DUNIACACAMARBA |
- [Tragis&Sadis] Daripada Rupawan kepada ???: Mangsa Serangan Asid Bunuh Diri Kerana Ketidakadilan Undang-undang dan Ketidakpekaan Kerajaan
- Pemuda Pakatan Rakyat Tawar Mansuh AUKU, PTPTN Jika Tawan Putrajaya
- [KANTOI] PKR Ada Bukti Kukuh Malaysia Lobi Israel untuk Jadi Tuan Rumah Persidangan Gas Sedunia
- [Tragis&Sadis] Ibu Sanggup Dirogol Demi Keselamatan Anak, Penjenayah Guna Plastik Sebagai Kondom
- Kalau Sudah Kemaruk Serakah, Kaki Sakit Pun Sanggup Merogol
- Beraksi Berahi di Tiang, Ketiga-tiga Gadis Ini Hanya Dikenakan Denda RM25
- Mahkamah Rayuan Bebas "Dektektif Lim" daripada Tuduhan Mencuri Buku
Posted: 29 Mar 2012 05:00 AM PDT DM melaporkan seorang bekas penari Pakistan yang berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas disimbah asid akhirnya bertindak membunuh diri selepas lebih sedekad menanggung derita dari segi fizikal dan emosi. Fakhra Younus, 33, bertindak terjun dari tingkat enam sebuah bangunan di Rom, 12 tahun selepas serangan asid yang menurutnya telah menyebabkan dirinya tidak kelihatan seperti manusia. Menurut laporan media, serangan yang berlaku sekitar Mei 2000 itu didakwa dilakukan oleh bekas suaminya, Bilal Khar. Dia dikatakan telah menyimbah asid ke muka Fakhra yang sedang nyenyak tidur. Serangan yang berlaku di depan anak tunggal mereka itu menyebabkan Fakhra sukar bernafas dan berjuang untuk hidup. Hidungnya hampir "cair" sepenuhnya dan dia terpaksa menjalani 39 pembedahan untuk membaiki wajahnya sepanjang dekad yang lalu. Serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu juga telah menyebabkan rambutnya terbakar, mencantumkan bibirnya, membutakan mata dan merosakkan telinga kirinya, dan turut "mencairkan" payu daranya.
Selepas mendapatkan rawatan, ibu kepada seorang anak itu berpindah ke Itali dan meneruskan rawatannya di sana. Namun segala-galanya berakhir apabila Fakhra mengambil keputusan membunuh diri pada 17 Mac lalu. Dalam mesej yang ditinggalkan, Fakhra menyatakan ketidakadilan undang-undang dan sikap tidak peka pemerintah Pakistan menjadi punca dia bertekad untuk menamatkan hayatnya. Bilal Khar telah ditangkap pada tahun 2002 dan didakwa dengan cubaan membunuh. Namun, Bilal Khar, bekas ahli Parlimen dan anak gabenor Pakistan yang kaya, akhirnya dibersihkan daripada tuduhan tersebut. Banyak pihak percaya bahawa dia menggunakan pengaruh keluarganya untuk mempengaruhi keputusan mahkamah. Dalam satu kenyataan, Bilal menafikan bahawa dia mempunyai kaitan dalam serangan itu dan mendakwa seorang lelaki lain yang mempunyai nama yang sama telah melakukan jenayah itu. Bilal juga mendakwa bekas isterinya itu membunuh diri kerana mengalami masalah kewangan, bukan kerana kecacatan yang dialaminya.
Lebih daripada 8 500 kes serangan asid, perkahwinan paksa, dan pelbagai bentuk keganasan terhadap wanita dilaporkan di Pakistan pada tahun 2011, menurut Yayasan Aurat, organisasi yang memperjuangkan hak asasi wanita di Pakistan. Peningkatan kes serangan asid mendorong kerajaan Pakistan memperkenalkan undang-undang baharu. Berdasarkan undang-undang itu, individu yang disabitkan bersalah perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 14 tahun. -DCM P/s: Kejam gila! Persoalanya, mampukah undang-undang melindungi wanita jika mahkamah dan sistem perundangan dipengaruhi wang dan politik? | ||||
Pemuda Pakatan Rakyat Tawar Mansuh AUKU, PTPTN Jika Tawan Putrajaya Posted: 29 Mar 2012 04:00 AM PDT [HD] KUALA LUMPUR, 29 Mac: Pemansuhan Akta Universiti & Kolej Universiti (Auku) dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara tawaran Pemuda Pakatan Rakyat kepada anak muda di negara ini. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, perkara itu hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan tawaran yang akan diisytiharkan secara rasmi pada 29 April ini. "Salah satunya Auku dan PTPTN di bawah teras Pendidikan. "Perisytiharan rasmi kita akan buat pada 29 April ini di Melaka sempena pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pakatan Rakyat," katanya. Selain teras pendidikan, empat lagi teras yang diambil kira adalah Politik, Ekonomi, Sukan dan Seni. "Buat masa ini kita sedang memperincikan kesemuanya termasuk mengkaji fakta dan figur. "Secara details kita tak boleh sebut lagi," katanya kepada Harakahdaily. Terdahulu beliau menyertai sidang media Pemuda Pakatan Rakyat di Pejabat Pembangkang di Parlimen hari ini. Turut hadir Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua DAPSY, Anthony Loke. Pada sidang media itu Nasruddin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Bersih 3 akan diadakan jika janji transformasi politik Perdana Menteri tidak dikotakan. Ianya termasuk melaksanakan semua syor yang akan dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya. "Saya tak menolak akan berlaku Bersih 3 atau bantahan lebih hebat dari rakyat kerana kita tidak boleh hadapi pilihan raya dalam keadaan 1001 kepincangan," katanya. | ||||
[KANTOI] PKR Ada Bukti Kukuh Malaysia Lobi Israel untuk Jadi Tuan Rumah Persidangan Gas Sedunia Posted: 29 Mar 2012 01:24 AM PDT KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel. Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel. Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel. Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra. Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia. Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain. KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China. Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini. Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa. Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel. KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin. KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini. DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGONG KEADILAN MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN P/s: Tolong sebarkan kepada orang kampung, orang Felda, penyokong tegar UMNO! | ||||
[Tragis&Sadis] Ibu Sanggup Dirogol Demi Keselamatan Anak, Penjenayah Guna Plastik Sebagai Kondom Posted: 28 Mar 2012 11:00 PM PDT New Straits Times melaporkan seorang wanita "merelakan" dirinya dicabul dan dirogol oleh seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Kampung Jawa minggu lalu semata-mata untuk melindungi anak-anaknya.Wanita tersebut, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berkali-kali, manakala empat orang anaknya yang menangis ketakutan telah dikunci di bilik bersebelahan. Kejadian itu berlaku sekitar pukul 5:45 pagi apabila wanita itu dikejutkan daripada tidur oleh seorang lelaki yang bersenjatakan gunting. Suspek yang menutup mukanya dengan sehelai pakaian kanak-kanak dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui tingkap. Lelaki itu menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan mengacukan gunting ke lehernya. Suspek memberikan amaran kepada wanita itu agar tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan dibunuh. Mangsa telah diminta menyerahkan barang kemas dan wang tunai. Wanita itu menyerahkan wang RM300, dua buah telefon bimbit, gelang, dan sepasang anting-anting kepada suspek. Suspek kemudian memberitahu wanita itu bahawa dia mahu merogol anak perempuannya dan pada waktu itulah wanita itu merayu lelaki itu merogolnya sebagai ganti. Wanita itu kemudian memberitahu polis bahawa suspek tidak menggunakan kondom, tetapi membalut kemaluannya dengan beg plastik. Mangsa juga memberitahu bahawa dia telah ditampar beberapa kali apabila cuba untuk menahan lelaki itu daripada merogolnya lagi. Selepas suspek melarikan diri, mangsa meminta bantuan jiran sebelum membuat laporan polis. Wanita itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan. Ketika kejadian, suami mangsa tidak ada di rumah kerana ada urusan perniagaan. Pasukan polis forensik yang melawat tempat kejadian berjaya mengesan beberapa cap jari. Mereka juga menemukan gunting dan pakaian kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.-DCM P/s: Siapa kata Malaysia paling selamat di rantau ini? Jika anda mahu meninggalkan keluarga atas apa-apa urusan, fikirlah berkali-kali. Jika perlu, pastikan ada saudara mara yang menemani mereka. Kejadian seumpama ini kerap berlaku. Lebih malang ada yang kehilangan nyawa kerana penjenayah keparat! | ||||
Kalau Sudah Kemaruk Serakah, Kaki Sakit Pun Sanggup Merogol Posted: 28 Mar 2012 08:37 PM PDT [HM] KUALA KANGSAR: Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau. "Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya. "Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa," katanya di sini, semalam. P/s: Memang lahanat! | ||||
Beraksi Berahi di Tiang, Ketiga-tiga Gadis Ini Hanya Dikenakan Denda RM25 Posted: 28 Mar 2012 05:30 PM PDT [Kosmo] SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu. Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut. Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. P/s: Hukumannya memang tidak munasabah. Sebelum ini DCM ada menyiarkan berita berkaitan dengan kes wanita China yang hanya dikenakan denda sebanyak RM1.80 atas kesalahan melacur di Sri Lanka. Apabila dibaca lanjut, rupa-rupanya undang-undang yang berkaitan digubal pada zaman penjajahan. Adakah hukuman RM25 ini digubal pada zaman penjajahan British? Ketiga-tiga gadis ini tampak tersenyum apabila gambar mereka dirakam. Mungkin tersenyum kerana mahu selindung rasa malu, mungkin kerana memikirkan wang denda RM25. Apa-apa pun, hukuman tersebut tidak menghapuskan dosa yang telah dibuat. Apa-apa pun hukuman itu tidak dapat memadamkan arang yang telah terconteng pada muka ahli keluarga masing-masing. | ||||
Mahkamah Rayuan Bebas "Dektektif Lim" daripada Tuduhan Mencuri Buku Posted: 28 Mar 2012 05:14 PM PDT [Kosmo] PUTRAJAYA - Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah kini bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada dakwaan mencuri dua buah buku dari kedai buku MPH Bookstore, tiga tahun lalu. Tiga anggota panel hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K. N. Segara dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskan pelakon yang lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama Gerak Khas. Hakim Abdul Malik berkata, tidak terdapat bukti bahawa aktor berumur 46 tahun itu dilihat mengambil dua buah buku dari rak buku di kedai buku tersebut. Beliau juga berkata, identiti buku didakwa Farid curi juga diragui kerana pegawai penyiasat tidak menyimpan buku dalam sampul surat di stor di pejabat polis sebaliknya mengembalikan buku tersebut kepada penyelia kedai buku itu. Selain itu, hakim itu berkata, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH manakala beg sandang pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan. "Berdasarkan alasan-alasan itu, mahkamah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan. Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kamu, Farid Hisham Wu Abdullah dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Abdul Malik kepada Farid yang ketika itu kelihatan menangis.Detektif Lim menangis selepas menang kes Berkaitan: Detektif Lim menangis selepas menang kes [Kosmo] PUTRAJAYA - Selepas tiga tahun menanggung malu kerana menghadapi tuduhan mencuri dua buah buku, Detektif Lim semalam menangis gembira sebaik mendengar keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskannya daripada dakwaan itu. Pelakon drama Gerak Khas atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Wu Abdullah berkata, dengan keputusan itu, dia berharap orang ramai akan kembali yakin kepadanya. "Paling penting, ibu bapa saya boleh tidur lena," katanya ketika ditemui di luar mahkamah semalam. Menurut pelakon itu, pendapatan dan kredibilitinya terjejas berikutan kes itu sehingga dia terpaksa bekerja sebagai atendan pam di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka selama setahun kerana tidak mendapat sebarang tawaran kerja. Bagaimanapun kata Farid, dia bernasib baik kerana selepas itu diambil bekerja sebagai penolong pengarah bagi program televisyen 26 siri Titisan Darah Pahlawan yang dijangka disiarkan pada Hari Kebangsaan ini. Sementara itu, penerbit dan pengarah drama bersiri Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam berharap penerbit drama atau filem tempatan tidak menyisihkan Farid kerana dia terbukti tidak bersalah. Beliau berkata, Farid perlu diberi ruang untuk kembali mewarnai dunia lakonan selepas ini. "Saya harap penerbit drama dan filem tidak merekodkan perkara ini atau terus memberi tanggapan negatif kerana setiap yang berlaku mempunyai hikmah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Yusof berkata, beliau sendiri memberi peluang kepada Farid dengan mengambilnya bekerja di belakang tabir selepas direhatkan daripada berlakon dalam drama Gerak Khas. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan