Khamis, 1 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Inilah Agaknya Impian Phahrolrazi ..

Posted: 29 Feb 2012 10:50 PM PST

Azizan akan tumbang sebelum PRU13, lapor Utusan

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka akan ditumbangkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, menurut akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar berbahasa Melayu itu melaporkan, berdasarkan sumber dalaman PAS, gerakan menyingkirkan Azizan (gambar) itu akan dilakukan oleh kelompok PAS Kedah yang tidak senang dengan cara beliau mengendalikan isu pelantikan semula dua orang ahli jawatankuasa eksekutif (exco) kerajaan negeri berkenaan.

Berdasarkan sumber dalam PAS, Utusan melaporkan bahawa terdapatnya desakan kepada PAS Pusat agar mengarahkan Azizan bercuti dan tidak dilantik semula sebagai menteri besar jika pakatan PAS-PKR-DAP memerintah Kedah.


Hanya lapan daripada 10 exco dilantik semula semasa istiadat pelantikan exco 28 Febuari lalu di Istana Anak Bukit.

Dua exco yang tidak dilantik itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh telah mengeluarkan surat menyatakan keengganan mereka dilantik semula berikutan terdapatnya krisis yang berlaku antara mereka dengan Azizan.

"Mereka bertekad untuk menjatuhkan Azizan dari kerusi Menteri Besar, malahan ada yang berazam menamatkan karier politik beliau dalam pilihan raya akan datang.

"Selain itu, mereka juga mendakwa Azizan sudah tidak layak menjadi pemimpin PAS Kedah kerana langsung tidak mahu mendengar nasihat exco dan kepimpinan parti," kata sumber berkenaan.

Menurut sumber berkenaan, Azizan bukan sahaja menerima tekanan daripada penyokong dua exco berkenaan, malah turut menghadapi keadaan yang "kritikal" memandangkan PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan kemelut Kedah esok.

"Dalam mesyuarat itu, naib presiden PAS Salahuddin Ayub akan menbentangkan beberapa cadangan dan syor yang akan menekan Azizan untuk menerimanya, walaupun sebelum ini beliau menyatakan menteri besar mempunyai kuasa untuk memilih exco tanpa merujuk kepada presiden PAS, Datuk Seri hadi Awang," katanya.

Selain tekanan dari PAS, Azizan turut berkemungkinan menghadapi uasaha penyingkirannya daripada kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau mengeluarkan kenyataan hanya akan akur kepada perintah Hadi sahaja.

Kenyataan itu jelas sumber berkenaan, seolah-olah Azizan memperkecilkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

Selain itu, ketika ditanya sama ada Azizan akan akur dengan keputusan PAS Pusat, sumber berkenaan menjelaskan, kumpulan ulama di Kedah juga tidak menyebelahi Azizan, ditambah dengan Dewan Pemuda PAS negeri yang dilihat masih belum membuat keputusan untuk menyebelahi mana-mana pihak.

"Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada di kalangan pemimpin pusat yang tidak menyenangi beliau," kata sumber itu lagi yang menjelaskan Azizan mempunyai tekanan yang begitu hebat.

Utusex Meloya


Bekas Adun BN akan dedah tembelang Najib

Posted: 29 Feb 2012 10:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.


Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8468-bekas-adun-bn-akan-dedah-tembelang-najib


Jika Pas Kedah Tumbang Dalam PRU13.. Parasit Inilah Puncanya

Posted: 29 Feb 2012 07:27 PM PST



Setelah gagal "menghasut" exco-exco lain untuk memboikot penerimaan jawatan exco, Phahrolrazi kini menggunakan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan untuk menghalang Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan tersebut daripada menerima perlantikan exco bagi negeri Kedah.

Keputusan tersebut adalah ultra vires, kerana tiada di dalam peruntukan mana-mana fasal di dalam Perlembagaan PAS bahawa Jawatankuasa PAS Kawasan boleh bertindak menghalang seseorang dari dilantik apa-apa jawatan di dalam Kerajaan negeri. Keputusan Jawatankuasa Kawasan itu perlu dianggap null and void.

Ternyata walaupun seorang jurutera, Phahrolrazi adalah seorang yang buta undang-undang demi meneruskan agenda busuk untuk terus mengeruhkan lagi keadaan yang melanda PAS Kedah.

Sekaligus ia merupakaan penghinaan kepada missi PAS Pusat yang telah mengamanahkan Naib Presiden, Tn Hj Salehuddin Ayub untuk menyelesaikan kemelut perlantikan exco PAS Kedah yang kini telah pun siap dengan formula untuk dibentang kepada PAS Pusat.

Sepatutnya pihak PAS Kuala Kedah khususnya Phahrolrazi bersikap redha dan akur dengan perlantikan MB Kedah yang telah melantik Datuk Ir Amiruddin kerana ia adalah hak prerogatif seorang Menteri Besar.

Tetapi malangnya untuk meneruskan agenda pertama mereka yang tidak kesampaian, mereka beralih untuk memberikan tekanan kepada pihak lain supaya tujuan mereka "mengguling" MB Kedah yang sedia ada untuk menobatkan Phahrolrazi itu tercapai. Hanya seorang yang mengikutinya, Dr.Ismail Salleh, sementara yang lain tidak.

GreenBoc


Media Umno Berjaya Tonjol Imej Anwar Sebagai Orang Yang Paling Bahaya Dan Perlu Dihapuskan

Posted: 29 Feb 2012 04:36 PM PST

Rencana Khas
Umno Sudah Sakit Mental?
Pemimpin Pakatan Rakyat Terancam

Tindakan rakus dan jahat kumpulan yang memakan upah Umno ke belakangan ini menunjukan parti itu benar-benar dalam keadaan terdesak. Umno semacam sudah mengetahui jangka hayatnya tidak berapa lama lagi. Kalau diibaratkan kepada kanser, tahap yang dihadapi Umno kini sudah tahap empat.

Biasanya tahap empat ini boleh bertahan enam bulan dari detik mula ianya dikesan, selepas itu khuluhumlah.

Tengoklah apa yang berlaku kini, tindakan-tindakan diluar batas demokrasi terjadi di mana-mana sahaja. Kumpulan ini akan menjadi histeria menganggu ceramah dan melakukan keganasan politik di majlis-majlis politik Pakatan Rakyat. Mereka bukan saja setakat menghalang dalam bentuk provokasi tetapi sudah meliar sehinggakan menyentuh batang tubuh - fizikal. Sudah ada tindakan secara fizikal hendak dilakukan.


Antara kejadian-kejadian mutakhir yang cukup membimbangkan, seperti gangguan terhadap majlis penerangan ABU - Asal Bukan Umno di Jalan Kebun, Shah Alam beberapa minggu lalu. Macam mana sekumpulan lelaki dipercayai upahan dan dikatakan ahli Perkembar menyerang dan menganggu majlis berkenaan. Menyaksikan video gangguan itu di internet lagaknya salin tidak tumpah macam samseng kemabukan todi dalam filem Tamil.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di ceramah Anwar Ibrahim di Macap, Melaka. Kumpulan samseng soldadu upahan ini telah menyakat orang ramai dari mengikuti ceramah berkenaan. Tindakan ini jelas sekali melanggar prinsip demokrasi yang diangung-agungkan itu. Kumpulan ini tidak mempedulikan lagi kepada undang-undang dan adat budaya. Mereka menggunakan undang-undang hutan rimba untuk bertindak.

Manakala gangguan terhadap ceramah Anwar di Sembrong, Johor dan percubaan untuk mencederakan penasihat umum PKR itu sesuatu yang paling busuk. Tindakan itu berpotensi besar akan mencetuskan tragedi berdarah. Kalau tidak kerana kenekadan para pengawal Anwar dan penyokong PKR malam itu sudah tentu bumi Smbrong akan mengecapi darah.

Bagaimana sekumpulan pemuda liar Sembrong molontar batu dan menendang kereta Anwar sampai kemek. Bayangkan kalau tidak ada pasukan pengawal apa akan terjadi kepada Anwar? Tidak berpuas hati kerana mereka tidak dapat lanyak Anwar, kumpulan itu terus berdiri di seberang jalan tidak jauh dari pentas ceramah terus memaki hamun Anwar. Mereka bersorak menyanyi lagu-lagu patriotik kepala lutut. Sambil itu ada yang jahat melontar Anwar dengan telor dan air kencing dalam botol mineral.

Insiden itu dan beberapa insiden yang berlaku sejak ke belakangan ini cukup membimbangkan. Aksi politik negara ini sudah terlewat dari batas agama dan adat. Apakah ini trend baru ataupun ia satu budaya jelek yang dikutip dari aksi-aksi yang dipaparkan di dalam tv? Ataupun aksi dan perangai buruk ini berlaku hasil dari budaya demonstrasi yang mulai rancak di negara ini akhir tahun 1990-an? Perkembangan dan perubahan jiwa orang Melayu dalam siasah ini wajar dikaji.

Gangguan dan keganasan politik yang berlaku itu adalah bersiri. Terbaru apa yang berlaku di himpunan Hijau 0:2 di Pulau Pinang merupakan kesenimbungan kepada kejahatan yang dirancang itu. Bagaimana sekumpulan lelaki berkulit hitam ala negero lombong telah melakukan provokasi dan menghina Lim Guan Eng.

Satu lagi kejadian di Gambang Pahang di mana Nurul Izzah cuba dicederakan. Kumpulan liar upahan ini berani memanjat ke pentas dan ingin mencederakan Nurul Izzah. Apa yang berlaku di Pahang itu jelas siapa dan golongan mana? Seperti mana diakui oleh orang Umno kononnya mereka ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah, satu kenyataan yang cukup melucukan. Begitu juga dengan penafian Tengku Adnan Mansor yang Umno tidak ganggu majlis Pakatan Rakyat adalah satu pembohong di siang hari.

Dari maklumat dan carian menunjukkan wajah-wajah yang terlibat bersama gerombolan liar itu antaranya ahli Perkembar.

Saya bimbang dengan perkembangan yang berlaku akhir-akhirnya ia cukup bahaya. Kalau tidak dibendung mungkin sejarah kelukaan baru akan menimpa negara. Yang menghairankan kenapa ianya seperti dibiarkan oleh Polis. Apakah polis bersekongkal dalam perancangan ini membantu golongan ini?

Melihat kepada susana di tempat kejadian itu di mana kegansan politik bebas dilakukan seolah polis tidak ada kuasa untuk mengawalnya lagi. Sikap polis yang seolah-olah membiarkan kumpulan itu mendekati kawasan ceramah atau menyusup mahu untuk membuat kecau seperti mana berlaku di Himpunan Hijau di Penang itu menjelaskan akan sikap polis.

Adalah sangat dikesali kalau polis bersekongkol di dalam hal ini. Apakah setelah berlaku pertumpahan darah baru hendak bertindak? Mana-mana ceramah yang dibenarkan atau mendapat permit ia mesti dibawah tanggungjawab polis, kerana permit itu diberi setelah ada jaminan keselamatan.

Sekiranya keganasan politik ini dilakukan kumpulan liar ini satu tektik dan perancangan ia boleh mengancam jiwa pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak mustahil tindakan ini semakin liar dan agresif lagi saat hampir tiba pilihan raya. Apa lagi kalau Umno merasakan jangka hayatnya semakin pendek, golongan penerima upah sesen dua ini akan jadi lebih tidak waras.

Agak melampau kalau dikatakan apa yang berlaku adalah plan penyelamat (kontingensi plan) kerajaan UBN. Mungkin dengan keganasan itu mereka mengharapkan tindak balas dari pihak di serang. Apabila berlaku ini maka meletuslah keadaan tegang dan huruhara. Apa yang mungkin dinanti dari suasana itu ialah untuk mengistyharkan darurat di mana dengan cara itu menafikan pihak Pakatan untuk mengambil alih kekuasaan bila mana pilihan raya ditangguhkan.

Memandangkan ia mungkin agresif perlu rasanya Pakatan Rayat memperketatkan kawalan ke atas majlis-majlis anjruan mereka. Para pemimpin hendaklah dikawal serapi mungkin. Dalam hal ini tampaknya pemimpn DAP dan PKR saja yang hendak dituju, dikhianti. Pemimpin Pas seakan terlepas dari kejahatan ini. Manakala orang yang menjadi sasaran utama, Anwar, Nurul Izzah, Lim Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh, Azmin Ali dan lain-lain.

Dalam pada itu elok juga kalau majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat nanti pastikan ia diadakan bersama dengan pemimpin Pas. Kerana pemimpin Pas tidak menjadi sasaran, penggabungan majlis itu menjadikan pemimpin sebagai perlindung kepada mereka. Pakatan Rakyat jangan merasa anih dengan kemungkinan ini. Dalam keadaan Umno semakin hilang daya siuman apa-apa sahaja boleh berlaku. [wm.kl.6:46 pm 29/02/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/rencana-khas_29.html


Parasit Dalam Pas Kedah Mula Bersuara

Posted: 29 Feb 2012 03:38 PM PST

Isu Exco: Phahrolrazi beri Amirudin kata dua

ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.

"Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada Pas Kuala Kedah," katanya.


Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan Pas kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.

"Apabila Amiruddin menerima tawaran sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah jawatan, ini bermakna beliau ingkar arahan. Setiausaha Pas Kuala Kedah, Aris Awang akan menghantar surat rasmi kepada Amiruddin hari ini (semalam), tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang," katanya.

Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah Pas Kuala Kedah sebulat suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir.

"Berkisar kepada keputusan mesyuarat inilah, tindakan diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum pada Amiruddin dan beliau memaklumkan tidak dapat terima arahan ini dan mengangkat sumpah jawatan Exco Selasa lalu," katanya.

Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah menolak penjelasan itu.

Ditanya sama ada Amiruddin berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Phahrolrazi berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu.


Pelantikan Khairy Jamaluddin Dalam PUNB Tidak Menguntungkan Bumiputera

Posted: 29 Feb 2012 07:34 AM PST

Perlantikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah membawa masyarakat Bumiputera ke belakang di mana fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlantikan Khairy menghantar isyarat yang salah kepada komuniti Bumiputera yang sekarang digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia.


Ini kerana perlantikan MP Rembau itu jelas menunjukkan fahaman politik menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman.

"Sebagai salah seorang pengasas PUNB iaitu syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana saya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saya berbangga dengan pencapaian PUNB yang selama ini diterajui oleh golongan profesional dan berkebolehan.

"Walaupun peringkat pengubal dasar terdiri daripada ahli ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam operasi. Malah Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada golongan profesional berpengalaman yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kumpulan berkaitan dengan politik," tegasnya.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya mensia-siakan usaha masyarakat Bumiputera dengan melantik Khairy Jamaluddin yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman dalam menguruskan badan korporat yang sudah berjaya.

Tegasnya, tindakan Najib sekali lagi membuktikan bahawa beliau gagal mengutamakan antara kepentingan dengan profesionalisme.

Malah Abdul Khalid menyifatkan perlantikan tersebut sebagai petanda yang buruk bagi bumiputera dan Malaysia khasnya.

"Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy Jamaluddin," jelasnya. -tvsnews


Orang Gila Ini Mengaku Presiden

Posted: 29 Feb 2012 07:06 AM PST


Ceritanya di sini

Guru diarah hadir program Hassan Ali

Posted: 29 Feb 2012 05:00 AM PST

KOTA BHARU, 29 Feb: Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini.

Ceramah itu akan diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.


Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

"Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD," kata sumber terbabit.

Katanya juga penganjuran program berkenaan ada kaitan langsung dengan Umno, biar pun dibuat atas nama sebuah NGO baru diberi nama Jati.

Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.

Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.

Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Sindiket itu difahamkan dikendalikan petugas Umno dengan harapan dapat memenangkan calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ini semua ada urua-ura seorang pegawai di PPD Kota Bharu yang disebut-sebut mahu menjadi calon di Dun Bunut Payong pada pilihan raya umum ini," ujarnya.


Peguam dakwa keluarga diraja Johor ugut bunuhnya

Posted: 29 Feb 2012 03:57 AM PST

Peguam Kamal Hisham Jaafar yang melarikan diri dari negara ini mendakwa bahawa ahli kerabat diraja Johor membuat ugutan bunuh terhadap dirinya.

Bercakap melalui telefon kepada Malaysiakini dari Doha pagi ini, Kamal Hisham berkata beliau telah berurusan dengan keluarga diraja Johor itu selama 17 tahun dan mengenali rapat dengannya.

"Saya telah mendapat beberapa 'ugutan bunuh' yang dipercayai dibuat oleh seorang kerabat diraja yang mana perkara ini telah saya maklumkan kepada pihak polis.


"Dalam surat saya kepada pihak polis saya menerangkan bahawa laporan polis tentang ugutan-ugutan bunuh yang saya terima masih belum saya buat memandangkan terdapat isu-isu sensitif yang akan timbul susulan kepada laporan saya nanti.

"Saya mempunyai banyak dokumen yang boleh membuktikan kebenaran saya yang boleh membuktikan bahawa penjenayah sebenar adalah orang lain tapi membuat tuduhan terhadap saya
kerana mahu menutup kesalahannya.

"Saya sekali lagi mengulangi bahawa campur tangan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara adalah perlu untuk memastikan bahawa pihak Polis Johor menjalankan siasatan dan urusan secara professional dan tulus.

"Saya percaya maklumat-maklumat siasatan polis Johor terhadap kes yang dibuat terhadap saya telah disalah gunakan oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan hak saya untuk mendapat keadilan yang tulus.

"Saya hairan apabila saya mahu bekerjasama dengan pihak polis dengan bertanya apakah laporan dan tuduhan yang dibuat kepada saya, pihak polis menyatakan bahawa lapuran yang dibuat ke atas saya dikategorikan sebagai "rahsia".

Kamal Hisham, bagaimanapun, tidak mendedahkan sifat ugutan yang diterimanya

Beliau yang juga seorang pengarah di Southern Ads Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga diraja Johor juga didakwa oleh syarikat berkenaan melakukan penipuan dan pecah amanah (CBT).

Enam laporan polis telah dibuat terhadapnya sejak Mac lalu.

http://www.malaysiakini.com/news/190683


Tiada ulasan: