Kelab Greenboc |
- Bayi Mati Tersembam Di Bawah Bapa Yang Sedang Tidur
- [Bergambar & Video] 28 Maut, 24 Cedera Bas Langgar Terowong
- Bayi 15 Bulan Mati Terapung Setelah Bertatih Sendiri Ke Sungai
- Pencabul Mabuk Dibelasah Sehingga Cedera Teruk
- Ibu Dirang Teringat Ugutan Pencuri Kabel Terhadap Nenek Dirang [updated]
- Sambutan Hari Jadi Super Mewah, Najib Permainkan "Wasatiyyah" Lagi
- [WASPADA] Emas Susut Selepas Diserah Untuk Dicuci
- Bakar Rumah : Bekas Pemilik Restoran Meninggal Dunia Akibat Melecur
- "Kalau Tak Nak Hang Bunuh Saja Bapak Hang Ni, Bagi Aku Tanam"
- Ibu 'Bayi Alas Kaki' Dipenjara Sehari Dan Didenda RM2,000
Bayi Mati Tersembam Di Bawah Bapa Yang Sedang Tidur Posted: 15 Mar 2012 01:01 AM PDT ![]() Perkara berkenaan didedahkan dalam inkues yang diadakan bagi menyiasat punca kematian Alfie Smith selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di Basforf, tiga tahun lalu. Biarpun Alfie dibawa ke hospital namun dia meninggal dunia lima bulan kemudian. Inkues dimaklumkan bayi lelaki itu diletakkan di bawah jagaan neneknya, Patricia Owen ketika kejadian itu berlaku. Ketika memberikan keterangan, Owen berkata, dia telah naik ke tingkat atas untuk mencari Alfie namun menemui mukanya tersembam di sofa bersama Dale. Jelasnya, ketika kejadian, Dale tidur di sebelah Alfie, namun dia tidak menyedari bahawa dia telah menggerakkan badan dan menghempap ke atas cucunya itu sehingga Alfie tidak sedarkan diri. Mahkamah dimaklumkan, ambulan telah dipanggil manakala Dale telah membuat pernafasan mulut ke mulut. Sementara pemeriksaan yang dijalankan ke atas Dale tidak mendapati kesan alkohol atau kannabis. Ibu Alfie yang berusia 19 tahun kini berada di penjara kerana membunuh jirannya. Selepas kejadian berkenaan, Alfie telah ditempatkan di sebuah rumah anak yatim namun meninggal dunia beberapa bulan kemudian akibat kecederaan yang dialaminya itu. |
[Bergambar & Video] 28 Maut, 24 Cedera Bas Langgar Terowong Posted: 14 Mar 2012 11:22 PM PDT ![]() Seramai 24 lagi pelajar dikejarkan ke hospital kerana kecederaan, kata jurucakap polis negeri Valais, Jean-Marie Bornet memberitahu agensi berita. Bas yang membawa 52 orang termasuk pelajar berusia 12 tahun dari dua sekolah berbeza terbabit dalam pelanggaran jam 9 malam waktu tempatan kelmarin di terowong di Sierre, Switzerland, berdekatan kawasan ski popular di Banjaran Alps. Polis berkata, bas itu terbabas dan melanggar selekoh sebelum menghentam dinding konkrit terowong. Bahagian depan bas rosak teruk dan menyukarkan penumpang keluar dari kenderaan itu. Punca kemalangan belum diketahui. Ketua Polis Valais, Christian Varone, memberitahu anggota penyelamat yang tiba menyifatkan tempat kejadian seperti keadaan perang. "Kemalangan di Valais memang ada yang teruk sebelum ini tetapi tidaklah sehingga membabitkan begitu ramai mangsa kanak-kanak," katanya. Lebuh raya ditutup di kedua-dua arah bagi operasi menyelamat. Sebanyak lapan helikopter dan puluhan ambulans dikejarkan untuk membantu menghantar mangsa ke hospital. Selain itu, berpuluh-puluh anggota bomba, polis, 15 doktor dan tiga pakar psikologi turut berada di tempat kejadian. Jurucakap kerajaan berkata, pusat krisis ditubuhkan dan nombor kecemasan disediakan untuk keluarga. Polis berkata, semua mangsa dipercayai warga Belgium yang tinggal di Flanders. Media Belgium melaporkan tiga kanak-kanak itu dari dua pekan iaitu Lommel, timur Antwerp dan Heverlee, berdekatan Leuven. Duta Belgium, Jan Luykx turut bergegas ke tempat kejadian. Menteri Luar Belgium, Didier Reynders, berkata pihak berkuasa masih mengenal pasti mangsa. "Ada tiga bas dan hanya satu yang terbabit dalam kemalangan ngeri itu. "Ia melanggar dinding di terowong," katanya yang dipetik dalam laman web, La Capitale. Tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan bas berkenaan di terowong menetapkan had kelajuan 100 kilometer sejam. "Kami akan teliti apa yang berlaku," kata pendakwa raya Valais, Olivier Elsig. – AP ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Bayi 15 Bulan Mati Terapung Setelah Bertatih Sendiri Ke Sungai Posted: 14 Mar 2012 10:05 PM PDT ![]() KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah. Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar. "Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya. "Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya," katanya. -hm ![]() Temui anak tidak bernyawa |
Pencabul Mabuk Dibelasah Sehingga Cedera Teruk Posted: 14 Mar 2012 07:47 PM PDT ![]() SUNGAI PETANI - Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu. Gambar: KEADAAN lelaki yang cedera dibelasah selepas didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kafe di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani semalam. Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam. Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar. Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan. Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut. Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu. Ada antara pelanggan membelasah lelaki itu menggunakan topi keledar. Selepas kira-kira lima minit menjadi mangsa belasahan, lelaki yang berusia 30-an itu cedera teruk di kepala, muka bengkak dan berdarah beberapa anggota badan. Dia diselamatkan oleh beberapa orang awam lain yang melihat kejadian itu. Dia yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dengan ambulans. Difahamkan, wanita itu mengenali lelaki berkenaan. Semasa kejadian wanita itu dan lelaki tersebut yang dipercayai tinggal di kawasan sama datang secara berasingan. -kosmo |
Ibu Dirang Teringat Ugutan Pencuri Kabel Terhadap Nenek Dirang [updated] Posted: 14 Mar 2012 06:09 PM PDT ![]() JOHOR BAHRU – Pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya dibakar selepas dibunuh di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini Isnin lalu seolah-olah menjadi 'kunci' untuk ibunya mengingati beberapa kejadian yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu. BAPA kandung Nurul Nadirah (gambar kecil) menyiram air di atas pusara anaknya sambil diperhatikan Roselyn (dua dari kiri) dan Alan (kanan) di Masai, Johor Bahru semalam. Roselyn Alan, 25, memberitahu, dia baru teringat salah seorang daripada tiga suspek yang pernah bertengkar dengan ibunya, Milnah Jul, 52, mengeluarkan ugutan selepas ditegur mengenai kegiatannya mencuri kabel elektrik. Katanya, suspek giat mencuri kabel sejak mendiami rumah kosong yang terletak berhadapan dengan rumahnya di tingkat empat Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. "Saya pernah dengar suspek mengugut ibu berbunyi: 'Siaplah engkau, ingat aku takut nak berperang'. "Tak sangka pula mereka benar-benar maksudkannya dengan menculik dan membunuh Dirang (panggilan manja Nurul Nadirah)," rintih Roselyn yang masih bersedih. Tambahnya, hatinya bertambah terkilan apabila Nurul Nadirah, 5, muncul dalam mimpinya malam semalam dan memberitahunya yang dia sudah okay sebelum memeluk dan menciumnya. Ketika itu Dirang muncul memakai seluar biru tanpa berbaju. "Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi," cerita Roselyn. -kosmo Bapa siram dengan tangan bergari 'Mak, kau cari aku ke?' |
Sambutan Hari Jadi Super Mewah, Najib Permainkan "Wasatiyyah" Lagi Posted: 14 Mar 2012 02:18 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 14 Mac: Belum reda dengan pendedahan kos pertunangan anak Perdana Menteri, PKR hari ini pula mempersoalkan kenapa tempahan majlis sambutan hari jadi Datuk Seri Najib Razak yang bernilai RM79,053 dibuat atas nama Pejabat Perdana Menteri. Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, ianya berdasarkan Banquet Event Order oleh Hotel Shangri-La yang secara jelas menunjukkan ianya ditempah atas nama akaun Pejabat Perdana Menteri. Majlis sambutan hari jadi itu dakwanya berlangsung di Sri Perdana pada hari Ahad, 24 Julai tahun lalu. "Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri. "Berbeza dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini secara jelas menyatakan ianya majlis peribadi. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan itu tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya 'majlis Pejabat Perdana Menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Majlis itu, menurut Rafizi, turut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain. Kos RM79,053 itu antara lain merangkumi Buffet untuk 100 tetamu dengan kadar RM207 satu kepala (RM20,700), Band Syed Sobri (RM7,738), Band Batak (RM5,300), minuman 5 gallons (RM795), gubahan bunga (RM31,800) dan caj pengendalian (RM12,720). "Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? "Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat," katanya. Berikut adalah soalan-soalan Rafizi yang menuntut jawapan ikhlas daripada Najib berhubung kos majlis pertunangan anak (RM409,767) dan kos sambutan hari jadi beliau (RM79,053). Saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia 1- Bilakah beliau (Datuk Seri Najib Razak) akan mengemukakan lapan bukti yang disyorkan KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan? 2- Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri membelanjakan setengan juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri, bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa? 3- Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan beliau selama ini? 4- Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat. Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan dana awam NFC sehingga BN terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat. Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil. Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarkah beliau juga membuat 'pengorbanan' seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan. -HD ![]() ![]() LAPORAN SPRM TERHADAP NAJIB Ulasan GB 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain. "Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat." Sungguh hebat! Sungguh dasyat! Benar-benar beliau mempermainkan konsep WASATIYYAH (Kesederhanaan) yang diwarwarkan sebelum ini sedangkan konsep WASATIYYAH itu adalah sebenarnya anjuran dari Al-Quran dan Rasulullah sendiri. Menunjukkan Najib tidak takut lansung untuk mempermainkan malah seperti mengejek seruan Allah s.w.t. dan RasulNya. وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasatan Al-Baqarah :143 Hadith Rasulullah s.a.w. "Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya". Hadith Riwayat AlBaihaqi GB mengingatkan kepada diri GB dan kepada semua, bahawa Namrud mati hanya angkara dari seekor nyamuk yang masuk ke telinganya kerana mempermainkan kata-kata Tuhan dan telinganya itu pula enggan mendengar perintah Tuhan. GB sekadar mengingatkan Najib jika terlupa, dengan satu istilah: Chicken pox! (Bukankah saat itu wang berjuta yang dimiliki tidak mempunyai apa-apa makna lagi?) klik untuk baca ![]() |
[WASPADA] Emas Susut Selepas Diserah Untuk Dicuci Posted: 14 Mar 2012 08:27 AM PDT ![]() PENDANG – Seorang suri rumah terpaksa mengalami rugi besar apabila semua barang kemas miliknya rosak dan beratnya makin berkurangan setelah mencuba khidmat mencuci barangan berharga itu yang ditawarkan tiga individu, baru-baru ini. Dalam kejadian jam 11 pagi itu, seorang lelaki dan dua perempuan menaiki sebuah kereta berwarna putih mendakwa datang dari Jitra, pergi ke rumah jirannya dengan menawarkan perkhidmatan mencuci emas dan turut menjual emas Korea. Mangsa, Aishah Jaafar, 58, berkata, ketiga-tiga suspek datang ke rumah jirannya kerana ketika itu ramai penduduk kampung sedang mengadakan gotong-royong untuk majlis kenduri sempena jirannya yang ingin mengerjakan umrah. "Mereka datang sambil menawarkan khidmat cuci emas dan menjual emas Korea pada kira-kira 20 penduduk wanita pada masa itu. Ketiga-tiga mereka meminta barang kemas dipakai beberapa penduduk untuk dicuci dengan bayaran hanya RM2 untuk satu barang," katanya kepada Sinar Harian. Aishah berkata, pada masa itu, salah seorang daripada suspek menarik tangannya dan meminta rantai tangan yang dipakainya untuk dicuci. Menurutnya, namun dia enggan memberikan barangan terbabit kerana bimbang ditipu. "Selepas enggan memberi rantai tangan untuk dicuci, saya bertanya sama ada mereka boleh membaiki rantai tangan jenis batu yang putus. Mereka mengakui boleh melakukannya dan terus meminta saya mengambil rantai tangan itu di rumah. "Disebabkan yakin mereka ingin membaiki rantai tangan itu, saya mempelawa mereka ke rumah saya dekat situ, sehinggakan saya cepat-cepat berlari balik ke rumah," katanya. Aishah berkata, tiba di rumahnya, dia segera mengeluarkan rantai tangan terputus itu dan memberikan kepada mereka, namun suspek memaklumkan ia tidak boleh dibaiki. Katanya, dia seolah dipukau tiga individu terbabit apabila terus membenarkan mereka membuka semua barang kemas dipakainya, iaitu seutas rantai tangan dan rantai leher serta mengambil satu gelang lagi yang disimpan di dalam bilik untuk dicuci. "Mereka memujuk saya agar semua barang kemas itu dicuci dengan bayaran hanya RM2 dan tiga barang milik saya dikenakan RM6. Mereka mencuci barang kemas dengan cara membakar semua barang kemas itu dan memasukkan semuanya dalam botol serta terus menggoncang kuat botol itu sehingga cecair di dalamnya menjadi warna kuning keemasan," katanya. Menurutnya, selepas proses itu dia tidak menyedari gelangnya rosak dan berat barang kemasnya makin susut hingga tiga individu itu beredar. Aishah berkata, selepas kumpulan licik itu pulang, dia baru tersedar semua barang kemasnya menjadi ringan daripada berat asal. "Gelang saya makin nipis dan rosak, rantai leher menjadi kecil dan bertukar warna hampir kelabu. Saya terkejut kerana semua barang kemas itu telah dibeli lebih enam tahun lalu dengan harga RM4,000 ketika itu, namun semuanya menjadi ringan. Saya cuba menimbang dan mendapati semua berat barang kemas itu hanya 10 gram," katanya. Menurutnya, dia pasti tiga individu terbabit mencuri emas melalui cecair yang digunakan. Aishah difahamkan, tiga individu itu sudah tiga kali ke kampungnya menawarkan khidmat mencuci barang kemas dengan kenderaan berlainan kemungkinan mengelakkan penipuan mereka dikesan. Anaknya yang enggan dikenali berkata, dia maklum isu ramai penduduk di bandar tertipu dengan servis mencuci emas dari rumah ke rumah, namun tidak menyangka ia turut ditawarkan di kampung. -SH |
Bakar Rumah : Bekas Pemilik Restoran Meninggal Dunia Akibat Melecur Posted: 14 Mar 2012 06:09 AM PDT ![]() Gambar: KEADAAN ruang tamu rumah didiami empat beranak yang hangus selepas dibakar pemiliknya sendiri di Kampung Malayu, Kangkar Pulai, Nusajaya, hari ini. Isteri kepada pemilik rumah itu, Wan Rokiah Wan Yussuf, 43, melecur teruk dalam kejadian itu dan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. - Foto Bakri Mohd Dahalan Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi dan sebelum itu difahamkan berlaku perselisihan faham antara bekas pemilik restoran itu Syed Hussin Syed Hussin, 63, dan isterinya Wan Rokiah Wan Yussuf, 43. "Polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku di rumah separuh papan dan batu itu dengan terperinci. Berdasarkan maklumat, rumah itu dibakar sendiri oleh si mati," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Noor Hashim yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata Wan Hussin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Wan Rokiah dan dua anak perempuan mereka, Sharifah Aishah, 22, dan Sharifah Zulaikha, 21, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini. Katanya seorang lagi anak pasangan itu, Sharifah Zulaikha hanya dirawat sebagai pesakit luar. Beliau berkata kes itu disiasat sebagai mati mengejut dan mayat Syed Hussin dibedah siasat di hospital yang sama. Sementara itu, seorang lagi anak pasangan itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kebakaran itu, Sharifah Athirah Alya, 16, berkata dia sedang tidur di sebuah bilik di rumah itu ketika kejadian terbabit berlaku. "Apabila saya terjaga dari tidur kira-kira pukul 10 pagi, saya lihat emak sedang merangkak ke luar rumah dari pintu dapur dengan api masih berada di badan," katanya ketika ditemui di rumah mayat hospital itu. Dia bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya lebih lanjut mengenai kejadian kebakaran itu. -BERNAMA |
"Kalau Tak Nak Hang Bunuh Saja Bapak Hang Ni, Bagi Aku Tanam" Posted: 14 Mar 2012 04:29 AM PDT ![]() KULIM - "Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang," antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin. Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya. Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka. Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya. Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini. "Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya. "Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya," katanya. Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya. Katanya, memandangkan kasihan dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu. "Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk. "Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya," katanya. Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya. Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah. Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua. Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga. Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka. Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua. -SH |
Ibu 'Bayi Alas Kaki' Dipenjara Sehari Dan Didenda RM2,000 Posted: 14 Mar 2012 02:59 AM PDT ![]() Wan Syafira Wan Nazri, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor 1234 Kampung Beladau Kepong, Manir di sini ketika disoal siasat pada 12.30 malam, 25 Februari lepas. Dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim. Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai itu didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Insp Miky Dustan Musa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes pada 25 Februari lalu, tertuduh dengan sengaja telah memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam (polis) menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang yang lain. Bernama sebelum ini melaporkan seorang pembantu kedai sanggup mengadakan cerita kononnya bayi itu ditinggalkan di rumahnya oleh seorang warga emas. Namun tindakan wanita itu berjaya dibongkar polis berdasarkan laporan yang bercanggah yang dikemukakannya dan dia disyaki tidak bercakap benar dan bayi tersebut adalah miliknya sendiri. - Bernama klik untuk baca ![]() |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan