Isnin, 26 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno Tambah Meroyan Bila Kerajaan Selangor Beri RM300 Juta Untuk Rakyat..

Posted: 26 Mar 2012 12:03 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan peruntukan RM300 juta bagi Geran Selangorku berjaya disalurkan kepada rakyat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan itu tidak termasuk dana hasil hutang Syarikat Talam Corporation.

Ujar beliau jumlah sebenar peruntukkan yang mampu dijana kerajaan negeri bagi geran Selangorku adalah sebanyak RM400 juta.


Namun kerajaan negeri hanya meletakkan jumlah RM300 juta bagi mengelakkan sebarang permintaan yang tinggi dengan kewujudan peruntukan yang lebih besar tersebut.

"Rakan kita dari Gombak Setia, kini agak terlewat kerana sebelum ini kita telah mengadakan retreat (pemukiman) bagi Exco-exco kerajaan negeri di Melaka pada Februari lalu, mungkin itu sebabnya Gombak Setia khuatir.

"Dalam perjumpaan itu, saya ada terangkan kepada exco bagaimana duit itu sudah ada. Kita tiada jalan untuk kita terangkan kepada rakyat, tetapi kita telah terangkan kepada exco. Kita mempunyai skim untuk menjana wang bagi Geran Selangorku," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) berhubung bagaimana Kerajaan Negeri menjalankan program di bawah Geran Selangorku sekiranya dana bagi peruntukan tersebut belum wujud.

Isu kontraktor sampah

Abdul Khalid yang juga Adun Ijok menjelaskan, geran yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan telus dan bertanggungjawab.

Sementara itu, walaupun timbul masalah mengenai pungutan sampah di Selangor baru-baru ini, namun kerajaan negeri masih meneruskan khidmat kontraktor daripada Umno tanpa mengira motif politik disebalik isu yang timbul.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu perkara utama kontraktor yang dilantik adalah daripada tender terbuka dan menjalankan kerja dengan baik dalam kalangan Umno.

"Sejak 1 Mac ramai kontraktor yang menjalankan kutipan sampah berlatarbelakang Umno. Itu bukan isu penting selagi kontraktor dapat kontrak melalui tender terbuka. Mereka juga dapat jalankan kerja dengan baik walaupun mereka kontraktor daripada Umno," katanya menjawab pertanyaan mulut Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Bangi.

Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) turut mengakui masalah kutipan sampah tidak dipungut yang berlaku pada Januari hingga Februari lalu berpunca daripada ketidakfahaman kontraktor di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya wujud tindakan beberapa kumpulan kontraktor kutipan sampah memboikot kerja-kerja di Shah Alam dan Kajang sehingga membangkitkan kemarahan penduduk.

Malah pasukan sampah di setiap PBT tidak bertindak segera untuk mengatasi aduan setempat yang bertambah, serta kelewatan PBT membayar tuntutan kerja-kerja.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/26/geran-selangorku-berjumlah-rm300-juta/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mycenews+%28MyCen+News%29


Perancangan Jahat Pihak Atasan Dalam Umno Terhadap Kadir Fadzir

Posted: 25 Mar 2012 11:55 PM PDT

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir mendakwa serangan dan kecaman media massa arus perdana ekoran kritikannya terhadap Umno dibuat "secara terancang dari pihak yang berkuasa".

Dan serangan dan kecaman tersebutlah yang menyebabkan beliau keluar dari Umno, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau, yang lama berjuang dalam parti, mendakwa usaha tersebut dibuat "secara terancang dari pihak yang berkuasa".


"Ini diikuti pula oleh kenyataan Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) sendiri meminta keluar parti.

"Maka, saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa raga saya selama 56 tahun," katanya.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan meninggalkan perjuangan Umno yang diasaskan oleh pengasas parti itu terdahulu.

Antara teguran dan kritikannya yang dikecam dan didakwanya diputarbelitkan oleh media massa arus perdana adalah berhubung dakwaan pemberian wang dalam pilihan raya, perggunaan jabatan kerajaan untuk berkempen bagi satu pihak serta menuntut media bebas dan adil.

Beliau berpendapat cadangan tersebut bukan baru, kerana ianya telah diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri.
Abdul Kadir yang juga bekas penerangan berkata Umno kini "keadaannya telah menyimpang begitu jauh dengan niat murni pengasas negara dan Umno dahulu".

"Dalam memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, dari saat yang pertama lagi, mereka tegas bahawa negara kita hendaklah benar-benar demokratik.

"Perlembagaan negara yang mereka lahirkan jelas membuktikan hakikat ini.

"Ini bermakna kebebasan mutlak rakyat dan hak asasi mereka hendaklan dihormati dan disanjungi - hak bersuara, hak berpolitik, hak menubuh parti politik, hak tunjuk perasaan, media yang bebas dan berbagai lagi," katanya.

Ditanya sama ada beliau kecewa menyebabkan beliau bertindak keluar parti, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan enggan menyebutnya begitu.

"Saya sayang kepada kawan-kawan saya, kita tak boleh putuskan hubungan. Saya tak nak kata yang tidak baik.

"Kalau tahu buat salah, kita bertaubat buang, kerana merosakkan apa diperjuangkan oleh pengasas dan pemimpin Umno dahulu," katanya.

Ditanya sama ada menerima tawaran daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai parti itu, Kadir berkata beliau "tidak tahu dan tidak mahu sebut begitu".

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat pemimpin Pakatan Rakyat ada memujuknya berbuat demikian.

"Saya akan buat keputusan, tapi bukan (masuk) kerana pujukan," katanya.

"Saya akan aktif memberi ceramah atas isu-isu nasional, atas jemputan NGO buat masa ini.

"Ada jemputan NGO untuk memberi ceramah tentang pelbagai isu, saya akan terima. Apabila berhenti (dari Umno) saya bebas sikit, saya hanya terima jemputan NGO," katanya yang keluar daripada Umno pada 19 Mac lalu.

Beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu selama 56 tahun sejak tahun 1956.

Abdul Kadir pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno, exco Pemuda Umno, ketua bahagian dan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu selama 30 tahun.

Ditanya sama ada beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Pakatan pembangkang, Abdul Kadi berkata:

"Buat saya ini, saya bersama dengan NGO (AMANAH), perkara-perkara lain, belum terfikir lagi.

"Kalau depa tabuh kuat sangat, kita terjun la," katanya sinis.

Beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu selama 56 tahun sejak tahun 1956.

Abdul Kadir pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno, exco Pemuda Umno, ketua bahagian dan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu selama 30 tahun.

http://malaysiakini.com/news/193142


PRU13 - BN Jangan Mimpi Nak Tawan Selangor

Posted: 25 Mar 2012 09:44 PM PDT

KUALA SELANGOR, 26 Mac — Perebutan untuk mendapatkan Selangor telah bermula menjelang pilihan raya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri untuk cuba menawan Selangor untuk Barisan Nasional (BN), dan menolak perikatan kerajaan itu sebagai ancaman untuk Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Umum PKR itu memberitahu 5,000 penyokong PR bahawa masanya telah tiba untuk "melancarkan perang" terhadap Umno-BN kerana pilihan raya sudah semakin hampir.
"Najib kata dia mahu ambil alih Selangor ... cerita apa ni? Dia nak ambil Selangor? Kita nak tawan Putrajaya!" kata Anwar diikuti sorakan gemuruh daripada penyokongnya malam tadi.

Pemimpin pembangkang itu berkata Najib tidak akan memenangi Selangor kerana barisan kepimpinan BN mengamalkan sistem kronisme dan korup.


Anwar turut mengecam Najib dan mempersoalkan tindakan beliau yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Pemimpin PR di Selangor, negeri-negeri kami bersih, bukan kotor, dan pemimpin kami bukan perompak," dakwa Anwar.

Najib semalam berkata BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang dan menawan kembali Selangor, dan sokongan orang ramai semakin menggalakkan.

Beliau berkata masyarakat telah memberitahunya bahawa BN telah kembali menerima sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana Menteri itu menegaskan BN mesti memenangi semula Selangor, negeri utama untuk perindustrian dan hasil bumi "tanpa mengira apa pun yang berlaku".

Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada Najib menggunakan media untuk membuat serangan peribadi.

"Siapa pemimpin Umno? Najib? Apa jadi kepada Altantuya? Apa jadi di Port Dickson?" kata Anwar.

"Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa."

Menteri Besar Selangor yang berucap sebelum Anwar berkata simpanan kerajaan negeri telah meningkat berkali ganda di bawah PKR dan pada masa kini berjumlah RM1.9 bilion. Beliau turut menyatakan Selangor menyumbang kepada 22 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar negara.

Khalid turut menegaskan kejayaan Selangor berpunca daripada Anwar yang merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

"Ini adalah petunjuk kepada pentadbiran negeri, kami lebih baoik daripada kerajaan sebelumnya.

"Kalau dia (Anwar) tidak ada di sini bagaimana saya hendak beri jumlah ini? Anwar bekas Menteri Kewangan. Ada wakil Umno di Selangor dengan jawatan sedemikian?" soal Khalid.

Program malam tadi turut menerima bantahan apabila beberapa pemuda memasuki stadium memegang banner dan postkad ketika acara sedang berlangsung.
Pegawai keselamatan PR kemudiannya mengarahkan mereka keluar apabila penyokong Anwar mengejar mereka.

"Penyamun. Samseng. Orang suruhan Umno," kata Anwar kemudiannya merujuk kepada pemuda yang telah ditahan oleh pegawai keselamatan.


Anwar Memang Pengecut..

Posted: 25 Mar 2012 08:39 PM PDT

"Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini" - Zahrain

"Memandangkan Nallakaruppan tidak mahu memohon maaf, kini terpulang kepada Anwar untuk memfailkan kes saman di mahkamah atau tidak," - Chandra


Nallakaruppan tidak akan disaman
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mempertikaikan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini tidak menyaman Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu pernah mendakwa beliau sebagai peliwat.

Katanya, sewaktu tuduhan tersebut dibuat, Anwar masih lagi bersama kerajaan dan beliau langsung tidak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan dirinya.

Sehubungan itu, Zahrain menuntut penjelasan Ketua Pembangkang itu mengenai tindakannya menghantar notis kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan beliau seorang biseksual.

"Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini.

Saman Nallakaruppan jika berani - Chandra
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera mengheret Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan ke mahkamah agar tuduhan beliau seorang biseksual dapat dibuktikan benar atau sebaliknya.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar hendaklah berbuat demikian sekiranya beliau memiliki keberanian untuk menafikan tuduhan Nallakaruppan.

"Pada pandangan saya, Anwar tidak akan teragak-agak mengemukakan saman terhadap Nallakaruppan jika beliau benar-benar serius ingin mempertahankan nilai moralnya.

"Memandangkan Nallakaruppan tidak mahu memohon maaf, kini terpulang kepada Anwar untuk memfailkan kes saman di mahkamah atau tidak," jelasnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nallakaruppan mencabar Anwar secara terbuka pada sidang akhbar semalam supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya seawal minggu hadapan bagi membolehkan segala bukti yang menyokong dakwaan biseksual itu dapat didedahkan di mahkamah.

http://usezworkshop.blogspot.com/2012/03/memang-anwar-tak-berani.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Usezworkshopblogspotcom+%28useZworkshop.blogspot.com%29


PANAS! Seorang Lagi Pemimpin BN Bakal Keluar Parti 1 April!

Posted: 25 Mar 2012 05:48 AM PDT

Khabar angin bertiup kencang bahawa pimpinan tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang membuat dasar dan perlembagaan parti dijangka meletakkan jawatan dan menyertai PKR lewat bulan ini.

Patrick Sibat Sujang, yang merupakan salah seorang pengasas daripada PRS, dijangka menyerahkan permohonan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Kuching pada 1 April akan datang.

Peletakan jawatan Sujang dijangka mencetuskan penghijrahan beramai-ramai dari parti komponen Barisan Najis yang bermasalah itu.


Sujang, yang juga penasihat kepada presiden PRS dan Menteri Pembangunan Tanah, James Masing berkaitan hal-hal perkara tanah adat (Native Customary Land - NCR), menawarkan dirinya sebagai calon yang berpotensi untuk kawasan Parlimen Baram.

Penyandang bahagian pilihan raya itu adalah Jacob Dungau Sagan, naib presiden kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Sagan juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sujang meletakkan harapan kepada lebih daripada 10,000 undi Iban dan kira-kira 50% daripada baki 11.000 Kayan, Kenyah dan Penan undi.

Kesemua komuniti-komuniti ini adalah sangat marah terhadap Barisan Nasional (BN) kerana pembinaan empangan Baram yang dicadangkan oleh Ketua Menteri, Taib Mahmud.

Selain itu, dakwaan bahawa bahawa keluarga Sagan telah didakwa diberikan kontrak kerajaan dan lesen belian sebagai ganjaran untuk menyokong empangan Baram telah menimbulkan kemarahan pengundi Orang Ulu.

Sementara itu, PRS sedang mengumpul maklumat lanjut atau keterangan mengenai 'aktiviti memudaratkan' Sujang itu terhadap parti dan bakal membuat tindakan ke atasnya.

Menurut ahli PRS, aktiviti Sujang akan dibincangkan pada mesyuarat majlis tertinggi pada 14 April, 2012.

"Mesyuarat itu sepatutnya yang akan diadakan pada 7 April, tetapi ditangguhkan bagi membolehkan parti itu untuk mengumpul lebih banyak bukti terhadap Patrick (Sujang)," kata anggota majlis tertinggi PRS, yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Ia menjangka bahawa surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak patut diambil terhadapnya adalah untuk dihantar selepas mesyuarat itu," katanya.

Sujang, yang merupakan seorang perunding EIA, dikenali sebagai lantang bersuara semasa mesyuarat majlis tertinggi parti itu terutama mengenai isu hak tanah adat asli, dan untuk itu beliau telah mencipta beberapa musuh-musuh dalam parti.

Sentimen anti-BN

Walau bagaimanapun, banyak idea seperti meningkatkan bilangan keluasan tanah tiga ekar kepada 14 ekar kepada setiap keluarga orang-orang yang telah disesarkan oleh Bakun, Baram, Murum dan empangan lain telah diterima pakai oleh kementerian tanah negeri.

Akhir-akhir ini, beliau secara terbuka kritikal terhadap kepimpinan parti terutamanya mengenai peraturan terkenal dari James Masing - Jangan Lawan Towkay.

Sujang bersetuju dengan peraturan Masing dalam 'majikan dengan pekerja konteks sebagai majikan yang memiliki perniagaan ini membayar gaji atau upah pekerjanya.

"Tetapi saya tidak bersetuju dengan dia bahawa wakil rakyat adalah takue dan pengundi adalah hamba.

"'Jangan Lawan Towkay' tidak boleh digunakan di sini sebagai pengundi adalah orang-orang yang wakil rakyat dan meletakkan mereka di mana mereka hari ini.

"Ia semata-mata menunjukkan keangkuhan mereka," kata Sujang.

Beliau percaya bahawa mesej Masing (Jangan Lawan Towkay) tidak sama sekali bermaksud untuk Frusis Lebi, orang cacat, yang subsidi pertanian dan kebajikan elaun yang ditarik balik atas arahan dari rakan sekerja dan Masing dan Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Mong Dagang.

Sujang berkata: "mesej Masing mempunyai kesan yang lebih besar. Ini bermakna semua pemimpin parti komponen BN negeri 'Jangan Lawan Towkay', dan dalam konteks ini adalah Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri dan Towkay.

"Seperti yang didedahkan oleh Sarawak Report, beberapa pemimpin BN mempunyai beberapa perniagaan, kontrak kerajaan atau lesen dikeluarkan oleh Towkay itu," katanya.

"Sesiapa sahaja yang berani untuk mencabar Taib atau mempersoalkan kepimpinan beliau akan tertentu untuk menghadapi akibat kemurkaan, dan perniagaan mereka mungkin akan terjejas.

"Itu menjelaskan mengapa beberapa ahli parlimen keturunan Dayak kami kekal senyap mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada masyarakat Dayak kerana takut ini," katanya.

Pada surat tunjuk sebab, Sujang berkata bahawa surat tunjuk sebab mungkin terlalu lewat, kerana dia boleh meletak jawatan dari parti itu

http://pkrl.blogspot.com/2012/03/panas-seorang-lagi-pemimpin-bn-bakal.html


Team Video Lucah Umno Sedia Beraksi Untuk PRU13

Posted: 25 Mar 2012 03:13 AM PDT

Sekawan orang berpolitik cara lembu.


Ni bukan pasai Anwar la woii...

Cuaca waktu siang la ni panaih kemain. Lain macam punya panaih, meruwap macam ngan nak hujan, tapi tak hujan pun. Kelmarin ada la rintik-rintik sikit, tapi dok panaih camtu gak la sampai ke petang...

Baguih gak untuk Pak Long time panaih-panaih camni. Lembu-lembu Pak Long senang ja lepaih bagi cari makan. Mengkalu sejuk, kena pulak time hujan... lembu pun segan nak melilau ngan kawan... haha... Camtu gak la bila time-time politik negara tengah panaih nak pilihanraya nie, lembu-lembu politik pun melewaq sakan, ngan kengkawan nak cari makan... hehe... Dah macam tongkang pecah dah Pak Long dengaq...

Politk kita ni... naik lebih kurang serupa ja sapa pun, bukan salah orang tapi salah diri kita... Hat Umno cara Umno, yang Pakatan masalah ngan Pakatan. Yang selalu dok jatuh bukan pasai lawan kita terlebih kuat tapi pasai kita lemah, kesatuan tak berkat.

Camtu gak la yang Pak Long dok tengok ngan Umno, depa suka garu tak kena tempat. Gatai belakang tapi garu tang pungkok. Hangpa kena kuat bersatu kalau nak perjatuh Pakatan, bukan hantaq lembu-lembu ajak Pakatan lawan. Hangpa kena layan rakyat dengan berhemah, bukan tubuh geng taboq fitnah. Rakyat bukan pekak dan bangang macam zaman Tok Nadoq dulu lagi dah... rakyat cerdik, ramai yang pi sekolah.

Hangpa ingat rakyat percaya ka si Nalla punya gempaq kelin. Hangpa ingat rakyat ghairah ka tengok lenggok fitnah dari si Umi tu... Hangpa silap, pasai fitnah dan gempaq kelin ni timbui bermusim. Timbui time panaih dekat pilihanraya, mampuih hidup balik rakyat nak percaya.

Pakatan tak payah keluaq modai sekupang pun sebab bila rakyat dah meloya, fitnah tu akan makan diri hangpa... jadi la Umno korek lubang kuboq hangpa sendiri. Lembu-lembu upahan ni la yang tolong pedalamkan lagi lubang kuboq hangpa nanti... haha...

Puak-puak ni ingat perburuk Anwar Pakatan akan lingkup, sori laa...

Rakyat sokong Pakatan bukan pasai Anwar tapi depa dah meluat dengan hapraknya Umno mentekedarah duit rakyat ikut suka mak bapak depa... Rakyat sokong Pakatan bukan pasai Anwar tapi pasai nak tengok keadilan Islam untuk semua ditegakkan melangit dibumi tercinta... Keadilan bukan pasai Anwar, tapi untuk semua kita... jangan buat tak paham bahasa.

Jadi kalau si Umi sanggup berpimpin tangan ngan si Nalla pasai nak ligan Anwar sampai tak cukup tanah pun rakyat dah tak peduli, sikit pun tak iri hati. Kalau boleh, ajak sekali ngan Hassan Ali... hehe... baru meriah drama hangpa nanti...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com



Nama Adun Baham Tanah Rakyat Terengganu Akhirnya Didedah

Posted: 25 Mar 2012 01:44 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang 'baham tanah'

Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato' Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.





Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.



Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu




http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13213


Tiada ulasan: