Rabu, 14 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Banduan Menyusup Ke Sel Wanita Untuk Seks

Posted: 14 Mar 2012 05:00 AM PDT


'Kegersangan' melampau seorang banduan di sebuah penjara antara paling ketat kawalan keselamatannya di Maine, Amerika Syarikat memaksa dia mencuba pelbagai cara untuk memuaskan nafsu seksnya.

Ternyata ia membuahkan hasil apabila banduan berusia 23 tahun dari Biddeford itu ditangkap selepas menyusup ke sayap lain penjara itu untuk mengadakan hubungan seks bersama seorang tahanan wanita.

Pejabat sherif berkata, Arien L'Italien merangkak antara sel pada malam Sabtu lalu ketika kembali ke selnya di Penjara Daerah Cumberland.

Pihak berkuasa berkata, rakaman video menunjukkan dia memasuki sel wanita melalui empat pintu untuk menemui tahanan wanita berusia 25 tahun yang dikenalinya itu.

Kedua-duanya berkomunikasi melalui sistem pengalihan udara dan memalsukan kunci di sel mereka.

L'Italien mempunyai rekod memiliki senjata api manakala banduan wanita tersebut, Karla Wilson memiliki rekod melakukan serangan seksual.

Ketika ditanya pemberita sama ada mereka berdua sempat mengadakan hubungan seks sebelum dikesan, ini jawapan pihak penjara: YA!

- Oleh SYAHRIL A. KADIR
mynewshub

DAP dakwa pengarah NFC keluarkan wang RM12 juta

Posted: 14 Mar 2012 03:00 AM PDT


DAP hari ini mendakwa, pengarah National Feedlot Corporation telah memindahkan dana berjumlah RM12 juta daripada pinjaman mudah kerajaan melalui satu syarikat berpangkalan di Singapura.

Pengarah publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, pengarah berkenaan telah mengeluarkan wang tersebut secara terus melalui sebuah syarikat yang dinamakannya Global Biofuture Pte Ltd.

Beliau mendakwa demikian berdasarkan rekod audit yang menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah berhutang syarikat yang mempunyai kaitan Global Biofuture.

"Akaun yang diaudit menyatakan bahawa Global Biofuture berhutang sebanyak SGD7,935,877 (RM19.1 juta) kepada syarikat lain yang berkaitan dengan pengarah syarikat tersebut.

"Oleh itu kami mempunyai alasan yang kuat untuk percaya bahawa Global Biofuture merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat keluarga Shahrizat," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Pua mendakwa pengarah syarikat berkenaan merupakan anggota keluarga kepada menteri kabinet Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga orang pengarah syarikat tersebut merupakan suami Shahrizat – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail serta dua orang anak mereka – Wan Shahinur Izran dan juga Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Kesemua mereka, kecuali Wan Izzana, memegang 60,000 saham setiap seorang. Seorang lagi anak mereka Shahrizat, Wan Shahinur Izmir, juga memegang 60,000 saham syarikat tersebut, dakwa Pua.

Syarikat berkenaan, termasuk National Meat and Livestock Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Meatworks (Singapore) Pte Ltd, kesemuanya mendapat sumber dana daripada pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Malaysia, dakwa Pua lagi.

"Pemindahan wang kepada pengarah tertentu jelas merupakan jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan wang awam...

"Peguam Negara seharusnya tidak teragak-agak untuk mendakwa pengarah NFC untuk penyalahgunaan yang amat jelas ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kenyataan berbaur seks menteri kejutkan aktivis

Posted: 14 Mar 2012 12:00 AM PDT

Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.

"Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa" kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita  memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya  kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan."Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau.

Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.

Dihubungi kemudian, Ivy memberitahuMalaysiakini bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter."Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima ... ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya.-malaysiakini
Published with Blogger-droid v1.7.4

DIRANG DIBAKAR KERANA MOTIF DENDAM?

Posted: 13 Mar 2012 11:19 PM PDT

Polis dalam siasatan awal mereka tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang menjadi punca kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu dibunuh dan dibakar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 6 petang ini berkata,siasatan sedang dilakukan dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak itu dapat dikenalpasti.

"Kami tidak menolak kemungkinan bahawa dendam peribadi terhadap keluarga tersebut menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan ini," katanya di sini hari ini.

Gambar : Nenek Nurul Nadirah, Milnah Jul,52, (dua kanan) tidah dapat menahan sebak ketika melawat lokasi penemuan mayat Nurul Nadirah di sebuah flat terbengkalai di Nusai Damai, Masai di sini, Selasa.Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu.

Mayat Dirang (disahkan melalui ujian DNA) ditemui pada 8 Mac lalu di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, dekat Seri Alam, Johor.Stor Rumahtangga Untuk Kebahagiaan, Keceriaan & Kenikmatan Hubungan Suami Isteri.

Setakat ini, empat suspek telah ditahan polis Johor.Tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi."Bantuan segera daripada masyarakat telah membolehkan pihak polis menangkap tiga orang suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat."Suspek keempat juga telah ditahan beberapa hari kemudian.

Dengan empat penangkapan ini, kami percaya bahawa polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini," katanya.Beliau menambah, Nur Alert telah diaktifkan sebaik pihaknya menerima laporan daripada nenek Dirang dan pihak pertubuhan bukan kerajaan dan Bank RHB telah bersama membantu polis mengesan Allahyarham Dirang.Dalam kenyataan yang sama, beliau juga merakamkan rasa simpati yang tidak terhingga dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada keluarga Allahyarham di atas pemergiannya.
kl-today
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: