Jumaat, 30 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Patutlah Mahathir Sokong Sangat Lynas

Posted: 30 Mar 2012 01:20 AM PDT

PETALING JAYA: Apa motif Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan projek kontroversi pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan meskipun projek tersebut menerima bantahan keras daripada para penduduk di sekitar?

Menurut satu kenyataan media dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) 'Save Malaysia Stop Lynas' (SMSL), ironinya bekas perdana menteri itu dalam blognya mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan pendiriannya sendiri.

Pada mulanya beliau berkata pengalaman yang dapat dipelajari dari sudut perubatan ialah pendedahan berlebihan kepada radioaktif boleh memudaratkan kesihatan jika tidak berpindah ke tempat yang lebih selamat.


"Kemudian beliau menyatakan bahawa beliau menentang pembinaan kilang kuasa nuklear kerana bahan sisa nuklear akan terus mengeluarkan radioaktif yang berbahaya untuk berjuta-juta tahun lamanya dan tidak ada kaedah yang betul-betul berkesan untuk menghapuskannya.

"Adakah beliau sedar bahawa arang batu dari Mt Weld mengandungi thorium dan uranium yang merupakan radioaktif? Lebih-lebih lagi thorium yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan untuk lebih 14 juta tahun, jauh lebih lama dari uranium.

Kata kenyataan itu, selain dari aspek radioaktif, jumlah lambakan bahan sisa pepejal Lynas sudah cukup untuk memenuhi 126 buah kolam renang bersaiz Olimpik setiap tahun. Ia mengandungi bahan tosik lain yang berbahaya seperti sulphur dioxide dan oxide dari nitrate dan bahan besi seperti lead," tambah kenyataan itu.

SMSL dalam kenyataannya juga hairan dengan sikap Dr Mahathir yang memandang ringan tentang kilang Lynas meskipun kerajaan pimpinannya dahulu gagal menangani masalah nadir bumi di Bukit Merah, Perak.

"Sudah berapa banyak nyawa yang hilang dan berapa banyak tanah dan air yang tercemar sebelum kita sedar untuk menghalang projek yang memudaratkan kesihatan ini di mana Malaysia tidak mempunyai pengalaman untuk mengurusnya dengan selamat?

Dua anak Mahathir

SMSL menyoal, "adakah Dr Mahathir mengeluarkan pandangan berdasarkan pengetahuannya yang cetek tentang sains nuklear dan fizik atau beliau lebih selesa sebagai bapa kepada dua orang anak yang secara langsung dan tidak langsung mempunyai kepentingan dalam projek Lynas ini?"

Menurut NGO tersebut, semua orang tahu bahawa anak kedua Dr Mahathir, Datuk Mukhriz ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang meluluskan projek pembinaan kilang Lynas ini.

"Kedua, anak sulung Dr Mahathir, Mokhzani ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum yang mempunyai sahamnya dalam projek nadir bumi Lynas. Kencana Torsco Sdn Bhd ialah anak syarikat Kencana Petroleum.

"Syarikat itu memenangi kontrak yang lumayan dari Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk merekabentuk, fabrikasi, saliran, pembekalan, pemasangan dan membekal karbon dan tangki besi keluli bernilai RM9.1 juta," kata kenyataan itu.

http://siasahkini.blogspot.com/2012/03/isu-lynas-rupanya-si-tua-kutuk-ni-ada.html


PTPTN - Mahasiswa Kesal Kenyataan Kurang Cerdik Menteri

Posted: 30 Mar 2012 01:08 AM PDT

Siswa: Kenyataan menteri hina intelek kami

Kumpulan mahasiswa menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menolak tuntunan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai menghina keintelektualan mahasiswa dan ahli akademik.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang berkata, walaupun peruntukan pinjaman itu bernilai berbilion ringgit ia masih realistik untuk dimansuhkan.

"Itu bukannya suatu benda yang tidak boleh dibuat... RM6.1 bilion, (berbanding) dengan ketirisan puluhan bilion. Takkan kerajaan tidak boleh selesaikan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.


Khaled sebelum itu menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa sebagai tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sementara itu, Mandeep Singh yang kini menggerakkan "Kelab Mangsa PTPTN" dalam PSM berkata, kerajaan patut membebaskan kira-kira 130,000 peminjam tabung berkenaan daripada disenaraihitamkan.

Ini kerana, tindakan itu menyukarkan peminjam untuk pergi keluar negara seperti yang dihadapinya pada Julai tahun lalu - sehingga beliau bertindak menyaman PTPTN di mahkamah.

Beliau turut mendesak Pakatan Rakyat berbuat demikian jika memerintah kelak.

PKR dan PAS sebelum ini memberikan komitmen untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke universiti jika berjaya menawan Putrajaya. Mereka bagaimanapun tidak menyentuh berhubung isu senarai hitam ke luar negara.


Konsert Madu Dan Racun

Posted: 30 Mar 2012 12:40 AM PDT


Ceramah Anwar Malam Tadi

Posted: 29 Mar 2012 07:59 PM PDT


Malaysia rayu Israel melobi tuan rumah Persidangan Gas

Posted: 29 Mar 2012 07:16 PM PDT

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Malaysia pernah mendapatkan bantuan Israel melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan Persidangan Gas Sedunia (WGC) 2005.

Setiausaha Agung PKR Dato' Saifuddin Nasution Ismail berkata, semasa tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel supaya menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah.

Malah, dakwanya Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan Pertubuhan Gas Antarabangsa (IGU) di Tianjin, China.


"Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra.

"Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati oleh Perdana Menteri (ketika itu) Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah WGC yang akan berlangsung di sini bermula 4 hingga 8 Jun depan, satu persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.

Penganjuran IGU dipilih melalui undi oleh anggota IGU yang antaranya disertai Rusia, Brunei, Indonesia, selain Malaysia dan Israel.

Ahli Parlimen Machang itu mendakwa, pihaknya mempunyai bukti Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenainya tetapi mereka hanya merestui sahaja pendekatan ini.

Beliau turut mengemukakan bukti surat yang pernah ditulis oleh Presiden Persatuan Gas Malaysia kepada Pengurus Besar Institut Petroleum dan Tenaga Israel Shmuel Klempner bertarikh 6 September 2005.

"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel.

Sikap talam dua muka Umno

"Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut dan merayu sokongan dari Israel," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak penjelasan daripada Wisma Putra dan Tun Mahathir mengenai perndirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur WGC yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan Palestin.

Katanya, PKR akan terus menyiarkan dokumen dan surat menyurat yang ada ditangan mereka bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung dalam perkara ini.

"PKR ada bukti kukuh yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala diantara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," katanya.

Dalam perkembangan lain, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul Ahli Parlimen DAP-Bakri Er Teck Hwa menggesa Perdana Menteri menalik balik semua keputusan Jemaah Menteri mengenai hubungan perdagangan dengan Israel dan mengiktiraf kewujudan Hamas yang dilantik secara demokrasi oleh Palestin.

Usul itu ditolak dibawah Peraturan Mesyuarat 18(7)(b) atas alasan isu ini telah dibangkitkan dan dijelaskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Dewan Rakyat pada 26 Mac lalu.

Sumber - http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/29/malaysia-rayu-israel-melobi-tuan-rumah-persidangan-gas/


PANAS - 21 Pemuda Umno Pulau Pinang Sertai Pas

Posted: 29 Mar 2012 06:28 PM PDT

JELUTONG, 29 Mac: Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.


AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka.



Jatuhkan Anwar Di Parlimen - Peguam Shafee Abdullah Jahil Undang-Undang

Posted: 29 Mar 2012 01:52 PM PDT

Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, ya.

"Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.


Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

"Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada," kata beliau di lobi parlimen.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9206-kita-memang-cadang-nak-tukar-ketua-pembangkang-mustafa?device=xhtml


Ceramah Menarik Isu Semasa Saifuddin Nasution

Posted: 29 Mar 2012 06:44 AM PDT


Rasuah - Malaysia Antara Terbaik? Terbaik Apa Tuh? Hehehe..

Posted: 29 Mar 2012 05:18 AM PDT

Rasuah: M'sia antara terbaik dakwa ahli politik

Malaysia antara negara yang paling banyak mengambil tindakan terhadap ahli politik dalam isu rasuah berbanding Singapura dan Hong Kong, kata Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Sejarah menunjukkan kita antara yang terbaik mendakwa ahli politik dalam rasuah.

"Undang-undang tak ikut sesiapa, tak lihat siapa dia, hakim atau ahli politik. Rasuah jenayah individu dan bukan lihat pada politik dia," katanya pada wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau realiti" di Shah Alam hari ini.


Mohd Shukri yang berkhidmat 27 tahun bersama suruhanjaya itu berkata, sejak 1960-an sehingga kini, sudah ramai ahli politik yang telah diambil tindakan oleh SPRM.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar sebarang kes perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada SPRM sebelum membuat apa-apa hebahan di blog atau sidang media.

"Ibarat kita nak masuk hutan memburu burung, lembu, gajah, tetapi pada masa yang sama kita bawa gendang. Belum sempat berburu, semua binatang dah lari," katanya sambil disahut gelak ketawa oleh hadirin.

Sementara itu, ketika ditanya oleh hadirin mengenai penggunaan kenderaan milik kerajaan semasa pilihan raya diadakan, Mohd Shukri berkata sehingga kini tiada garis panduan khusus mengenai perkara itu.

"Bila parlimen bubar sepatutnya perlu ada satu kerajaan sementara ditubuhkan untuk mengambil alih negara. Mengenai penggunaan kenderaan itu, saya rasa bukan hanya digunakan pada satu parti sahaja kerana ia termasuk kenderaan kerajaan negeri.

"Sekarang garis panduan lengkap tiada tetapi kita boleh usulkan pada kerajaan supaya adakan panduan yang tegas berhubung penggunaan kenderaan kerajaan," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/193578


Tiada ulasan: