Sabtu, 31 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


TG Nik Aziz: “Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati...."

Posted: 31 Mar 2012 08:54 AM PDT


[HD] KOTA BHARU, 31 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan 'menggunakan fikiran' ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya.

"Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan 'fikiran'. Haatuu…. burhaanakum, bukannya 'haatuu….ISA'. Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak.

"Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu.

"Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi.

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood.

Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah.

Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai.

"Justeru, apabila pilihan raya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti bila, tidak tahu," ujarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar.

"Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya. Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati.

"Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya.

Beliau melahirkan kebangaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang 'anak pondok' kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS.

Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam.

Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.

Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi.



Awang Afrika Mati Dipukul Kerana Cabul Tukang Cuci, Rakan Merusuh

Posted: 31 Mar 2012 07:37 AM PDT

Sekadar hiasan.

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. "Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan. 

Beliau berkata anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Ab Rashid berkata kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis. 

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela. 

"Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu.


P/s: Kerajaan BN sebelum ini memperkenalkan polisi VOA untuk pelajar luar negara. Yang tidak sedap dibaca, pelajar yang merebut peluang itu majoritinya berasal dari Afrika. Masalah timbul apabila mereka hanya mengikuti pelajaran di kolej buat beberapa ketika, sebelum meninggalkan pelajaran dan membikin masalah di negara ini. Polisi terdesak itu sudah dihentikan, namun balanya kita alami sehingga kini! Polisi VOA juga diberikan kepada pelancong dari China dan India. Polisi terdesak itu juga terpaksa dihentikan apabila ratusan ribu pelancong dari India dan China "hilang tanpa dapat dikesan" di tengah-tengah masyarakat berbilang bangsa di negara ini. DCM pernah mengulas dan menyiarkan berita tentang hal ini.

Dari  segi lain, jenayah yang membabitkan pendatang Indonesia memang bukan asing lagi di Malaysia. Congaklah jumlah warga Indonesia di negara ini. Ada pihak menganggar jumlahnya mencecah 1 juta. Ada pihak mendakwa warga Indonesia terpilih diberi kad pengenalan untuk mengundi. Cuba bayangkan pula kalau pendatang Indonesia merusuh di negara ini. Negara Eropah, misalnya, Britain sudah menerima kesan rusuhan pendatang asing di negara itu. Malaysia menunggu giliran!!!

Salah siapa?


Berita yang MENGGEGARKAN JANTUNG Orang yang Terlibat dalam Skandal Scorpene

Posted: 31 Mar 2012 07:00 AM PDT


Peguam Dapat Akses Kertas Mahkamah Perancis

[MK] Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Pada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM77.3 bilion.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan se;anjutnya.

"Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini.

"Ini memang cabaran besar kepada tetapi kami berbesar hati kerana kes itu bergerak ke arah yang betul dan memberi momentum," tambahnya.

Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai 'orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib didakwa membunuh Altantuya Sharibuu pada tahun 2006, tetapi selepas dibicarakan beliau kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.



P/s: Jangan ada yang terkena serangan jantung. 
Kah kah kah! 
Silap-silap PRU 13 ditangguhkan ke tahun depan!


Pengajaran kepada Orang yang Gemar Melanggan Pelacur/Mengamalkan Seks Bebas

Posted: 31 Mar 2012 05:00 AM PDT

Menurut laporan Oriental Daily, seorang lelaki Hong Kong kecut perut apabila pelacur yang dilanggannya memberitahu bahawa dia adalah pembawa AIDS selepas mereka berdua melakukan hubungan seks.
 Ah Seng (bukan nama sebenar) yang kini masih trauma berkata: "Saya hanya akan mengetahui sama ada  dijangkiti AIDS atau tidak selepas tiga bulan. Walaupun saya mungkin bernasib baik, namun kejadian ini benar-benar menakutkan saya."
Ah Seng, seorang broker mendedahkan bahawa dia biasanya mendapatkan perkhidmatan seks setiap dua minggu sekali sejak 10 tahun yang lalu.

Minggu lalu, lelaki yang sudah berkahwin itu ke pusat pelacuran di Wan Chai untuk mendapatkan perkhidmatan seks.

"Seorang wanita berusia 20-an itu membuka pintu. Dia bertutur dalam loghat yang kedengaran seperti orang yang berasal dari kawasan desa."

"Dia memakai pakaian seperti pembantu rumah berwarna merah jambu. Dia seksi, cantik dan mempunyai bentuk badan yang mengiurkan," kata Ah Seng yang membayar HK$ 500 (RM197) kepada wanita itu.
Selepas melakukan ehem-ehem, wanita itu secara tiba-tiba ketawa dan memberitahu Ah Seng, "Kamu sudah terkena, saya ada AIDS."

Ah Seng yang terkejut dengan pengakuan pelacur itu cepat-cepat memakai seluar dan meninggalkan tempat itu.

"Dia kelihatan sangat tenang apabila memberitahu bahawa dia telah menebuk lubang pada kondom yang saya guna. Jantung saya macam nak berhenti berdegup apabila mendengar kata-katanya."

Rupa-rupanya, Ah Seng bukanlah mangsa yang pertama. Hal itu diketahuinya apabila menceritakan hal tersebut kepada rakan yang memperkenalkan pusat pelacuran itu.

"Rakan saya yang mengadakan hubungan seks dengan wanita itu beberapa hari lalu juga mengalami situasi yang sama," katanya.

Gadis itu gagal dikesan selepas kejadian itu. Ah Seng mengganggarkan lebih 100 orang telah mengadakan hubungan seks dengan gadis itu yang dipercayai berasal dari China. -DCM


P/s: Sila ambil pengajaran!


Wanita Potong Zakar Lelaki yang Cuba Merogolnya

Posted: 31 Mar 2012 04:00 AM PDT


[HM] MUMBAI: Seorang wanita India di pinggir bandar Delhi, memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya.

Menurut laporan polis, wanita kematian suami yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bakhtawarpur, mempertahankan dirinya daripada diperkosa.

Suami mangsa meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dia hidup bersendirian sejak itu. Wanita itu juga jarang keluar rumah.

Seorang anggota polis berkata, mangsa mendakwa, suspek, Jeevat, menyerbu masuk ke dalam rumahnya malam semalam dan cuba merogolnya,

Mangsa melawan dan apabila lelaki itu terjatuh, wanita itu meluru ke dapur dan mengambil pisau sambil menjerit meminta tolong sebelum memotong kemaluan penyerangnya. 

Beberapa jiran meluru ke rumah mangsa dan seorang daripada mereka menelefon polis.

Jeevat dikejarkan ke hospital Maharaja Harischandra dan keadaannya disahkan stabil.

Bagaimanapun doktor berkata, mereka tidak dapat menyambung semula kemaluan lelaki itu. - Agensi



P/s: Sepatutnya setiap perogol yang disabitkan bersalah dikenakan hukuman potong kemaluan!


AMK P. Pinang Dakwa Ketua Pemuda UMNO Memfitnah, Beri Penjelasan tentang Isu Tapak Masjid dan Sekolah Bayan Mutiara

Posted: 31 Mar 2012 03:24 AM PDT


[HD] Dalam hal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju sekali lagi pihak Umno menyerlahkan ketidakprihatinan mereka dalam hal pembangunan.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang sendiri iaitu Ir Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas kerajaan negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Berikut adalah penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau tentang penjualan tanah secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.

Ini kerana Syarikat Ivory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Syarikat Ivory Group adalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikat yang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar "earnest deposit" sebanyak RM1.2 juta).

Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240 skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.

Dalam hal kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang tidak tahu menahu akan hal ehwal perancangan pembangunan.

Perlu kita ketahui bahawa bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1,200 atau 1,500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk masjid dan juga sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak majlis perbandaran.

Namun begitu 'master plan' tersebut hanya diluluskan kepada pihak pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana pelan pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada tuan tanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Tidak timbul soal tapak untuk masjid atau sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina masjid atau sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan.

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group.

Sekali lagi Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamerkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak masjid sedangkan tapak masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi.

Di sini saya bagi pihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami atau memahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.

AMK juga menggesa pihak Syarikat Ivory Group supaya mempamerkan pelan pembangunan induk (master plan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat oleh pihak awam.

Dan di samping itu pihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebut secara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan di zaman pemerintahan Umno BN dulu.

Amir Ghazali ialah Ketua AMK Pulau Pinang.



Remaja Dipercayai Lari Ikut Duda

Posted: 31 Mar 2012 02:00 AM PDT

 
 [SH] JERANTUT – "Pulanglah Angah, nenek Saodah kini ­jatuh sakit sejak pemergian dan menanti kepulangan mu,".

Itu antara luahan Noorlilie Baharuddin, 31, dari Taman Bukit Permai Jerantut dekat sini, yang merayu anak saudaranya, Nur Aliah Baharuddin, 19, pulang ke pangkuan keluarga.

Noorlilie berkata, Nur Aliah atau dipanggil Angah dalam keluarganya, dipercayai dilarikan teman lelakinya pada malam 25 Mac lepas, kira-kira jam 11 malam, dari kediaman neneknya (Saodah) di Felda Jengka 1 Maran.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu hanya membawa beberapa helai pakaian dan sehingga kini tidak diketahui nasibnya dan lokasinya.

"Sebelum kejadian, ­memang ada sedikit perselisihan faham antara Angah ­dengan keluarga berikutan dinasihatkan ibu bapanya, Baharuddin Taib, 45, dan Mariam Nayan, 42, supaya `berenggang' ­dengan teman lelakinya yang juga seorang duda berusia 38 tahun.

"Pada malam kejadian, saya pulang ke Felda Jengka Satu, Maran untuk bertemu emak saya, Saodah Ishak, 65, yang tinggal bersama Angah, tetapi anak saudara saya tidak menunjukkan apa-apa ke­risauan dan berbual mesra ­malah begitu manja dengan neneknya," katanya.

Noorlilie berkata, kehi­langan Angah disedari emak (Saodah) pada 26 Mac lepas iaitu ketika emak masuk ke ­bilik untuk mengejutkan Angah, tetapi tergamam apabila Angah tiada di tempat tidur.

Menurutnya, emak mendapati Angah tiada dan ­menyelak selimut, hanya menjumpai bantal peluk yang digunakan Angah untuk ­mengelirukan, seperti seolah-olah dia sedang tidur.

"Sehingga kini selepas kehilangan Angah, emak sering juga jatuh sakit dan tidak berselera makan kerana terkenangkan Angah yang sangat dikasihinya," katanya.

Noorlilie berkata, Angah berkemungkinan keluar dari rumah setelah kecewa hasrat untuk mengahwini ­kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga.

Menurutnya, mereka ­sekeluarga kini berasa risau kerana Angah tidak dapat dihubungi sejak dia keluar ­rumah pada minggu lepas.

"Kami tidak tahu apa ­nasibnya kini. Justeru kami mengharapkan Angah pulang semula dan boleh berbin­cang mengenai kehendaknya dan merestui perhubungan Angah.

"Keluarga tidak marah dan ingin berunding secara baik dan jika Angah ingin berkahwin kita boleh adakan ­majlis dengan cepat. Apa pun kami mahukan Angah balik ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat," katanya kepada Sinar Harian.

Berikutan kehilangan Nur Aliah, Noorllilee bersama ­keluarganya membuat ­laporan di Balai Polis Sungai Jerik, Maran pada 26 Mac jam 9 pagi.

Noorlilie berkata, sesiapa yang mengetahui lokasi dan menjumpai Nur Aliah (­gambar) diminta meng­hubungi bapanya, Baharuddin Taib, di talian 013 2787332 atau Saodah Ishak di talian 013 6060975.

Bukan Sahaja Merogol, Lelaki Tusuk Kemaluan dan Kelar Leher Anak Tiri dengan Pelepah Sawit

Posted: 30 Mar 2012 11:01 PM PDT

Sekada hiasan.

[HM] KOTA KINABALU: Seorang bapa warga asing bukan saja bertindak merogol anak tirinya berusia 15 tahun, malah cuba membunuhnya dengan menusuk kemaluan dan mengelar leher mangsa menggunakan pelepah kelapa sawit dan cuba menghumbannya ke dalam sungai di Inanam, di sini.

Namun, dalam kejadian jam 9.30 pagi pada 23 Mac lalu, mangsa bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk mendakwa menemui seorang gadis dalam keadaan lemah sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, soal siasat mendapati mangsa dirogol bapa tirinya berusia 34 tahun sebelum bertindak cuba membunuhnya.

"Bukan itu sahaja, suspek berusia 34 tahun bertindak kejam apabila memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa sebelum membiarkan mangsa terbaring dalam keadaan tidak bermaya di tebing sungai. 

Mujur ada penduduk tempatan menemui mangsa dalam keadaan terbaring sebelum menghubungi polis," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini, semalam.  


P/s: Gila lahanat!



[Video] Ribuan Orang Hadiri Ceramah Anwar Ibrahim di Bangi

Posted: 30 Mar 2012 10:00 PM PDT





 

Harap Tiada Rakyat Malaysia yang Terpedaya dengan Berita Ini

Posted: 30 Mar 2012 08:00 PM PDT


Hanya Malaysia kekal harga petrol

[Bernama] BERA: Malaysia satu-satunya negara di Asia yang masih mengekalkan harga petrol RON95 RM1.90 seliter, meskipun berlaku kenaikan harga di pasaran antarabangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan tidak pernah berhasrat memberhentikan subsidi bahan api itu. 

"Jika tidak diberi subsidi, harga petrol naik RM2.93 seliter dan ini membebankan rakyat," katanya selepas menyampaikan cek bantuan pembangunan kerajaan Pusat RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 Sekolah Agama Rakyat di kawasan Parlimen Bera, semalam.

Tahun ini RM17 bilion peruntukan subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding RM15 bilion tahun lalu.  



P/s: PRU tahun ini saudara. Bodoh, bingailah jika BN menaikkan harga petrol tatkala mereka kini sedang bermati-matian mengambil hati rakyat.

Selepas PRU, kalau BN menang besar, bersiap sedialah menghadapi pelaksanaan GST besar-besaran dan kenaikan bil utiliti, dan harga minyak.
 
Ingat Ismail Sabri, ingat berita ini.


Lelaki Tidak Berharta, Tetapi Penyayang, Ini Peluang Anda...

Posted: 30 Mar 2012 07:30 PM PDT


[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.

Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.

"Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.

Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai melalui harta.

"Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran," katanya.



P/s: Tunggu apa lagi bang? Kah kah kah!



 

Padah Mudah Diajak ke Hotel, Remaja 14 Tahun Dirogol Lelaki Baru Dikenali

Posted: 30 Mar 2012 06:48 PM PDT


[SH] KUALA TERENGGANU – Keputusan berani seorang remaja bawah umur tidak menolak pelawaan teman lelakinya yang hanya baru dikenali sehari ke sebuah hotel di bandar raya ini membawa padah setelah dia dakwa dirogol lelaki terbabit.

Kecewa diperlakukan sedemikian rupa, remaja yang baru berusia 14 tahun itu mengambil keputusan menceritakan kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya dan satu laporan polis dibuat.

Susulan laporan, lelaki terbabit, Mohd Khairuddin Mohd Yusof, 22, dari Kampung Losong Atap Zin, di sini, ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam atas dakwaan merogol.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di Terengganu Hotel, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara jam 9 malam hingga 6 pagi pada 14 Mac lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Rosila kemudian menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamad Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


P/s: Mudah, mudah!

 

Tiada ulasan: