Ahad, 11 Mac 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[SAH] Shahrizat Letak Jawatan Sebagai Menteri 8 April

Posted: 11 Mar 2012 01:23 AM PST

Kuala Lumpur, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bulan depan tetapi akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

"Pada 8 April, apabila tamat tugas saya sebagai senator, saya akan berundur sebagai menteri," dia berkata di Desa Water Park di sini.

Perletakan jawatan beliau itu dilihat selepas empat bulan setengah pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap diri dan juga keluarganya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta oleh syarikat keluarganya Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Projek penternakan lembu itu diketuai oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka.

Mereka menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan pada 2006, ketika Shahrizat (gambar) pada masa itu merupakan menteri Kabinet.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelum ini menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan oleh pemimpin-peminpin Umno dan menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap proijek berkenaan kerana beliau hanyalah merupakan isteri kepada Salleh.

NFCorp mula mendapat perhatian setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara melaporkan projek penternakan lembu berkenaan gagal mencapai sasaran.

Sejak dari itu, pembangkang mula membuat beberapa siri pendedahan syarikat mereka menyalahgunakan dana projek berkenaan untuk perkara yang tidak berkaitan dengan penternakan.

Ini termasuklaj pembelian condominium bernialai jutaan ringgit di Bangsar dan Singapura termasuk lot tanah di Putrajaya.

Polis malah telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah-pengarah NFCorp kerana telah melakukan kesalahan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan berkenaan.

Shahrizat dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 2001 dan mengekalkan jawatan selepas Pilihan Raya Umum 2008 walaupun beliau tewas ketika pilihan raya tersebut.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial sebelum menyambung portfoli Kabinetnya. -TMI

Shahrizat sah undur bulan depan

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam dilaporkan berkata, beliau akan mengumumkan kedudukan Shahrizat pada waktu yang sesuai ekoran pelbagai khabar angin mengatakan senator itu akan meletakkan jawatan.

Dalam progam di Pasir Gudang, Shahrizat kelihatan berbincang dengan Najib beberapa ketika sebelum perdana menteri memberitahu perkara itu akan diumumkan tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.

Selain desakan pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti.

Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan."
-mk



Ulasan GB

Kebenaran tetap kebenaran yang akhirnya tidak boleh disangkal lagi.

Pendedahan demi pendedahan yang akhirnya Shahrizat sudah tidak berupaya untuk menutupnya lagi walaupun cuba menafikan perletakan jawatannya berhubungkait dengan skandal NFC.

GB sudah menyatakan sebelum ini bahawa perletakan jawatan Shahrizat adalah satu kemestian tetapi BELUM CUKUP lagi. Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu diwujudkan bagi menyiasat segala penyelewengan wang milik rakyat.


Sudah banyak ulasan GB mengenai isu lembu Fidlot ini. Diantaranya, petikan:

Singsing lengan depan orangramai...Sudah buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai!

Hanya untuk menutup isu, untuk menutup dimalukan dengan isu lembu, berlagak gagah bersinsing lengan.... aparaahhh....

Nanti betul-betul Allah tanggalkan baju dan tanggalkan kain baru tahu...



Satu Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat NFC sepertimana yang di cadangkan oleh PAC.

Jika Najib enggan mendengar tuntutan penubuhan Suruhanjaya itu, ia bererti satu petanda bahawa Putrajaya akan bertukar tangan. Hukum "kebenaran dan keadilan" akan mengambil tempatnya dimana UMNO BN sudah tidak layak untuk menduduki Putrajaya dan akan digantikan dengan parti lain.

Kami peringatkan: Jangan main-main dengan Tuhan!





Mayat Adik Yushahiriezal Ditemui Lemas Di Sungai Kinta

Posted: 11 Mar 2012 12:31 AM PST

Batu Gajah - "Saya terkilan kerana hajat anak saya untuk menyertai kelab taekwondo di sekolahnya tidak kesampaian," luah Mazlinah Rintan, 30, ibu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang ditemui lemas di Sungai Kinta di sini, semalam.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya hilang empat hari lalu dipercayai tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di kuarters Kem Syed Putra, Jalan Tambun, di Ipoh, 45 kilometer dari tempat dia ditemui.

Lebih memilukan, adik bongsu mangsa, Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, masih tertanya-tanya ke mana abangnya pergi kerana mereka sangat rapat sejak dari kecil.

Ibunya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Batu Gajah (HBG) berkata, walaupun terkejut, dia reda dan menerima kehendak Ilahi dengan hati terbuka.

Menyentuh tentang hajat si anak sebelum ini, bukan niatnya tidak membenarkan Yushahiriezal menyertai kelab tersebut tetapi atas faktor kewangan perkara itu terpaksa diketepikan terlebih dahulu.

"Setiap hari saya berdoa agar dia (Yushahiriezal) ditemui dalam keadaan selamat, tapi apakan daya ALLAH lebih menyayanginya. Namun saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan dan jasadnya telah ditemui walaupun terpaksa menunggu selama empat hari dengan penuh debaran," ujarnya dengan air mata tak putus-putus.

Ketika melakukan pengecaman mayat Mazlinah akui tidak percaya tubuh kaku kanak-kanak yang ditemui itu adalah anak lelaki tunggalnya.

"Selepas melihat baju kelabu yang masih berada di tubuhnya, saya yakin mayat kanak-kanak itu memang anak saya," katanya dengan nada sebak.

Orang awam beri maklumat

KUMPULAN tentera yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Kapten Mohamad Anas Emran mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa oleh orang awam kira-kira jam 11.30 pagi.

Mohamad Anas berkata, seramai 10 anggota tentera terbabit dalam operasi itu yang bermula sejak pagi semalam.

Katanya, seorang lelaki yang merupakan penduduk setempat ternampak mayat seorang budak lelaki dalam keadaan separuh bogel terapung berhampiran dahan pokok di tebing sebelah kiri Sungai Kinta yang terletak di antara sempadan Malim Nawar dan Tanjung Tualang.

"Sejurus menerima maklumat tersebut, saya bersama dua anggota lain menaiki bot yang dikemudi orang awam terbabit untuk ke lokasi berkenaan.

"Kami segera mengangkat mayat itu dan menghantarnya ke Balai Polis Tanjung Tualang untuk membuat laporan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik HBG," katanya.

Mayat Yushahiriezal ditemui dalam keadaan menyayat hati akibat berendam empat hari di dalam air.

"Tubuh mangsa kelihatan kembung selain muka dan bahagian tubuhnya mula membengkak mungkin disebabkan arus deras selain berlanggar dengan batu yang berada di dalam sungai," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kakak sulung mangsa, Yusmieyirah Jidun, 14, dan bapa mereka Jidun Muktar, 33, turut berada di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Malah, Jidun turut memandikan dan mengapankan jenazah anak lelakinya itu sebelum dibawa pulang ke Kem Syed Putra untuk disembahyangkan di sana.

Jenazah Yushahiriezal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, malam semalam. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Shahrizat Umum Letak Jawatan Petang Ini

Posted: 10 Mar 2012 11:36 PM PST

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Shahrizat akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

"Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu," katanya.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

"Shahrizat telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.

"Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut," jelas Ketua Wanita Umno negeri.

Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.

"Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI," kata sumber tersebut.

The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.

The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.

"Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur," kata Presiden Umno itu di Johor.

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu. -TMI

Shahrizat to resign

DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil will resign as minister and Wanita Umno chief in the next few days, sources close to her who are also senior movement leaders said.

A state Wanita Umno chief said Shahrizat, who is also Women, Family and Community Development Minister, told her close circle of executive council members on Friday night that she would be relinquishing both her posts.

It is also learnt that Shahrizat had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Friday to discuss her resignation. "Shahrizat told us she wanted to let go of both her posts. She was not happy with suggestions that she resign as minister but remain as Wanita Umno chief until the next party election. She sees no point in this.

Therefore, she made up her mind to relinquish both positions," said the state Wanita Umno chief.

The source added that some of the movement's senior leaders who were upset with Shahrizat's decision met with Najib the same day to discuss the matter. Another senior Wanita leader said a close aide of Shahrizat's had informed some Wanita members that Shahrizat would resign on Saturday (yesterday).

"However, this did not happen. We are puzzled as her officer was very confident that an announcement would be made that day. Perhaps she is waiting for the right time."

Other highly-placed sources said it was certain that Shahrizat would not be fielded in the upcoming general election. There were also many other signs yesterday pointing to an impending announcement of Shahrizat's resignation.

Najib and Shahrizat's short exchange before the start of a press conference following the launch of a Wanita Barisan Nasional welfare programme, Jelajah Sayang 1Malaysia, at the Pasir Gudang Municipal Council, fuelled speculation that the Wanita Umno chief would make an important announcement soon.

Shahrizat was stopped by Najib while they were both walking towards the stage for the press conference. They proceeded to discuss in hushed tones while approaching their seats on the stage.

Reporters overheard what was discussed between the two. To a question from Najib, Shahrizat said: "It is not the right place. It is not proper. Maybe tomorrow (today)."

Realising what she said was heard by press members, Shahrizat flashed them a smile and sat down.

When asked later on rumours that Shahrizat was resigning, Najib said an announcement about Shahrizat's posts would be made later.

"There are all kinds of rumours. But we will make the appropriate announcement," said Najib.

When pressed further on whether Shahrizat would be resigning as minister or Wanita Umno chief, Najib said: "Don't worry, we will make the proper announcement."

Shahrizat had recently said that she was leaving it to Najib whether to reappoint her as senator when her term expires on April 8.

Shahrizat had arrived in Johor on Friday to attend a Wanita Umno retreat at the Biro Tatanegara camp in Gunung Pulai near Kulaijaya. A notable absentee at the retreat was her deputy, Datuk Kamilia Ibrahim, who has a strained relationship with Shahrizat following her statement that Umno's leaders must place party interests above their own.

The Pasir Gudang event yesterday was Shahrizat's second for the day, after the Wanita Umno Jelajah Squad Sayang event at Gunung Pulai launched by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Shahrizat is linked to the National Feedlot Corporation (NFCorp) controversy.
Her husband, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, heads the NFCorp, which is involved in the beef valley project, the National Feedlot Centre, in Gemas, Negri Sembilan.

The 2010 Auditor-General's Report had pointed out several weaknesses in the project. Various quarters had urged Shahrizat to step down as minister.

Shahrizat was appointed as women and family development minister in 2001 and held the post until March 2008 when she lost in the general election.

She was then appointed as a special adviser to the prime minister on women affairs and social development. A year later, she was reappointed as women, family and community development minister. Additional reporting by Masami Mustaza and Rozanna Latiff.
-NST



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Lagi Kanak-kanak Hilang, Disyaki Diculik

Posted: 10 Mar 2012 09:38 PM PST

Petaling Jaya: Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang, kelmarin, 11 hari selepas kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang disyaki diculik selepas keluar ke kedai berhampiran rumahnya di Johor Bahru masih belum dapat dikesan.

Mangsa terbaru, Wan Hazim Mohd Khaidir, 7, murid tahun satu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat bermain sendirian di halaman rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, petang kelmarin.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan menonton televisyen di ruang tamu rumahnya jam 12.30 tengah hari sebelum ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof bersama adik bongsunya keluar untuk ke kedai milik mereka di Shah Alam.

Menurut Wan Nor Azma, 33, yang juga peniaga barangan kemas, ketika keluar rumah, Hazim baru selesai makan tengah hari sebelum menonton televisyen, manakala anak sulungnya yang berusia lapan tahun pula di tingkat atas rumah mereka bersama pembantu rumah.

"Sebelum keluar ke kedai kami, saya menutup rapat pintu rumah tapi tidak menguncinya kerana percaya Hazim tidak akan keluar rumah bersendirian, tambahan pula pembantu rumah juga ada di rumah.

"Menurut pembantu rumah, dia turun ke tingkat bawah jam 1 tengah hari tapi tidak melihat Hazim di ruang tamu, menyebabkan dia beranggapan anak kedua saya mengikut saya ke kedai," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kehilangan Hazim hanya disedari apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang selepas ditanya pembantu rumahnya.

Wan Nor Azma berkata, terperanjat dengan pertanyaan pembantu rumahnya, dia terus menghubungi suaminya, Mohd Khaidir Hassan sebelum mereka mencari di sekitar kawasan perumahan itu, selain bertanya jiran.

"Mungkin Hazim membuka pintu dan keluar bersendirian selepas menyedari tiada orang di rumah. Saya buntu memikirkan keadaan anak saya dan di mana dia tidur malam tadi (semalam).

"Hazim susah nak bergaul dengan orang dan sebelum ini dia lebih selesa berada di rumah serta jarang bermain di luar. Namun saya yakin dia keluar dari rumah kerana jiran sebelah memberitahu ada melihatnya bermain di halaman rumah sebelum waktu solat Jumaat," katanya.

Menurutnya, selepas beberapa jam gagal menemui anaknya, dia bersama suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Saya harap sesiapa menemui Hazim yang kali terakhir memakai baju-T kelabu dan jeans biru dapat menghubungi kami di talian 012-3400034 atau menyerahkannya ke balai polis berhampiran.

"Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya hilang. Kami hanya mampu berdoa dan meneruskan usaha mencari Hazim selain mengharapkan dia dalam keadaan selamat," katanya. -HM

Najib Tiada Pilihan Lain, Undurkan Shahrizat Atau BN Kalah Teruk Dalam PRU

Posted: 10 Mar 2012 07:50 PM PST

PM umum kedudukan Shahrizat waktu sesuai

PASIR GUDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

"Bukan khabar angin, kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini yang turut dihadiri Shahrizat.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.

Sebelum itu, media dimaklumkan satu pengumuman penting akan dilakukan dalam majlis tersebut menyebabkan setiap butiran ucapan Sharizat itu didengari dengan teliti.

Sebelum sidang media itu, Shahrizat juga kelihatan berbincang dengan Perdana Menteri beberapa ketika sebelum Najib memberitahu perkara itu akan diumumkan pada waktu yang sesuai tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan." -SH

Shahrizat to resign

DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil will resign as minister and Wanita Umno chief in the next few days, sources close to her who are also senior movement leaders said.

A state Wanita Umno chief said Shahrizat, who is also Women, Family and Community Development Minister, told her close circle of executive council members on Friday night that she would be relinquishing both her posts.

It is also learnt that Shahrizat had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Friday to discuss her resignation. "Shahrizat told us she wanted to let go of both her posts. She was not happy with suggestions that she resign as minister but remain as Wanita Umno chief until the next party election. She sees no point in this.

Therefore, she made up her mind to relinquish both positions," said the state Wanita Umno chief.

The source added that some of the movement's senior leaders who were upset with Shahrizat's decision met with Najib the same day to discuss the matter. Another senior Wanita leader said a close aide of Shahrizat's had informed some Wanita members that Shahrizat would resign on Saturday (yesterday).

"However, this did not happen. We are puzzled as her officer was very confident that an announcement would be made that day. Perhaps she is waiting for the right time."

Other highly-placed sources said it was certain that Shahrizat would not be fielded in the upcoming general election. There were also many other signs yesterday pointing to an impending announcement of Shahrizat's resignation.

Najib and Shahrizat's short exchange before the start of a press conference following the launch of a Wanita Barisan Nasional welfare programme, Jelajah Sayang 1Malaysia, at the Pasir Gudang Municipal Council, fuelled speculation that the Wanita Umno chief would make an important announcement soon.

Shahrizat was stopped by Najib while they were both walking towards the stage for the press conference. They proceeded to discuss in hushed tones while approaching their seats on the stage.

Reporters overheard what was discussed between the two. To a question from Najib, Shahrizat said: "It is not the right place. It is not proper. Maybe tomorrow (today)."

Realising what she said was heard by press members, Shahrizat flashed them a smile and sat down.

When asked later on rumours that Shahrizat was resigning, Najib said an announcement about Shahrizat's posts would be made later.

"There are all kinds of rumours. But we will make the appropriate announcement," said Najib.

When pressed further on whether Shahrizat would be resigning as minister or Wanita Umno chief, Najib said: "Don't worry, we will make the proper announcement."

Shahrizat had recently said that she was leaving it to Najib whether to reappoint her as senator when her term expires on April 8.

Shahrizat had arrived in Johor on Friday to attend a Wanita Umno retreat at the Biro Tatanegara camp in Gunung Pulai near Kulaijaya. A notable absentee at the retreat was her deputy, Datuk Kamilia Ibrahim, who has a strained relationship with Shahrizat following her statement that Umno's leaders must place party interests above their own.

The Pasir Gudang event yesterday was Shahrizat's second for the day, after the Wanita Umno Jelajah Squad Sayang event at Gunung Pulai launched by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Shahrizat is linked to the National Feedlot Corporation (NFCorp) controversy.
Her husband, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, heads the NFCorp, which is involved in the beef valley project, the National Feedlot Centre, in Gemas, Negri Sembilan.

The 2010 Auditor-General's Report had pointed out several weaknesses in the project. Various quarters had urged Shahrizat to step down as minister.

Shahrizat was appointed as women and family development minister in 2001 and held the post until March 2008 when she lost in the general election.

She was then appointed as a special adviser to the prime minister on women affairs and social development. A year later, she was reappointed as women, family and community development minister. Additional reporting by Masami Mustaza and Rozanna Latiff.
-NST


Ulasan GB

Najib sedar bahawa beliau tiada pilihan lagi: Shahrizat mesti diundurkan sebelum "lembu-lembu NFC" terus membawa najis ke dalam partinya mempalitkan setiap pemimpin UMNO yang lain.

"MOU Kazakhstan" dimana Najib terlibat menyaksikan majlis itu sudah terbongkar.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[Video] Syabas, Chong Wei Ke Perlawanan Akhir All England

Posted: 10 Mar 2012 06:05 PM PST

Perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England untuk memenangi gelaran buat tahun ketiga berturut-turut.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham sebentar tadi, juara bertahan ini menewaskan Lee Hyun Il, dari Korea Selatan, 21-19 dan 21-18 dalam masa 44 minit.

Di perlawanan akhir, Chong Wei akan bertemu sama ada Lin Dan ataupun Kenichi Tago.

Tahun lalu, Chong Wei mengetepikan musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan. Ketika itu dia mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17.

Bagaimanapun, kempen beregu campuran utama negara, Goh Liu Ying/Chan Peng Soon untuk mara ke final berakhir apabila tunduk kepada gandingan Indonesia,
Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir.

Beregu Malaysia itu memberi tentangan hebat kepada beregu nombor empat dunia dari Indonesia itu pada set pertama separuh akhir dengan 25-27 dan terpaksa
terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan pada set kedua 16-21.

Tontowi/Liliyana akan bertemu dengan beregu campuran dari Denmark, Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl, pada peringkat akhir kejohanan berprestij itu di National Indoor Arena, Birmingham, malam ini.



Ibrahim Ali Yang Bakal Mati Katak Dalam Politik Malaysia

Posted: 10 Mar 2012 03:27 PM PST

Perkasa mahu Nik Aziz berundur

GUA MUSANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu berundur sebagai Menteri Besar kerana tidak lagi layak menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, malah tidak wajar bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, banyak sebab menteri besar itu perlu berundur, bukan sahaja disebabkan faktor umur, tetapi juga kelemahan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.

Nik Abdul Aziz mengetuai Kerajaan Kelantan sejak Pas menguasai negeri itu pada 1990.

Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 menggunakan tiket Pas berkata, antara sebab lain kegagalan membawa perubahan ke arah kemajuan masa depan rakyat dan sumber pendapatan kerajaan negeri yang semakin menurun.

"Kalaulah dia terus memegang jawatan itu sudah tentu rakyat akan berdepan dengan banyak masalah.

"Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz berundur sebelum PRU13," katanya di sini.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, penyandang jawatan Menteri Besar perlu dilantik daripada kalangan pemimpin muda yang berpelajaran tinggi dan mempunyai perancangan berwawasan untuk kemajuan rakyat.

Katanya, Nik Abdul Aziz boleh dikatakan memegang jawatan Menteri Besar itu hanya sebagai pemerhati kerana tidak mampu melakukan apa sahaja pembaharuan menyebabkan Kelantan masih mundur dan kurang peluang pekerjaan.

"Kalau nak dikatakan dia layak sebagai mufti tidak juga kerana banyak fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan mufti lain berikutan ada kepentingan politik peribadinya.

"Tambah pula sekarang terikut-ikut telunjuk parti pakatan termasik DAP dan PKR.

"Adalah lebih baik dia berehat sahaja di rumah dan memberi laluan kepada orang yang lebih muda untuk menerajui kerajaan negeri supaya ada perancangan yang berguna," katanya.

Beliau mengakui kelemahan kepimpinan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan Kerajaan Pusat menghulurkan pelbagai bantuan khususnya kewangan bagi membangunkan negeri berkenaan sejak dahulu sampai sekarang.

Katanya, rakyat negeri itu juga sudah kurang yakin dengan kemampuan Nik Abdul Aziz terus menerajui Kerajaan Kelantan dan kemungkinan besar menolak Pas pada PRU13.

"Pada hemat saya sudah nampak dengan jelas rakyat semakin muak dengan karenah kepimpinan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada membawa perubahan untuk mereka," katanya. -SH

PRU-13: Tiada simbol PAS buat Ibrahim tanding di Pasir Mas

PAS tidak akan memberi laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding semula di kubu kuatnya di bahagian Parlimen Pasir Mas, Kelantan atas lambang parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Tidak, kami tidak akan membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS lagi... apa yang diputuskan pada tahun 2008 bersifat sekali sahaja, itu adalah keputusan 'one-off'," kata ahli jawatankuasa PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata pihaknya sudah memutuskan dari dahulu lagi bahawa ruang yang diberikan kepada Ibrahim dua tahun lalu hanya bersifat "sekali sahaja".

"Keputusan ini bukan yang baru, memang dari dulu lagi kami sudah memutuskan demikian. Pada pilihan raya umum akan datang PAS akan meletakkan calon di kerusi Pasir Mas, sama ada Ibrahim Ali tanding atau tidak, PAS tetap akan meletakkan calon sendiri," kata bekas pengarah pilihan raya PAS Kelantan ini.

"Keadaan 2008 tidak akan berulang, sebaliknya jika PAS letak calon, BN letak calon, Ibrahim juga mahu bertanding, maka akan ada saingan tiga penjuru... balik kepada keadaan asal seperti tahun 2004 di mana beliau kalah teruk," kata Wan Abdul Rahim yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Sebelum ini Ibrahim, ahli Parlimen Bebas pernah berkata bahawa walaupun beliau telah memutuskan kerjasama dengan PAS tetapi "hubungan di segi sahabat, berkongsi maklumat dan cita-cita politik masih macam biasa".

"Saya kekal sebagai calon Bebas, maknanya, saya boleh berkawan dengan sesiapa, boleh bertegur sapa dengan sesiapa, kritik sesiapa, dan semuanya boleh kritik dan hentam saya.

"Maksudnya (saya) tidak memihak pada mana-mana pihak tetapi bebas," katanya.

Ibrahim menjadi ahli Umno sejak 1981 tetapi telah dipecat pada 2003.

Ekoran tindakan itu, Ibrahim bertanding di kawasan Pasir Mas pada 2004 sebagai calon Bebas tetapi gagal.

Pada tahun 2008, Ibrahim bertanding menggunakan simbol PAS tetapi duduk di Dewan Rakyat atas kapasiti sebagai calon Bebas.

PAS menawarkan Ibrahim untuk menggunakan simbolnya.

Pada tahun 2004 kerusi Pasir Mas dimenangi calon PAS iaitu Ismail Noh yang memperoleh 17,526 undi manakala calon BN, Abd Rahim Abd Rahman mendapat 16,275 dan Ibrahim pula 6,198.

Dua tahun lalu, Ibrahim menerima 28,673 undi manakala calon BN, Ahmad Rosdi Mahmud 19,682.

"Permusuhan" antara PAS dan Ibrahim mula tercetus awal tahun lalu selepas wakil rakyat itu dilihat mengkritik semua pihak tidak kira parti termasuk Pakatan Rakyat.

Situasi itu menyebabkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta beliau meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi berkenaan.

Ibrahim kemudian menubuhkan Majlis Bertindak Rakyat Kelantan (MTRK) dan yang terbaru Perkasa.

Wan Rahim juga berkata berdasarkan maklumat yang beliau terima kemungkinan Umno juga akan meletakkan calonnya Pasir Mas dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun Perkasa dikatakan menjadi pertubuhan bukan kerajaan yang mencabar peranan Umno tetapi parti dominasi BN itu menganggap Ibrahim sebagai rakan mereka.



Ulasan GB

Ibrahim Ali menyangkakan jika TGNA berundur, harapannya untuk menang di dalam pilihanraya lebih cerah.

Walhal, beliau yang telah menipu TGNA dan PAS di Kelantan tidak menyedari bahawa riwayat politiknya yang bakal berakhir lantaran penipuannya itu.

Bukan TGNA yang ingin bertanding tetapi ahli PAS seuruh negara yang tidak benarkan beliau berundur.

Dan rakyat Pasir Mas sedang menunggu untuk menghukum Ibrahim Ali di dalam PRU13 nanti. Jangan cuba lari ke kawasan lain!

Kebenaran Terdedah, Akhirnya Tupai Yang Dimaksudkan TGNA Dikenalpasti

Posted: 10 Mar 2012 07:37 AM PST

Nik Aziz: Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

Nik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan,"
katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana.

Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular".

"Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan.

Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu. -mk

Ahli PAS dedah sikap Azizan

ALOR SETAR: Kumpulan penentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa menteri besar seorang yang angkuh tetapi licik berpolitik.

Menurut Abdullah Hashim ahli PAS Sungai Limau DUN yang diwakili menteri besar, Azizan mengamalkan politik pecah dan perintah.

"Saya diarahkan oleh PAS untuk membuat kerja-kerja untuk YB Nasharuddin Mat Isa (bekas ahli parlimen) Yan tetapi Azizan tidak setuju.

"Dia tidak tidak pernah turun ke kawasan Yan. Saya bertanggung dengan kenyataan saya ini, saya tidak amal baling bantu sembunyi tangan" dakwa Abdullah yang menurutnya pernah menjadi orang rapat Azizan.

Nasharuddin menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999 sebelum bertanding di parlimen Besut, Terengganu pada tahun 2004.. Ketika ini beliau merupakan ahli parlimen Bachok, Kelantan.

Bagaimanapun, menurut Abdullah yang lebih dikenali dengan Lah Semangat 46, penentangan terhadap Azizan yang terbaru ini berlaku ekoran kenaikan tarif air pada tahun 2010.

Abdullah pada mulanya ahli Umno sebelum menyertai Semangat 46 dan akhirnya menjadi ahli PAS
dan orang rapat Azizan.

"Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air.

"Kami tidak menentang PAS tetapi menentang Azizan kerana manifesto tinggal nama sahaja di mana pelaksanaannya?" katanya ketika dihubungi hari ini.

Krisis PAS Kedah tercetus apabila dua Exco kerajaan negeri – Dr Ismail Salleh dan Datuk Phahrolrazi Zawawi menolak untuk dilantik semula atas alasan tidak boleh menerima kepimpinan Menteri Besar.

Phahrolrazi adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah manakala Ismail, Timbalan Pesuruhjaya 2.

Bagaimanapun, ekoran campur tangan PAS Pusat kedua-dua mereka dilapurkan setuju menerima jawatan tersebut.

"Kita akan lawan sehingga Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Ratusan ribu orang PAS menyokong kumpulan kami.

"Hanya Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung) yang menyokong Azizan.

"Dan penyokong-penyokong Azizan yang mendapat rezeki darinya menyokong Menteri Besar itu," dakwa Abdullah lagi.
-FMT


Ulasan GB

Tak begitu lama, hanya beberapa ketika, akhirnya Tuhan dedahkan, siapa tupai yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz.

Tabiat tupai melompat dari satu pokok ke satu pokok - dari UMNO rupanya dia, kemudian Semangat 46 kemudian jadi ahli PAS.

Pengakuannya: "Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air.

Satu hal yang tidak pernah dilakukan oleh ahli-ahli PAS terhadap pucuk pimpinan sendiri tetapi berlaku di Kedah dan ramai juga "ahli PAS" yang termakan racun yang dibawa tupai berkenaan untuk menjatuhkan pemimpin PAS sendiri.

Tak berjaya dengan isu "kontrak selenggara jalan" yang merupakan satu fitnah, apabila kontrak yang dimasudkan itu yang kononnya bernilai RM1 bilion hanyalah hearsay, kini kumpulan tupai ini beralih dengan memperlekehkan dan memburukkan peribadi kononnya Ust Azizan angkuh, "cenge", kononnya beliau terlalu keras dan seumpamanya. Satu kaedah tipikal digunakan oleh mereka yang bankrap politik apabila gagal menyerang lawannya apabila kehabisan dan ketiadaan modal dan isu.

Dan terlalu bodoh pula ahli-ahli PAS yang ada tarbiyah mengikut tupai-tupai berkenaan. Bodoh sebodoh-bodohnya.

Sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh ke tanah jua, kata pepatah Melayu. tetapi ayat TGNA lebih lunak lagi: "Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan."


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Adik Mula Rindu Abang

Posted: 10 Mar 2012 05:34 AM PST

Ioh - "Kenapa abang jalan-jalan tak balik lagi?" Itulah pertanyaan yang lahir dari Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, adik bongsu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang dikhuatiri lemas dipercayai dibawa arus deras selepas tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di Kem Syed Putra, Jalan Tambun di sini Rabu lalu.

Kedua-dua adik beradik itu dikatakan mempunyai hubungan yang sangat akrab dan sering bermain bersama-sama sejak kecil.

Ibu mangsa, Mazlinah Rintan, 30, berkata, ramai orang memberitahu cerita yang berbeza-beza mengenai kehilangan anak tunggal lelakinya itu.

Menurutnya, ada orang yang mendakwa melihat Yushahiriezal di Taman Cempaka, malah ada juga yang terlihat kelibat anaknya itu pulang dari sekolah bersama seorang lelaki India, kelmarin.

"Malah ada dalam kalangan rakan-rakan yang ternampak anak saya bermain berhampiran longkang besar dekat rumah," katanya ketika ditemui di kuarters Kem Syed Putra, semalam.

Menurut cerita ibu kepada tiga cahaya mata itu, anaknya keluar dari rumah kira-kira jam 3 petang selepas pulang dari sekolah.

"Selepas pulang, dia (Yushahiriezal) terus menukar baju berwarna kelabu dan memakai seluar sekolahnya serta meminta izin dari saya keluar rumah untuk bermain dengan rakan-rakan.

"Pada waktu itu cuaca masih cerah namun sejam kemudian hujan lebat melanda tetapi anak saya masih belum pulang," katanya yang berasal dari Tuaran Sabah dan sudah menetap hampir 10 tahun di kuarters tersebut.

Mazlinah berkata, sehingga jam 7 petang anaknya masih tidak pulang dan hatinya mula berasa bimbang.

Beliau menyuruh anak sulungnya, Yusmieyirah Jidun, 14, mencari Yushahiriezal di sekitar kem dan rumah rakan-rakannya.

"Namun, Yushairiezal tidak ditemui," katanya yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Ampang (kemudian kes dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh) pagi kelmarin.

Kemudian, usaha mencari anaknya mula dijalankan oleh anggota tentera dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula jam dua petang hari yang sama.

"Mereka hanya menemui seluar sekolah yang dipakai anak saya tersangkut di ranting di dalam longkang berhampiran Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) semalam (kelmarin).

"Kami sekeluarga berdoa semoga anggota penyelamat dapat membantu menemui Yushairiezal dengan segera," katanya yang bekerja di sebuah pasar raya besar di sini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras selepas tergelincir dalam longkang sedalam antara dua hingga tiga meter di Kem Syed Putra, Jalan Tambun.

Menurut maklumat awal, Yushairiezal bermain bola sepak bersama rakannya berhampiran longkang itu dan tidak pulang ke rumah.

Operasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh bermula dari longkang berkenaan sehingga ke Sungai Pinji bagaimanapun gagal menemui mangsa dan operasi kemudian ditangguhkan pada jam 7.30 malam kelamrin.

Bagaimanapun, sehelai seluar biru dipercayai milik mangsa dijumpai tersangkut di ranting di Sungai Pinji.

Mangsa masih dicari

Usaha mencari dan menyelamat Yushahiriezal yang juga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya di sini giat dijalankan anggota tentera Kem Syed Putra, Jalan Tambun dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, semalam.

Pegawai Memerintah Dua Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Abu Hasan Asshari Shaffie berkata, beliau bersama 12 anggota menjalankan operasi menggunakan dua bot sejak jam 7 pagi.

Mereka turut mendapat bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Ipoh dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah untuk mengkoordinasi kawasan pencarian mangsa.

"Pencarian kami diteruskan dengan bantuan pihak bomba sepanjang operasi dijalankan," katanya ketika ditemui semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Halid Md Zain berkata, seramai lima anggotanya ditugaskan untuk menjalankan pemantauan di sepanjang jambatan Sungai Kinta hingga ke Chenderong sejak jam 8 pagi semalam.

"Kami memantau kawasan mengikut aliran sungai yang dikenal pasti namun setakat ini mangsa masih belum ditemui, " katanya.

Mangsa masih tidak ditemui setakat jam 6 petang semalam. -SH

Tiada ulasan: