Kelab Greenboc |
- [WASPADA] Putih Telur Berwarna Biru, Disyaki Telur Tiruan
- WIFI Percuma - Satu Lagi Projek Pakatan Rakyat Selangor Untuk Rakyat Selangor
- [PANAS] Hasan Ali Serah 83 Syarikat Kroni Kepada JKR Buat Jalan Semasa Jadi Exco
- [Video] Masuk Rumah Baru - Sinar Mentari Untuk Amir Dan Ibu
- Kes Anak Nazri Aziz Dituduh Pukul Pengawal Akan Disembunyikan?
- Malaysia Paling Selamat: 24,635 Kes Rogol Dari 2003-2011, Purata 8 Kes Rogol 1 Hari
- Laporan Polis Oleh FELDA Bukti Najib Campurtangan Adalah Benar
- Azalina Dikecam Tuduh Peserta Demo Orang Asing
[WASPADA] Putih Telur Berwarna Biru, Disyaki Telur Tiruan Posted: 24 Mar 2012 12:58 AM PDT Terkejut putih telur berwarna biru KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan. Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat. "Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini. "Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik," katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin. Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain. Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka. "Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu. Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan. "Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna. "Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja," katanya. -SH |
WIFI Percuma - Satu Lagi Projek Pakatan Rakyat Selangor Untuk Rakyat Selangor Posted: 23 Mar 2012 11:23 PM PDT Perintis bandar WiFi PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu. Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan. Pada pelancarannya baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, projek itu bukan saja di kawasan Petaling Jaya, malah turut membabitkan 4,000 lokasi termasuk kawasan terpencil seluruh Selangor yang kebanyakannya didiami golongan kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan Internet. Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu. Tinjauan Metroplus ke Taman Datuk Harun, di sini mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan itu di merata tempat termasuk kedai makan. Ia membuktikan projek terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, malah memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini pada bila-bila masa walau di mana mereka berada. Bagi penduduk, Adnan Khan Ali Khan, 29, dia gembira dan pada masa sama berbangga apabila kawasan perumahannya dipilih menjadi lokasi pertama pelaksanaan perkhidmatan itu. Katanya, jika sebelum ini dia perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan itu, namun melalui pemberian WiFi percuma ternyata mampu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan, malah membolehkannya menjalankan urusan harian dengan lebih mudah. "Oleh kerana saya seorang peniaga, Internet menjadi platform penting kepada saya khususnya dalam membuat pembayaran bil serta mempromosikan produk. "Justeru, apabila MBPJ melancarkan perkhidmatan mengakses Internet secara percuma, bagi saya ia pendekatan terbaik yang dapat memajukan rakyat di samping meluaskan lagi pengetahuan khusus bagi golongan muda," katanya ketika ditemui. Penduduk lain, Muizzuddin Muhamad, 24, berkata, sejak pelancarannya pada 29 Februari lalu, kemudahan WiFi percuma itu terus memberikan perkhidmatan yang baik dengan kelajuan mengakses Internet sangat memuaskan walaupun bilangan pengguna di kawasan itu ramai. "Saya sangkakan masalah akan timbul apabila ramai orang mengakses Internet pada satu-satu masa apatah lagi kawasan ini penduduknya memang ramai, tertanya kelajuannya tetap sama dan saya cukup berpuas hati. "Diharapkan kemudahan WiFi ini akan diteruskan kerana ia banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat terutama pelajar apabila mereka boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan percuma tanpa membebankan ibu bapa," katanya. Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ. Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain. -hm WIFI Percuma untuk Negeri Selangor...Satu lagi projek Pakatan Rakyat Selangor untuk Rakyat Selangor FREE WiFi SERVICES FOR PJ RESIDENTS |
[PANAS] Hasan Ali Serah 83 Syarikat Kroni Kepada JKR Buat Jalan Semasa Jadi Exco Posted: 23 Mar 2012 09:23 PM PDT Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR. Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja. Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan. "Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka," "Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan "Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin. Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta. "Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin "Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri? "Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi. Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco. Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan. "Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya. "Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin. klik untuk baca |
[Video] Masuk Rumah Baru - Sinar Mentari Untuk Amir Dan Ibu Posted: 23 Mar 2012 06:40 PM PDT Mahu bersama selamanya KUALA SELANGOR: "Lebih daripada suka, suasana di sini sama seperti di kampung, ada pokok-pokok. Yang penting saya mahu bersama Amir ke mana saja dia pergi. Kami akan tinggal di sini selama-lamanya," kata Faridah Maulud, 66 ketika melangkah masuk ke rumah barunya di Kampung Assam Jawa di sini, semalam. Menurutnya, suasana di kawasan berkenaan saling tidak tumpah dengan kampung halamannya di Pengerang, Johor menyebabkan dia begitu gembira dapat menjalani kehidupan baru di kampung itu selepas anak tunggalnya ditawarkan berkerja di kilang berdekatan. Katanya, tidak ada perkara lain yang lebih menggembirakan hatinya apabila dapat bersama semula sebagai sebuah keluarga selepas tinggal di Pusat Sehenti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Buloh sejak 9 Mac lalu. "Saya juga terharu dengan sambutan penduduk kampung yang menerima kehadiran kami dua beranak sebagai sebahagian daripada kejiranan di sini. Saya harap Amir akan bekerja dengan baik, terima kasih kepada Datuk Sekeluarga," katanya kepada Harian Metro. Warga emas yang menjadi perhatian masyarakat negara ini apabila ditinggalkan anaknya, Amir Mohd Omar, 27 di sebuah hotel bajet di Kampung Baru di sini 3 Mac lalu kini boleh menghela nafas lega selepas seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman menawarkan kerja dan sebuah rumah di Kuala Selangor bagi membantu mereka. Ulasan GB Petikan ulasan GB di entri yang lalu: Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan. Dan yang terakhir, kita dengar Amir telah pun ke JKM untuk mengambil dan membawa ibunya pulang. Kini dengan "kejantanan" Amir, beliau telah dikurniakan Allah sesuatu yang dia sendiri tidak terfikirkan. Sungguh benar firman Allah swt: إِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang yang berusaha memperbaiki amalannya. At-Taubah:120 Semuga hidup Amir diberkati Allah selepas ini, begitu juga dengan Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang sudi mengambil Amir bekerja dan menyediakan kemudahan serta tempat tinggal untuk mereka. Dan tak lupa para wartawan yang membuat pendedahan ini sehingga dapat menyelamatkan Amir dari menjadi derhaka dan nasib kedua beranak (Amir dan ibunya) kini terbela. klik untuk baca |
Kes Anak Nazri Aziz Dituduh Pukul Pengawal Akan Disembunyikan? Posted: 23 Mar 2012 04:10 PM PDT Satu lagi jenayah tersembunyi yang dilindungi UMNO bakal berlaku, kali imi melibatkan anak lelaki Nazri Aziz, menteri di jabatan perdana menteri. Anak Nazri, Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memandu Porschenya ke satu bangunan kondominium di Mont Kiara diekori pengawal peribadinya dengan sebuah MPV, terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyelia keselamatan bangunan tersebut, Ini bukan kes keganasan pertama melibatkan anak lelaki Nazri. Tahun 2004, seorang pelajar undang-undang berusia 23 tahun Darren Kang dipukul hingga mati oleh sekumpulan pekerja restoran di Desa Sri hartamas, berhampiran Mont Kiara, setelah satu selisih fahan yang melibatkan anak Nazri. Pekerja-pekerja tersebut- 10 warga Thai dan seorang warga tempatan ditangkap. Manakala anak Nazri dibebaskan selepas soalsiasat polis. "Ketika ini, untuk berlaku adil pada semua pihak, perlu ada siasatan lanjut.Lapuran yang dibuat kepada polis oleh kedua dua pihak dan maklumat mesti didedahkan. Tidak harus ada apa-apa yang disembunyikan.Apa berlaku dimasa lalu tidak harus dibiarkan berulang samula- bukan sekrang di tahun 2012," Timbalan Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. "Tambahan lagi, harus ada penjelasan kenapa anak lelaki Nazri mempunyai banyak wang dan memandu Porsche, perlukan pengawal peribadu yang memamdu MPV. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut terus bertindal dan bukan purapura tidak sedar keadaan ini. Kes jenis ini menunggjukkan keangkuhan keluarga elit Umno. Malah kerabat diraja juga tiada hak untuk membuli orangramai, tanpa mengira samada mereka rakyat Malaysia atau pekerja asing, golongan profesional atau buruh." Tahap keangkuhan yang mengejutkan Ketua Polis Daerah Brickfieds Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima 2 lapuran polis berkaitan insiden itu. Anak lelaki Nazri, Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium pada malam Selasa lepas. "Kes ini diklasifikasikan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan melakukan kekecohan di tempat awam," Ketua Polis Wan Abdul Bari dilaporkan berkata. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Kedua laporan polis tersebut dipercayai dibuat oleh pengawal peribadi Nedim dan penyelia keselamatan berusia 50an dan mengalami lebam. Penyelia itu yang awal membuat lapuran di Balai Polis Jalan Travers, pada malam kejadian selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital. Menurut lapuran berita, penyelia tersebut mahu Nedim mendaftar nama sebelum membenarkan nya memnadu masuk dengan Prosche nya, tetapi Nedim enggan menurut. Nedim dipercayai baru mendirikan rumahtangga. Pengawal peribadi nya kemudian memberitahu pengawal keselamatan Nedim ialah seorang 'Tengku' atau kerabat diraja, tetapi penyelia itu masih berkeras.. Naik marah, Nedim didakwa turun dari kereta, mencekik leher penyelia dan menumbuk kepala nya sementara pengawal peribadi nya memegang penyelia tersebut. " Penyelia itu tidak dapat melawan kerana dipegang oleh pengawala peribadi," satu sumber dari pengurusan kondominium dilaporkan berkata. Dilaporkan juga pihak pengurusan kondominium diberi tekanan hebat untuk melindungi kes ini. Cerita dari pengawal peribadi Satu lagi laporan polis oleh pengawal peribadi Nedim bagi pihak majikan nya di balai yang sama. Pengawal itu mengaku ada kekecohan dan menuduh penyelia itu menimbulkan provokasi dengan berkelakuan biadap. Menurut sumber dari pihak Nedim, penyelia itu yang mula menumbuk pengawal peribadi dan mencabar pengawal tersebut untuk bertumbuk. Pengawal peribadi Nedim kemudian menendang perut penyelia itu manakala penyelia itu menumbuk muka pengawal peribadi. -Malaysia Chronicle Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri |
Malaysia Paling Selamat: 24,635 Kes Rogol Dari 2003-2011, Purata 8 Kes Rogol 1 Hari Posted: 23 Mar 2012 08:05 AM PDT 2009 paling banyak kes rogol di Malaysia KUALA LUMPUR, 23 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen. Datuk Seri Hishamudin Husein memaklumkan perkara ini ketika menjawab soalan anggota Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria. Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut. Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat. Mohd Nasir dalam soalannya bertanya Menteri Dalam Negeri statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011. Dalam jawapannya, menteri memaklumkan, keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes. Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301). "Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia," kata Mohd Nasir ketika mengulas jawapan menteri ini kepada Harakahdaily. Bagi beliau, umat Islam perlukan undang-undang Islam yang objektifnya bukan sekadar menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi mendidik, mengajar, mencegah, menghukum dan mengamankan dunia. Namun, Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan beliau tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir." -HD Ulasan GB Statistik itu berdasarkan angka-angka rasmi bagi mangsa-mangsa yang membuat aduan. Jika dari tahun 2003-2011 sudah lebih 24,000 kes rogol, ini bererti purata satu hari ada 8 kes rogol. Jika angka kes rogol itu dicampurkan dengan yang tidak rasmi dan yang tidak membuat aduan pula mungkin berkali-kali ganda lagi banyaknya. Tidakkah itu mengerikan? Jika demikian halnya, bagaimana berita ini: |
Laporan Polis Oleh FELDA Bukti Najib Campurtangan Adalah Benar Posted: 23 Mar 2012 05:45 AM PDT Campur tangan Najib dalam kes Felda hina mahkamah KUALA LUMPUR 22 Mac: Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran berkata, kandungan minit mesyuarat antara Najib dan Felda menunjukkan wujud campur tangan serius dalam proses kehakiman dan boleh dianggap satu jenayah menghina mahkamah. Menurutnya, kandungan minit mesyuarat itu jelas memperlihatkan kerajaan cuba mempengaruhi hakim dalam kes saman peneroka ke atas Felda. "Ia perkara yang mengejutkan dan cukup merisaukan. Malah, sehingga hari ini Najib dan pihak kerajaan tidak memberi apa-apa penjelasan berkenaan dakwaan serius yang turut disokong bukti ini. "Mahkamah harus mengeluarkan notis arahan kepada Najib untuk hadir memberi penjelasan mengapa beliau tidak patut didakwa menghina mahkamah," kata Surendran yang juga merupakan seorang peguam. 19 Mac lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan dokumen rasmi mesyuarat antara Najib dan pengurusan tertinggi Felda. Butiran minit 7.9 dokumen tersebut menyatakan Najib mengarahkan pegawainya agar memastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Beliau juga dipetik sebagai mengarahkan agar pegawainya memastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya. Dalam kenyataan sama, Surendran turut mengulas tindakan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang hanya akan memberi penjelasan di Parlimen 26 Mac nanti berhubung pendedahan tentang campur tangan Najib itu. "Ini adalah isu serius yang membabitkan kepentingan awam dan melibatkan integriti dan kebebasan badan kehakiman. Mengapa mereka harus menangguh jawapan mereka sehingga 26 Mac?" soal beliau lagi. Beliau turut menggesa pihak polis dan SPRM untuk menyiasat sama ada wujud unsur salah guna kuasa. "Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan berkenaan isu ini hanya akan terus menghakis keyakinan masyarakat terhadap mereka," ujar Surendran lagi. -KD KEADILAN dedah Najib campur tangan kes mahkamah Felda FELDA buat dua laporan polis berhubung kebocoran dokumen sulit Ulasan GB Mana Najib mahu lari hah? Baris Pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya'" amat jelas dan membuktikan Najib mempunyai peranan di dalam menganggu dan mempengaruhi sistem kehakiman di negara ini. Sepatutnya ia sudah cukup untuk mengheret Najib ke muka pengadilan dan mahkamah perlu mengeluarkan notis arahan kepada Najib untuk hadir memberi penjelasan mengapa beliau tidak patut didakwa menghina mahkamah. Jika tidak pastikan rakyat menghakiminya semasa pilihanraya nanti untuk menghumban beliau keluar dan kerajaan BN dari Putrajaya. |
Azalina Dikecam Tuduh Peserta Demo Orang Asing Posted: 23 Mar 2012 04:03 AM PDT 96% penduduk Pengerang bantah loji penapisan' Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan Ahad lalu kerana membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu. Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing. Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina. Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid). Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bentuk memorandum. Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu. "Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran, yang juga seorang ahli Umno, ketika dihubungi oleh Malaysiakini. -mk Rakyat asing sertai demo Pengerang, dakwa Azalina |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan