Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Dua Pelancong Maut - Bas Dari Genting Highlands Terbalik
- PAS Pusat Patut Halang Phahrolrazi Adakan Sidang Media
- [TERKINI] Isu Kedah: Azizan Kekal MB, Phahrolrazi & Ismail Kembali Sebagai Exco [updated]
- Najib Perlu Lepaskan Jawatan Sebagai Menteri Kewangan
- Azab Sewaktu Mati Akibat Memakai Susuk
- Hijrah Artis - Mereka Menyambut Hidayah Yang Dikurniakan Ilahi
- Waspada - Ada Lembu Mengamuk Nak Serang Negeri Pakatan Habis-habisan
- Laporan Polis Terhadap FELDA Ekoran Pekeliling Paksa Peneroka Serah Dokumen
- Akhiri Dara Pada Usia Emas
- [Bergambar & Video] Amerika Dihentam Puting Beliung, 29 Terbunuh
[Bergambar] Dua Pelancong Maut - Bas Dari Genting Highlands Terbalik Posted: 05 Mar 2012 01:20 AM PST Kuala Lumpur: Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands pada Isnin. Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi. "Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong kepada Bernama. Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti. Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi. Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya. - BERNAMA kredit Foto-foto: NST dan mstar |
PAS Pusat Patut Halang Phahrolrazi Adakan Sidang Media Posted: 05 Mar 2012 12:00 AM PST PAS: Phahrolrazi, Ismail perlu terima jawatan semula PAS mengumumkan hari ini bahawa dua orang anggota exco kerajaan Kedah -- Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh -- perlu menerima semula jawatan berkenaan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut diputuskan demikian dalam mesyuarat khas di antara pemimpin berkenaan Sabtu lalu, termasuk bersama pesuruhjaya negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Mesyuarat tertutup itu diadakan untuk membincangkan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur Khamis lalu gagal menemui jalan penyelesaian. Mustafa berkata, PAS "optimis" bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan akan berbuat demikian bagaimanapun parti itu masih belum mendengar maklum balas daripada kedua-dua pihak berkenaan. Ismail juga tidak hadir ke mesyuarat tersebut, katanya. Mustafa juga enggan membuat andaian sekiranya Phahrolrazi dan Ismail tetap enggan mengangkat sumpah sebagai anggota majis mesyuarat kerajaan negeri. Mustafa juga enggan mendedahkan butiran yang dibangkitkan Phahrolrazi dan Ismail dalam mesyuarat itu, walau terus diasak wartawan dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. Tambahnya, tindakan kerajaan negeri dalam isu AUKU juga tidak ditimbulkan dalam mesyuarat tersebut. "Ia juga tidak ada kena mengena dengan pengagihan kerusi pilihan raya," katanya lagi. Selain itu, Mustafa berkata PAS juga akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk membantu kelicinan pentadbiran kerajaan negeri Kedah. "Kita tidak campur pentadbiran per se," katanya. -mk Ulasan GB Gb telah mendapat makluman bahawa Phahrolrazi akan mengadakan sidang medianya petang ini: Salam. Tuan/Puan dijemput hadir beramai . SIDANG MEDIA . Jam 5 petang ni dirumah YB Dato Phahrolrazi. Kewajipan semua hadir utk mengetahui lebih dekat kemelut yang berlaku. SEBARKAN pd ahli2 dan rakyat supaya semua pakat2 tau. T.Kasih. Wassalam -sedakasejahtera Ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat, mengulangi kes Hassan Ali yang membuat sidang konferens berkali-kali dengan membelakangkan pimpinan PAS Negeri dan Pusat sebelum beliau dipecat dan setelah dipecat. Apabila keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat, sepatutnya, keputusan itu diterima dengan redha dan hati terbuka, samada suka atau tidak suka, senang atau susah. PAS Pusat di dalam Majlis Mahabbah sepatutnya mengambil "baiah" dari semua yang terlibat supaya akur dan patuh kepada keputusan yang ditetapkan dan menghalang sebarang press conference selepasnya oleh semua pihak yang terlibat dengan isu Kedah ini. Jika tidak maka akan terus berlarutanlah isu Kedah ini dan keputusan PAS Pusat itu seperti tidak dihormati dan tidak diambil peduli. Sebelum Majlis Mahabbah pun, Phahrolrazi telah membuat press conferencenya terlebih dahulu di hadapan media massa yang selama ini memusuhi PAS. Berulanglah lagi kes Hassan Ali di Selangor dan Abdullah Ubai di Mekah. masing-masing lakukan "press conference" sendiri-sendiri tanpa restu pimpinan. (Abddullah Ubai memanggil para penyokongnya di dalam satu kelompok untuk menentang keputusan Rasulullah saw). Justeru itu bagi pandangan GB, apabila sesuatu keputusan telah dicapai secara jemaah, sebarang press conference oleh mereka yang terlibat adalah jelas HARAMnya. Dalil-dalilnya: Firmanullah: فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. An-Nisa': 65 Hadith Rasulullah mafhumnya: "Adalah menjadi tuntutan ke atas seorang muslim untuk mendengar dan mentaati samada perkara itu disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak diperintahkan berbuat maksiat" (Bukhari & Muslim) Kaedah Feqah menyebut: "Seseorang dituntut kerana pengakuannya" Minta pengesahan sekalian ustaz dan Dewan Ulamak mengenainya. klik untuk baca |
[TERKINI] Isu Kedah: Azizan Kekal MB, Phahrolrazi & Ismail Kembali Sebagai Exco [updated] Posted: 04 Mar 2012 09:28 PM PST Kuala Lumpur - Pas Pusat mencapai kata putus dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan telah meminta dua Exco yang terlibat kembali (menerima jawatan exco). Setiausaha Agung Pas, Datuk Musatafa Ali berkata, setelah mesyuarat khas bersama Presiden Pas di Alor Setar kelmarin Azizan diminta untuk meneruskan tugasnya seperti biasa. <"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Pharolrazi dan Datuk Ismail Salleh kembali sebagai exco dalam pentadbiran negeri Kedah. "Antara lain, Pas Pusat akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan beri pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada negeri tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat pagi ini. Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat Sabtu lalu di Alor Setar, Kedah. Pas pertemuan itu, Ismail tidak bersama, tetapi keputusan Pas Pusat ini telah di maklumkan. "Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yang kami putuskan," katanya. Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak. Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua Exco itu akan kembali menerima jawatannya. -SH Azizan kekal MB, 2 exco perlu kembali Ulasan GB Seperti yang GB telah jangka sebelum ini. Dan kita berharap isu Kedah selesai, bukan sekadar untuk menghadapi pilihanraya tetapi keputusan untuk jangkapendek dan jangkapanjang demi kemantapan jemaah PAS seluruhnya khususnya PAS Kedah. Kita tidak mahu dianggap membuat keputusan "seperti menyapu sampah ke bawah karpet", iaiatu keputusan jangkapendek yang hanya bertujuan menghadapi piliahnraya, tetapi satu keputusan tegas dan muktamad yang perlu diterima oleh semua pihak dengan hati terbuka dan tawadhu jika mereka masih menganggap diri mereka sebagai ahli jemaah. Ia menyangkut persoalan akhlak dan disiplin ahli jemaah. Tiada ruang untuk si keras kepala, tiada ruang untuk yang berdegil dan tiada ruang untuk mereka yang suka bertindak sendirian mengikut hawa nafsu dengan tidak mematuhi amal jamaiyy. Itu pertama. Kedua GB meminta pihak petugas akhbar rasmi PAS, Harakahdaily supaya mempertingkatkan efficiency dan effectiveness agar laporan mengenai isu-isu yang membabitkan parti cepat dilaporkan di dalam akhbar online PAS tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan rakyat bergantung dan termakan dengan berita-berita dan laporan-laporan dari akhbar media massa arus perdana yang sentiasa kelihatan memaparkan isu Kedah secara negatif. Jika rakyat cenderung untuk melihat isu Kedah secara senget, kesalahannya juga disumbangankan oleh kesalahan organ PAS seperti harakahdaily yang gagal menyajikan berita yang benar, tepat dan cepat kepada masyarakat umum. GB hairan mengapa harakahdaily begitu pasif dengan isu Kedah sejak dari awal lagi dengan membiarkan lambakan laporan sonsang arus media perdana tidak berjawab. Kami blogger hanya mampu menjalankan tugas mengikut kemampuan yang kami ada, tanpa upah tanpa obligasi khusus dari parti, kecuali memikul tanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan. GB dan lain-lain blogger hanya mengharapkan balasan dan keredhaan dariNya. Di sini, GB ingin mengucapkan merakamkan syabas dan terima kasih kepada pihak akhbar Sinar Harian yang lebih cepat melaporkan isu Kedah ini dengan laporan yang lebih objektif (walaupun tidak 100%) daripada akhbar-akhbar arus perdana yang lain, yang menyebabkan tafik akhbar dalam talian mereka sesak sejak isu Kedah bergelora. klik untuk baca |
Najib Perlu Lepaskan Jawatan Sebagai Menteri Kewangan Posted: 04 Mar 2012 07:13 PM PST Daim: PM tak harus pegang jawatan menteri kewangan Seseorang perdana menteri tidak seharusnya juga memegang jawatan menteri kewangan, kata pemimpin veteran Umno dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin. Katanya, tradisi perdana menteri memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Daim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan hari ini, berkata, perdana menteri sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku pengerusi BN dan ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga. Katanya, dengan melantik menteri kewangan kedua bagi membantu perdana menteri tidak akan membantu dalam perkara itu. "Jawatan menteri kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997). "Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai menteri kewangan dan menteri kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?" kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an. Katanya, perdana menteri yang merangkap sebagai menteri kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum. "Sistem yang baik adalah perdana menteri di atas menteri kewangan. Jadi, jika menteri kewangan membuat keputusan yang salah, perdana menteri boleh tampil dan membetulkan keadaan, " "Tetapi jika perdana menteri adalah menteri kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya. -mk Ulasan GB Tepat seperti yang GB utarakan sebelum ini. Petikan ulasan GB sebelum ini pada 16 Sept 2011 Semenjak Tun Dr. Mahathir memegang Kementerian Kewangan selain menjadi Perdana Menteri, trend itu nampaknya berterusan dengan diikuti oleh PM selepasnya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak. |
Azab Sewaktu Mati Akibat Memakai Susuk Posted: 04 Mar 2012 06:05 PM PST Berkubang buang susuk KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun. Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa. "Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan. "Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh. "Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai," katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat. Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan. -HM Definasi Susuk Susah mati pakai 'Susuk Pencinta' |
Hijrah Artis - Mereka Menyambut Hidayah Yang Dikurniakan Ilahi Posted: 04 Mar 2012 03:37 PM PST 1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer "Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT" 2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh' Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran 'Ustaz Rock' kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu. 3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB "Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi". 4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan' Bekas pelakon ‘Ali Setan’, Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini. 5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa' MELIHAT penampilannya yang kini berserban dan berjubah, siapa sangka beliau adalah bekas vokalis kumpulan rcok terkenal, Melissa dan pernah mempopularkan lagu hit, Cinta Untuk Nabila. Lagu itu begitu popular dan sering menjadi siulan anak muda lebih 15 tahun lalu kerana melodi dan liriknya yang berkesan, apatah lagi vokal penyanyinya yang nyaring dan meruntun hati. 6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut Penyanyi dan bekas komposer lagu-lagu dangdut, Iwan sudah berubah penampilan apabila mula mendekatkan diri dengan agama. Imejnya juga sudah berbeza dari dulu apabila memilih bersarban sebagai imej harian. Semua orang beranggapan Iwan sudah mahu menjauhkan diri daripada muzik 7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E Kumpulan EYE pernah menempah zaman populariti pada era 1980-an dan 1990-an melalui genre balada (jiwang).EYE telah menghasilkan 5 buah album sebelum ini iaitu Mekar, Satu Nukilan Abadi, Semakin Menjadi-jadi, Lebih Hebat Lagi dan Mahkota Impian. Namun setelah sekian lama menyepi, EYE tampil dengan satu konsep yang berlainan dengan sebelum ini. EYE akhirnya muncul dengan album ketuhanan pertama, Nama Mu. Album ini memuatkan 10 buah lagu baru seperti Thaif, Alpa, Keikhlasanmu, Arah,Agung Cintaku dan sebagainya. Album ini diterbitkan oleh Otai Studio dengan mengekalkan 4 ahli asal EYE iaitu Izam, Amir, Bard dan Arbi. Album ini boleh didapati melalui laman rasmi Facebook mereka. 8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze' Sham Kamikaze diberi hidayah apabila Imam Sudais atau Imam Abdul Rahman Al-Sudais, imam besar Masjidilharam menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sham Kamikaze. Sham Kamikaze teruja dengan peristiwa itu yang mana memang bukan sebarangan orang dapat bersalam dengan Imam Sudais apatah lagi dirinya yang menyambut tangan Imam Sudais. Sumber: Sham Kamikaze Insaf selepas Diberi Hidayah — LimauAis Sham Kamikaze Terus Berdakwah Walaupun Dikutuk & Dicerca 9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings' Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu. Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial. Baru-baru ini Mel muncul dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya. Kata Mel, dia menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana dia pernah bersama Wings satu waktu dulu. Namun kata Mel ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Dia selesa dengan kehidupan sekarang. Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan. [mStar - 7 Mei 2011] Lain2 Artis: Ashraf Muslim (Ustaz Amirul) Ashraf Muslim lahir pada 19 September 1981, di Teluk Emas, Melaka. Beliau merupakan anak pertama dari 7 orang adik beradik Ashraf merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi filem 'Aku Masih Dara', dan drama-drama tempatan seperti Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Puaka Niang Rapik, Ustaz Amirul dan beberapa lagi. Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional bersama Ustaz Lokman Abdul Hamid, iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis. Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain. Noorkumalasari Noor Kumalasari lahir pada tahun 1956 di Singapura. Beliau merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang terkenal pada 1970-an dan 1980-an. Noorkumalasari merupakan anak kepada S. Roomai Noor dan Datin Hajjah Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak. Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut mengacara, antaranya Anugerah Juara Lagu 1987. "Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang target untuk berubah. Bila saya bercerai dan tiga tahun menjanda, sembahyang pun bukan semua waktu... Noor berdoa, kalau ada jodoh lagi Noor nak seorang suami yang dapat membantu Noor dekatkan diri dengan Allah. "Alhamdulillah lepas 3 tahun jumpa suami sekarang... dia dulu moden juga... apa yang (saya) minta Allah makbul..." cerita NoorKumalasari kepada Damaitv. Aishah Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Kumpulan itu popular dengan lagu-lagu seperti 'Call me', 'Sensation', 'Paradise' dan beberapa lagi. Aishah telah berpecah dengan kumpulan Fan Club pada tahun 1992 dan seterusnya menjadi penyanyi solo. Aishah telah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 30hb April 2010. Pasangan ini telah bernikah di Narathiwat, Thailand. Wardina Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot lahir 5 Jun 1979 di Kuala Lumpur, ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja. Wardina mempunyai darah campuran Australia oleh bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya. Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi. Wardina Nasihat Rakan Artisnya Rujuk Pakar Dahulu Sebelum Komen Hudud Erma Fatimah Fatimah bt Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia. Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987. Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau. Filem pertama yang beliau arahkan ialah 'Perempuan Melayu Terakhir' lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Arahan terakhir beliau setakat ini adalah filem 'Diva Popular' yang menggandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn. Catriona Ross Catriona Noorhayati Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross @ Cat, adalah seorang pelakon yang berkacukan Melayu dan Scottish. Tentang pemakaian tudung, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai 2010 Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu. Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau. “Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. [Harian Metro] Catriona Ross: Saya Akan Sertai PAS Bila Saya Yakin Dapat Sumbang Sesuatu Kepada Parti Sheila Rusly Sheila Rusly merupakan pelakon komedi Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Sheila dilahirkan di Selayang pada 1970, memiliki darah campuran Melayu dan Cina. Dia mula bergiat aktif di persada seni sejak tahun 1986 ketika berusia 16 tahun. Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia. Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular. Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007. Seniwati Datuk Sarimah Datuk Sarimah Ahmad lahir pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang, lebih dikenali sebagai Sarimah dan merupakan artis Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya olehAllahyarham P. Ramlee. Beliau diberi pengenalan umum melalui filem Ali Baba Bujang Lapok. Seorang yang cepat bersinar bintangnya. Diantara filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi. Filem-filem lain lakonannya ialah Si Tanggang, Indera Bangsawan, Lubalang Daik, Neracha, Raja Bersiong, Ranjau Sepanjang Jalan, Warna-warna hati, Sepi itu indah, Momok the movie dan sebagainya lagi. Kumpulan Al Mawlid Seterusnya manusia yang tersimbah hidayah Allah adalah sekumpulan anak muda yang dulunya membawa muzik Pop R&B kini berubah angin dan membentuk Kumpulan Al Mawlid. Dianggotai oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) telah dipertemukan ketika menghadiri kuliah agama di Surau Al Hidayah di AU3 Keramat lantas membentuk kumpulan berbentuk dakwah ini. Irma Hasmie Seterusnya bekas kekasih Nabil si Raja Lawak cik Irma Hasmie. Artis yang sedang membintangi cerita Kasih Alia yang aku turut tonton di TV3 ini tampak begitu ayu setelah memilih bertudung sebagai langkah penghijrahan pertama. Semoga makin ramai lagi dan kalau boleh semua artis akan mengikut jejak-jejak yang sangat bagus ini, untuk kebaikan bersama. Biar Malaysia menjadi contoh kepada dunia, mempunyai artis-artis yang Islamik dan pandai menutup auratnya, agar masyarakat tidak punah ranah dan bergelumang dengan dosa dengan mendedah tubuh sana-sini, na'uzubillah. kredit: -muhamadazrulali.blogspot.com edit: GB Ulasan GB Betapa indahnya hidup dan kehidupan jika dunia hiburan di negara ini diisi dengan para artis yang tahu menjaga nilai diri dan mematuhi syariat Ilahi... sekaligus membersihkan seni hiburan dari nilai-nila hedonistik yang begitu merosakkan masyarakat. Pilihlah di antara dua wahai sdra/i artis: menyambut atau menolak anugerah hidayah Ilahi itu... Jika engkau menyambut, Dia bakal menyambutmu di "sana" begitulah jika kau menolak, tidakkah kau khuatir Dia menolakmu nanti di "sana"? |
Waspada - Ada Lembu Mengamuk Nak Serang Negeri Pakatan Habis-habisan Posted: 04 Mar 2012 06:34 AM PST Serang habis-habisan GEORGETOWN: "Kita akan menyerang habis-habisan, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang," kata Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurutnya, semua anggota Wanita BN seluruh negara, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kini dalam 'mood' menyerang bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta merampas kembali pentadbiran di beberapa negeri terbabit. "Kita bukan dalam 'mood' mempertahankan diri seperti sebelum ini dan tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN pada pilihan raya akan datang, buat apa kita nak bertahan lagi di negeri yang ditadbir mereka. "Baru tiga tahun perintah, dah macam-mcam mereka cakap... sebab itu kita kena menyerang kalau hendak masuk ke medan perang (pilihan raya)," katanya selepas merasmikan Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Pulau Pinang, di sini, semalam. Hadir sama pada program itu adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Ng Siew Lai. Beliau yang juga Ketua Wanita Umno berkata, hasil pemerhatiannya menerusi program seumpama itu yang diadakan di seluruh negara, kecuali Terengganu, setakat ini menunjukkan semangat ahli Wanita BN adalah luar biasa. "Mereka tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN, semua ahli Wanita BN adalah jeneral untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Komander pada medan perang (pilihan raya). "Mereka bakal memainkan dua peranan penting iaitu sebagai pengundi dan jentera pilihan raya, ini akan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang," katanya. Beliau berkata, keprihatinan Perdana Menteri terhadap pelbagai isu wanita mengukuhkan lagi sokongan terhadap BN dan momentumnya bakal berterusan sehingga ke pilihan raya. "Sebab kenapa BN boleh bertahan adalah kerana ia mengambil berat terhadap isu membabitkan wanita dan menghargainya," katanya. -hm Ulasan GB Apakah lembu yang nak mengamuk itu tahu bahawa dia dan keluarga lembunya bakal "disembelih" tidak lama lagi? Lalu kena tunjuk garang sikit supaya "tukang sembelih" jadi khuatir? |
Laporan Polis Terhadap FELDA Ekoran Pekeliling Paksa Peneroka Serah Dokumen Posted: 04 Mar 2012 05:15 AM PST Temerloh - Lapan peneroka sekitar kawasan Jengka membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini semalam berikutan tindakan pengurusan Felda menghantar pekeliling meminta peneroka-peneroka menyerahkan dokumen penting berikutan langkah penyenaraian di Bursa Malaysia. Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat. Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF).Serentak dengan kekeliruan dihadapi peneroka berikutan pekeliling yang mula diedarkan sejak dua minggu lalu itu, mereka mendesak pihak polis menyiasat tujuan dokumen tersebut diperlukan. Mereka juga mendesak polis menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling berkenaan kononnya peneroka dijanjikan dengan durian runtuh berikutan penyenaraian saham sedangkan mesyuarat agung luar biasa KPF telah dibatalkan. Polis juga diminta menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran hak milik peneroka akan dicagar untuk tujuan tertentu di sebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV). Jurucakap warga Felda yang membuat laporan polis berkenaan, Aris Fezul Ismail berkata, mereka amat dukacita disogokkan dengan gambaran akan mendapat durian runtuh dalam bentuk saham dan wang tunai melalui pekeliling berkenaan. "Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran hak milik diberikan. "Jadi terdapat sebahagian warga Felda yang keliru dengan pekeliling tersebut, adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu yang menegaskan penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan," katanya. Aris berkata, sehingga hari ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda, justeru polis diminta menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling tersebut bagi mengelakkan peneroka terpedaya dengan tawaran durian runtuh. Sementara itu kira-kira 200 peneroka hadir memberi sokongan. Turut hadir Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, peguam Harris Abdullah, Ketua Pemuda Pas Pahang Shahril Azman Abdul Halim serta ketua-ketua peneroka. Dalam pada itu Mazlan menyokong tindakan warga Felda membuat laporan polis supaya siasatan dibuat kerana semua dokumen penting yang diminta boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu. "Saya juga mendesak pekeliling yang amat mengeliru dan membimbangkan peneroka ini ditarik balik dengan segera oleh Felda atau laporan polis akan dibuat seluruh negara," tegasnya. -SH |
Posted: 04 Mar 2012 04:47 AM PST Kuala Lumpur: Hubungan persahabatan antara anak dara berusia 56 tahun, Khalijah Che Lah dengan duda beranak lima, Ismail Buang, 65, yang terjalin sejak setahun lalu, diakhiri dengan ikatan perkahwinan pada majlis pernikahan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, di sini, semalam. Foto Rosdan Wahid NST Khalijah mengakui bersyukur apabila bertemu jodoh dan mengakhiri zaman daranya walaupun pada usia emas. Mesra dipanggil adik oleh suami, Khalijah berkata, dia mengenali Ismail yang kematian isteri sejak Mac 2011 dan perkenalan terjadi apabila kedua-dua mereka bertemu secara tidak sengaja di rumah anak saudara suaminya. "Biarpun mengakhiri zaman bujang pada usia 56 tahun, saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki yang serasi dan bakal berkongsi suka duka. "Cuma yang menyedihkan, ibu bapa saya tak berpeluang menyaksikan hari bersejarah ini. Jika masih ada (hidup), pasti mereka orang paling gembira hari ini," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. -HM |
[Bergambar & Video] Amerika Dihentam Puting Beliung, 29 Terbunuh Posted: 04 Mar 2012 02:30 AM PST Henryville: Puting beliung melanda beberapa bandar kecil di Indiana dan menyebabkan kawasan luar bandar di Kentucky terputus hubungan ketika musim awal puting beliung di Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, manakala angka kematian dijangka meningkat. Ribut petir ganas yang sudah diramal jabatan kaji cuaca sejak beberapa hari lalu, mula terbentuk di Pantai Teluk dan Tasik Besar, mencetuskan berpuluh-puluh puting beliung. Bencana alam itu memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan perumahan menjadi padang jarak padang tekukur, meruntuhkan menara pemancar telekomunikasi, menumbangkan tiang elektrik dan menghumbankan kereta, bas sekolah, traktor dan treler ke jalan raya, menyebabkan perhubungan darat terputus. Di Kentucky, anggota Pengawal Kebangsaan dan polis tempatan bertungkus-lumus melakukan kerja mencari mangsa yang masih hilang dan dikhuatiri terperangkap. DI Indiana, pihak berkuasa meredah jalan gelap akibat terputus bekalan elektrik bagi meninjau kawasan perumahan di beberapa kejiranan yang musnah sama sekali. "Kami tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku sebelum hari menjelang siang. Buat masa ini kami akan melakukan segala yang terbaik," kata Syerif kawasan Clark County, Indiana, Mejar Chuck Adams. Di Henryville, bandar kecil dengan 2,000 penduduk di utara Louisville, Kentucky, anggota penyelamat meredah jalan yang dipenuhi sampah sarap sambil membawa troli berisi makanan dan air untuk diberikan kepada sesiapa yang memerlukan. Beratus-ratus anggota bomba dan polis membuat rondaan di bandar yang musnah dengan hanya beberapa bangunan masih bertahan, manakala semua sekolah di bandar itu musnah. "Saya kehilangan semuanya. Dulu kawasan ini cantik, sekarang semuanya sudah tiada," kata seorang penduduk Andy Bell, ketika beliau membantu seorang rakan di bengkel kenderaannya yang rosak. Tidak jauh dari situ sebuah bas sekolah terperosok ke dalam sebuah restoran, manakala sebuah kerusi tersangkut di pintu sebuah kereta. Seorang lagi penduduk, Susie Renner, 54, berkata beliau melihat dua puting beliung membadai Henryville selang beberapa minit antara satu sama lain. Puting beliung pertama berwarna cokelat akibat dipenuhi sisa sampah, manakala yang kedua berwarna hitam. "Saya seorang pengkaji dan pemburu puting beliung, tetapi saya tidak pernah berasa begini takut seumur hidup saya," katanya. Puting beliung kelmarin melanda hanya dua hari selepas ribut kencang mengorbankan 13 orang di Barat dan Selatan Amerika. Menjelang jam 10 malam, perkhidmatan kaji cuaca mengeluarkan 269 amaran puting beliung, sedangkan hanya 189 amaran dikeluarkan sepanjang Februari. – AP/BH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan