Sabtu, 31 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Teluk Rubiah Musnah Lantaran Kerakusan Umno

Posted: 31 Mar 2012 05:00 AM PDT

Aku pun turut menyibuk ...jgn marah ler..

Walaupun dalam keadaan hujan lebat mencurah-curah, pada jam 10.30 pagi tadi, kira-kira 300 orang telah mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah pembinaan sebuah kilang bijih besi yang sedang dibina oleh perlombongan gergasi Brazil , Vale, di Teluk Rubiah, Manjung.

Lautan api lagi ku renang, inikan pula air hujan...

Kumpulan pengguna dan alam sekitar termasuk kumpulan bloggers Media Perak telah secara konsisten menentang projek tersebut turut sama dalam perhimpunan itu.

Mereka berkata loji Vale dan aktivitinya akan menjejaskan kestabilan ekosistem kawasan itu, sebelum ini diwartakan sebagai rizab hutan.

Mencemar alam sekitar dan mengancam kehidupan rakyat tempatan

"Hujan lebat tetapi orang ramai masih hadir. Objektif perhimpunan tersebut telah tercapai dengan memuaskan. Ini adalah langkah pertama untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara itu, "kata Howard Lee, salah seorang penganjur perhimpunan tersebut.

Suhaimin Sulam turut mendeklamasikan sebuah sajaknya

Vale adalah sebuah syarikat perlombongan dan pemprosesan bijih besi terbesar di dunia. Ia mempunyai sebuah syarikat tempatan berdaftar dipanggil Vale Manufacturing Sdn Bhd Malaysia, yang mula membina loji Teluk Rubiah pada Julai lalu dan dijangka akan beroperasi pada Jun 2014.

Turut hadir ialah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.Antaranya ialah DS Nizar, YB Ngeh, YB Sivakumar dan lain-lain.

Ini semua menunjukan sikap Umno/BN yang rakus

Nizar yang turut berucap telah menyelar sikap Menteri Besar Haram, Zambry yang telah membenarkan syarikat Vale beroperasi di situ.

Menurut Nizar, kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan meluluskan mana-mana projek yang mengancam kehidupan rakyat atau menjejaskan alam sekitar.

Selamatkan Teluk Rubiah!

"Saya telah menawarkan Vale tempat yang jauh dari penempatan orang ramai iaitu di Tanjung Hantu, ketika saya Menteri Besar," jelasnya.

Mamak Yang Kimak!

Posted: 31 Mar 2012 01:30 AM PDT

Kimak sungguh mamak seekoq nih! Korang tengoklah sendiri perangai Mamak Penyangak ini di sini.

Beginilah perangai sebenar kebanyakan orang-orang Umno/BN yang kononnya memperjuangkan Melayu.

Kimak sungguh mamak seekoq ini!

Tiada ulasan: