semua rakan yang terlihat anjing menghampiri melarikan diri terlebih dahulu dan saya yang sakit kaki tidak dapat berlari menyebabkan menjadi sasaran tiga anjing yang sedang kelaparan.

"Saya ternampak mulut anjing yang terbuka luas sehingga menyambar kaki kiri dan sempat menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang," katanya.

Ketika itu, katanya, seekor anjing berada di atasnya manakala dua lagi berada di bahagian kepala mengawasi setiap pergerakannya.

Nasibnya baik apabila pelanggan kedai makan berdekatan yang sedang menikmati minum petang ternampak tangannya yang terkapai-kapai meminta tolong datang membantu.

Nenek mangsa, Che Som Zakaria, 58, berkata, pagi hari berkenaan, dia terdengar kejadian anjing liar mengejar penduduk di lokasi sama lalu menasihati penduduk lain supaya menutup pintu pagar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Menurutnya, pada waktu petang kejadian, dia dikejutkan dengan nasib cucu yang diserang tiga anjing ketika bermain di padang sama.

"Dia baru sahaja berehat selepas kecederaan luka di kaki kanan akibat terpijak kaca di padang sama ketika bermain dengan kawan-kawan namun tidak menyangka kejadian lebih teruk berlaku terhadap dirinya," katanya kepada Sinar Harian.

Ibu mangsa, Nor Azila Osman, 29, berkata, anaknya sudah seminggu tidak ke padang permainan itu kerana belum sembuh sepenuhnya dari jahitan luka akibat kaca.

"Dia memang dah lama tak ke padang sebab tak boleh jalan dengan baik dan hari ini (semalam) sepatutnya jahitan luka kaca dibuka tetapi semalam (kelmarin) kena tambah jahitan­ lagi di kaki kiri," katanya.

Nor Azila berkata, kejadian digigit anjing kerap berlaku di kawasan perumahan berkenaan di mana sebulan lalu seorang budak perempuan sekolah rendah turut terkena gigitan anjing sewaktu pulang sekolah.

Dia dan suami, Abd Wahab Tajudin, 34, yang sedang berada di tempat kerja terus ke hospital sebaik mendapat maklumat dari keluarga.

Bapa saudara, Rosli Ismail, 40 berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anjing liar yang sering berkeliaran secara berkumpulan di kawasan terbabit memberi ancaman terutama kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa berhubung kejadian itu. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






"Tembikai" (Nambikei) Najib Bersepai Dikerjakan Hindraf

Posted: 25 Mar 2012 07:50 AM PDT

Hindraf: 'Nambikei' kami remuk macam tembikai

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) hari ini berhimpun di pejabat perdana menteri (PMO) di Putrajaya kerana mendakwa kerajaan BN telah menghampakan kepercayaan masyarakat India.

Mempermainkan ungkapan "nambikei" (kepercayaan) yang sering digunakan perdana menteri untuk mendapatkan sokongan minoriti kini, Hindraf berkata ia kini pecah di tanah seperti buah tembikai.

Dalam perhimpunan kedua ini, lebih 100 masyarakat India berkumpul di Putrajaya sambil menuntut Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan 18 perkara berhubung komuniti mereka.

Pemimpin Hindraf - yang tampil bersama buah tembikai bertulis nambikei - mengaku kecewa kerana gagal bertemu dengan wakil PMO walaupun sudah memaklumkan sebelum ini.

P Uthayakumar lalu melaungkan perkataan "Umno rasis" sebelum menghempaskan buah tembikai itu berkecaian di atas tanah.


"Nambikei kami pada kamu (Najib) sudah remuk macam tembikai ini," katanya. -mk



[Video] Alonso Juara Formula1 Grand Prix Malaysia Di Sepang - updated

Posted: 25 Mar 2012 06:09 AM PDT

Pemandu Ferrari Fernando Alonso berjaya menjadi juara the Formula One Grand Prix Malaysian yang berlansung sebentar tadi mengatasi Sergio Perez pemandu Sauber dan Lewis Hamilton, pemandu McLaren di tempat ketiga.

Di beberapa minit terakhir, Perez hampir memintas Alonso tetapi kesilapan yang dilakukan di pusingan ke 51 dimana keretanya terbabas ke kawasan rumput menyebabkan Alonso berjaya menjarakkan masa darinya.

Pemandu dari pasukan Red Bull Racing-Renault, Mark Webber di tempat keempat dan pemandu Lotus Renault Kimi Räikkönen di tempat kelima.

Bruno Senna dari pasukan Williams-renault di tempat ke 6, paul de Resta dari pasukan Force India-Mercedes tempat ke 7, Jean-Eric Vergne dari STR-Ferrari di tempat ke 8, Nico Hulkenberg dari pasukan Force India-Mercedes ke 9 dan juara dunia 7 kali, Michael Schumacher pemandu pasukan Mercedes yang membawa lambang Petronas mengutip 1 mata di tempat ke 10.

Bagi seorang lagi juara dunia iaitu pemandu Red Bull Racing-Renault, Sebastian Vettel mengalami nasib yang tidak berapa baik dimana tayar keretanya pecah namun berjaya memasuki litar semula dan menempatkan dirinya ke 11.

Grand Prix Petronas Malaysia 2012 di Litar Sepang terpaksa digantung sementara pada pusingan kesembilan petang ini ekoran hujan lebat.

Keputusan itu diambil demi keselamatan pemandu apabila jarak penglihatan dikatakan terjejas teruk. Ia digantung kira-kira 51 minit.

Bagaimanapun ia disambung semula kira-kira jam 5.15 petang, kata pegawai-pegawai perlumbaan.

Ketika digantung, persaingan didahului oleh Lewis Hamilton dari pasukan McLaren.






Apa Kejadahnya Segelas Air Panas RM1.80

Posted: 25 Mar 2012 04:34 AM PDT

Chukai – "Sebagai pelanggan saya rasa tertipu," keluh pekerja swasta, Ishak Kamarudin, 42, yang kesal dengan harga RM1.80 bagi segelas air panas yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.

Ishak dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, dekat sini berkata, dia yang menjamu selera bersama isteri dan dua anak di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu terkejut apabila melihat caj yang dikenakan untuk air panas yang diminta berharga RM1.80.

Menurutnya, harga yang dikenakan itu tidak masuk akal dan seolah-olah mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

Malahan, katanya, harga air panas juga tidak dimasukkan di dalam menu menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga untuk minuman berkenaan.

"Ketika saya pergi ke kaunter untuk membayar, tergerak hati saya untuk minta bil dan bila lihat bil, terkejut saya lihat harga air panas dalam gelas RM1.80. Disebabkan ragu-ragu, saya tanya pemilik restoran itu yang menjaga kaunter sama betul atau tidak harga air panas itu RM1.80 dan dia mengiakannya.

"Bukan kerana harga RM1.80 semata-mata saya persoalkan perkara ini, tetapi saya rasa tertipu kerana harganya tidak dimasukkan ke dalam menu," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Kata Ishak, restoran itu kerap dikunjunginya sekeluarga untuk menjamu selera dan dia sering meminta air panas, tetapi sebelum ini dia tidak pernah melihat bil sebaliknya hanya membayar sahaja.

Berikutan itu Ishak kemudiannya membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman pada 26 Februari lalu.

"Lepas seminggu kemudian saya dihubungi pihak PPDNKK Kemaman yang telah membuat pemeriksaan di restoran tersebut dan tuan restoran kata dia tersilap. Namun bagaimana ia silap sedangkan ketika saya tanya sebelum ini tuan restoran itu mengiakan harga itu," katanya.

Pilihanraya Hampir Pasti Bulan Jun 2012

Posted: 25 Mar 2012 02:53 AM PDT

Pilihan raya umum semakin dekat

PORT DIKCSON – Keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah memberi tanda bahawa pilihan raya umum sudah dekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum akan datang dan mengekalkan pemerintahan.

"Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti Tinggi di Taman Intan Duyung dekat sini semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Najib memberitahu, bagi memastikan BN memenangi semua kerusi, calon yang diletakkan hendaklah yang boleh memenangkan parti seperti dibuktikan pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan Hulu Selangor lalu. -kosmo

Najib timbang 3 Jun tarikh PRU13?

SHAH ALAM - Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.

Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

Di sebalik peningkatan populariti itu, Najib juga dilihat telah menyelesaikan dua isu besar iaitu skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.
-SH


Ulasan GB

Nampaknya semacam hampir pasti: Pilihanraya pada bulan Jun.

Najib dijangka akan membubarkan parlimen selepas Umno mengadakan sambutan ulang tahun ke-66 parti itu pada 1 hingga 13 Mei dengan acara kemuncak berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei.

Jika demikian bererti kita akan menghadapi pilihanraya dengan daftar pemilih yang tidak dibersihkan.

Harapan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 nampaknya tidak kesampaian apabila sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi dari BERSIH 2 untuk menganjurkannya. Malah jika dianjurkan pun, maka masanya sudah begitu suntuk dan aura perhimpunan itu bakal pula "ditawarkan" dengan sambutan UMNO pada bulan Mei nanti.

Itulah sebab mengapa sebelum ini GB berkali-kali mendesak supaya Bersih tidak boleh berlengah.

Di dalam "Art Of War", dinyatakian kekalahan berpunca dari strategi yang tidak bijaksana dan kerap procrastinate (berlengah-lengah).

Nasibmu PR.

Tiada ulasan: