Rabu, 14 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anak Tidak Mengaku Bapa: “Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang.”

Posted: 14 Mar 2012 06:00 AM PDT


[SH] KULIM - "Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang," antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

"Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

"Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya," katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

"Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

"Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya," katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.


P/s: Semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan anak yang menderhakai ibu bapa.


Kalau Laksana Hudud, Saya Orang Pertama Sokong - Malek Nor

Posted: 14 Mar 2012 05:00 AM PDT


[HD] KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap 'pendera' kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.

Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.

Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.

"Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.

"Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,"ujarnya.

Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.

Pasangan pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12 Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri.

Katanya lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah insaf untuk berhenti.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di negara ini.

"Hasrat saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam,"ujarnya.



P/s: DCM mengucapkan selamat pengantin baru, semoga Datuk Malek berbahagia hingga akhir hayat.



PKR Dakwa RM80 Ribu untuk Sambut Hari Jadi PM Dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri

Posted: 14 Mar 2012 04:45 AM PDT

 
[MK] PKR telah membuat dakwaan terbaru bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah dibilkan bagi urusan peribadi Datuk Seri Najib Razak, kali ini melibatkan RM79,053 untuk majlis sambutan hari jadi beliau. 
 
Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri-La kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut dokumen itu, majlis tersebut diadakan untuk 100 orang pada 24 Julai tahun lepas di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Di majlis itu, kata Rafizi, 47 hidangan antarabangsa disajikan, termasuk daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun dan makanan Barat.


 
P/s: Definisi wasatiyah versi UMNO.
 
 
 
 
 

DAP Dakwa Pengarah NFC Keluarkan RM12 Juta daripada Pinjaman Mudah Kerajaan

Posted: 14 Mar 2012 04:10 AM PDT




[MK] DAP hari ini mendakwa, pengarah National Feedlot Corporation telah memindahkan dana berjumlah RM12 juta daripada pinjaman mudah kerajaan melalui satu syarikat berpangkalan di Singapura.

Pengarah publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, pengarah berkenaan telah mengeluarkan wang tersebut secara terus melalui sebuah syarikat yang dinamakannya Global Biofuture Pte Ltd.

Beliau mendakwa demikian berdasarkan rekod audit daripada badan pengawalselia syarikat Singapura, Singapora Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA) yang menunjukkan bahawa pengarah Global Biofuture telah berhutang dengan syarikat berkenaan.

"Berdasarkan akaun yang telah diaudit daripada ACRA bertarikh 31 Disember 2010, ia dinyatakan bahawa pengarah tersebut berhutang sebanya SGD4,975,415 (RM11.98 juta).

"Malah, seorang pemilik saham tunggal yang bukan merupakan seorang pengarah juga berhutang dengan syarikat tersebut sebanyak SGD60,000 (RM144,000)," kata Pua lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Pua juga berkata pengarah berkenaan telah mempertahankan pelaburan mereka sebelum ini dalam bidang restoran dan supermarket di Singapura sebagai satu usaha pemasaran dan promosi kepada produk daging NFC.

Bagaimanapun, dakwaan bahawa pengarah berkenaan telah mengeluarkan wang berjumlah hampir RM12 juta secara terus daripada Global Biofuture itu tidak akan dapat dipertahan, katanya.

Tambahnya, audit ACRA juga menunjukkan bahawa Global Biofuture telah berhutang sebanyak SGD7,935,877 (RM19.1 juta) kepada syarikat lain yang berkaitan dengan pengarah syarikat tersebut.
"Oleh itu kami mempunyai alasan yang kuat untuk percaya bahawa Global Biofuture merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat keluarga Shahrizat," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Pua mendakwa pengarah syarikat berkenaan merupakan anggota keluarga kepada menteri kabinet Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga orang pengarah syarikat tersebut merupakan suami Shahrizat – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail serta dua orang anak mereka – Wan Shahinur Izran dan juga Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Kesemua anak menteri itu, kecuali Wan Izzana, memegang 60,000 saham setiap seorang manakala seorang lagi anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir, juga memegang 60,000 saham syarikat tersebut, dakwa Pua.

Syarikat berkenaan, termasuk National Meat and Livestock Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Meatworks (Singapore) Pte Ltd, kesemuanya mendapat sumber dana daripada pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Malaysia, dakwa Pua lagi.

"Pemindahan wang kepada pengarah tertentu jelas merupakan jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan wang awam.

"Peguam Negara seharusnya tidak teragak-agak untuk mendakwa pengarah NFC untuk penyalahgunaan yang amat jelas ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



P/s: Ustaz muda gerombolan berkata semua ahli gerombolan perlu bersangka baik terhadap Sharizat dan keluarga. Walaupun sudah banyak pendedahan dibuat, disertakan bukti dan dokumen, ustaz muda yang terpalit dengan idea sekularisme gerombolan menyeru ahli gerombolan bersatu dan bersangka baik.

Kah kah kah!




[Sadis&Tragis] Dirang Dicekik, Dibakar, Semuanya Kerana...

Posted: 13 Mar 2012 05:47 PM PDT


Motif Dendam


[HM] KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.

"Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

"Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.


"Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan," katanya.

Dirang Dibunuh dan Dibakar pada Hari Hilang
Milnah (baju putih) bersama ahli keluarga sedih melihat lubang tempat mayat Dirang (gambar kecil) dibakar di Nusa Damai, Masai, Johor Bahru semalam.
 
[Kosmo] JOHOR BAHRU: Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

"Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac," kata sumber itu.

 

Tiada ulasan: