Khamis, 1 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


EDISI PEMBOGELAN: NFC Buka Pasaraya Pulak!!!

Posted: 29 Feb 2012 11:53 PM PST

Laki Kak Jat Cow (Dr Mohamad Salleh) memberikan alasan bahawa pasaran Malaysia untuk membeli daging dari NFC terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran NFC. Malah, beliau turut membayangkan hasrat NFC untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa yang terdekat. 


KELAKAR BIN BANGANG!!!


NFC sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan dan dana awam RM250 juta. Pengeluaran syarikat tersebut pada 2010 hanya memenuhi 0.8 peratus daripada sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2009. Selain dari memiliki tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam tiga kondominium mewah di negara itu, NFC kini rupanya memiliki saham pasaraya Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive, Singapura. Pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan NFC di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura.


Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.


Kenyataan Dato' Seri Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai. 


Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali semua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan. Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, PKR akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini




Kalau nak tanya kat aku, jawapannya MUDAH!!!

KASI BOGEL!!!



Panas!! Benarkah Kristian Nak Kristiankan Org Melayu Islam??

Posted: 29 Feb 2012 11:39 PM PST




Bismillah

salam kepada semua
maafkan gua sekali lagi..
artikel ini agak panjang..
dan gua harap kita jgn malas membaca..
membaca menambah ilmu di dada.. kah kah kah..

sebenarnya gua ingin berbicara mengenai perbezaan antara kita yg selalu kita
di dendangkan mengenainya iaitu perbezaan agama dan cara hidup kita semua..
oleh kaum2 bangsawan perosak agama islam iaitu BN..

perkara ini akan gua tekankan kepada beberapa perkara

pertama..
penganut penganut agama kristian..
sesungguhnya kitab injil kamu itu adalah kitab yg benar pada sisi kamu..

kedua..
bagi agama hindu.. agama kamu itu adalah agama yg benar pada sisi kamu ..

ketiga.
bagi penganut agama budda.. agama kamu itu adalah agama yg benar pada sisi kamu..

keempat..
bagi penganut agama yahudi taurat.. agama kamu juga adalah agama yg benar pada sisi kamu..

kelima..
kepada yg tidak mempunyai agama.. kamu tetap percayakan wujudnya tuhan yg maha Pencipta..

sebenarnya kita tiada perbezaan tetapi penulis dan perawi sejarah adalah dari kaum yg menang..
bukan dari kaum yg menerima kekalahan, kerana itu sejarah boleh di ubah dan ianya memang sudah pasti di tokok tambah..

kedatangan islam yg di bawa oleh nabi s.a.w kepada seluruh umat manusia adalah penutup
kepada kitab kitab dan agama agama terdahulu..

secara teknikal dan gambaran yg sempurna, islam itu membatalkan semua agama agama terdahulu utk menuju jalan keberkatan dan kehidupan yg kekal yg telah di janjikan kepada setiap manusia..

manusia tidak di jadikan dgn sia sia saja, tiada siapa yg sanggup utk menjadi pemelihara bumi ini kecuali manusia yg bodoh.. tiada satu pun makluk yg mempunyai akal dan nafsu kecuali manusia..

baiklah.. gua akan contohkan di sini..

jika lu hanya mempunyai akal..
maka lu akan 24 jam berada di masjid dan beribadat 24 jam kepada Allah s.w.t
kerana lu tidak menginginkan sesuatu pun kerana lu tidak mempunyai nafsu..
seperti firman Allah s.w.t dalam al quran surah al baqarah.. pertanyaan malaikat kepada Allah s.w.t
'' mengapakah Engkau mahu menciptakan mahluk yg akan menumpahkah darah di muka bumi sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji Mu?''

tetapi jika lu hanya mempunyai nafsu..
lu hanya mengikut saja hawa nafsu itu..
kerana lu tidak mampu berfikir ke arah mana utk di tujukan nafsu itu..

tetapi jika lu mempunyai kedua duanya..
dgn nafsu itu timbulnya keinginan, dgn akal itu timbulah pengetahuan..
maka bila keduanya bergabung.. lu mampu utk membina sebuah bangunan..
mampu mencorakkan pelbagai perkara.. mampu mencipta sedaya manusia..

tetapi tetap juga kita hanyalah secebis dari ilmu Allah s.w.t yg di kurniakan pada diri manusia..

kerana itu malaikat (akal) tidak mampu utk membina walau sebesar zarah pun bangunan dan tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah..
kerana itu haiwan (nafsu) tidak mampu utk membina walau sebesar batang mancis pun bangunan melainkan apa yg telah di kurniakan pada mereka..

kerana itulah manusia itu semulia mulia kejadian, jika dia berpegang teguh pada tali tali
Allah s.w.t yg telah di terangkan di dalam kitab2 terdahulu.. dan al quran itu sebagi penutup dan
kata akhir utk manusia menuju ke jalan yg di redhai lagi di janjikan syurga yg kekal di dalamnya..

ianya adalah janji tuhan yg maha esa, bukan janji gua....
bahawa al quran yg sebagai lambang keislaman itu
akan tetap terpelihara sehingga ke akhir dunia dan saat kehancurannya..

tuhan yg sentiasa mendengar setiap doa dan rintihan manusia tidak kira apapun agama yg di anutinya.. tetapi Allah s.w.t telah berfirman di dalam penutup kitab kitab terdahulu ini bahawa
Dia hanya redha kepada agama yg terakhir ini.. iaitu agama islam atau cara hidup sejahtera..

maka untuk lu agama lu, untuk gua agama gua..

baiklah.. gua akan berikan sedikit penjelasan mengenai kaum2 kristian yg di katakan oleh
para para saudagar agama islam sebagai mahu memasukan org org melayu kepada agama kristian..

ceriteranya begini..
seorang melayu yg miskin yg beragama islam yg mempunyai 3 anak yg juga seorang wanita ibu tunggal
telah merayu kepada jabatan agama islam utk mendapatkan sedikit bantuan, tetapi tidak di endahkan..

maka wanita ini pergi pula kepada pusat zakat dan pusat zakat sibuk hanya bermain fesbuk serta
mempunyai prosedur serta birokrasi tahap lebih kapir dari kapirnya negara eropah.. perlu mengisi pelbagai borang, perlu melihat sendiri rumah pengadu, perlu memaklumkan pada pengarah, perlu meeting sebelum peruntukan dapat di salurkan, perlu mengambil gambar, perlu di selidik dahulu secara terpeinci..

sesudah itu wanita ini terlalu kecewa dgn pelbagai ragam jabatan jabatan agama islam yg kononya
menjaga org org islam dan melayu.. tetapi dalam masa yg sama menyusahkan pelbagai pihak yg menyusahkan org org miskin utk mendapatkan bantuan serta pertolongan..

maka.. wanita ini di perkenalkan oleh 1 individu yg beragama kristian kepada seorang rahib..
setelah wanita itu sampai ke cruch dan menceritakan pelbagai masalahnya kepada puak2 kristian ini..
dgn serta merta di berikan wang sebanyak rm 5000 sebagai permulaan utk hidup kerana mereka tahu kesusahan yg sedang di hadapi oleh wanita ini tanpa perlu melalui pelbagai protokol dan undang undang.

adakah islam dapat membuat sebegitu? di manakah saudagar saudagar agama yg bercakap dan berceramah bagaikan mahu runtuh langit dgn kata kata hidup islam? islam di martabatkan? islam di sanjung? akidah islam di utamakan? di mana meraka? tidakkan namanya mereka itu adalah Saudagar agama islam saja?

setelah di berikan rm 5000 begitu saja, pihak kristian tidak sekali menyatakan pada wanita islam itu utk memasuki agama kristian, tetapi bantuan itu adalah ikhlas sebagai saudara semanusia dan tidak perlu berterima kasih..

inilah namanya kemanusiaan.. jgn salahkan org islam yg menganuti kristian setelah mereka mendapat bantuan, kerana kristian tidak pernah memaksa utk memasuki agama mereka, dan mereka menghulurkan bantuan berupa wang ringgit tanpa berkehendak itu menyuruh kita bersyukur dan berterima kasih pada mereka walau kita mengetahui niat sebenar mereka.. mereka tiada salah dalam perkara kebajikan ini..

di sini di letakkan fakta dan logika..
kenapa perkara ini terjadi?
adakah saudagar saudagar agama islam di malaysia yg berselindung di bawah jais, jaip, pusat zakat, mais, jawi, dan segala pertubuhan islam lain dapat membantu org org islam yg miskin sebegini rupa?

tidak.. tidak sama sekali, yg mereka pentingkan adalah tangkap org sedang berfuk, tangkap org sedang minum todi, tangkap org sedang berjudi, tangkap dan mencari kesalahan org lain saja lah kerjanya..

100% tidak akan mampu kerana perjuangan saudagar saudagar agama islam ini hanyalah utk tembolok dan perut mereka sendiri saja..

benar.. semua manusia tidak mengira agama menginginkan kehidupan yg sempurna sesudah mati kelak..

jika di tanya kepada apa agama sekalipun adakah selepas mati ini akan hidup semula?
tiada 1 pun agama yg menolak jawapan ini bahawa sesudah mati adanya kehidupan kita di alam yg lain..

dari itu gua menyeru seluruh pembaca memahami
mengajak manusia ke arah kebaikan tidak boleh di lakukan secara kekerasan..
tidak boleh di lakukan secara paksa, tidak boleh menghina agama org lain..

gua juga berpesan pada para2 ulama.. walaupun ilmu gua hanyalah di celah  habuk saja..
tetapi perkara ini perlu gua terangkan kepada ortodok ortodok ulama islam tidak mengira ianya datang
dari PAS, UMNO, MUFTI, DAN ULAMA ULAMA YG LAIN..

pesan gua kepada penganut penganut agama hindu, budda, kristian dan yahudi,
cubalah sekali anda membaca isi kandungan kitab Al Quran yg terpelihara ini..
kerana di dalam kitab ini ada di terangkan akan agama agama yg lu org anuti itu..

dan lihatlah isi kandungannya, dan akan di dapati semuanya bertepatan dgn kajian saintis, kajian ilmiah, kajian logik akal, dan mudah di fahami.. percayalah.. insyaallah..

jgn pembaca ingat gua telah terkeluar akidah..
gua tetap seorang muslim yg berpegang pada puisi di pusaka ini..
gua tetap dalam cara hidup sejahtera gua.. - 




YG INI JELAS PEMBOHONG
YG INI JELAS AUTA
YG INI JELAS BERLAKON
YG INI SAH GEROMBOLAN MENIPU

KAH KAH KAH

WAJIB BACA & SEBARKAN: HIMPUNAN AMAN JUMAAT INI!!!

Posted: 29 Feb 2012 09:22 PM PST

Serahan memorandum Sokongan perjuangan hak Palestin dan Bantahan hipokrasi Hubungan Dagang negara 1Malaysia rejim UMNO BN dengan 1Israel

Pada JUMAAT 2 MAC jam 2.30 
Lokasi diKedutaan Palestin Jln U Thant Ampang (berkumpul di masjid klcc jam 1 ptg dan solat berjemaah)


Memorandum tersebut akan turut disertakan segala dokumen, rakaman video dan gambar sebagai bukti bahawa wujud segala pengkhianatan oleh kerajaan Umno-BN, yang telah mengkhianati rakyat Palestin melalui hubungan dagang antara Malaysia -Israel. Kehadiran serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN mengiktiraf negara haram Israel walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik. 




HANCUR HANCUR!!! HANCUR REGIM!!! 
TOLAK TOLAK!!! TOLAK UMNO!!!

Kami dari Team Era Pasca akan bersama NGO NGO dan Parti Parti Politik yang hadir bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin dan membantah tindakan kerajaan Umno-BN membenarkan aktiviti transaksi perdagangan antara Malaysia-Israel. 


DEMI RAKYAT PALESTIN!
ALLAHUAKBAR!!!

Gempar!! BN hanya tulis jer surat mahathir pada israel? mana print screennya?? nampak benar pembohongnya!

Posted: 29 Feb 2012 11:07 AM PST




1 - SURAT DR MAHATHIR KEPADA YITZHAK RABIN

21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap
perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.
Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR MOHAMAD

#2 - SURAT DR MAHATHIR KEPADA BENJAMIN NETANYAHU

14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.
Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar
daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap
orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.
Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.
Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak  bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi  sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.
DR MAHATHIR MOHAMAD

#3 - SURAT DR MAHATHIR KEPADA EHUD BARAK

8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV
Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama
perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.
Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.
Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah  dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.
Yang Ikhlas
DR MAHATHIR MOHAMAD

KAH KAH KAH
SUDAHLAH GEROMBOLAN BN TIPU GEROMBOLAN BN..
TIPU ORG FELDA.. BOHONG ORG KAMPUNG,
KELENTONG RAKYAT MALAYSIA
NAK DI AUTANYA JUGAK ANAK ANAK MUDA?
DGN TULISAN KOMPUTER SAJA?
KAH KAH KAH
 
KAH KAH KAH
NAMPAK SANGAT TULISAN TEMBERANG..
WOI... KALAU BERANI PRINT SCREEN LER SURAT ASAL TU
BARU GENTLEMAN!
ANAK MUDA MAHUKAN BUKTI..
BUKAN HANYA TULISAN..
MANA SURATNYA ORIGENAL WAHAI NAJIB RAZAK?
MANA? MANA?
TUNJUKKANLAH WEI!!! 
MANA BEB? MANA? MANA?!
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KALAU MACAM NI.. NENEK GUA PUN BOLEH TULIS..
ATUK GUA PUN PANDAI KARANG 
GUA PUN BOLEH TULIS SELAMBERLAND JER..
BANGLA  PUN LAGI PANDAI MENULIS..
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KITA MAHUKAN SURAT SEFAKTA INI!
NAMPAK SURATNYA..
WALAUPUN KITA TIDAK PASTI KESAHIHANNYA
TETAPI INI ADALAH SALAH SATU UTK
MEMBUKTIKAN SURAT ITU BETUL..
KAH KAH KAH

INI SURAT KEPALA BANA SIAPA?

 KAH KAH KAH
 

EDISI SEMPOI: Lu pikir sendiri!!!

Posted: 29 Feb 2012 05:42 AM PST

Biasanya, kalau big boss UMNO-BN, kalau bateri henpon habis, maka pencacai pencacainya yang akan cas henpon big boss mereka.. malah berebut rebutlah mereka untuk tunjuk rajin! Inilah baru PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT. Bukan macam si Najib tu semua nak arah orang buat aje!!!


Pemimpin yang low profile...
Eeeekekekkeeee.. kantoi sudaaaaaaahh...
Ada gak kawan yang boleh layan borak.. 

 Amacam Najib? Amacam pencacai lembUMNO? Rasanya Najib buat camni tak? Lepas ni agaknya Najib pun buat la gaya camtu.. Dulu bila TGNA makan kat warung, najib sibuk gak nak makan kat restoran, bila TGNA ambil wudhu kat sungai, Najib sibuk gak ambik wudhu kat masjid. 


Kita tunggu drama Najib yang seterusnya...


EDISI HANGIT SATU BADAN: SETIAUSAHA AGONG UMNO PEMBOHONG!

Posted: 29 Feb 2012 03:54 AM PST

Setiausaha agong lembUMNO telah membuat kenyataan PALSU lagi BAHALOL lagi TOLOL bila menafikan penglibatan lembu lembu belaannya dalam insiden gerombolan lembu menyondol himpunan hijau di Pulau Pinang tempoh hari. 




Kenyataan itu yang dikeluarkan diSINI dan beberapa media utama adalah SATU PEMBOHONGAN YANG ABADI...




Siapa kata tiada laporan polis dibuat? JINGGA 13 Pulau Pinang telah membuat laporan polis pada 28 Februari 2012 bertempat di IPD Bandar Perda, Bukit Mertajam yang turut disertakan rakaman gambar bukti tindakan provokasi dan brutaliti yang dilakukan oleh lembUMNO yang rata-rata memakai topi berlogokan lembUMNO dan tertera. "lembUMNO Seremban" serta termasuk dikenalpasti beberapa orang yang merupakan ahli pemuda lembUMNO Balik Pulau. Kesemua rakaman gambar adalah membuktikan bahawa secara nyata penglibatan lembUMNO dalam insiden yang turut mencederakan wartawan Kwong Yit Poh, Adam Chew yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun , dipukul dengan topi keledar oleh kumpulan tersebut.






TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR, 
KO RETI BACA TULISAN BAHASA MELAYU TAK? NI REPORT APA? TAK SANGKA RUPANYA KO PUN SAMA BANGANG BERTINGKAT TINGKAT!



Tiada ulasan: