Sabtu, 24 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kenyataan Paling 'Hamlau' Dari Seorang PM

Posted: 23 Mar 2012 11:51 PM PDT

Perdana Menteri anda Ha Najib Razak telah membuat keputusan tribunal khas untuk menyiasat peguam negara Ghani Petail dan bekas ketua polis negara Musa Hasan yang dikatakan terlibat memerangkap seorang pegawai tinggi polis sehingga dia dipecat tidak akan ditubuhkan.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi Najib memberi alasan untuk tidak menubuh tribunal itu kerana ia dakwaan yang bukan sah. Maksudnya apa yang dikatakan ke atas Ghani dan Musa itu hanya dakwaan yang kena disahkan.


Mungkin keputusan dan alasan Najib itu tidak pelik baginya; dakwaan kena disahkan dulu. Tetapi bagi orang lain termasuk saya merasa pelik bahkan bengong dengan kata-kata perdana menteri itu. Apakah sesuatu dakwana itu kena disahkan dan siapa yang perlu mengesahkannya. Perdana Menteri kah?

Dakwaan atau tuduhan mestilah sesuatu yang bersifat tidak sahih. Makanya ia perlu disiasat untuk mengetahui akan kesahihan itu. Bengong? Kalau ianya sudah sah tidak perlu kepada penubuhan tribunal dan penyiasatan lagi.

Saya rasa inilah kenyataan seorang perdana menteri yang paling bengong dan hamprak di dunia ini dan tidak masuk akal. Kalau Najib tidak mahu ditubuhkan tribunal itu carilah alasan yang lebih cerdik sikit seperti negara ketiadaan wang atau pun isteri saya tidak membenarkannya.

Tujuan tribul itu ditubuhkan ialah untuk menyiasat dakwaan itu. Bukankah sudah ada beberapa saksi untuk memberi keterangan terhadap dakwaan itu? Tidak cukup lagikah dengan saksi itu? Najib nampaknya telah menjatuhi hukum sebelum dibicarakan.

Najib nampaknya hendak melindungi gajah di sebalik kuman. Dia mungkin bimbang kalau tribunal itu ditubuhkan dan siasatan berjalan lebih banyak lagi angkara buruk akan terdedah. Apakah ada yang membabitkan dengan dirinya juga? Mungkin...

Elok rasanya kuasa menubuh tribunal khas ini harus diletak kuasa penubuhan kepada Yang Dipertuan Agong. Wajar kalau perlembagaan negera untuk memberi kuasa penubuhan tribunal itu kepada Agong agar ia bebas. Kalau terus berada ditangan perdana menteri, membolehkan perdana menteri bebas melindungi sesiapa saja yang dia sukai menerusi kuasa agar tribunal tidak ditubuhkan.

Kalau siasatan dalam tribunal itu nanti tidak terbabit dengan Najib, apa lagi kalau terbabit dengan pihak pembangkang saya kira Najib akan cepat bersetuju. Rakyat memahami keadaan ini dan helah ini. Hamlau... mana transformasi yang dilaung-laungkan? [wm.kl.12:51 t/hari 24/03/12]

http://msomelayu.blogspot.com/


Nalla gembira jika Anwar segera bawa kes saman ke mahkamah

Posted: 23 Mar 2012 11:39 PM PDT

Nalla dalam sidang media di Ibu Pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkata Ketua Umum PKR itu sudah mengemukakan notis mahkamah kepadanya dan menuntut beliau menarik balik kenyataannya dalam tempoh 48 jam dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap Anwar.

"Saya sudah menerima notis mahkamah daripada Anwar pada Khamis 22 Mac lalu supaya menarik balik kenyataan saya sebelum ini dalam tempoh 48 jam dan membalas notis tersebut serta tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap beliau.

"Saya tidak akan membalas notis tersebut dan akan terus mengeluarkan kenyataan terhadap Anwar, saya nak tengok berapa lama masa beliau boleh bawa kes ini ke mahkamah. Saya sangat gembira kalau Anwar bawa saya ke mahkamah, dan akan dedah segalanya di mahkamah," tegasnya.


Menurut Nalla lagi, beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan mendedahkan segala salah laku Anwar sebaik sahaja kes berkenaan di bawa ke mahkamah.

"Saya mahu tunjuk kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

"Sama ada di bawa ke mahkamah atau tidak, saya akan tetap dedahkan salah laku Anwar, dan tidak akan menutup mulut," katanya lagi.

Nalla, yang sebelum ini pernah menjadi rakan karib Anwar, mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara kerana terlibat dengan salah laku biseksual.

Malah, beliau turut menyatakan rasa terkilan mengapa Pakatan Rakyat (PR) boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

Nallakarupan turut mendakwa, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan beliau sendiri pernah melihat aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan sama ada bersama lelaki atau wanita.

Anwar sebelum ini berkata akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia dan Datuk S. Nallakaruppan RM100 juta terhadap penyiaran artikel yang dikeluarkan mereka.

"Tuduhan yang dibuat Nalla itu adalah palsu, bermotifkan politik dan pelanggaran etika kewartawanan," kata Naib Presiden PKR N.Surendran.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nalla-gembira-jika-anwar-segera-bawa-kes-saman-ke-mahkamah/


PANAS - Azmin Dedahkan Penyelewengan Hasan Ali Semasa Jadi Exco

Posted: 23 Mar 2012 07:09 PM PDT



Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta.

"Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?

"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan.

"Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin.


INSIDEN PUKUL BABITKAN ANAK NAZRI AZIZ: AMK GESA POLIS BERTINDAK PROFESIONAL

Posted: 23 Mar 2012 07:04 PM PDT


Kenyataan Media
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

23 Mac 2012

INSIDEN PUKUL BABITKAN ANAK NAZRI AZIZ: AMK GESA POLIS BERTINDAK PROFESIONAL

Saya merujuk laporan berita yang disiarkan di laman portal Malaysiakini.com tentang dakwaan bahawa anak Menteri di Jabtan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang bernama Mohamad Nedim terlibat dalam insiden memukul penyelia kselematan di kondominium mewah di Mont Kiara pada hari Selasa lalu.


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) difahamkan bahawa dakwaan ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang turut mengesahkan telah menerima dua laporan polis berkaitan insiden tersebut dan diklasifikasi mengikut Seksyen 160 kanun Keseksaan kerana terlibat dengan pergaduhan.

AMK mendesak agar satu siasatan menyeluruh yang bebas dan adil dijalankan berhubung dakwaan ini memandangkan ianya melibatkan anak kepada seorang menteri yang diamanahkan menguruskan portfolio undang-undang.

AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004 yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

http://shamsuliskandar.wordpress.com/2012/03/24/bertindak-secara-profesional-dalam-kes-pukul-anak-menteri-amk/


Anak Nazri dituduh memukul pengawal: Satu lagi jenayah tersembunyi seperti kes Darren Kang?

Posted: 23 Mar 2012 04:43 PM PDT

Satu lagi jenayah tersembunyi yang dilindungi UMNO bakal berlaku,kali imi melibatkan anak lelaki Nazri Aziz, menteri di jabatan perdana menteri.

Anak Nazri,Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memandu Porsche nya ke satu bangunan kondominium di Mont Kiara diekori pengawal peribadinya dengan sebuah MPV,terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyelia keselamatan bangunan tersebut,

Ini bukan kes keganasan pertama melibatkan anak lelaki Nazri. Tahun 2004, seorang pelajar undang-undang berusia 23 tahun Darren Kang dipukul hingga mati oleh sekumpulan pekerja restoran di Desa Sri hartamas, berhampiran Mont Kiara, setelah satu selisih fahan yang melibatkan anak Nazri. Pekerja-pekerja tersebut- 10 warga Thai dan seorang warga tempatan ditangkap. Manakala anak Nazri dibebaskan selepas soaslsiasat polis.


"Ketika ini, untuk berlaku adil pada semua pihak, perlu ada siasatan lanjut.Lapuran yang dibuat kepada polis oleh kedua dua pihak dan maklumat mesti didedahkan. Tidak harus ada apa-apa yang disembunyikan.Apa berlaku dimasa lalu tidak harus dibiarkan berulang samula- bukan sekrang di tahun 2012," Timbalan Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Tambahan lagi, harus ada penjelasan kenapa anak lelaki Nazri mempunyai banyak wang dan memandu Porsche, perlukan pengawal peribadu yang memamdu MPV. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut terus bertindal dan bukan purapura tidak sedar keadaan ini. Kes jenis ini menunggjukkan keangkuhan keluarga elit Umno. Malah kerabat diraja juga tiada hak untuk membuli orangramai, tanpa mengira samada mereka rakyat Malaysia atau pekerja asing, golongan profesional atau buruh."

Tahap keangkuhan yang mengejutkan

Ketua Polis Daerah Brickfieds Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahjan menerima 2 lapuran polis berkaitan insiden itu. Anak lelaki Nazri,Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium pada malam Selasa lepas.

"Kes ini diklasifikasikan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan melakukan kekecohan di tempat awam," Ketua Polis Wan Abdul Bari dilaporkan berkata.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kedua laporan polis tersebut dipercayai dibuat oleh pengawal peribadi Nediam dan penyelia keselamatan berusia 50an dan mengalami lebam. Penyelia itu yang awal membuat lapuran di Balai Polis Jalan Travers, pada malam kejadian selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital.

Menurut lapuran berita, penyelia tersebut mahu Nedim mendaftar nama sebelum membenarkan nya memnadu masuk dengan Prosche nya, tetapi Nedim enggan menurut. Nedim dipercayai baru mendirikan rumahtangga. Pengawal peribadi nya kemudian memberithau pengawal keselamatan Nedim ialah seorang'Tengku' atau kerabat diraja, tetapi penyelia itu masih berkeras.

Naik marah, Nedim didakwa turun dari kereta, mencekik leher penyelia dan menumbuk kepala nya sementara pengawal peribadi nya memegang penyelia tersebut. " Penyelia itu tidak dapat melawan kerana dipegang oleh pengawala peribadi," satu sumber dari pengurusan kondominium dilaporkan berkata.

Dilaporkan juga pihak pengurusan kondominium diberi tekanan hebat untuk melindungi ke sini.

Cerita dari pengawal peribadi

Satu lagi laporan polis oleh pengawal peribadi Nedim bagi pihak majikan nya di balai yang sama. Pengawal itu mengaku ada kekecohan dan menuduh penyelia itu menimbulkan provokasi dengan berkelakuan biadap.

Menurut sumber dari pihak Nedim, penyelia itu yang mula menumbuk pengawal peribari dan mencabar pengawal tersebut untuk bertumbuk. Pengawal peribadi Nedim kemudian menendang perut penyelia itu manakala penyelia itu menumbuk muka pengawal peribadi.

Dipetik dari Malaysia Chronicle


Ceramah Hasan Jati Dibatal Kerana 19 Orang Saja Hadir..

Posted: 23 Mar 2012 09:22 AM PDT

Gambar Hiasan

Ceramah Hasan Akidah di Puncak Niaga Shah Alam malam tadi terpaksa dibatalkan kerana tidak ada sambutan. Yang diharap hadir lebih 300 tetapi yang ada 19 orang termasuk penjaga PA sistem dan tukang bawa kereta Hasan. Kerana cderamah itu gagal dihebuh-hebuhkan kononnya ia tak ada permit polis. Fasal apa pula perlu permit polis untuk belasah Anwar dan Pas tak payah permit polis. Kan parti yang Hasan dokong hari ini kebal? Auhummmmmm...

Mohd Sayuti Omar

Rampasan Tanah Oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..

Posted: 23 Mar 2012 06:35 AM PDT

Bukti Umno gadai tanah rizab Melayu..


SHAH ALAM 23 MAC : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali hari ini mendedahkan kes kerakusan Umno-BN sebelum tahun 2008 dalam penjualan tanah rizab melayu di Sungai Sering.


Azmin dalam perbahasannya berkata sebanyak 76 ekar tanah dikawasan Parlimen Gombak dirampas oleh Umno-BN dan diserahkan serta dipindah milik ke salah satu syarikat, Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian di kawasan lain.

Katanya, syarikat itu gagal membangunkan tanah berkenaan malah turut berdegil menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah itu telah ditukar.

Bagaimanapun setelah Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengambil keputusan untuk merampas kembali kesemua tanah itu dan mengembalikannya sebagai status tanah rizab melayu selepas meneliti kes itu.

"Ini membuktikan bahawa Umno-BN apabila diberi kuasa telah mengkhianati dan mencabuli kepentingan orang melayu di negeri Selangor,"katanya.

Pendedahan itu juga turut disokong oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut mendedahkan permohonan Umno bahagian Puchong kepada Kerajaan Negeri untuk menjual tanah rizab melayu kepada syarikat bukan melayu.

Bagaimanapun permohonan pada tahun 2010 itu ditolak oleh Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jelas Azmin, perkara itu penting untuk didedahkan berserta fakta di DUN supaya rakyat tidak keliru kerana pihak Umno-BN hanya mendabik dada dan mendakwa mereka adalah pejuang melayu.

"Semua itu hanya sandiwara, apabila diberikan kuasa merekalah yang merampas hak orang melayu. Saya memohon Kerajaan Negeri memaklumkan terus kepada Sultan Selangor mengenai perkara ini," katanya.

Tambahnya lagi, Umno-BN juga dalam menguruskan hal tanah rizab melayu seringkali dengan menukar tanah rizab dikawasan bandar dengan tanah dikawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal.

"Hal ini menyebabkan tanah rizab melayu di Negeri Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu. Inilah amalan khianat Umno kepada orang Melayu di Negeri Selangor ketika mentadbir negeri ini.

Tambahnya, PR berikrar akan terus menjaga hal dan kepentingan orang melayu tanpa mengorbankan kepentingan kaum lain.

"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan
secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan,"katanya.

KLIK: http://www.selangorku.com/?p=4148


Gila Ada Macam-Macam Gila.. Yang Ni Gila Perabih Duit Rakyat...

Posted: 23 Mar 2012 06:12 AM PDT


Hutang PTPTN Akan Dihapuskan Jika Pakatan Menang PRU13

Posted: 23 Mar 2012 05:41 AM PDT

Anwar Ibrahim Club (AIC) menyambut baik kesediaan Pakatan Rakyat membatalkan PTPTN jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum yang ke 13, seperti kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu dilihat selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga dan sebagai satu lagi langkah ke hadapan untuk membantu menaikkan taraf pendidikan tinggi di negara Malaysia ini.

AIC percaya bahawa rancangan ini bukan sekadar retorik semasa tetapi adalah satu pelan komprehensif yang membuktikan sekiranya ekonomi diurustadbir dengan baik, maka melalui perolehan hasil negara yang banyak dapat terus dimanfaatkan bersama dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat.


PTPTN adalah satu cara 'pemerasan' yang dibuat oleh kerajaan, bukan sahaja gagal mencapai objektif tetapi kemudian menjadi bebanan tambahan kepada peminjam. Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam terbeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.

AIC juga memandang serius kepada ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN yang akhirnya membawa implikasi buruk kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Logiknya, adakah cara ini benar-benar membantu mereka menyelesaikan masalah hutang PTPTN jika peluang pekerjaan dan perniagaan luar negara mereka ditutup.

AIC percaya Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan mekanisme lebih baik untuk menangani bukan sahaja pembatalan PTPTN tetapi juga menyelesaikan masalah mangsa senarai hitam yang telah lama berlarutan. Ramai anak muda yang menjadi mangsa dan penghutang tegar sebelum mencecah umur 30-an dan keadaan ini memberi impak buruk pada kesan jangka panjang sosio ekonomi negara.

Justeru, AIC mengucapkan syabas kepada inisiatif Pakatan Rakyat untuk membebaskan anak muda daripada belenggu kezaliman terancang yang telah menjerat leher mereka selama puluhan tahun. Semoga iltizam yang baik seperti ini akan mendorong generasi anak muda terus menggerakkan zaman ke hadapan.

Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)



Anak Menteri 'Velentine Day' Serang Pengawal Keselamatan

Posted: 23 Mar 2012 05:21 AM PDT

** Pergh.. Kayanya bapak budak ni.. Berapa juta agaknya gaji bapak budak ni sampai mampu bagi kereta mewah siap dengan pengawal peribadi yang juga berkereta mewah kat anaknya tuh.. Balaci-balaci yang kat kampung agak-agak boleh ke bagi kemewahan macam tu kat anak-anak?? Hehehe...


Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.


Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

-malaysiakini-


Tiada ulasan: