Khamis, 22 Mac 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nazatul Tumpang Van Tak Dikenali Ke Bangkok, K'jaan Selangor Sedia Biaya Tambang

Posted: 22 Mar 2012 12:50 AM PDT

Bangkok - Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki negara jiran itu secara haram.

Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac.

Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun.

Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain.

"Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur," Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama, di sini.

Beliau berkata, apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini.

"Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan," kata beliau dipetik Bernama.

Chartchai berkata, adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan.

"Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong," kata beliau. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong," katanya.

Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket kereta api untuk pulang ke Malaysia.

Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau.

Polis Imigresen kemudian menghubungi Kedutaan Malaysia di sini.

"Siasatan kami menunjukkan kesemua enam remaja itu selamat dan tidak diapa-apakan atau diganggu oleh lelaki berkenaan," kata beliau.

Chartchai berkata Polis Imigresen Thai akan menyiasat kes itu di bawah undang-undang pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun.

"Kami berjaya menghasilkan lakaran imej suspek berdasarkan maklumat diberikan oleh remaja itu. Polis Thai dan Malaysia sedang menyiasat kes ini," katanya.

Beliau berkata, Polis Imigresen Thai kini mengkaji kemungkinan yang sindiket jenayah antarabangsa terlibat dalam kes ini.

Chartchai hanya dapat mengenalpasti lima remaja itu sebagai orang Rohingya tetapi tidak pasti tentang kewarganegaraan mereka.

Laporan berita awal dari Malaysia menyatakan bahawa gadis itu memberitahu ibunya dalam percakapan telefon pada 12 Mac bahawa dia dan lima yang lain itu telah diculik dan dilarikan ke Thailand, dan kemudian diselamatkan oleh polis Thai di stesen keretapi berkenaan pada 11 Mac.

Ibu bersyukur

SHAH ALAM: "Saya bersyukur ada pihak yang sudi bantu saya pergi ke Bangkok menyelamatkan anak saya, namun identiti pihak yang membantu itu biarlah saya rahsiakan," demikian reaksi Norazura Roski, 37, ibu Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, mangsa culik di Stesen Bas Seksyen 9, di sini, 30 Januari lalu.

Norazura berkata, sewaktu pertemuan yang diaturkan polis Bangkok 16 Mac lalu, keadaan anaknya atau lebih mesra dengan panggilan Nana agak kurus dan kulitnya gelap berbanding sebelum dilaporkan hilang.

Katanya, anaknya kini masih lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan sehingga kini belum diketahui bila anaknya dibenarkan keluar.
-hm


Selangor biaya tambang mangsa culik

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor membiayai kos penerbangan pulang mangsa culik, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok, Thailand 11 Mac lalu.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, ibu remaja itu, Norazura Roski, 37, menemuinya meminta bantuan untuk membawa anaknya pulang.

"Ini kerana, remaja itu perlu dibawa pulang melalui jalan udara atas sebab keselamatan. Saya difahamkan, peruntukan Kerajaan Pusat hanya untuk perjalanan darat," kata Yaakob pada sidang media di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah menghantar dua pegawai untuk mengiringi Norazura ke Bangkok, Jumaat lalu.

Yaakob berkata, Nazatul sepatutnya pulang pada 17 Mac namun ditangguh sehingga 19 Mac bagi membolehkan urusan dokumentasi diselesaikan.

Remaja itu yang tiba di LCCT Sepang jam 8.50 malam 19 Mac, terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Difahamkan, sehingga kini dia masih ditempatkan di hospital itu dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Remaja itu dilaporkan hilang 31 Januari lalu selepas dikatakan keluar ke rumah rakannya sehari sebelum itu.

12 Mac lalu, dia dikatakan menghubungi ibunya memberitahu berada di Thailand dan baru melepaskan diri daripada penculik.

Sehari sebelum itu, dia ditemui di stesen kereta api Hua Lampong, Bangkok bersama lima lagi remaja dari Myanmar berusia antara 15 hingga 17 tahun yang dipercayai turut menjadi mangsa culik.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, Nazatul hingga kini masih trauma dan masih dirawat di hospital.

"Dia hanya beritahu polis diculik dan dibawa dalam sebuah van putih dari Seksyen 9, Shah Alam," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Pada 30 Januari, penuntut tingkatan tiga itu diturunkan ibunya di hentian bas di sini kira-kira 1 tengah hari. Esoknya, apabila dia tidak pulang ke rumah, ibunya membuat laporan polis di sini.
-SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Akar Umbi Panggil Wanita UMNO Lembu, Shahrizat Perlu Letak Jawatan Dalam UMNO - Kamelia

Posted: 21 Mar 2012 11:00 PM PDT

Kuala Lumpur: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan."

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu "yang salah dari segi moral dan politik" berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.

"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.

"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.

"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.

"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.

"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata."

Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.

Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.

"Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya.

Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.

"Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan)." -mstar


Ulasan GB

Apa yang GB tulis dulu dah jadi kenyataan. GB dah ulas dulu. Petikan:

Apa yang rakyat tahu sekarang melihat muka Shahrizat teringatkan muka lembu, begitu juga melihat muka Najib, Muhyiddin, Pak lah, Noh Omar & Khairy, termasuk peguam NFC, orang akan segera terbayang wajah-wajah lembu di Feedlot. Atau melihat wajah-wajah lembu, segera teringat muka-muka menteri UMNO itu. Salah siapa?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Sampai Bila Pusat Mahu Diskriminasi Kelantan?

Posted: 21 Mar 2012 09:06 PM PDT

Kuala Lumpur, 21 Mac: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata amalan diskriminasi pusat terhadap Kelantan sejak 20 tahun lalu tidak wajar diteruskan.

Sambil mendakwa ianya bercanggah dengan amalan federalisme, beliau menuntut ianya dihentikan segera dan segala hak kerajaan negeri perlu diberikan tanpa sebarang penafian.

"Amalan diskriminasi ini bukan hanya berlaku sejak 20 tahun lalu, tapi dari tahun 1959 lagi ketika PAS mula-mula memerintah Kelantan. Sehingga hari ini, Kelantan masih melaluinya dengan pelbagai cara," dakwa beliau ketika mengambil bahagian Ketika perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang Di-pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dakwa beliau, banyak peruntukan yang sewajarnya disampaikan ke Kelantan, tertangguh ekoran amalan diskriminasi tersebut, termasuk kelewatan memberikan geran.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengeluarkan kenyataan yang disifatkannya sebagai penghinaan terhadap rakyat Kelantan.

"Apabila Perdana Menteri hadir di Sabah, beliau menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan tentang kemiskinan Kelantan seolah-olah seorang bapa menghina anak kandungnya di hadapan adik-beradik yang lain," kata beliau.

Tambah Wan Rahim, penghinaan yang dilemparkan Najib tersebut tidak mudah dilupkan dan akan diingati sampai bila-bila.

Menyentuh soal projek ladang rakyat yang dimanipulasikan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, Wan Rahim berkata ladang yang diusahakan 4834 peserta itu merupakan tanah milik Perbadanan Ladang Rakyat.

"Ia tidak ditukar milik atau digadaikan kepada mana-mana pihak seperti yang dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi peserta yang mengusahakannya mendapat habuan sebanyak RM200 sebulan dengan agihan dividen sebanyak RM52.4 juta," tegas beliau.

Malah, katanya projek tersebut meghasilkan kejayaan apabila tanah kerajaan negeri tidak diberikan kepada syarikat swasta, tetapi dimajukan Perbadanan Ladang Rakyat," tegas beliau. -HD

Bayi Berusia 2 Minggu Ditemui Pintu Masuk Masjid Di Pekan Pahang

Posted: 21 Mar 2012 06:41 PM PDT

PEKAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini. Gambar oleh Mohd Rafi Mamat

Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi.

Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu.

"Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya," kata Khasli.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Dengar tangisan bayi ketika masuk kawasan masjid

PEKAN: "Saya dengar tangisan ketika memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat subuh kira-kira jam 5.30 pagi dan selepas menyuluh menggunakan lampu motosikal, saya lihat bayi berada di atas hamparan tepi pintu masjid.

"Bayi itu lengkap berpakaian diselimut kain pelikat dan disisinya ada botol susu serta beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu dan pakaian," kata Khasli Mohd Razali, 48, jemaah Masjid Baru Kampung Lamir di sini, yang menemui bayi lelaki malang itu, semalam.

Khasli berkata, dia memanggil seorang penduduk yang tinggal bersebelahan masjid untuk melihat bayi berkenaan sebelum imam masjid menghubungi polis. Katanya, terdapat kesan gigitan nyamuk pada muka bayi berkenaan yang mungkin ditinggalkan di situ antara dua hingga tiga jam sebelum ditemui.

"Saya percaya bayi berkenaan menangis kerana sejuk dan lapar.

"Perbuatan meninggalkan bayi yang tidak berdosa ini tindakan tidak berperikemanusiaan," katanya yang bertugas dengan syarikat membuat kenderaan di Peramu Jaya, di sini. Menurutnya, dia tidak menyangka akan berdepan dengan situasi pilu seperti ini dan sebak melihat bayi tidak berdosa diperlakukan seperti itu.

"Tergamak ada insan bergelar ibu bapa bertindak kejam meninggalkan bayi itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata bayi seberat 2.9 kilogram dan dipercayai berbangsa Melayu itu kini ditempatkan di Hospital Pekan.

Menurutnya, bayi lelaki itu dipercayai dilahirkan dua minggu lalu sebelum ditinggalkan di tepi pintu masjid dan polis sedang mengesan mereka yang meninggalkan bayi lelaki berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.
-hm


Bacalah artikel ini
klik untuk baca



Logo "1Malaysia" Ganti "Alif" Dalam Perkataan "Al-Mulk". Apa Kata JAKIM & Mufti?

Posted: 21 Mar 2012 04:37 PM PDT

Terlalu Taksub atau dah Gila nih? Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia..

Aku kurang pasti samada yang melukis didinding dalam Surau Al-Badar, bersebelahan dengan pondok PEKIDA kawasan Lembah Pantai ini terlalu taksub atau sudah gila.

Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk.

Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia, yang diakui oleh Najib sebagai idea beliau padahal ianya diciplak dari 1Israel.


Nak dikatakan kerja budak-budak nakal tak mungkin kerana ianya dilukis dengan teliti di dalam sebuah surau.

Pasti ianya memakan masa untuk dilukis, jadi mana sempat budak-budak nakal nak melukis sebegitu cantik..

Yang hairannya tidak ada pihak yang menegur kerja gila itu..

Nak jatuhkan hukum.. aku pun kurang ariff.. jadi korang klik pada imej di bawah dan lihat apa hukumnya menggantikan Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia..

Yang ni aku ambil dari AmenoWorld



Aku yakin puak-puak yang melukis tu, kalau kita kutuk Najib didepan mereka gerenti kena belasah punyalah..

Nak bodekpun agak-agak lah sedara... -ASD

Suhaila Yang Mempunyai Dua Rahim Selamat Menjalani Pembedahan Di Dubai

Posted: 21 Mar 2012 10:07 AM PDT

Nur Suhaila selamat jalani pembedahan

SHAH ALAM - Syukur, alhamdulillah! Ini kata-kata yang diluahkan oleh Hanita Mohd Tahir, ibu kepada Nur Suhaila Tukijan, yang selamat menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai, hari ini.

Menurut Hanita, pembedahan bagi merawat anaknya yang menghidap 'Congenital Disorder', yang memakan hampir dua jam, berjaya disempurnakan oleh tiga pakar perubatan.

Nur Suhaila dibawa masuk ke dewan pembedahan sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia).

"Keadaanya kini stabil dan telah dipindahkan ke wad kira-kira 30 minit selepas selesai pembedahan.

"Berkat iringan doa rakyat Malaysia, Nur Suhaila berjaya dibedah dan segalanya berjalan lancar," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Hanita, doktor mengesahkan keadaan anaknya akan pulih dalam sedikit masa lagi, namun memerlukan dua rawatan susulan iaitu pada 26 Mac dan 3 April ini.

Sehubungan itu, beliau dan anaknya akan terus berada di Dubai, dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 5 April ini.

Katanya, doktor memaklumkan bahawa pembedahan awal menyelamatkan Nur Suhaila daripada risiko jangkitan kuman kerana besar kemungkinan kedua-dua rahimnya akan dibuang sekiranya lambat dibedah.

"Alhamdulillah, pembedahan selamat dan berjalan lancar, tanpa sebarang risiko," katanya.

Dalam pada itu, maklumat diperoleh daripada www.malaysian-uae.com, portal rakyat Malaysia di Dubai, turut memaparkan gambar Nur Suhaila selepas menjalani pembedahan.

Menurut Exco MY-UAE, Zaida Khamis, Nur Suhaila dalam keadaan baik dan ditempatkan di Wad Wanita, Tingkat 1, Hospital Universiti Sharjah.

Sebelum ini, Nur Suhaila dijadualkan menjalani pembedahan esok, namun diawalkan sehari oleh pakar perubatan setelah menjalani ujian MRI dan ultrasound sebaik tiba di Dubai, kelmarin.

Kisah Nur Suhaila, dilaporkan Sinar Harian 22 Februari lalu, memerlukan RM60,000 bagi kos pembedahan.

Nur Suhaila mempunyai dua rahim dan salah satunya tidak berfungsi, dan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam itu hanya mempunyai satu buah pinggang.

Selepas liputan tersebut, Tabung Nur Suhaila mendapat perhatian rakyat Malaysia yang sememangnya tersentuh hati dan prihatin akan nasibnya.

Hasil sumbangan orang ramai, pembedahan Nur Suhaila berjaya dilaksanakan.

Antara pihak yang menyumbang ialah Lembaga Zakat Selangor, Persatuan Bekas Tentera Malaysia; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih), Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Malaysia di Dubai. -SH

Ulasan GB

Sama-sama kita doakan kesalamatan dan kesahteraan untuknya.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Pelajar Yang Pandai Cakap Korea & Mandarin Kini Bertutur Loghat Terengganu

Posted: 21 Mar 2012 08:30 AM PDT

Besut - Pelajar perempuan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Noraini Ismail, 17, yang menggemparkan negara sebelum ini, kerana boleh bertutur bahasa Korea selepas kemalangan jalan raya kini bertutur loghat Terengganu pula.

Sebelum ini, bahasa pertuturan hariannya adalah bahasa Melayu baku pelat Cina selain langsung tidak boleh bercakap bahasa ibundanya, iaitu loghat Kelantan.

Selepas kemalangan jalan raya pada Januari lalu, dia juga boleh bercakap bahasa Cina selain Korea pada masa tertentu.

Bagaimanapun Sinar Harian yang mengunjungi rumahnya semalam terkejut, apabila mendapati kini dia bertutur loghat Terengganu bukan seperti sebelum ini.

Menurut Noraini, pe­rubahan itu berlaku kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, ketika dia sedang bercakap dengan rakan di halaman rumah.

"Sebaik bangun dari tidur selepas solat Zuhur, saya duduk berbual dengan beberapa orang kawan dan secara tiba-tiba saya bercakap loghat Terengganu seperti ikan disebut 'ikang', makan menjadi 'makang'. Pada mulanya saya bertutur pelat Cina dan selepas berubah itu sehinggalah ke hari ini saya bercakap loghat Kuala Terengganu," katanya yang mengejutkan rakannya ketika itu.

Berlaku secara tiba-tiba

Noraini memberitahu, sekali sekala ada perkataan pelat Cina terkeluar ketika dia bercakap.

Namun, sejak lebih sebulan lalu, dia tidak lagi dapat bertutur dalam bahasa Korea dan Cina.

Dalam pada itu, masalah sakit kepala yang dihadapinya sudah berkurangan selepas mengambil ubat secara berjadual namun kelmarin dia terpaksa ke Klinik Kesihatan Gong Medang tidak jauh dari rumahnya kerana mengalami masalah sakit pinggang namun kini sudah sembuh.

Sementara itu, ibunya, Mesina Daud, 48, turut terkejut dengan perubahan pertuturan anaknya yang berlaku secara tiba-tiba.

Kata Mesina, Noraini sebelum ini langsung tidak pernah bercakap loghat Terengganu malah dia boleh dikatakan tidak pandai bertutur loghat itu.

"Pada tahun lepas, dia pernah tinggal bersama kakaknya selama empat bulan di Kuala Terengganu tetapi ketika itu dia cakap loghat Kelantan," katanya yang kebingungan.

Boleh disembuhkan: Sharhan

Pendakwah bebas yang juga ahli perubatan alternatif Islam terkenal, Sharhan Shafie menyifatkan, kejadian Noraini boleh bertutur banyak bahasa secara tiba-tiba adalah perkara tidak mustahil berlaku.

Katanya, kejadian seumpama itu dianggap pelik kerana jarang berlaku di negara ini tetapi di Mesir ia sering terjadi.

Beliau mendakwa, tidak mustahil gadis itu boleh bertutur bahasa Korea disebabkan jin Korea telah meresap masuk ke dalam tubuhnya.

"Mungkin jin Korea yang 'singgah' di negara ini telah masuk ke tubuh sebaik dia kemalangan dulu kerana jin Korea lebih maju berbanding jin di negara ini," dakwanya.

Sharhan berkata, beliau pernah merawat pesakit di Korea dan jin di negara itu lebih mudah memasuki tubuh manusia berbanding di negara ini.

Malahan katanya, jin boleh bergerak dari suatu tempat dalam tempoh yang amat singkat dan tidak mustahil apa yang berlaku kepada Noraini akibat gangguan jin itu.

"Al-Quran ada menyebut jin ada kalangan Islam, kafir dan mereka berpuak-puak serta berbangsa-bangsa," katanya.

Sementara itu, dia menasihati Noraini supaya tidak bimbang dengan kejadian tersebut kerana dengan izin ALLAH SWT ia boleh disembuhkan.

Beliau turut menawarkan khidmat rawatan Islam secara percuma kepada gadis itu sekiranya keluarga pelajar itu bersetuju. -SH

Nur Fatihah Yang Dilaporkan Hilang Buat Pengakuan "Tidak Diculik"!

Posted: 21 Mar 2012 06:08 AM PDT

Gadis hilang di Kuantan mengaku tak diculik

KUANTAN - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.

Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Jika benar, gadis ini telah menyusahkan orang lain terutama ahli keluargnya sendiri. Dan nantinya selepas ni ini jika ada betul-betul ada kejadian penculikan remaja perempuan berlaku ..orang sukar untuk mempercayainya..

Namun ada beberapa hal yang mungkin berlaku. Apakah beliau telah dipaksa untuk membuat pengakuan "tidak duclik" memandangkan sebelum ini dilaporkan bahawa:

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.

"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,"


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Sudah Berkali-kali Dihentam Demo, KOMTAR Dikejutkan Pengawal Dibunuh

Posted: 21 Mar 2012 04:32 AM PDT

Pengawal keselamatan bagunan Komtar ditemui mati

Seorang pengawal keselamatan di bangunan Komtar, di Georgetown, Pulau Pinang ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badannya awal hari ini. Gambar fail

Menurut Bernama, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Kumar, berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di Komtar Walk pada pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata siasatan awal polis mendapati Kumar yang sedang bekerja dan membuat rondaan di sekitar Komtar Walk diserang dua lelaki yang menaiki motosikal.

"Mangsa ditetak di seluruh badan manakala kaki kirinya juga hampir putus akibat tetakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata tiada pengenalan diri ditemui bersama mangsa dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Bangunan Komtar juga menempatkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tiada ulasan: