Isnin, 5 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Krisis Pas Kedah - Hampa Ingat Muka Kami Kulit Bewak Ka?

Posted: 04 Mar 2012 10:41 PM PST

Buat Pas Kedah.. Berkerjalah Kerana Ini Penggal Terakhir Kita Kerana Rakyat Dah Makin Meluat Dengan Kita..

Baru menang sepenggal dah macam-macam kelaku buruk hampa dah keluar.. Berlagak, perasan hebat, keraih kepala, ketegaq, berasa diri lebih hebat dari orang lain..

Hampa ingat rakyat kat bawah tak perati ka kelaku buruk hampa tu? Ingak rakyat bawah bodoh sangat ka nak paham apa yang telah dan sedang berlaku kat Kedah lanie? Hampa ingat hampa menang hari tu pasai rakyat bawah sokong sangat ka parti hampa tu? Hampa ingat rakyat kesian ka dekat hampa dan parti hampa dengan apa yang berlaku hari ni? Dan yang lebih penting lagi hampa ingat Umno/BN Kedah dok duduk melenggak saja ka tengok hampa dok bergomoi lanie?


Nak kata hampa bodo.., hampa semua pakat mengaji tinggi.. Pensyarah la.. engenier la.. doktor la.. Pendek kata hebat-hebat semua taraf pendidikan hampa.. Tapi kerja buat hampa pada hari ni macam orang bodo.. Macam hindu mabuk todi saja kami tengok..

Ni kali akhir aku nak kata dekat hampa yang ceredik-ceredik kat atas sana nun.. Sudah-sudah lah jadi orang bodoh.. Berenti la buat kerja bodoh tu.. Mengundi tak lama dah.. Kalau hampa sayang lagi dengan parti hampa, buat la kerja yang kami amanahkan kat hampa tu elok-elok sementara ada lagi baki-baki nyawa hampa dalam negeri Kedah ni.. Orang sebelah sana pakat dok gelak saja tengok kelaku buruk hampa tu..

Awat.. Hampa ingat kami tak reti nak malu ka dekat depa dengan kelakuan buruk hampa tu?? Last sekali aku nak tanya hampa.. Hampa ingat kulit muka kami ni tebai macam kulit bewak ka???

Mat Tok Cha
Lana Bulu


Terkini.. Krisis Kedah - Inilah Penyelesaiannya - Mustafa

Posted: 04 Mar 2012 08:12 PM PST

PAS Pusat pada Isnin mengumumkan keputusan bahawa Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Ismail Salleh perlu kembali menjadi exco negeriKedah.

Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat pada lewat Sabtu di Alor Setar, Kedah.

"Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Kedah seperti biasa.

"Manakalah YB (Yang Berhormat) Phahrolrazi dan YB Ismail perlu kembali semula sebagai exco dalam pentadbiram kerajaan negeri Kedah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Isnin.

Sisa Radiasi Lynas Akan Dibuang Di Gurun

Posted: 04 Mar 2012 07:36 PM PST

Hebat berita ini. Mereka yang taksub kepada projek Lynas dan penyokong neo-kolonialisme ekonomi pasti bersorak gembira mendengar berita ini. Berita yang dimaksudkan seperti keratan di bawah:


Berita ini menyebut, PM akan letak sisa Lynas ke lokasi jauh dari manusia. Agaknya, dekat mana lokasi di Malaysia yang jauh dari manusia?


Ah ha! Yong dah jumpa! Di Sabah atau di Sarawak! Apa yang ada di sana? Lihat gambar:

SISA LYNAS HENDAK DIBUANG DISINI?


Di hutan Sabah dan Sarawak cuma ada orang utan, gajah dan anaconda. Di dalam hutan Sabah dan Sarawak juga cuma ada orang asal (contohnya Penan). Demer ni pun bukan pergi mengundi. Bukan menguntungkan BN. Apa BN nak kisah, kan? kan?


Jangan marah dulu! Cuba baca pulak dengan teliti fakta dalam jadual berikut:


JADUAL 1: PERBEZAAN SOSIO-GEOGRAFI CHINA, AUSTRALIA DAN MALAYSIA

Cuba bandingkan ANGKA2 yang ada dalam jadual di atas. Sengaja Yong pilih tiga negara yang relevan dalam kes yang dibentang.


Keluasan tanah China adalah 29 kali keluasan Malaysia. 9596,960 / 329,758 = 29.10304.


Keluasan tanah Australian adalah 23 kali keluasan Malaysia. 7692024 / 329,758 =23.32627.


Bagi yang tak faham matematik, Yong sertakan peta China, Australia dan Malaysia. Tengok sendiri besar mana negara2 tersebut. Jangan jadi bangang macam budak2 songkok tinggi Pulau Pinang.


PETA ASIA TIMUR

Keluasan gurun di Cina adalah 1,247,604 Km persegi, iaitu 13% daripada keseluruhan tanah China. Bagi kedua2 negara ini keluasan gurun mereka adalah 3 kali ganda keluasan tanah Malaysia. Australia dengan keras tidak mahu sisa Lynas dibawa pulang ke negara tersebut, walaupun ada gurun yang luas dan bilangan penduduk yang sedikit. Kenapa agaknya ya? China pulak menutup beberapa operasi melombong dan memeroses nadir bumi, kerana masalah pencemaran alam sekitar. Malaysia pula hendak mencampakkan sisa Lynas ke mana?


INI RUPA GURUN DI CHINA

Malaysia tidak ada gurun. Yang ada cuma GURUN di Kedah.



Jangan mengaji tinggi sampai PhD, tapi bangang.


yongsukakuning


Krisis Pas Kedah - Phahrolrazi Semakin Melampau

Posted: 04 Mar 2012 03:47 PM PST

Phahrolrazi tetap mahu Azizan berundur syarat dilantik semula

ALOR SETAR: Walaupun mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat selama lima jam berakhir 3 pagi semalam, memutuskan untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kemelut dalaman PAS Kedah dikatakan belum berakhir.

Pada mesyuarat itu, dua EXCO yang enggan menerima pelantikan semula, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, diminta menerima jawatan itu yang tamat, Rabu ini.

Sumber memberitahu Berita Harian, syarat yang diletakkan Phahrolrazi jika parti itu mahu beliau menerima jawatan itu, iaitu jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah yang dipegang Azizan diserahkan kepadanya dan tidak membenarkan Menteri Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, masih belum diputuskan.


Dalam pertemuan tertutup antara dua pemimpin berkenaan dengan Jawatankuasa PAS Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang itu, satu lagi permintaan Phahrolrazi supaya jawatan Menteri Besar dipangku pemimpin lain, ditolak jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa itu memberi peluang sejam kepada setiap seorang untuk memberikan penjelasan dan mengemukakan hujah masing-masing.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu serta dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Selain itu, turut dilihat memasuki Seri Mantaloon ialah beberapa EXCO lain, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan, Abdul Ghani Ahmad serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS.

Kemelut dalaman PAS Kedah yang dikatakan antara krisis kepemimpinan terbesar dalam PAS tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail secara terang-terangan menolak dilantik semula ke jawatan EXCO dengan alasan tidak dapat bekerja di bawah pentadbiran Azizan yang didakwa mereka tidak mendengar pandangan orang lain.

Malah Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundur yang dilihat mengetuai tentangan terhadap Menteri Besar itu, mengenakan tekanan ke atas Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpinnya memberi kata dua kepada Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit supaya melepaskan jawatan EXCO walaupun sudah mengangkat sumpah jawatan.

Phahrolrazi adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, manakala Amiruddin, timbalannya.

Difahamkan, Phahrolrazi sudah mendapatkan pandangan beberapa rakannya dalam Dewan Ulama PAS Kedah dan dikatakan akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Phahrolrazi yang dihubungi semalam berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pendirian Jawatankuasa PAS Pusat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Biarlah mereka mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.

Mesyuarat jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila PAS yang sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh, terpaksa menunda sidang media yang sepatutnya diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi pagi semalam membayangkan masih ada perkara yang belum dapat diputuskan.

"Masih menunggu beberapa perkara yang perlu dinilai sebelum kita membuat keputusan," katanya.

Beliau yang dihubungi sekali lagi kira-kira jam 3 petang semalam mengesahkan sidang media bagi mengumumkan keputusan mesyuarat berkenaan akan diadakan di ibu negara hari ini.

Ini adalah kali kedua Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian dalam konflik antara Azizan dan Phahrolrazi dan Dr Ismail yang menolak pelantikan semula ke jawatan itu Isnin lalu.

Pada malam Khamis lalu jawatankuasa berkenaan bermesyuarat di ibu negara selama empat jam tetapi menemui jalan buntu, menyebabkan ia terpaksa mengadakan pertemuan kedua di sini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsuPASKedahbelumberakhir/Article/


Menteri Kewangan - Daim Bidas Siapa Sebenarnya Nie?

Posted: 04 Mar 2012 07:41 AM PST

Daim: PM tak harus pegang jawatan menteri kewangan

Seseorang perdana menteri tidak seharusnya juga memegang jawatan menteri kewangan, kata pemimpin veteran Umno dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Katanya, tradisi perdana menteri memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Daim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan hari ini, berkata, perdana menteri sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku pengerusi BN dan ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga


Katanya, dengan melantik menteri kewangan kedua bagi membantu perdana menteri tidak akan membantu dalam perkara itu.

"Jawatan menteri kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997).

"Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai menteri kewangan dan menteri kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?" kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an.

Katanya, perdana menteri yang merangkap sebagai menteri kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum.


"Sistem yang baik adalah perdana menteri di atas menteri kewangan. Jadi, jika menteri kewangan membuat keputusan yang salah, perdana menteri boleh tampil dan membetulkan keadaan, "

"Tetapi jika perdana menteri adalah menteri kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya.


DAP pelik dengan kenaikan pengundi luar bandar

Posted: 04 Mar 2012 04:03 AM PST

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching menimbulkan kecurigaannya berhubung kenaikan mendadak pengundi baru di luar bandar berbanding dengan tahun 2008.

Contoh, kata beliau, adalah di bahagian pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang mengalami kenaikan mendadak 23.2 peratus iaitu daripada 63,593 pengundi kepada 78,370 pengundi.

"Di tempat yang mempunyai bandar-bandar baru, ini boleh diterima. Tetapi di Hulu Selangor tidak ada ramai orang yang berpindah ke sini, jadi kita dapati peningkatan dalam jumlah yang besar ini sangat mencurigakan," katanya ketika dihubungi.


Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh PKR pada tahun 2008 dengan hanya majoriti 198 undi tetapi ia berjaya ditawan semula oleh calon BN P Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi berbanding saingannya Datuk Zaid Ibrahim yang meraih 23,272 undi.

Teo juga mendakwa peningkatan ketara juga dikesan di kerusi-kerusi marginal atau yang dimenang dengan tipis oleh Pakatan Rakyat.

Contohnya, kata beliau kerusi Hulu Langat yang telah dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,745 undi dan Selayang yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 3,567 undi, masing-masing melihat lonjakan sebanyak 21.7 peratus dan 22 peratus pengundi baru.

"Peningkatan ini adalah dari pengundi baru, bukan dari pengundi yang berpindah alamat. Jumlah mereka adalah jauh lebih ramai daripada pengundi baru yang telah kami daftarkan," katanya.

Dalam bahagian pilihan raya yang diwakili Teo di Parlimen Serdang, terdapat juga peningkatan 21.2 peratus pengundi baru menjadikan jumlah pengundi dari 94,877 kepada 117,979.

Perangkaan yang dipetik itu adalah daripada data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga akhir tahun lalu. Ia juga menunjukkan jumlah pengundi di Selangor meningkat sebanyak 17.5 peratus daripada 1.57 juta kepada 1.84 juta orang.

Menurut Teo, data baru yang dikeluarkan SPR itu juga mempunyai ramai pengundi senarai baru tidak mempunyai alamat yang lengkap.


Tiada ulasan: