Jumaat, 30 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


lembUMNO Perak Rasis Perkauman, Kementerian Pelajaran buat bodoh, Penguatkuasa Undang Undang tido.....

Posted: 30 Mar 2012 01:22 AM PDT

Al kisah, baru baru ni Mesyuarat Agung PIBG SK Gopeng Jalan Ilmu diadakan (24hb Mac 2012). Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Encik Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim, yang merupakan Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (Negeri Perak). Puak mana? Yaaaaaa.. lembUMNO...




Bayangkan, mesyuarat PIBG dah macam mesyuarat ketuanan melayu yang xde otak!  Antara kenyataan bangang nak mampos dia adalah:


"Orang Cina dan India dibawa masuk oleh penjajah British hanya sebagai pekerja dan mereka tidak berhak menuntut apa-apa keistimewaan. Jangan bermain dengan api dan jangan mencabar."

Agaknya kalaulah orang Pakatan Rakyat yang cakap camni, dah tidur dalam lokap dah.. Tak cukup lagi, dibantainya pula idealogo politik sempit puak lembUMNO.. Antaranya adalah...

a) Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Yahudi.
b) DAP hendak menjadikan Malaysia sebuah Negara Kristian.
c) Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negara, DAP akan menjadi Perdana Menteri dan PAS akan mengikut telunjuk DAP.
d) Ambiga membawa huru-hara kepada Negara, BERSIH 2.0 mengancam ketenteraman Negara.
e) Punca kemerosotan ekonomi adalah Pakatan Rakyat kerana mereka selalu adakan demonstrasi.



Apakah motif pihak sekolah menjemput seorang perasmi yang menyentuh tentang politik dan memburuk-burukkan pihak Pakatan Rakyat? Ini bukan kali pertama sekolah tersebut menjemput orang politik untuk program sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan dilembukan untuk membiarkan sahaja perkara ni melular ke peringkat yang tidak sepatutnya.

5 laporan polis telah dibuat oleh ibubapa pelajar sekolah yang menghadiri mesyuarat tersebut. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab memecat Encik Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim daripada jawatannya di Majlis Keselamatan Negara. Kemudian disusuli tindakan mahkamah terhadap Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim yang mengeluarkan kata-kata yang berunsur ugutan dan hasutan. Pihak sekolah harus meminta maaf kepada ibubapa pelajar secara terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab menjemput perasmi itu. Tak cukup itu, Menteri Pendidikan juga harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan meletak jawatan dengan serta-merta kerana ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku di dalam sekolah kerajaan. Unit propaganda perkauman seperti Biro Tata Negara yang kerjanya perabihkan duit rakyat, kejenye menghasut rakyat harus ditutup dengan kadar segera supaya tiada minda kakitangan kerajaan akan diracuni lagi.







lembUMNO ni kalau dah terdesak, apa pun disondolnya.. Takpe, dalam banyak banyak sondol nanti mesti silap sondol, terbungkang masuk longkang!
Waaaaakakakakaaaaaa!!!






Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Guan Eng jual tapak Masjid?.. Awat yang hang BODOH sangat Shaik Hussein!!

Posted: 29 Mar 2012 06:30 PM PDT



Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku kenapa pihak UMNO Pulau Pinang sering memainkan isu yang bukan satu isu sebenarnya atau isu yang cuba diketengahkan itu sebenarnya hanya mengketengahkan kebodohan mereka sendiri.

Dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju ini sekali lagi mereka menyerlahkan kebodohan mereka.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IR Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Ini sikit penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..

UNTUK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT CER KLIK


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

ESKLUSIF BAHAGIAN 1: BERSAMA NURUL IZZAH ANWAR

Posted: 29 Mar 2012 05:00 PM PDT

Ini baru bahagian pertama... Video KHAS yang dibawa oleh Team Erapasca untuk peminat semua...





Nantikan Bahagian ke2 pulak... Insyaallah..


Pengundi Anak Muda bersama Pakatan Rakyat!




Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: