DUNIACACAMARBA |
- [Video] MB Selangor PECAH LUBANG Hasan Ali
- Kerana Termakan Pujukan, Remaja Dikurung & Dirogol
- Pakatan Rakyat Akan Ambil Alih Tol yang Untung Melampau
- [Video] Ribuan Dengar Ceramah Anwar Ibrahim di Taman Kosas, Ampang
- [Video] Anwar Ulangi Janji Batal PTPTN dan Pendidikan Percuma dari Sekolah ke Universiti untuk Anak Miskin
- Lelaki Adakan Hubungan Terlarang dengan Adik Ipar 12 Tahun
- [PENTING] Jika PRU 13 Jun, Maka 31 Mac Adalah Hari Terakhir MENDAFTAR
- Rafidah Aziz: Buang PIJAT, Jangan Buang Kelambu BN
- [Video] Guru Parah, Murid Cedera Disimbah ASID
- Kugiran Rai Pengantin Jadi Pesta Arak, Maksiat, Pondan
- Remaja Layan Rakan Kekasih Sebagai Upah Tutup Mulut
- Rundingan Langsung Turun 98.8% Semasa Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor
- [AWAS] Susu Cair Ada Logam Hitam
[Video] MB Selangor PECAH LUBANG Hasan Ali Posted: 28 Mar 2012 07:24 AM PDT | ||||
Kerana Termakan Pujukan, Remaja Dikurung & Dirogol Posted: 28 Mar 2012 06:00 AM PDT [BH] KANGAR: Padah mengikuti seorang lelaki ke Perlis, remaja perempuan berusia 15 tahun dari Alor Setar dikurung sebelum dirogol lelaki terbabit sekurang-kurangnya dua kali sepanjang tiga hari sejak Sabtu lalu. Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama datuknya diperlakukan sedemikian oleh suspek berusia 23 tahun, yang turut dikenalinya selepas dikatakan terpedaya pujukan lelaki terbabit ketika keluar bersiar bersamanya, petang Sabtu lalu. Berdasarkan maklumat diterima, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Alor Setar dikatakan dijemput suspek di rumah datuknya di Kampung Pokok Pauh, Alor Setar, sebelum dibawa ke rumah lelaki itu di Kampung Kenangan, dekat Behor Mali, di sini. Mangsa kemudian dirogol suspek sekurang-kurangnya dua kali, selain dikurung di rumah itu sebelum mangsa berjaya melepaskan diri petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan laporan dibuat datuk mangsa di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin. Katanya, mangsa mendakwa dirogol suspek dua kali kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu. Malah, mangsa turut dikurung suspek tiga hari selepas dibawa ke rumah tidak bernombor itu. "Mangsa nekad melarikan diri sebelum pulang ke Alor Setar dan memaklumkan kejadian itu kepada datuknya," katanya. Polis kini memburu suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menyedari mangsa membuat laporan polis. | ||||
Pakatan Rakyat Akan Ambil Alih Tol yang Untung Melampau Posted: 28 Mar 2012 05:50 AM PDT [MK] Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak. "Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan. Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi. Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan. "Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu. Cadangan itu dibuat PKR, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus. Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta. "Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai sebanyak RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX," kata Pakatan sambil mendakwa wang itu tidak akan dipulangkan kepada rakyat. | ||||
[Video] Ribuan Dengar Ceramah Anwar Ibrahim di Taman Kosas, Ampang Posted: 28 Mar 2012 04:48 AM PDT | ||||
Posted: 28 Mar 2012 04:00 AM PDT [KD] KUALA LUMPUR 26 Mac: Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang. "Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti," kata Anwar. Katanya, perkara ini dapat dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara. "Mana saya nak letak muka sebagai pemimpin, sekiranya masih ada rakyat yang tidak dapat masuk ke universiti hanya kerana dibelenggu kemiskinan," tegas Ketua Pembangkang itu lagi. Beliau berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin di Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Kuala Selangor semalam. Dalam ceramah sama, Anwar turut mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk menurunkan kadar tarif elektrik sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya kelak. "Dalam masa sebulan Pakatan memerintah, kita akan turunkan kadar tarif elektrik. Saya akan panggil tauke-tauke IPP dan minta mereka fikir cara untuk menurunkan kadar elektrik agar tidak membebankan rakyat. "Pemimpin harus berani berhadapan dengan mereka. Jangan kita apabila nampak tauke kita takut, nampak Obama takut, nampak bini lagi takut," kata Anwar dan disambut ketawa hadirin di stadium. Katanya lagi, usaha mendahulukan kebajikan rakyat ini sudah pun dibuktikan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Menurutnya, kerajaan negeri berjaya mengutip hutang-hutang dan aset-aset lama bernilai hampir RM500juta dan memulangkannya kembali kepada rakyat melalui program-program di bawah inisiatif Selangorku. Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor selama dua hari itu menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik. Majlis pada malam itu dibuka dengan jenaka pentas oleh penulis dan aktivis terkenal Hishamuddin Rais. Turut memberi ucapan sebelum Anwar adalah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang. P/s: Tidak salah untuk anda mencuba. Ada kalangan pembaca sudah pun memberi UMNO peluang memerintah lebih 50 tahun. Tidak rugi memberi Pakatan Rakyat peluang membuktikan kata-kata mereka, sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun. | ||||
Lelaki Adakan Hubungan Terlarang dengan Adik Ipar 12 Tahun Posted: 28 Mar 2012 02:11 AM PDT The Straits Times melaporkan seorang lelaki mengadakan hubungan kelamin dengan adik iparnya ketika tinggal bersama-sama dengan ibu bapa mentuanya di Singapura. Isterinya ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka. Sewaktu isterinya berada berada di hospital kerana melahirkan anak, lelaki itu mengadakan hubungan seks dengan adik iparnya yang berusia 12 tahun. Pada Selasa lalu, mahkamah menjatuhi lelaki yang berusia 32 tahun itu hukuman penjara 60 bulan atas dua tuduhan penembusan seksual terhadap kanak-kanak. Kedua-dua nama tertuduh dan mangsa tidak didedahkan untuk melindungi identiti kanak-kanak itu. Menurut sumber, kejadian itu bukanlah kali pertama lelaki itu terlibat dalam salah laku seks dengan kanak-kanak tersebut. Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu pertama kali menumpang di rumah ibu bapa mentuanya bersama-sama dengan isteri dan anak perempuan yang berusia tiga tahun, selama seminggu pada Jun tahun lepas. Suatu malam, lelaki itu menonton klip lucah di telefon bimbitnya di dapur. Ketika mangsa ke dapur, lelaki itu mengajak mangsa menonton klip tersebut bersama-sama dengannya. Kiriman mangsa di Facebook telah membantu ibu bapanya membongkar kejadian tersebut. -DCM P/s: Kiriman ini bukan untuk membangkitkan berahi atau imaginasi anda. Kiriman ini untuk memberikan pengajaran kepada anda bahawa nafsu tidak mengenal usia, pangkat, atau hubungan kekeluargaan. Berkira dan bertegaslah dengan batas atau perkara yang membabitkan hubungan antara lelaki dengan perempuan walaupun mereka adalah ahli keluarga sendiri. | ||||
[PENTING] Jika PRU 13 Jun, Maka 31 Mac Adalah Hari Terakhir MENDAFTAR Posted: 28 Mar 2012 01:12 AM PDT [Bernama] PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini. "Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas. Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali. Beliau berkata tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih sehingga proses mewartakan daftar pemilih mengambil masa kira-kira empat bulan setengah. "Secara puratanya, SPR mengendalikan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi setiap DPT ST," katanya. Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Dis tahun lepas, Abdul Aziz berkata jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih tidak berdaftar sebagai pengundi. Sehingga Februari tahun ini, beliau berkata warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun dan layak untuk mengundi ialah 15,683,808 orang. Permohonan baru atau pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri. P/s: Daftar sekarang! | ||||
Rafidah Aziz: Buang PIJAT, Jangan Buang Kelambu BN Posted: 27 Mar 2012 11:00 PM PDT [MK] Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu. Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya. "Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik. "Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi. Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat." Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula. Beliau juga membuat teguran demikian kerana jentera parti perlu bekerja untuk menjelaskan isu melibatkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat. "Awal-awal saya kata kepada Shahrizat, kalau dia membebankan parti ambil keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada kejejasan. "Mungkin dia fikir tak terjejas, itu terpulang kepada orang yang tahu dia dan maklum. Tapi kalau saya bercakap lain pandangannya," kata Rafidah lagi. Bagaimanapun, tambahnya, beliau terkejut apabila menerima satu SMS apabila mengeluarkan kenyataan tersebut. "Bila saya kata suruh dia letak jawatan tempoh hari, saya dapat SMS, 'dah tua bangka ni, hendak lagi jawatan tu.' "Dia kata memanglah saya suruh dia resign sebab saya hendak balik jawatan itu," katanya lagi tanpa mendedahkan nama pengirim SMS tersebut, ketika ditanya dalam program berkenaan. Jelasnya, beliau menyatakan teguran berkenaan memandangkan beliau mendengar sentimen di akar umbi dan mendengar cakap-cakap di sekelilingnya mengenai isu itu. "Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'. "Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi. Selain Rafidah, turut lantang menyuarakan kritikan ke atas Shahrizat sebelum ini ialah naib ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan. Shahrizat bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan juga pemimpin tertinggi Umno supaya mengekalkan jawatan tersebut. Selain itu Rafidah turut ditanya mengenai tindakan Shahrizat yang mencabar beliau untuk jawatan ketua Umno dalam pemilihan parti Mac 2009, walaupun selepas beliau berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat. Rafidah ditanya demikian memandangkan Shahrizat kini dilanda pelbagai kontroversi melibatkan projek NFC dan juga tewas di kerusi parlimen, sedangkan beliau sendiri masih tetap terpilih di kerusi Kuala Kangsar pada pilihan raya 2008. "Saya tak tahu apa yang berlaku pada orang, tapi masa saya kalah lawan ketua wanita, tak jadi masalah buat saya, tak jadi kudis kepada saya. "Tapi kita dah janji kan, ada peralihan pada bulan Jun (2009). Dia hendak lawan juga. Jadi saya kata kita lawanlah. Kalah menang Tuhan menentukan. "Kalah tak jadi masalah buat saya, jawatan ini bukan hendak dibawa ke kubur. Tapi saya tak jadi ketua saya risau juga pada wanita Umno," katanya yang menegaskan bahawa beliau "tidak ada rasa pun" untuk menjawat jawatan itu sekali lagi. P/s: Kah, kah, kah! | ||||
[Video] Guru Parah, Murid Cedera Disimbah ASID Posted: 27 Mar 2012 09:15 PM PDT
[HM] RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam. Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas. "Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman. "Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi. Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit. "Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya. "Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya. Katanya, bapanya, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap. "Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula tetapi Nur Aqilah hanya menjerit dan menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah. "Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke hospital," katanya. Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar. "Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa," katanya. Osman yang bekerja sebagai tukang mesin rumput berharap pihak berkuasa lebih kerap meronda di kawasan kejadian dan dua lelaki terbabit segera ditangkap kerana bimbang jenayah sama berulang. "Penjenayah terbabit memang tidak berhati perut, sudahlah meragut kemudian simbah asid pula," katanya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek. Menurutnya, pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di HS manakala seorang lagi mangsa iaitu seorang guru wanita, S Rani, 47, cedera di muka, leher, tangan dan dada serta masih dirawat di hospital sama. Katanya, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana ketika kejadian hari masih gelap dan ia berlaku dengan pantas. Malah, suspek tidak menaiki kenderaan sebaliknya melarikan diri ke lorong berhampiran. | ||||
Kugiran Rai Pengantin Jadi Pesta Arak, Maksiat, Pondan Posted: 27 Mar 2012 08:39 PM PDT [HM] PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan. Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai 'perempuan joget' bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. Majlis yang mendapat jolokan 'disko desa' itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu. Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari. Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam P/s: Parit, Kuala Kangsar bukanlah tempat asing bagi TM. Kampung teman kete orang Peghak. Persembahan kugiran menyambut pengantin juga bukanlah perkara asing walaupun pentas kugiran sudah jarang-jarang dibuka oleh tuan rumah yang menyambut menantu hari ini. Waktu TM kecil dan remaja, memang kerap tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan mengupah kugiran untuk meraikan pengantin pada sebelah malam. Rasanya, paling teruk pada waktu itu, hanya gelagat anak muda berjoget lambak. Anak muda yang terlibat pun hanya kaum lelaki. Tiada unsur mabuk, berahi, pergaulan bebas, dan luar kawalan pada waktu itu. Hari ini...hancusss!!!! | ||||
Remaja Layan Rakan Kekasih Sebagai Upah Tutup Mulut Posted: 27 Mar 2012 07:45 PM PDT
[SH] TEMERLOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah 'tutup mulut'. Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera. Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya. Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut. Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut. Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian. Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur. Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam. Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu. Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan. | ||||
Rundingan Langsung Turun 98.8% Semasa Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor Posted: 27 Mar 2012 07:16 PM PDT [MK] Kerajaan Selangor menganugerahkan kontrak RM4.8 juta melalui rundingan terus pada 2011 - 98.8 peratus berkurangan berbanding pada 2007 ketika BN memerintah. Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, sejumlah 87 kontrak tanpa tender terbuka dianugerahkan pada 2007, bernilai RM396.4 juta. Beliau berkata, pada 2007 - sebelum tahun pilihan raya - mencatatkan kontrak tertinggi melalui tender rundingan dianugerahkan oleh negeri. Sebelum ini, jumlah tertinggi direkodkan pada 2005, di mana 31 kontrak rundingan terus bernilai RM190.7 juta dianugerahkan dan 66 kontrak bernilai RM171.9 juta pada 2006. Khalid menegaskan bahawa jumlah ini dikurangkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008. P/s: Sesuatu yang tidak mungkin berlaku berlaku di bawah BN! | ||||
[AWAS] Susu Cair Ada Logam Hitam Posted: 27 Mar 2012 07:01 PM PDT [SH] CHANGLUN - Terkejut. Itulah perasaan seorang pemilik salun kecantikan di sini, apabila mendapati susu cair dalam tin yang digunakan isterinya untuk membancuh air yang dibeli lebih sebulan lalu di sebuah pasar raya mengandungi tompokan hitam dipercayai serbuk logam. Goh Shau Chen, 30, berkata, selepas diperiksa, dia menemui tompokan hitam berkenaan di bahagian bawah selepas susu cair itu dituangkan ke dalam bekas lain. Menurutnya, perkara itu hanya disedari mereka selepas isterinya, Erni Farida, 27, terhidu bau sesuatu selepas meminum air yang dibancuh dengan menggunakan susu berkenaan Sabtu lalu. Shau Chen, dia kemudian membuka keseluruhan tin susu cair itu bagi melihat apa yang terdapat di dalam tin berkenaan. "Kami terkejut apabila mendapati ada tompokan hitam seakan-akan serbuk logam di bahagian bawah permukaan susu itu," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Pekan Changlun Dua di sini. Shau Chen berkata, mereka juga cuba menghubungi talian khidmat pengguna syarikat pengeluar susu berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun talian itu tidak dijawab. "Kami kesal dengan apa yang berlaku dan seharusnya ia tidak terjadi memandangkan tarikh luput susu berkenaan juga masih berbaki hampir lima bulan lagi," katanya. Shau Chen pada masa sama meminta pengguna lain supaya lebih berhati-hati dan sebaik-baiknya memastikan susu cair dalam tin seperti itu betul-betul selamat sebelum digunakan. "Kita tahu banyak kedai minuman yang menggunakan susu cair dalam tin, jadi lebih baik peniaga memeriksa susu yang ingin digunakan sebelum menyediakan minuman kepada pelanggan mereka," katanya. P/s: Seperti biasa, maklumat terperinci produk tidak disiarkan atas alasan perundangan dan sebagainya.Tanpa maklumat tersebut, berita ini tidak memberikan manfaat yang sebenar-benarnya kepada pengguna. Pengeluar produk juga tidak akan mengambil inisiatif yang proaktif untuk memastikan produk mereka selamat untuk pengguna. Jika hal ini dilaporkan kepada pihak yang berkenaan, percayalah, tindakan yang dikenakan tidak menggerunkan pengeluar makanan. Contohnya, mi kuning yang cukup popular dengan penggunaan asid borik masih banyak di pasaran, walaupun pengeluarnya sudah banyak kali kantoi dan dikenakan tindakan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan