Khamis, 22 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mohamad Sabu nafi pujuk Kadir

Posted: 22 Mar 2012 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan bahawa beliau mendakwa sebagai orang yang memujuk Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno.

"Kadir boleh membuat keputusannya sendiri tanpa dipujuk oleh sesiapa. Memang saya mengunjunginya dan berunding serta berbincang mengenai politik negara dengannya.

"Tetapi bukan saya yang memujuknya keluar Umno. Itu keputusan Kadir sendiri," tegas beliau.

Beliau menafikan laporan hari ini yang mendakwa Mohamad membuat pengakuan bahawa beliaulah yang orang memujuk Kadir membuat keputusan keluar Umno.



Mohamad mengakui beliau ada menyatakan bahawa Kadir adalah salah seorang dari banyak lagi tokoh Umno yang akan keluar dari parti itu.

"Tetapi tidak ada misi memujuk. Berunding memang ada dan itu perkara biasa. Saya hanya berjumpa dan berhubung dengan tokoh-tokoh Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sahaja.

"Ada yang mendakwa kepada saya bahawa (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) juga sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

"Itu yang diberitahu kepada saya dan saya tidak tahu kerana kali terakhir saya jumpa Dr Mahathir ialah ketika dia berlawan dengan Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad badawi) dulu. Selepas itu saya tak pernah jumpa Dr Mahathir," kata Mohamad.

Kadir adalah salah seorang yang ditemuinya.

Mohamad dipetik oleh Berita Harian hari ini sebagai berkata bahawa Kadir yang keluar parti kelmarin hanya salah seorang daripada banyak lagi yang akan menyusul.

"Aku dah berunding dengan dia lama dah. La ni (sekarang) keluar Umno baru hangpa (kamu) tahu.

"Berlambak lagi aku sedang berunding sekarang... tunggu," beliau dipetik oleh akhbar pro-Umno itu sebagai berkata.

Mengulas lanjut kenyataan dalam ceramahnya itu, Mohamad menjelaskan, berunding tidak sama dengan memujuk.

"Kita boleh berunding mengenai masa hadapan negara sambil mendapatkan pandangan tokoh-tokoh Umno berkenaan mengenai kemusnahan yang bakal dihadapi oleh negara jika terus diperintah Umno.

"Pujuk tidak perlu. Mereka ada akal fikiran sendiri. Mereka duduk di dalam Umno dan mereka lebih nampak kehancuran yang akan diakibatkan pemerintahan parti itu," katanya.

Mohamad walaubagaimanapun mengakui, kunjungan hormat serta usaha perundingan dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh Umno berkenaan memang dipertingkatkan lagi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9013-mohamad-sabu-nafi-pujuk-kadir?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


Wikileaks - Anwar Terima Perlawaan Debat Dengan Raja Petra

Posted: 21 Mar 2012 09:55 PM PDT

Isu spin umNO, diatas keenganan Anwar Ibrahim bersetuju memberi ruang Raja Petra untuk menumpang dalam program dialog bersama pengasas Wikileaks, Julian Assange mendapat perhatian dari Wikileaks.

Oleh kerana kasihan melihat Raja petra dan keberanian yang tidak tersangka umNO khususnya DS Najib, Wikileaks bersedia menganjurkan debat terbabit.




Anwar Ibrahim dengan cepatnya berani bersetuju



Di mana keberanian Najib Razak dan Raja Petra??

Najib Razak Demam!

Raja Petra Lari Ke Mana Pulak?

http://problemdunia.blogspot.com/2012/03/wikileaks-penganjur-debat-anwar-najib.html


Menarik Untuk Dihayati..

Posted: 21 Mar 2012 08:28 PM PDT


http://www.facebook.com/photo.php?pid=9688386&l=06f4085c8f&id=358919387591

Lagi Fitnah Terkini Utusex Malaysia Terhadap Anwar

Posted: 21 Mar 2012 07:03 PM PDT

Benarkah Brother Anwar pilih tinggal dalam buangan di Amerika?

BENARKAH apa yang saya dengar ni? Yang memberitahu saya pun bukan calang-calang orang. Siap dengan pelan rancangan dan sebagainya. Ia mengenai kisah, siapa lagi, jika bukan Brother Anwar bin Ibrahim kita.

Menurut rancangan itu dia akan meninggalkan negara ini dan hidup dalam buangan di sebuah negara. Orang putih kata hidup dalam exile. Segala persiapan, menurut al-kisah itu sudah siap sedia. Tapi exile yang dimaksudkan bukan dia dibuang negeri oleh sang penguasa, tapi memilih untuk tinggalkan negara secara sukarela.

Negara yang akan didiaminya tidak lain dan tidak bukan ialah negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat. Bandar raya yang dipilih ialah New York. Beliau dikatakan sudah pun memiliki rumah di situ.


Benarkah Brother Anwar? Mengapa sudah tidak tahan lagikah tinggal di Malaysia? Menurut maklumat itu, segala berita mengenai sokongan yang diperolehnya daripada kumpulan Yahudi antarabangsa, dan kritikan yang dihadapinya di Malaysia, telah menaruh simpati yang amat sangat di kalangan pelobi-pelobi Yahudi di Amerika Syarikat.

Kononnya, lagi banyak Anwar kena hentam di Malaysia di atas pembabitannya dengan kumpulan Yahudi itu, lagi banyak simpati yang akan diperolehnya daripada puak-puak pelobi Yahudi di negara itu.

Anwar, mungkin merasakan lebih senang tinggal di luar negara, dan melancarkan 'serangan politik' ke atas Malaysia dari sana. Banyak juga pemimpin antarabangsa (seperti dan setaraf Anwar) yang akhirnya tinggal dalam buangan di luar negara, serta melancarkan serangan balas ke atas negara mereka sendiri dari negara buangan itu.

Ada yang berjaya pulang semula ke negara asal sebagai Presiden atau PM, ada yang mati dibunuh separuh jalan dan ada yang terus tinggal sampai habis hayat di negara buangan itu.

Cerita mengenai Anwar ini bukan mustahil boleh berlaku. Persoalannya bila? Mungkin juga sebelum pilihan raya umum ini atau selepas itu, kita tidak tahulah. Tapi menurut kisah itu, perancangan telah diatur rapi.

Benarkah juga Anwar kini dikatakan tidak lagi mendapat sambutan di kawasan pilihan rayanya sendiri di Permatang Pauh? Benarkah ada satu insiden baru-baru ini Anwar dikatakan naik berang dengan menumbuk meja di depan jentera kempennya kerana sambutan yang diterima dalam satu ceramah di situ sungguh mengecewakan sekali?

Benarkah Anwar tidak lagi selesa untuk bertanding di Permatang Pauh dan mencari satu atau dua kawasan yang lebih selamat dalam PRU-13 ini? Antara kawasan-kawasan yang disebut-sebut ialah Batu Kawan atau Nibong Tebal?

Benarkah puterinya, Nurul Izzah juga akan meninggalkan Lembah Pantai? Para penasihat PKR dikatakan menasihati Nurul supaya meninggalkan kawasan itu. Penasihat Nurul sendiri telah melabelkan Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik dengan jolokan Menteri Lembah Pantai, dan oleh itu lebih baik Nurul angkat kaki sahaja.

Nurul dikatakan akan balik bertanding di Permatang Pauh, mengambil alih tempat bapanya?

Benarkah juga ada cadangan supaya sekiranya Anwar bertanding sekali pun, calon yang paling layak dan sesuai untuk melawannya ialah Ketua Pemuda UMNO yang cukup versatil iaitu Khairy Jamaluddin (KJ)? Bagi saya itu juga satu cadangan yang baik kerana ia akan memperlihatkan pertandingan buku bertemu ruas.

Berbalik kepada rancangan besar Anwar untuk hidup dalam buangan, menurut al-kisah itu, Anwar akan ditemani oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Anak lelaki mereka, dalam pada itu, kini sudah pun tinggal di Washington D.C menemani isterinya yang bekerja di sebuah bank Amerika di situ.

Jika begitulah al-kisahnya, maka lebih baik Anwar berada di sana sahaja. Sebelum ini semasa kes Saiful Bukhari sedang berlangsung, kedengaran juga Anwar akan meninggalkan Malaysia dan tinggal di negara luar. Tapi kisah itu hanya tinggal kisah kosong sehingga kini.

Kali ini mungkin betul kot? Berdasarkan cerita itu nampaknya memang ada pergerakan ke arah itu. Maka kononnya juga Anwar dikatakan mempunyai sejumlah wang yang mencukupi untuk tinggal di Amerika Syarikat, selama mana yang beliau mahu.

Benarkah juga akan berlaku sesuatu yang besar di Malaysia sebelum Anwar berangkat?

Jika semua ini tidak benar, anggaplah sahaja ia satu lagi gosip politik yang perlu kita renungkan. Lagi pun, Malaysia kan sebuah negara yang asyik bercakap politik 24/7 – 24 jam 7 hari seminggu!

Oleh Zaini Hassan (Utusex Malaysia)


Murtad - Selangor Tuntut Bukti Video Hasan Jati

Posted: 21 Mar 2012 06:52 PM PDT

Sebanyak 130 kes murtad dilaporkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) antara tempoh 2004 hingga 2011, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.

Menjawab soalan Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam berkata, hanya 14 kes yang dibawa ke mahkamah syariah sudah diselesaikan.

Khalid yang juga exco agama negeri bagaimanapun berkata, kerajaan akan terus memantau gejala itu, termasuk pendakyahan agama lain melalui Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau turut menuntut bekas exco Datuk Hasan Ali yang mendakwa mempunyai bukti video berhubung perkara itu dapat mengemukakannya.

Mimpi Lena Azalina Terganggu

Posted: 21 Mar 2012 06:17 PM PDT

PENGERANG – Kedudukan Dato' Seri Azalina Othman Said sebagai Ahli Parlimen Pengerang, Kota Tinggi dianggap selesa bagi sesetengah orang.

Hal ini, kerana umum mengetahui kemenangannya di situ kononnya berkubu 'kebal' menyebabkan seolah-olah kedudukannya tidak terancam.

Walau bagaimanapun, siapa sangka dalam diam, terdapat masalah di kawasannya itu yang perlu diselesaikan segera.


Terbaru, kira-kira 100 penduduk yang melibatkan 6 buah kampung di bandar itu berpiket bagi menuntut pemberian pampasan yang setimpal berikutan pembangunan yang akan dibina di lokasi berkenaan.

Antara kampung yang terlibat seperti Kampung Sungai Kapal, Sungai Buntu, Teluk Empang, Kampung Jawa, Kampung Sebong, Langkah Baik dan Batu Mas.

Dipercayai, Projek Hub Industri Minyak Dan Gas yang dirancang, telah menjadi keresahan banyak pihak kerana didakwa kawasan itu turut mempunyai kesan-kesan sejarahnya.

Malah ada juga yang telah mengusahakan ladang sayur kira-kira 30 tahun dahulu.

"Apakah kami akan mendapat pampasan yang setimpal dengan apa yang kami perolehi sekarang setelah memberikan tanah kami untuk projek pembangunan ini?," kata seorang penduduk, Lim Eng Guat yang dipetik Sinar Harian.

Semalam akhbar itu melaporkan sebahagian penduduk menyuarakan bantahan berhubung isu ini ekoran ketiadaan perjanjian yang menyenaraikan imbuhan yang bakal diterima jika mereka mempersetujuinya.

Soalnya, adakah beliau masih lagi diulit mimpi-mimpi indah?

Kalaupun sebelum ini beliau digelar 'superwomen' kerana kemampuannya menyelesaikan isu nelayan tempatan yang pernah ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara jiran itu baru-baru ini.

Mengapa tidak, isu yang dianggap senang ini, diberi perhatian segera.

Atau hanya menanti jawapan sama ada kekal atau tidak sebagai ahli parlimen itu selepas PRU 13 nanti.

JALAN PULANG


DUN Selangor - Kesihan Sungguh Si Luncai Itu...

Posted: 21 Mar 2012 07:25 AM PDT


Dalam sidang DUN Selangor hari ini. Cuba anda tengok gambar siapa di belakang gambar wakil rakyat yang berdiri itu. Dia keseorangan dan nampaknya sedang buat sesuatu tanpa kerja. Tak ada sesiapa nak berkawan dengannya. Keadaanya macam kera sumbangan ekor tipus sahaja. Dulu dia gah berada di sebelah MB Selangor. Ahum..ahummm...

Mohd Sayuti Omar

Speaker arah PAC henti siasat NFC

Posted: 21 Mar 2012 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menghentikan inkuiri terhadap penyalahgunaan RM250 juta dana awam oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

The Malaysian Insider difahamkan panel sedang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menolak arahan Speaker Dewan Rakyat sehari selepas keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pemilik syarikat tersebut, enggan berhadapan dengan jawatankuasa berkenaan.

"Speaker mengarahkan untuk 'menghentikan' inkuiri terhadap NFC dan keputusan itu adalah sub judis," menurut sumber melalui pesanan ringkas.


Pandikar Amin minggu lalu tidak membenarkan usul tergempar untuk membincangkan kontroversi RM250 juta walaupun pada mulanya membenarkannya dengan alasan perkara itu sudah dibicarakan di mahkmah.

Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dituduh di mahkamah pada 21 Mac dengan dua tuduhan pecah amanah dan dua kesalahan pelanggaran Akta Syarikat. Saintis makanan itu merupakan suami kepada Ketua Wanita Umno.

"Pada mulanya saya membenarkan ia dibacakan tapi sekarang perkara itu sudah pun di bawa ke mahkamah. Jadi saya tidak boleh memberikan kebenaran," kata Speaker Dewan Rakyat itu.

"Ia tidak boleh dibincangkan kerana ia sudahpun di bawa ke muka pengadilan."

Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi dilihat oleh The Malaysian Insider menunjukkan yang keputusan Pandikar Amin itu mempunyai kecacatan.

Mahkamah Tinggi dalam pertuduhan difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terhadap peguam kerajaan Selangor dan akhbar PAS, Harakah tahun lalu, menunjukkan mahkamah harus berhati-hati memohon subjudis dan perlu mengambil kira peruntukan Perlembagaan terhadap kebebasan bersuara.

Hakim Ariff Jusoh, apabila menolak permohonan tersebut menegaskan undang-undang "common law" terhadap subjudis harus berdasarkan "peruntukan kebebasan bersuara".

"Mahkamah tidak percaya terhadap sensitiviti kebanyakan rakyat Malaysia boleh berbeza dan mahkamah cenderung untuk mengambilkira peruntukan kehakiman yang berbeza berkaitan dengan kebebasan bersuara di bawah undang-undang subjudis," katanya.

NFCorp turut berkata semalam pengarahnya tidak akan menghadap PAC memandangkan kes mahkamah yang tertangguh.

Mohamad Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan pecah amanah dan pelanggaran Akta Syarikat berhubung RM49 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat dalam skandal yang mendedahkan Datuk Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) menerima tekanan memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.

NFCorp menjadi tajuk bualan hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana gagal mencapai sasaran.

Polis telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFCorp, tapi Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lengkap terhadap Mohamad Salleh.

http://kerabubersuara.blogspot.com/2012/03/speaker-arah-pac-henti-siasat-nfc.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FRzVdP+%28Kerabu+Bersuara%29


Pas Selangor Tak Perlu Layan Orang Gila Tahap Kronik Macam Hasan Ali

Posted: 21 Mar 2012 02:26 AM PDT

Kelihatannya seolah-olah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Rani begitu menunggu-nunggu peluang untuk membelasah mantan ahli PAS yang terbuang, Dr. Hasan Ali ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Selangor sekarang.

Mungkin dia memikirkan inilah sebaik-baik peluang bagi wakil-wakil rakyat PR tertamanya PAS untuk menjawab segala tohmahan Hasan Ali selama ini terhadap PAS serta dakwaan-dakwaan murtad tanpa bukti yang menjadi modal air liur beliau berceramah di serata pelosok negara.


Sedarkah mereka bahawa Hasan Ali bukannya berminat untuk menyelesaikan masalah tersebut (masalah murtad) tetapi digunakan untuk merosakkan imej PAS serta mengganggu-gugat kerajaan PR Selangor semata-mata. Bagi beliau bukti-bukti dan hujah-hujah bernas tidak perlu dibawa untuk menyokong segala dakwaan dan tohmahan yang dihamburkan selama ini.

Isu ini hanya beliau gunakan untuk menghalalkan segala tindak-tanduknya sahaja. Jadi perlu apa PAS melayan beliau di DUN Selangor. Pasti Hasan Ali akan menggunakan kepetahan pidato beliau untuk membelasah kembali wakil-wakil rakyat yang membangkitkan isu tersebut.

Beliau tidak akan menjawab pertanyaan sebaliknya akan menggunakan kesempatan tersebut untuk membelasah balik orang yang bertanya. Kita harus sedar, beliau kini tidak perlu menjawab dan rasional dalam ucapannya. Fakta tidak lagi penting bagi beliau!

Alangkah baiknya kalau dibiarkan saja Hasan Ali, yang kini hanya sekadar ADUN Bebas, perlu apa cari gaduh dengan beliau. Biarkan saja Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya. Banyak isu-isu lain yang lebih berfaedah untuk rakyat yang perlu dibahaskan!

http://tinta-tajam.blogspot.com/2012/03/kenapa-perlu-dilayan-hasan-ali.html


Tiada ulasan: