Selasa, 6 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Memo tolak kadar tol EDL diserah pada PM esok

Posted: 06 Mar 2012 06:15 AM PST

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Satu memorandum bantahan mengenai cadangan kadar tol Lebuh Raya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) akan dihantar kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya jam 10 pagi esok.

Pengerusi Kempen 'Tolak-EDL', Steven Choong memaklumkan, 10 wakil NGO dan parti politik dari Johor Bahru, antaranya Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) akan menyertai penyerahan memo berkenaan.


"Ada 15,000 tandatangan bantahan penduduk semenjak kempen dilancarkan 17 Januari lalu, termasuk petisyen 'online'

"Kami difahamkan Najib sendiri akan merasmikan tol itu dalam masa terdekat, sedangkan penduduk Johor Bahru tidak setuju dengan kadar tersebut. Perkara ini tidak pernah dibincangkan.

"Kami juga akan bertemu dengan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN untuk serahan dokumen dan akan membawa isu ini dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula 12 Mac,' kata Steven yang juga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN.

EDL dibangunkan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB) dengan kos RM977 juta.

Dengan bayaran tol RM6.20 sehala bagi jarak 8.1 kilometer menjadikan EDL lebuh raya termahal di Malaysia.

Manakala purata 60,000 kenderaan persendirian berulang alik ke Singapura setiap hari menggunakan EDL membolehkan pemegang konsesi mengutip RM744,000 sehari, tidak termasuk kenderaan perdagangan dan awam.

MRCB turut diberikan hak untuk mengkaji semula kadar tol setiap lima tahun dengan tempoh pegangan konsesi selaama 34 tahun.

Ketepi bantuan: Orang Asal akan tumbangkan BN – Suhaimi

Posted: 06 Mar 2012 06:14 AM PST

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR- Tindakan Pentadbiran perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenepikan hak Orang Asal daripada menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia, akan menjadi antara sebab yang mendorong golongan itu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.


Pengerusi Biro Masyarakat dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said, mengulas dakwaan Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Hulu Langat, Selangor, yang ditolak permohonannya dalam skim berkenaan.

"Tindakan pentadbiran Najib ini membuktikan Umno BN selama ini hanya memperalat orang asal jika adanya pilihan raya sahaja,

"Namun, jika golongan ini mohon untuk terima bantuan, kerajaan berdolak-dalik dengan bermacam alasan," katanya ketika dihubungi.

Demi mengetahui penolakan permohonan itu melalui surat jawapan daripada Kementerian Kewangan, 16 Februari lalu yang antara lain menyatakan gajinya tidak berada di bawah paras RM3,000 dan namanya tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dewi yang juga ayah empat anak dan tiada pendapatan tetap sejak tujuh tahun lalu juga cacat tangan kiri sehingga menyukarkannya mendapatkan pekerjaan.


Manakala seorang dari empat anak pula menghadapi masalah jantung.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, hampir 100 peratus Orang Asal seluruh negara tergolong dalam miskin tegar.

"Jangan RM3,000, RM500 pun sukar diperolehi golongan ini kerana kebanyakan tanah mereka dirampas kerajaan sejak puluhan tahun lalu, walhal, tanah ialah antara punca untuk mereka mendapatkan mata pencarian untuk terus hidup," katanya.

Skim BR1M menyaksikan kerajaan hanya memberikan bantuan kepada golongan tertentu, sedangkan mereka yang layak dinafikan hak mereka.

Contohnya, pada bulan lalu apabila seorang dermawan, berjaya memperoleh bantuan berkenaan meskipun tergolong sebagai individu yang berkemampuan.

Usahawan berkenaan, yang juga Pengerusi MCA Bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok berjaya menerima bantuan sebanyak RM500, sebelum mendermanya kepada pihak kebajikan.

Tindakan itu dipersoal oleh warga maya yang mempertikai mengapa Tang berjaya dalam permohonan bagi mendapatkan bantuan tersebut.

ETP: Perubahan sebenar untuk rakyat atau untung besar korporat?

Posted: 06 Mar 2012 06:08 AM PST

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Pelaburan besar kerajaan Malaysia untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilihat tidak begitu menguntungkan rakyat berbanding para pengarah PEMANDU dan syarikat-syarikat korporat yang selesa dan untung di dalamnya.

Berdasarkan angka-angka yang dikemukakan oleh PEMANDU sendiri, hanya 21 peratus daripada keluaran yang dijana akan pergi kepada gaji pekerja manakala 74 peratus lagi ke dalam poket syarikat-syarikat korporat.

Media pula melaporkan bahawa sejumlah RM66 juta telah dibayar kepada beberapa perunding untuk menubuhkan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang dikepalai oleh Senator Datuk Idris Jala sebagai CEO.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong, kos operasi agensi ini juga tidak murah jika dilihatkan pada purata RM30,000 gaji bulanan yang dibayar kepada setiap seorang daripada lapan pengarah PEMANDU dan RM23,000 sebulan yang dibayar kepada seorang pengarah bersekutu.

"Dengan jumlah besar wang rakyat yang dibelanjakan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui hasil daripada ETP secara konkrit," ujarnya.

ETP bermatlamat untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan PEMANDU telah menetapkan matlamat yang amat tinggi, iaitu untuk mencapai RM48,000 Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita, 3.3 juta peluang kerja baru, RM1.4 trilion pelaburan baru dan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6% setahun, bermula dari sekarang sehingga tahun 2020.

"Walau bagaimana pun, apabila ETP diperiksa dengan lebih terperinci, seperti yang dilakukan dalam siri 'Kritikan terhadap ETP' terbitan Research for Social Advancement (REFSA), kami mendapati ETP tidak seindah yang dikhabarkan.

"Sebagai contoh, kita tetap mampu mencapai RM48,000 PNK per kapita sama ada dengan atau tanpa ETP," kata beliau.

Beliau juga turut mempersoalkan sejauh mana ETP benar-benar mempengaruhi perubahan memandangkan banyak Projek Permulaan (EPP) yang diumumkan di bawah ETP sebenarnya telah pun dirancang sejak sebelum kewujudan ETP lagi.

"Sejauh mana transformatifnya ETP apabila banyak yang dilakukannya hanyalah mengumumkan penyiapan atau komitmen terhadap projek-projek yang telah wujud sebelum itu, seperti Johor Premium Outlet atau St Regis Hotel?" tanya Chin Tong.

Menurut beliau apa yang lebih membimbangkan ialah sektor korporat seolah-olah mengambil kesempatan daripada ETP untuk mengaut lebih banyak dana awam.

"Satu contoh ialah eco-resort di Sabah, di bawah kumpulan Karambunai yang melonjak daripada anggaran awal berjumlah RM3 bilion dalam belanjawan 2010 kepada RM6.7 bilion dalam laporan Hala Tuju ETP dan seterusnya kepada RM9.6 bilion apabila ia diumumkan sebagai EPP pada tahun 2011."

Menurut Chin Tong, banyak lagi perkara dalam Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan yang membimbangkan Pakatan Rakyat dan perkara-perkara yang disebutkan di atas tadi hanyalah sebahagian kecil daripadanya. – Roketkini.com

*Forum awam bertajuk: PEMANDU and the ETP: Truly Transformative or Business as Usual? akan berlangsung di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, KL pada jam 8 malam esok (Rabu, 7 Mac).

Debat – flip-flop Najib dan Perdana Menteri Tak patut jadi Menteri Kewangan

Posted: 06 Mar 2012 04:37 AM PST

Oleh Daing Yahya.


1. Debat – flip-flop Najib.

Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Chua Soi Lek, Koh Tsu Koon, Husam Musa, Ahmad Shabery Chik, Khairy Jamaludin dan Saifudin Abdullah, semua ini insan politik. Mereka telah memperlihatkan kematangannya berpolitik dengan naik ke pentas debat untuk berhujah.

Tidak kiralah intipati hujah itu bernas atau jahil, sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai ahli politik dan memahami atau menikmati kematangan berpolitik. Inilah semangat demokrasi.

Kita tidak perlu membohongi diri sendiri bahawa inilah pentas buat politikus menunjukan bakat dan kebolehannya. Tak kan nak bermesyuarat atau berdiskusi pula. Memang ini pentas untuk mencari publisiti, mengapa perlu berbohong pada realiti?

Prinsip debat ini mudah sahaja, iaitu sama ada ia berkaitan agenda (polisi/dasar) atau isu semasa. Debat ini adalah medan untuk menguji idea-idea si pembuat dasar iaitu politikus.

Dalam bahasa yang lebih mudah, perbahasan di Parlimen ditukar atau dibawa ke pentas awam, ada media, ada penonton dan ia dijalankan secara terbuka dengan penuh keadilan dan kesamarataan masa.

Katanya…Najib Tun Razak bersedia nak berdebat dengan sesiapa sahaja, asalkan lawan itu "mempunyai pemikiran munasabah dan serius tentang masa depan negara". Cakap Najib ini seolah-olah nak menggambarkan Anwar Ibrahim itu tidak ada otak yang rasional, suka bergurau dengan masa depan negara. Mungkin Najib lupa dia pernah jadi junior Anwar sewaktu Ketua Pembangkang menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Begitulah flip-flop Najib nak mengelak dari berdebat. Kata orang tua-tua, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

2. Perdana Menteri Tak patut jadi Menteri Kewangan

Di Malaysia ni memang banyak yang unik, budayanya unik, bahasanya unik malah politik dan demokrasinya juga unik. Keunikannya hingga semua boleh dibuat atau diadakan, asalkan perkataan 'boleh' itu diucapkan oleh Tun Mahathir Mohamed, maka tiada yang mustahil sesuau hal itu boleh dibuat, walaupun tiada rasionalnya.

Tapi jika PR kata boleh, maka BN akan kata 'tidak masuk akal', 'mengarut', 'gila' dan sebagainya.

Menara Petronas memang megah berdiri, tapi hingga hari ini, banyak premis yang masih kosong tidak ada penyewa, ini sangat unik sebagai satu arca kemegahan rakyat. Litar F1 Sepang, memang cantik tetapi hingga kini laporan tentang untung-ruginya masih tak terlapor, ini namanya pentadbiran yang unik.

Syarikat MAS, memang besar banyak aset suatu ketika dulu. Kini MAS rugi berbillion ringgit, ini pula dasar penswastaan yang sangat unik.

Dulu semasa gawat, Mahathir ambil alih jadi Menteri Kewangan dengan sasaran hingga selesai krisis ekonomi, maka dia letak jawatan. Tapi, bukan sahaja Mahathir malah Pak lah dan Najib pun terus mengamalkan gaya politik yang unik ini. Dalam negara maju, sudah pasti idea unik ini sudah lama berkubur.

Tetapi setelah Pakatan Rakyat declare jika ambil alih Putrajaya dan Anwar jadi PM, maka beliau tidak akan jadi Menteri Kewangan. Idea ini cepat-cepat dibeli oleh Tun Daim Zainudin.

Katanya… Tun Daim ini memang orang yang ligat berniaga, dia tahu apa yang menguntungkan dan apa yang merugikan. Jadi, bila dia 'jual' cadangan ini pada BN, maka jelaslah bahawa meniru idea Pakatan Rakyat adalah satu kaedah yang sangat laku ketika ini.

Lihat saja modal politik Najib menjelang pilihanraya ini, semuanya idea yang cedok dari idea dan polisi PR. Tak mengapalah, jika cara itu boleh memenangkan rakyat, silakan. Rakyat tahu yang mana ikhlas dan yang mana sekadar nak beli undi.

Drama swasta Najib dan Sharizat: Meneruskan korupsi dlm Umno

Posted: 06 Mar 2012 04:32 AM PST

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Berita sudah keluar dari mulut tuan punya badan sendiri. Menteri Wanita Sharizat Jalil mengatakan terpulang pada Perdana Menteri Najib Razak untuk menentukan nasib beliau sebagai senator setelah tamat tempoh lantikannya bulan hadapan.

Para pemerhati melihat ini sebagai skrip biasa UMNO yang dijangka akan dituruti oleh kedua-dua pemimpin, penuh sentimental tanpa mengambil kira kepentingan negara, yang ingin menerukan kehidupan tanpa budaya korupsi yang di amalkan dan diteladani dengan terbaik sekali oleh Najib dan Sharizat dalam isu NFC yang bernilai RM250 juta.

Jelas sekali Najib tidak akan meneruskan perlantikan Sharizat sebagai senator, yang bermakna Sharizat akan kehilangan jawatannya dalam Kabinet. Sudah tentu Najib akan berterima kasih terhadap khdimat dan sumbangannya kepada negara, tetapi akan memberi alasan tekanan masyarakat dan bagaimana beliau tiada pilihan tetapi terpkasa mengambilkira kepentingan UMNO, tambahan pula pilihanraya umum ke 13 makin hampir.

Sharizat akan diketepikan secara berhemah, dengan penuh taat setia kepada Najib, walaupun telah dengan gigihnya bertarung seperti harimau betina ketika berunding tentang jalan keluar untuk diri sendiri dan keluarganya. Samada beliau akan menarik diri dari jawatan ketua wanita UMNO,hal ini masih dalam perbincangan, sekurang-kurangnya, beliua mungkin dapat menjangkakan yang beliau akan tersingkir dalam pemilihan UMNO lewat tahun ini.

Drama biasa untuk memuaskan hati ahli UMNO

Yang menarik nya berkenaan skrip drama tersebut yang utamanya ialah ianya adalah kebiasaan dalam UMNO. Keduanya, ia menggambarkan Najib sebagai hero,walaupun pada hakikatnya hal ini adalah serangan luar kawalan terhadap Sharizat bagi menggantikan beliau dengan Menteri WP Raja Nong chik sebagai calon untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam pilihanraya umum ke 13.

Bagi Sharizat pula, ia dapat menyelamatkan beliau dari malu.Beliau tidak akan dimalukan dengan pemecatan, walaupun beliau mungkin akan berasa tak puas hati dengan Najib dan Nong Chik kerana di ambil kesempatan atas isu ini, beliau masih berjaya menyelamatkan diri melalui jalan keluar bagi diri nya dan keluarga beliau.

Perlu diambil perhatian bahawa tiada desas desus berkenaan dakwaan atau tuduhan pecah amanah. Najib sendiri memaklumkan bahawa pihak Peguam Negara tidak semestinya mendakwa walaupun pihak polis mencadangkan supaya suami Sharizat,Salleh Ismail di dakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah.Keluarga Sharizat dikurniakan projek NNFC , diberi pinjaman kerajaan RM250 juta untuk memjukan projek tersebut. Mereka dituduh membelanjakan sebahagian besar wang tersebut untuk harta-harta peribadi seperti kondominium, supermarket, percutian mewah ke luar negara, diskaun berjuta ringgit kepada syarikta yang di kuasai keluarga beliau dan lain-lain lagi.

"Drama yang sama yang telah kita tonton, yang diulang siaran berkali-kali.Najib dna Sharizat akan menjadi hero dan heroin walaupun pada hakikatnya keadaan sebenar mereka lah yang memalukan Malaysia dan UMNO.Najib boleh mengarahkan media arus perdana menyiarkan apa sahaja berita yang di kehendakinya, sebab kenapa tiada siapa yang percaya lagi kepada media. Kesimpulanya,Najib masih menyokong korupsi. Beliau membenarkan korusi dan yang anehnya, beliau dengan penuh hipokrit meminta maaf kepada masyarakat Malaysia sambil menyeru supaya BM diberi peluang kedua.kemudian beliau melakunkan aksi seperti ni" kata Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Batu,Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Kempen secara halus untuk menyalahkan Mahathir

Sebenarnya banyak perkara yang Najib perlu minta maaf .Dalam jangkamasa pendek pemerintahan nya, tiada pencapaian besar, peningkatan korupsi,politik keagamaan dan perkauman.Kebelakangan ini, beliau menjalankan kempenn secara halus terhadap Mahathir bagi menyelamatkan siri, supaya kegagalan nya tidak begitu ketara.

Tidak disangsikan pemerintahan Mahathir yang berusia 86 tahun telah menyebabkan masalah besar kepada fabrik sosio ekonomi negara tapi itu kerana usia pemerintahan nya yang panjang iaitu 22 tahun,manakala Najib hanya dilantik sebagai PM 3 tahun yang lepas iaiatu dalam tahun 2009.Tteapi jika diberi tempoh yang panjang,peluang Najib untuk memusnahkan negara adalah lebih besar atau pantas berbanding usia pemerintahan nya.

Abdullah Badawi yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Mahathir pada tahun 2003 dapat meningktakan jumlah korupsi bagaimana pun hal ini dapat di pintas oleh Najib. Hakikatnya pemimpin UMNO seperti Najib dan Badawai,berlumba lumba mengaut keuntungan mana-mana yang boleh sebelum ekonomi negara bankrap, sebagaimana ramalan Menteri di Jabtan Perdana Menteri,Idris Jala bagi tahun 2019

" Malaysia tidak mencapai kemajuan sebaliknya keadaan semakin buruk.Malaysia telah jatuh terus dalam ranking Transparency International's Corruption Perception Index (CPI) dari tempat ke 56 ke 60. Kerajaan BN kurang skil dan kemahuan politik untuk menangani korupsi besar dan penyalahgunaan kuasa sebagaimana yg boleh dilihat dari skandal –skandal terbaru contohnya projek National Feedlot Corporation yang bernilai RM250 juta." kata Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dalam satu kenyataan Selasa lepas.

"Najib menggalakkan kronism dan pilih kasih dalam pentadbiran nya dengan memberikan tender projek-projek mega dan konsesi tanpa melalui proses tender ,kepada sekutu-sekutu terkenal kerajaan BN. Sepatutnya BN minta maaf lebih lagi, bukan hanya untuk apap-apa kejadian sebelum tahun 2008 sahaja, tapi terutamanya kepada 3 tahun yang dibazirkan tanpa apa-apa. Permohonan maaf paling 'tulus' dari UMNO sebelum pilihanraya tidak akan mengubah persepsi rakyat terhadap BN, terutama nya bila pemimpin BN sendiri tidak mahu mengakui kesilapan mereka.

Antara projek yang diilhamkan oleh Najib dan penasihat2 nya termasuk projek 60 tahun lebuhraya pantai barat bernilai RM1.7 billlion. Kerajaan BN sejak beberapa tahun yang lalu sering memberikan projek mega kepada entiti-entiti yang berkaitan dengan jutawan kroni, Syed Mokhtar Al-Bukhary-kontrak bernilai RM7.55 billlion kepada DRB Hicom bagi mmebekalkan 257 kenderaan peribadi berperisai;projek konsesi pelan janakuasa arangbatu 1000 Megawatt kepada Malakoff Bhd dan perlantikan MMC Gamuda sebagai rakankongsi pemaju projek untuk projek MRT Lembah Kelang bernilai RM53 billion.

Salahguna kuasa di Malaysia, melaburkan hasil nya di Singapore

Tapi NFC yang paling mengejutkan masyarakat di Malaysia, yang siapa agaknya yang percaya kepada penipuan yang diberitahu oleh keluarga Shahrizat sebagai alasan menafikan tuduhan dan kritikan orang ramai mengenai dakwaan salahguna kuasa dan jenayah pecah amanah yang dilakukan oleh mereka.

Perkembangan terbaru ialah pendedaham Rafizi Ramli dari PKR,yang mendedahkan pelaburan Shahrizat dalam supermarket mewah di pusat beli belah Rochester Mall di Sinagpura. Keluarga Shahrizat salurkan sejumlah besar wang ke Singapura, membeli 2 unit kondominium mewah di kawasan ultra mewah Marina Bay, berhampiran kawasan kasino, melabur dalam restoran-restoran dan supermarket.

Teraju NFC,Salleh Ismail masih mendesak menyatakan bahawa ianya selari dengan visi dan ramalan pihak pengurusannya,memandangkan terdapat banyak daging lembu untuk dijual, kenapa tidak jual kepada Singapura,jiran kita yang mewah. Salleh terus dikecam kerana kebodohannya itu. Pertamanya, pihak Juruaudit Negara mendedahkan antara kelemahan NFC ialah kekurangan stok lembu hidup dan kegagalan nya untuk memenuhi sasaran memelihara lembu secukupnya untuk memenuhi 40% permintaan di Malaysia.Keduanya, untuk mengeshakan lagi penipuan Salleh, pendedahan seterusnya menunjukkan NFC tiada permit untuk mengekspot daging lembu ke Singapura.

"Salah satu bentuk penipuan yang sahkan persepsi bahawa pemimpin UMNO bukan hanya korup, tapi juga mereka tidak cerdik bila menyangka orang lain lebih bodoh dari mereka. Mungkin mereke fikir rakyat Singapura tidak tahu.Mereka ada internet. Mereka tahu mengenai lembu dan kondominium , menteri yang mencuri dari negara sendiri dan membawa wang ke Singapura" kata Tian.

Malahan ,orang asing juga memerhatikan bagaimana Najib,PM dan Presiden UMNO menangani isu ini. Tapi sungguh mengecewakan bila beliau menganjurkan korupsi untuk semua, dengan NFC sebagai contoh bagaimana wang negara boleh disalhagunakan kepada pelaburan di Singapura.

Dalam satu dekad menuju 2010, Global Financial Integrity , yang beribupejabat di New York melapurkan lebih dari 1 trillion ringgit telah disalurkan secara tidak sah ke akaun-akaun luar negara.Hingga hari ini, Najib enggan mengesahkan lapuran ini dan tiada tindakan diambil untuk menyiasat dakwaan ini walaupun GFI menawarkan bantuan untuk mengesan jejak wang tersebut.Malaysia Chronicle

Najib minta maaf, pulangkan hak rakyat

Posted: 06 Mar 2012 04:26 AM PST

Riduan Mohd Nor,


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku salah dan meminta maaf kepada rakyat adalah taktik terbaru beliau yang begitu terdesak bagi meraih simpati rakyat yang sudah berpaling darinya.

Tindakan Datuk Seri Najib merayu-rayu dengan meminta maaf menjadi senjata terbaru beliau menjelang pilihanraya umum ke 13 yang dilihat umum bahawa beliau sudah ditolak oleh rakyat. Sebelum ini, tidak pernah dalam sejarah pemimpin UMNO mengaku salah dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas tindakan mereka. Pemimpin UMNO sebelum ini menganggap mereka sahaja yang betul sementara pembangkang adalah salah semuanya. Mereka juga bersikap sombong dengan mendabik dada menyatakan mereka kuat dan mendapat pengaruh serta sokongan rakyat pelbagai peringkat. Ucapan sombong mereka diteruskan dengan tindakan menekan pemimpin Pakatan Rakyat dengan pelbagai tekanan.

Rakyat tidak sesekali terpedaya dengan pujuk rayu dan permohonan maaf Datuk Seri Najib. Ini kerana permohonan maaf beliau tidak selari dengan tindakan beliau terhadap rakyat. Perangai dan dasar beliau masih tidak berubah, tidak menunjukkan kemaafan itu lahir dari hatinya yang ikhlas.

Bagi DPPM, sekiranya benar Datuk Seri Najib meminta maaf secara ikhlas kepada rakyat Malaysia diatas segala kesilapan beliau dan partinya selama ini, beliau perlu jujur dalam melakukan perubahan di negara ini. Antaranya beliau perlu memulangkan semula hak rakyat yang pernah dirampas semasa zamannya dan sebelumnya, serta bertindak adil terhadap semua rakyat termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.

PPM menegaskan antara tindakan beliau adalah memohon maaf secara terbuka kepada semua mangsa ISA sejak dahulu sehingga sekarang. Ini kerana kebanyakan mereka yang ditahan ISA adalah aktivis serta pemimpin Pakatan Rakyat yang merengkok di dalam penjara ISA tanpa dibuktikan kesalahan mereka. Pemerintahan Datuk Seri Najib berdosa kepada mereka dan beliau perlu memohon maaf secara terbuka setiap mangsa yang terlibat.

Selain itu, Datuk Seri Najib perlu meminta maaf kepada PAS kerana pemimpin partinya pernah merampas hak royalti minyak di Terengganu sewaktu era pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 serta kerajaan Kelantan pada hari ini. Tindakan beliau menyekat hak kerajaan Kelantan mendapatkan royalti sukar dimaafkan melainkan beliau memulangkan kembali hak tersebut serta merta.

Beliau juga mesti meminta maaf kerana menekan pemimpin Pakatan Rakyat melalui media yang dikongkong beliau. Fitnah dan tohmahan yang begitu keras dan panas tanpa peluang pemimpin dan parti dalam Pakatan Rakyat mampu menjawabnya. Selain itu, isu fitnah liwat dan lucah yang berlaku dizaman beliau juga sukar dilupakan rakyat sehingga menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat dipenjara. Politik kotor ini semakin menjadi budaya yang diamalkan oleh segelintir ahli politik bagi membunuh karier politik seseorang.

Sejarah juga tidak melupakan bagaimana kekangan pada ceramah politik yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang sejak dahulu sehingga kini. Ceramah politik yang diadakan oleh Pakatan Rakyat sukar mendapat permit serta sering diugut dan digempur oleh FRU serta polis. Di zaman beliau jugalah siri keganasan terhadap ceramah Pakatan Rakyat sering berlaku. Budaya samseng semakin menular seolah-olah dibiarkan sekumpulan pemuda samseng memukul sesiapa sahaja yang disukai.

Siri rampasan kerajaan negei Perak yang sah dipilih oleh rakyat melalui tindakan yang paling tidak bermoral dua tahun lalu sukar dilupakan oleh semua pihak. Datuk Seri Najib mesti meminta maaf secara terbuka kepada rakyat di negeri itu serta memulangkan kembali negeri tersebut kepada rakyat melalui pilihanraya khas negeri itu.

Soalnya, mampukah Datuk Seri Najib merendahkan diri kepada rakyat dengan megakui segala kesilapan tersebut dan memulangkan kembali hak rakyat yang dirampas? Jika tidak usah harap rakyat akan menerima permohonan maafnya, dan tunggulah hukuman dijatuhkan ke atasnya dalam PRU ke 13.

Riduan adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Esok hari hukuman untuk The Star

Posted: 06 Mar 2012 04:21 AM PST

Harakahdaily,



KUALA LUMPUR:
Besok adalah hari hukuman untuk akhbar milik MCA, The Star namun ia bukan lagi di tangan pegawai kerajaan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi Kabinet.

Ahli-ahli politik akan membuat keputusan ini setelah pegawai di KDN tidak diyakini untuk membuat keputusan yang terbaik menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Menurut sumber Harakahdaily, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein sendiri akan membentangkan kes ini kepada Kabinet dalam mesyuarat mingguan mereka esok.

"Draf cadangan telah disediakan, terserahlah kepada Kabinet untuk membuat keputusan ke atas The Star," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, jika keputusan dibuat oleh KDN sendiri, The Star akan menerima hukuman yang berat kerana mereka sangat tidak berpuashati dengan bentuk permohonan maaf yang dibuat The Star Online pada 27 Februari lalu.

The Star menyiarkan permohonan maaf ekoran penyiaran gambar besar Erykah Badu yang bertatu nama Allah pada dadanya yang telanjang.

Permohonan maaf itu dibuat kira-kira satu jam selepas Harakahdaily menyiarkan berita bertajuk "Kenapa akhbar The Star siarkan gambar ini" pada 27 Februari lalu.

Namun ianya terlalu kecil dan disifatkan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebagai 'ciput' sahaja berbanding dengan gambar besar Erykah yang disiarkan.

"Ketika NST salah menyiarkan kartun menghina Nabi Muhamad, akhbar itu telah membuat permohonan maaf di muka depan akhbarnya tetapi permohonan maaf The Star terlalu kecil dan bagi KDN ia tidak ikhlas dan sepadan dengan kemudharatan yang dibuat," kata sumber itu.

Editor kanan The Star sudah dua kali mengadap pegawai di KDN ekoran isu ini.

Pertama selepas sebaik sahaja tersiarnya gambar Erykah Badu dalam akhbar itu manakala yang kedua ketika mereka menyerahkan surat jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan KDN kepada mereka.

Dalam pertemuan kedua, The Star mengaku bersalah atas penyiaran itu di samping menjelaskan kepada KDN apa tindakan yang mereka telah ambil untuk mengelakkan perkara seumpama ini berulang.

Namun begitu, The Star menjangka hukuman tidak boleh dielakkan lagi kerana ia adalah surat tunjuk sebab ketiga yang diterima The Star ekoran kesalahan yang hampir sama iaitu menimbulkan rasa marah umat Islam atau penghinaan kepada Islam.

Kejadian pertama adalah tulisan Editor kanan The Star mengenai hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah syariah Pahang terhadap Kartika ekoran kesalahan minum arak, kedua daging babi panggang untuk berbuka puasa Ramadhan lalu dan gambar Erykah bertatu nama Allah yang ketiga.

Pimpinan akhbar The Star sendiri menjangka mereka tidak akan terlepas kali ini selepas membuat tiga kali kesalahan yang hampir sama.

Namun ramai menjangka, apa pun hukuman yang diputuskan esok, pertimbangan politik yang paling diutamakan kerana ia berlaku menjelang pilihan raya umum.

"Umno dan MCA akan saling menjaga kepentingan masing-masing apabila mereka bertemu dalam mesyuarat Kabinet esok," kata sumber itu lagi.

Saman: Orang Asli mohon maaf kepada MB

Posted: 06 Mar 2012 04:09 AM PST

Muhamad Yusri Amin,


KOTA BHARU: Seorang penduduk Orang Asli dari Pos Belatim, Gua Musang, Rosli Along memfailkan notis pemberhentian kes membabitkan dirinya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Plaintif terbabit diwakili peguam Roslan Mat Nor memberitahu anak guamnya mahu menarik balik saman terhadap kerajaan negeri membabitkan pembangunan tanah Ladang Rakyat di Hulu Nenggiri, Pos Belatim.

Prosiding tersebut berlangsung di hadapan Hakim Azman Abdullah. Hakim kemudian menetapkan 20 Mei hadapan bagi mendengar penghujahan pihak plaintif menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.

Kerajaan negeri diwakil peguam Zainal Abidin Mustaffa dari Tetuan Zainal & Mariani Peguambela dan Peguamcara.

Tahun lepas tiga lelaki Orang Asli dari Pos Belatim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang kerajaan negeri melulus tanah kepada Perbadanan Ladang Rakyat untuk dibangunkan ladang.

Dua plaintif lagi iaitu Angah Along dan Hassan A/L Along, bagaimanapun tidak kelihatan di mahkamah hari ini.

Pada afidavitnya sebelum ini mereka mendakwa pemberian hak milik tanah adat Orang Asli di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan tiada istilah tanah adat di Kelantan.

Namun katanya, kerajaan negeri meluluskan hak milik tanah kepada penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di pedalaman Gua Musang termasuk seluas 606 ekar di Pos Jedip.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesyukuran seorang penduduk Orang Asli menarik balik kes saman terhadap Ladang Rakyat.

Penghulu Rosli yang menemui Menteri Besar selepas hadir di mahkamah turut menyampaikan surat memohon maaf kepada kerajaan negeri ekoran tindakannya memfail saman sebelum ini.

Rosli turut ditemani beberapa penduduk Orang Asli dari Gua Musang diraikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10.

Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari, Pengurus Tabung Tok Kenali, Mohd Khir Zahri dan Penghulu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ira Isra Asra Ramlan dari Pos Belatim.

"Alhamdulillah, kes yang dibawa oleh kawan-kawan kita dari perkampungan Orang Asli bagi menyaman Ladang Rakyat telah ditarik balik.

"Dan mereka datang beramai-ramai untuk memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Pada Januari lalu polis menahan 17 Orang Asli di Kampung Parik, Gua Musang kerana dilaporkan membantah tindakan menceroboh tanah adat.

Menteri Besar juga berharap sekiranya timbul persoalan di antara pihak kerajaan dan Orang Asli khususnya dalam isu tanah hendaklah dibawa berunding terlebih dahulu.

PAC minta Putrajaya dedah penyelesaian Tajudin-Danaharta

Posted: 06 Mar 2012 04:04 AM PST


KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menuntut Putrajaya mendedahkan butiran lengkap penyelesaian luar mahkamah antara firma Pengurusan Danaharta (Danaharta) dan Tan Sri Tajudin Ramli.

The Malaysian Insider difahamkan panel 13 orang tersebut telah membuat keputusan "hampir sebulat suara" untuk bertanyakan kepada Kementerian Kewangan dan Prokhas, unit yang diuruskan Danaharta bagi menjelaskan perjanjian penyelesaian di luar mahkamah pada 14 Febuari lalu.

"Kami mahu memberikan mereka peluang kara ia melibatkan RM589 duit kami," jelas seorang ahli PAC kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada hutang luar biasa Tajudin, yang suatu ketika dulu pernah mengemudi MAS dan Celcom Bhd.

Danaharta dan Tajudin (gambar) menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkmah bulan lepas selepas Putrajaya mengarahkan kesemua GLC pada Ogos untuk menggugurkan tuduhan terhadap Tun Daim Zainuddin.

Namun begitu, terma dan perjanjian berkenaan kekal rahsia walaupun Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 telah mengarahkan Tajudin untuk membayar sejumlah RM589.14 juta kepada Danaharta.

Ahli politik setiap parti kemudiannya menuntut butiran lengkap penuelesaian luar mahkamah antara bekas Pengerusi MAS itu dan Danaharta, yang mana mengalami krisi hutang pada 1997.

Sumber berkenaan turut menjelaskan "tiada pihak yang tidak bersetuju terhadap tuntutan ini" dan satu mesyuarat akan dianjurkan bagi kementerian kewangan membuat penjelasan.

Polisi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi bahan kritikan selepas pentadbiran Najib memutuskan untuk mengadakan penyelesaian di luar mahkamah terhadap hutang RM589 juta oleh Tajudin ketika membuat pinjaman untuk membeli MAS pada 1994.

Kes antara Danaharta dan Tajudin timbul selepas beliau melakukan perjanjian kemudahan pada 13 Julai, 1994 untuk meminjam RM 1.79 bilion daripada sindiket bagi membiayai pembelian saham sejumlah 32 peratus saham MAS.

Namun begitu, pada 1994 ke 1998, beliau gagal menyelesaikan hutang berkenaan dan menjadikannya pinjaman tidak memuaskan (NPL).

Tajudin mendakwa dalam afidavitnya beliau diarahkan oleh Dr Mahathir dan Daim pada 1994 untuk membeli dan mengawal pegangan saham MAS untuk menjamin daripada kerajaan.

Ahli perniagaan itu mendakwa pembeliaan itu adalah semata-mata "demi negara".

Dr Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dalam memoir yang ditulisnya berkenaan dakwaan Tajudin itu.

PAS: Jawatankuasa Pemandu bukan diwujudkan untuk ambil alih peranan MB

Posted: 06 Mar 2012 04:02 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — PAS hari ini menegaskan Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan mereka tiada kaitan untuk mengambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.

Sebaliknya, menurut Setiausaha Agung parti Islam berkenaan, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu hanyalah bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal pentadbiran negeri di bawah pimpinan PAS.

"Jawatankuasa ini hanyalah bersifat penasihat dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat.

"Tiada kaitan untuk mengambil alih tugas menteri besar melalui penubuhan jawatankuasa ini," jelas Mustafa (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Jawatankuasa pemandu ini juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.

"Dulu PAS sudah wujudkan jawatankuasa ini pada tahun 1990 apabila kita berjaya mengambil alih Kelantan, kini kita hidupkan kembali apabila ia ada keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

"Oleh itu tidak seharusnya berbangkit tafsiran salah tentang fungsi jawatankuasa pemandu ini dan kita harap semua pihak memahami soal ini," katanya.

PAS akan bermesyuarat pada 12 Mac ini untuk membuat perlantikan anggota jawatankuasa pemandu tersebut.

PAS Pusat semalam membuat keputusan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi mengelakkan kejadian di Kedah berulang di negeri pimpinan mereka.

Dalam sidang media itu juga PAS mengumumkan, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah, dan dua exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Ismail Salleh perlu kembali semula sebagai exco negeri tersebut.

Phahrolrazi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Manakala, Ismail merupakan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, yang turut merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, telah ditugaskan untuk menyelesaikan kemelut di Kedah, dan beliau telah pergi ke negeri berkenaan pada 28 Febuari lalu bagi berjumpa dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat.

Difahamkan kedua-dua exco berkenaan enggan menerima lantikan itu kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

PAS pusat sebelum ini telah memutuskan untuk campur tangan dalam krisis pentadbiran kerajaan negeri Kedah dengan menghantar Salahuddin sebagai perantara bagi menyelesaikan kemelut itu.

PKR ulang gesaan Najib terima pelawaan Anwar untuk berdebat

Posted: 06 Mar 2012 04:00 AM PST


KUALA LUMPUR— PKR hari ini kembali membuat gesaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menerima tawaran debat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepertimana kesanggupan Najib untuk berdebat dalam kerangka wacana demokrasi sebagaimana dinyatakan di dalam blognya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution (gambar), berkata, pihaknya berharap kesanggupan Najib kali ini benar-benar jujur kerana tawaran Anwar yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat berkenaan kedudukan ekonomi, fakta-fakta yang terkandung di dalam Buku Jingga dan penyelewengan negara masih lagi terbuka.

"PKR sekali lagi menggesa agar Najib menerima tawaran debat ini sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkan beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Melainkan Najib tidak merasakan isu ekonomi, tawaran dasar Buku Jingga, tatakelola kerajaan yang baik, kenaikan kenaikan kos hidup dan penyelewengan negara merupakan isu-isu penting untuk dibahaskan."

Menurut Saifuddin, Najib turut meluahkan kebimbangannya tentang keupayaan lawannya di dalam perdebatan untuk bercakap berdasarkan fakta dan mengawal emosi.

"Sebenarnya kebimbangan ini tidak patut wujud sekiranya beliau yakin dengan keupayaan rakyat Malaysia untuk membuat perhitungan yang tepat.

"Keputusan di tangan perdana menteri sama ada beliau jujur mahu membolehkan rakyat Malaysia mendengar secara langsung dasar-dasar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) didebatkan dalam kerangka demokrasi dan membuat keputusan yang sewajarnya," tegasnya.

Justeru, Saifuddin menambah, pihaknya masih lagi menantikan jawapan beliau untuk berdebat dengan Anwar yang sehingga kini masih lagi tidak berbalas.

"Malangnya, kami belum menerima sebarang jawapan daripada Perdana Menteri tentang tawaran tersebut," katanya lagi.

Di dalam blognya semalam, perdana menteri menjelaskan kesediannya untuk berdebat namun menegaskan lawannya harus "bertimbang rasa" dan tidak membangkitkan teori konspirasi untuk memenangi perdebatan.

Beliau memberi peringatan bahawa negara akan akan menjadi lemah sekiranya pemimpin politik memilih untuk hanya melakukan provokasi berbanding menunaikan tanggungjawab mereka.

Pemimpin pembangkang berulang kali telah menyuarakan desakan supaya Najib menerima cabaran Anwar dan menjelaskan ia merupakan platform terbaik untuk mereka berhujah berkenaan pendapat dan idea mereka, serta polisi untuk membantu rakyat memilih parti untuk diundi.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre, majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahukan debat berkenaan berlangsung kerana ia mampu membuatkan keputusan untuk mereka mengundi mana-mana parti.

Pemimpin Umno Gua Musang desak Ku Li berundur

Posted: 06 Mar 2012 03:29 AM PST

MALAYSIA KINI

Enam belas pemimpin akar umbi Umno di kawasan Parlimen Gua Musang mendesak ahli parlimen mereka Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ketua bahagian di situ supaya berundur secara terhormat dan tidak mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Berita Harian dan Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa desakan itu dibuat pada mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Umno Bandar Lama Ab Wahab Yunus dan dihadiri oleh tiga ketua bahagian, enam ketua cawangan dan wakil-wakil dari Kesedar serta Felda.

NONEAb Wahab mendakwa bahawa Tengku Razaleigh tidak lagi mempunyai pengaruh, sama ada di peringkat pusat tetapi juga di bahagian itu, dan bahawa bekas Menteri Kewangan itu seolah-olah telah hilang pendirian beliau mengenai Umno dan BN.

"Kita rasa kecewa dengan sikap kepemimpinan Tengku Razaleigh yang sejak kebelakangan ini bersuara tidak sehaluan dengan pucuk kepemimpinan parti seolah-olah sebelah kakinya sudah berada dalam pembangkang," katanya dipetik Berita Harian.

Sinar pula memetiknya berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

"Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.

"Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia," katanya dipetik akhbar itu.

Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Gua Musang, Ab Aziz Mohamad pula berkata ramai ahli parti dalam bahagian itu tidak sanggup lagi merestui Tengku Razaeligh sebagai pemimpin kerana banyak karenah serta mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

NONEMenurut Sinar lagi, Ab Aziz berkata pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.

"Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa," katanya.

Gambar lucah anti Lynas berangkan MCA

Posted: 06 Mar 2012 03:28 AM PST

MCA berang gambar anti-Lynas yang memaparkan gambar presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam keadaan bertelanjang diedarkan melalui Facebook.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki dengan kepala Chua memegang sebilah parang dalam keadaan bertelanjang bulat dengan tertera perkataan: "Jika Lynas beracun, saya akan potong" yang menutup bahagian kemaluan pada gambar itu.

Perkataan "saya akan potong" atau "wo qie diao" dalam bahasa Mandarin adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat Cina untuk mengambarkan sesuatu yang sukar dipercayai.

Pada sidang media hari ini, timbalan pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Frankie Gan Joon Zin berkata gambar palsu yang diubahsuai itu adalah sesuatu yang melampau.

NONEKatanya, empat menteri MCA yang menganggotai kabinet telah bekerja keras untuk memastikan bahawa loji Lynas tidak akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

"Saya ingin bertanya kepada pelukis (ilustrasi): Adakah anda sebegitu benci terhadap MCA?

"Jika loji Lynas benar-benar berbahaya, adakah anda fikir MCA akan menerimanya?" soal Gan.

Dakwanya, warga maya sedang dikelirukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sehingga mencetuskan mereka membuat gambar palsu itu.

'Hukum pegawai SPR pindah pengundi sebarangan'

Posted: 06 Mar 2012 03:23 AM PST

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang secara tidak sah meluluskan pemindahan pengundi mesti dihukum, kata BERSIH 2.0.

Perkara itu adalah antara lima pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1958 yang dicadangkan oleh gabungan reformasi pilihan raya, BERSIH 2.0 dalam memorandumnya kepada Jawatankuasa Parlimen Khas (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Memorandum yang diserahkan hari ini, disediakan bersama oleh BERSIH 2.0 dan kumpulan pemantau dan pendidikan pilihan raya, Tindak Malaysia.

Ia termasuk mencadangkan pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957.

Ketika menerima memorandum itu daripada Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk A Samad Said, pengerusi PSC Datuk Maximus Ongkili yang berkata: "Terima kasih atas input anda. Kami semua menyokong transformasi."

NONESamad membalas: "Peguam kami telah meneliti undang-undang ini dan ini adalah hasilnya. Kami menekankan bahawa pembaharuan ini mestilah dilaksanakan sebelum pilihan raya umum."

Sebelum ini, pihak pembangkang sering-kali mengadu bahawa pengundi dipindahkan dari kawasan-kawasan yang berlainan untuk menukar komposisi atau memberi kelebihan kepada kepada [arti pemerintah.

Memorandum hari ini dibina atas tuntutan untuk reformasi sistem pilihanraya.

Kes Altantuya: Penghakiman penuh dikeluarkan

Posted: 06 Mar 2012 03:21 AM PST

Dalam penghakiman penuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, hakim perbicaraan secara panjang lebar menghuraikan bagaimana penterjemah Mongolia itu mengancam tertuduh ketiga Abdul Razak Baginda dan mengapa mahkamah menerima afidavit penganalisis politik itu sebagai sebahagian daripada bukti sehingga membawa kepada pembebasan beliau.

razak baginda acquitted 311008 12Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakimannya berkata afidavit Razak bertarikh 5 Jan, 2007 disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum kes itu ditutup.

Pada penghakiman 70-muka surat yang diperolehi oleh Malaysiakini, Zaki mengklasifikasikan afidavit Razak, yang menjadi sebahagian besar penghakimanbya itu, sebagai "bukan sebahagian daripada proses penyiasatan polis" tetapi tertakluk di bawah Akta Sumpah dan Ikrar.

Justeru, kata hakim, afidavit yang disediakan oleh pihak pendakwaan perlu diberikan wajaran sepatutnya seperti bukti-bukti lain dari pihak pendakwaan.

Pada mula perbicaraan itu, hanya sebahagian kecil afidavit itu diterima sebagai keterangan, termasuk pengakuan Razak bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang dikenalinya pada bulan November 2004.

altantuya razak baginda crime scene 180707 mediaWalau bagaimanapun, penganalisis politik itu berkata beliau menamatkan hubungannya dengan wanita Mongolia berkenaan pada bulan Ogos 2005.

Razak juga mendakwa bahawa Altantuya memeras ugutnya meminta wang kerana "hubungan" berkenaan.

Pada sekitar bulan April 2006, Razak dalam afidavit itu, berkata beliau memberitahu Altantuya bahawa dia tidak akan tunduk ke atas ugutan itu kerana tidak takut hubungan mereka didedahkan.

"Tambahan pula, saya tidak mahu terus membayarnya. Mulai hari itu dan seterusnya, dia terus mengganggu saya melalui telefon dan surat. Sekitar pada bulan Ogos 2006, beliau mengugut untuk datang ke pejabat saya," kata Razak dalam afidavitnya.

Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam berhampiran Kuala Lumpur.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrivalMeskipun Razak dibebaskan, dua yang lain yang dituduh bersamanya iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah.

Hakim Zaki juga menyatakan beliau mengambil maklum bahawa Razak dalam afidavitnya menyatakan bahawa kedua-dua polis pasukan khas itu telah membawa Altantuya ke balai polis untuk disoal siasat pada hari kejadian.

"Adakah kenyataan ini tidak harus diambil kira atau ditolak. Dalam penemuan saya, kenyataan beliau yang dibuat tanpa sebarang keterangan yang menangkis bukti tersebut harus diterima," katanya.

Menurut Hakim Mohd Zaki, setelah menganalisis afidavit berkenaan dan membandingkannya dengan keterangan - penyiasat persendirian P Balasubramaniam; sepupu Altantuya, Burmaa Oyuchimeg; Lans Korporal Rohaniza Roslan dan setiausaha Razak, Siti Aishah Mohd Azlan - beliau membatalkan pertuduhan bersubahat membunuh yang dihadapi oleh Abdul Razak.

bm kes altantuya 030707"Saya tiada alasan untuk tidak bersetuju dengan Abdul Razak. Ini kerana kenyataan ugutan adalah dibuktikan dalam surat yang si mati (Altantuya) hantar pada tertuduh. Altantuya juga mengaku beliau menulis satu nota yang dijumpai oleh Burmaa - 'Ya, kemungkinan saya silap kerana mengganggu dan mengugut beliau'," kata hakim itu dalam penghakimannya.

Dalam melepaskan Abdul Razak pada 31 Disember, 2008, Hakim Mohd Zaki berkata beliau tidak bersedia untuk mengarahkan penganalisis politik itu untuk membela dirinya.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge concern"Pada pandangan saya, elemen persubahatan seperti konspirasi dan membantu dalam konteks kes ini, maka kematian Altantuya tidak dapat dibuktikan berdasarkan pembuktian prima facie. Kalau ada sebarang inferensi dan keraguan maka undang-undang memutuskan ia harus berpihak kepada tertuduh."

"Mahkamah tidak boleh memanggil seseorang membela diri oleh kerana untuk menerangkan segala keraguan. Walaupun Abdul Razak mungkin memunyai motif oleh kerana ugutan yang dibuat oleh si mati, ia tak boleh menjadi asas untuk sabitkan beliau tanpa sebarang keterangan menikut keadaan atau keterangan langsung pembabitan beliau di dalam kejadian itu," kata Hakim Mohd Zaki lagi.

Hakim itu juga menerbitkan semula sebahagian daripada afidavit Razak dalam penghakimannya.

Para 25: Walaupun saya melantik P Balasubramaniam, namun ganguan oleh si mati ke atas saya dan keluarga saya masih berterusan. Oleh itu, saya meminta bantuan tambahan daripada seorang pegawai polis bernama DSP Musa Safri. Saya dapat berkenalan dengan DSP Musa semasa saya mengendalikan urusan rasmi "Malaysia Strategic Research Centre".

altantuya razak baginda crime scene 180707 policePara 26: Saya telah meminta DSP Musa untuk membantu pemasangan suatu peti surat 'polis; di rumah saya, menghantar kereta polis untuk meronda sekitar rumah saya dan memperkenalkan seorang pegawai polis untuk membantu mengenai gangguan oleh si mati.

Para 27: DSP Musa memberitahu saya bahawa beliau akan membantu dengan memperkenalkan terkemudiannya seorang pegawai polis untuk membantu saya.

Para 28: Pada 16 Oktober 2006 dalam satu perjumpaan antara saya dengan Balasubramaniam dan Dhiren Norendra, penyiasat persendirian itu menyarankan aduan dibuat bagi mengusir si mati dari Malaysia. Saya dan Norendra menolak cadangan ini dengan tegas.

Para 29: Pada sebelah pagi 17 Oktober 2006, si mati telah datang ke rumah saya untuk cuba berjumpa dengan saya dan lawatan ini diketahui oleh isteri saya Mazlinda Makhzan. Saya tidak berada di rumah pada masa itu.

'RM500j lesap dari Yayasan Selangor semasa BN'

Posted: 06 Mar 2012 03:17 AM PST

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

"Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan.

JATI berkempen bagi lenyapkan Pakatan Rakyat

Posted: 06 Mar 2012 03:13 AM PST

Apabila membicarkan isu melindungi agama Islam, NGO Jalur Tiga (JATI) yang berusia belum setahun jagung, percaya bahawa cara paling berkesan adalah memastikan Pakatan Rakyat tidak berkuasa.

NONEPada ceramah JATI di kerusi di Gombak Setia, malam semalam yang dipegang oleh pengerusinya, Datuk Hasan Ali, mereka berkempen menentang DAP dan PKR yang diistilahkan beliau sebagai "unsur-unsur parasit" dalam PAS.

Sambil mengapi-api emosi hadirin yang berjumlah 500 orang itu, penceramah Shamsuddin Munir (kanan) menuduh pemimpin bukan Islam DAP dan PKR sebagai "pelampau dan cauvinis" dan melabelkan mereka sebagai "kafir harbi".

Shamsuddin, seorang pegawai kanan dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berkata ini adalah kerana masyarakat bukan Islam berterusan memurtadkan umat Islam.

"Mereka adalah kafir harbi dan adalah wajib melancarkan perang ke atas mereka. Dalam erti kata moden, ini bermakna tidak memberikan satu pun kerusi kepada DAP atau PKR pada pilihan raya umum ini," katanya.

Membawa tema yang sama adalah bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Hassan Basri Mohamad (bawah, kiri) yang mendakwa parti itu telah dihina sedemikian rupa kerana unsur-unsur parasit itu kini mahu pemimpin bukan Islam.

NONE"Mereka mahu Ustazah Ambiga (Sreenevasan) sebagai timbalan presiden. Adakah mereka begitu kebulur pada undi bukan Islam? ... Mereka akan memeluk Ambiga seolah-olah dia adalah seorang pejuang Islam, " hasut penceramah itu.

Bagi menambah kehangatan ceramah pada malam itu, yang hadirinnya, kebanyakan mereka dalam pertengahan umur, penceramah utama - Hasan Ali - memberi amaran terdapat tanda-tanda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang melindungi kepentingan orang Melayu akan dihapuskan.

"Tanda-tanda itu jelas dalam tindakan, kata-kata dan tulisan-tulisan mereka... jika Pakatan menang besar, mereka akan menggugurkan Artikel 153 dan menggantikannya dengan meritokrasi. Itulah sebabnya kita perlu institusi diraja yang boleh menghalang ini," katanya.

Hasan yang dipecat oleh PAS dan kemudiannya digugurkan dari exco kerajaan negeri Selangor, kemudiannya mendakwa beliau "melepaskan" jawatannya di mana beliau mampu memperolehi sehingga RM60,000 sebulan semata-mata untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Diraja.

Lagi 'keganasan' polis ke atas penunggang motor

Posted: 06 Mar 2012 03:11 AM PST

MALAYSIA KINI
Selepas kejadian seorang anggota polis di Tangkak yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu cedera teruk, satu lagi kekecohan berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang.

NONEMenurut portal akhbar harian bahasa Inggeris The Star, lebih 100 penduduk kampung menyerbu balai polis Teluk Bahang bagi membantah cara dua anggota polis yang mengendalikan ancaman Mat Rempit.

Laporan itu mendakwa penduduk kampung membaling batu dan kayu ke arah balai polis itu pada malam Ahad lalu, berikutan dakwaan bahawa anggota polis sebelum itu mencampakkan topi keledar pada sekumpulan remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram.

Lima daripada mereka dilaporkan terjatuh dari motosikal dan seorang daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakobKetua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob dipetik akhbar itu sebagai berkata pihak polis akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku oleh anggotanya itu.

Sebelum ini, kejadian di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar Cina.

Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja itu terbabas dan mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya yang jelas marah dengan tindakan polis itu.

Remaja itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat kecederaan parah di kepala, tangan, kaki dan juga bahagian badannya serta berada dalam keadaan koma.

PAS gerakkan 1,000 ahli ke demo tanah Sabah

Posted: 06 Mar 2012 03:09 AM PST

MALAYSIA KINI

PAS Sabah berjanji menggerakkan 1,000 anggota untuk menyertai perhimpunan mempertahankan tanah adat daripada pelbagai masalah di negeri itu yang dianjurkan kumpulan NGO pada 12 Mac ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah berkata, pihaknya menyokong perhimpunan yang dinamakan "123 Bangkit" bagi membebaskan rakyat daripada dibelenggu "penindasan dan penyelewengan" hak pemilikan tanah.

NONE"Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini.

"Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya," katanya.

Dalam perhimpunan sama dua tahun lalu, penganjur mendakwa berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Semalam, Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) mengumumkan perhimpunan itu kerana isu tanah adat Sabah didakwa kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan.

Setiausaha TABAH Lahirul Latigu berkata isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi.

Dalam kenyataannya hari ini, Hamzah mempersoalkan kenapa angka 977 kes - tertinggi di seluruh negara - masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan.

"Apakah (angka) ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?" sindirnya yang pengerusi biro undang-undang dan hak asasi manusia PAS negeri.

Beliau mengingatkan penyokong PAS yang menghadiri perhimpunan itu supaya tidak melakukan kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

PKR dakwa ceramah diugut 'mandi darah'

Posted: 06 Mar 2012 03:07 AM PST

MALAYSIA KINI
PKR mendakwa pihaknya terpaksa menangguhkan ceramah pada bulan lalu di Rembau kepada hari ini selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mengugut untuk 'mandi darah' semasa persiapannya.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam insiden pada 6 Februari lalu, berlaku kekecohan sehingga mengundang kedatangan polis ke tempat itu di Pekan Kuala Sawah.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03"Selepas bercakap dengan ketua penyerang, anggota polis terus beredar. Kemudian PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung yang dilantik menteri besar Negeri Sembilan.

"Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila ketua kampung itu mencarut dan memaki hamun petugas berbangsa India yang ada bersama dan mengugut untuk 'mandi darah'," dakwa Badrul dalam blognya.

Sehubungan itu, Badrul berkata, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, penganjur menangguhkan ceramah tersebut dan turut mengubah lokasinya.

"Sejak semalam, telah disebarkan SMS dari ketua kampung itu dan memanggil orang Umno untuk berkumpul bagi 'menghancurkan' program pembangkang di kawasan menteri besar (DUN Rantau)," dakwanya lagi.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut melahirkan rasa dengan pihak polis yang didakwanya lemah dalam menjamin ketenteraman dan akur dengan "gangsterisme" Umno.

"Umno sebenarnya makin lemah. Mereka panik apabila makin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya kerana makin sedar.

"Mereka makin gagal guna otak untuk berhujah maka mereka terpaksa bergantung guna otot pula. Umno membawa politik negara menjadi politik rimba," katanya.

Lokasi ceramah kini diubah ke hadapan pejabat PKR di pekan Rantau.

Ceramah malam ini akan dihadiri oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani dan Badrul sendiri.

Hentikan bantuan OKU: Pemimpin BN bidas Mong

Posted: 06 Mar 2012 02:54 AM PST


MALAYSIA KINI
Tindakan Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mengarahkan Jabatan Pertanian menghentikan pemberian subsidi kepada seorang pekebun pro-pembangkang yang cacat dibidas oleh rakan-rakan BN,

NONEAhli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan), yang pada mulanya mensyaki surat arahan yang ditandatangani oleh Mong itu adalah palsu, berkata pada laman Twitter hari ini bahawa perbuatan berkenaan adalah "politik lama" dan "salah".

"(Tindakan) Mong adalah salah. Beliau perlu menarik balik surat itu. Itu cara politik sangat lama. Bantuan kepada golongan miskin dan Orang Kurang Upaya mesti melampaui hubungan politik," kata Abdul Rahman.

Turut bersependapat dengan beliau, adalah Ketua Pemuda Gerakan Selangor Liew Pok Boon yang menyatakan rasa terkejutnya dengan arahan, Mong, yang dikeluarkan pada bulan Disember tahun lalu.

"Kami terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan seperti ini," kata Liew dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa setiap warganegara yang layak berhak mendapatkan bantuan, tanpa mengira pegangan politik mereka.

koh tsu koon gerakan agm 2011 storyPada Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon (kiri) berkata, kerajaan tidak akan membenarkan insiden serupa untuk berterusan.

"Saya percaya kerajaan persekutuan tidak akan melakukan perkara-perkara seperti ini," kata Koh sambil menambah bahawa beliau perlu menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

Selain pemimpin BN, tindakan Mong juga dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Ahli parlimen Selayang, William Leong menggesa layanan tidak adil serta penindasan ke atas penyokong pembangkang dihentikan.

Jumaat lalu,pekebun itu Frusis Lebi membuat laporan polis di Sri Aman berhubung bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan dan subsidi baja dan benih pokok buah-buahan daripada Jabatan Pertanian yang dihentikan tanpa alasan munasabah itu.

NONEMong (kanan) ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.

"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.

"Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," katanya dipetik akhbar itu.

Dalam surat yang mengarahkan supaya bantuan ditarik balik, Mong berkata lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu, menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, beliau juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

Walau bagaimanapun, menurut pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu, sepanjang ingatannya, rumahnya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi pembangkang.

Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Katanya, beliau menyokong parti pembangkang berikutan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang didakwa mencerobohi tanahnya dan penduduk tempatan yang lain.

Mashitah: Bila Belengasnya Sudah Kering

Posted: 05 Mar 2012 09:03 PM PST

MSO


Betullah kata orang wajah yang cantik tidak semestinya mencerminkan akhlak dan pertuturan yang murni. Begitu juga wajah yang buruk (subjektif penilainya) bukan menggambarkan perwatakan dan pertuturan yang buruk dan jelek. Kalau ini boleh dibuktikan dengan apa yang berlaku ke atas Mashitah Ibrahim, iya adalah salah satu buktinya nyata.

Mashitah seorang yang cantik, putih melepah campur kekuningan bunga kunyit muda. Kecantikan itu memegunkan setiap mata memandang, baik lelaki maupun perempuan. Apa lagi saat emosi dan berahinya tumpah wajahnya akan kelihatan 'belengas macam tapai mala' dalam mata jantan.

Lelaki yang merenung dan melihat ke dalam anak matanya akan boleh terkulai dan lemah seluruh orat saraf. Terbawa-bawa wajahnya ke dalam mimpi sampai ke muara Subuh. Demikian cantik dan ayunya Mashitah seayu namanya. Aduhai...

Selain memiliki wajah yang ayu dia seorang yang cerdik dan berilmu. Dia seorang penceramah (motivator macam Hasan Akidah...lah) wanita yang handal. Namanya jadi sebutan dan wajahnya selalu muncul dalam tv dan menjadi penghiasan muka depan majalah. Tahu membaca hadith dan Quran kalau pun tidak semua ayat-ayat perintah dan larangan ditaati dan dipatuhinya dengan yakin kul hayakin.

Kerana kehebatan dan kebolehan itu dia diambil masuk ke gelanggang politik? Mungkin juga pengambilan itu bukan sangat kerana kebolehannya, tetapi kerana kecantikan dan syaksiyah yang nampak Islami. Parti Umno memang obses kepada kecantikan perempuan bukan kepada nilai tambah Islam.

Mulanya orang teruja dan mengira dia akan dapat menjadi seorang serikandi politik yang hebat dan merubah keadaan dalam Umno. Menjadi perjuang kepada kebenaran dan keadilan seperti Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w. Pembela kepada kaum Hawa. Harapan jauh diberikan kepadanya agar memperbetulkan budaya kerja dan sosial di kalangan wanita Umno. Dia diharap menjadi Ibu Hadhari dan ketua wanita Umno. Tetapi malang tidak sampai ke situ daya politiknya lemah.

Kelembutan, ketakwaan dan keimanananya nampak seperti turut mencair selepas bergelumang dengan politik. Tiada teguran kepada sosial wanita Umno. Tidak pernah terdengar dia menyebut fasal kepentingan kain tudung kepada wanita Umno. Rafidah atau Sharizat Jalil atau Siti Hasmah yang rambut berjuntai di dahi macam ekor burung damak jantan. Mashitah tidak pernah tegur. Bahkan dia sendiri pernah bersalam dengan lelaki bukan muhrim tanpa berlapik di parlimen, saya sendiri menyaksikannya?

Akhir-akhir ini akhlak dan tutur katanya semakin memburuk. Mungkin sudah tertelan air liur pemimpin-pemimpin Umno yang suka bercakap huduh atau sudah terlangkah air kencing Selentia. Mashitah sudah berani memburukan orang lain dan memfitnah musuh-musuh partinya. Mashtitah sudah melakukan upacara buka mulut kali kedua barangkali dengan menggunakan cincin atau batu Mahathir.

Wanita cantik dan belengas ini sudah mula pandai mengatakan orang dan membuat tuduhan melulu tanpa disertakan fakta dan bukti cukup. Dia sudah membudayai politik Umno yang sedia melakukan apa saja kejahatan demi kuasa. Soal adat budaya dan hukum hakam tidak dipedulikan lagi.

Bacalah apa yang terkandung dalam catatan Mashitah ini yang disiarkan dalam sebuah akhbar. Tenguk macam mana liar dan huduhnya sifat dan pemikiran Mashitah tidak setanding dengan kecantikan dan 'kebelengasan' tubuhnya yang Allah anugerahkan kepadanya.

"Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

"Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

"Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

"Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

"Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

"Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

"Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

"Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

"Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

"Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir."

Jelas sekali tulisan dan kritikan Mashitah kepada para pemimpin pembangkang itu fitnah dan fakta yang tidak tepat. Nampak sangat Mahsitah sedia digoda syaitan agar membuat fitnah kepada sesama manusia. Dia sudah menjadi alat kepada politik munafik. Di mana ilmu dan kewarakannya selama ini. Mungkin bukan saja saya, orang lain yang pernah menganggap Mahsitah bukan saja cantik tetapi berilmu, terkejut beruk dengan bentuk penulisan berunsur fitnah itu. Begitu juga seorang lelaki yang tergila-gilakan Mashitah sampai kini sudah meleburkan cintanya apabila melihat Mashitah sudah berubah?

Ada dua tempat sekurang-kurang dalam tulisan Mashitah itu bohong dan fitnah dan sengaja mahu memburukkan pihak yang dituduh. Pertama mengenai tuduhan terhadap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kononya pernah ada skandal dengan anak dara orang untuk dijadikan isteri ketiga. MasyaAllah... Nauzubilahiminazalik....

Dari mana Mashitah mendapat cerita ini kalau ia bukan dari bisikan syaitan dan Iblis. Syaitan dan iblis sangat hampir dengan sesetengah pemimpin Umno seperti mana kata Nazri Aziz. Bila Nazri kata Anwar Ibrahim iblis, ertinya Nazri juga iblis atau hantu kerana iblis mengenali iblis. Anwar dulu pun Umno juga.

Kedua ialah tuduhan ke atas Adun Selising Saiful Bahari itu. Mashitah kata Saiful ada sekandal dengan isteri orang dan kena tumbuk di stesen keretapi Wakaf Baru. Dari bakul sampah syaitan mana Mashitah mengutip cerita ini dan ditulis untuk paparan umum. Benarlah wanita akan jadi lebih kejam dari lelaki kerana ia dikuasai 90 peratus nafsu amarah berbanding lelaki hanya 10 peratus.

Demikian juga dengan isu-isu dihadapi Mat Sabu, Badrul Amin dan bekas speakar Dun Kelantan (sebanrnya bekas timbalan speakar) Kelantan itu. Sedih seorang ustazah yang belengas macam Mashitah dia tidak membuat semakan baik dari undang-undang dan juga hukum sebelum menulis untuk mencernakan pemikiran siasahnya kepada media.

Terhadap dua tuduhan beliau ke atas Saiful dan Abdul Hadi Awang itu, tindakan undang-undang (saman) boleh dilakukan. Saya mengsyorkan demi kebaikan dan pengajaran kepada Mashitan, Abdul Hadi dan Saiful Bahari menyaman Mashitah binti Ibrahim. Elok juga kalau giring wanita ini ke mahkamah mudah Mashitan akan tersedarari keenakan sofa politik.

Saya yakin catatan dan idea itu bukan original dari Mashitah. Ada tukang tulis yang menulis kemudian menggunakan nama Mashitah. Bagaimana pun persepsi dan pandangan buruk akan dipikul oleh Mashitah kerana ia diletakkan nama Dr Mahsitah Ibrahim. Maka berhati-hatilah untuk bercakap isu politik yang dilakar oleh orang lain kerana akhirnya keburukan terkena ke atas tubuh kita.

Natijah naifnya politik Mashitah menyebabkan tulisan itu memberi damage kepadanya. Ia boleh menghapuskan kebelengasan wajahnya dalam mata lelaki. Mata lelaki ada kalanya bukan berapikan nafsu semata-mata tetapi ada juga yang bernurkan ilmu. Pakailah kosmetik berjenama apa sekali pun atau cukurlah bulu kening tetapi kalau mulut sudah busuk orang akan benci dan menjauhi kita.

Seburuk-buruk dan sebenci-benci Rosmah Mansor kepada pemimpin pembangkang yang memburuk dan memfitnahkan suaminya Ha Najib Razak, Rosmah tidak pernah menulis atau upah orang membuat fitnah kepada pemimpin pembangkang seperti mana Mashitah Ibrahim. Tampaknya di akhir zaman ini Rosmah kelihatan lebih ustazah berbanding dengan seorang digelar ustazah seperti Mashitah?

Makhluk perosak tidak boleh memperbaiki kerosakan.

Posted: 05 Mar 2012 08:23 PM PST

Oleh Aspan Alias


Kali ini saya menulis lagi tentang PM Najib kerana apa yang beliau perkatakan di Kedah itu amat pelik dan membuat saya begitu berminat untuk memberikan pandangan. Najib memohon maaf diatas kesilapan yahttp://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpgng dilakukan oleh BN sehinggakan BN telah kalah dibanyak kawasan dan hilang sokongan 2/3 di Dewan Parlimen. Najib mengakui yang BN telah membuat banyak kesilapan terhadap rakyat sehinggakan rakyat hampir mendamparkan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Dengan permohonan maaf itu ianya bermakna apa yang dikatakan oleh rakyat termasuk parti pembangkang selama ini yang BN itu adalah parti yang tidak senonoh adalah benar belaka. Sekarang UMNO sudah mengakui kesalahan mereka maka adalah wajar parti itu sedar dan insaf dan janganlah menyalahkan parti-parti pembangkang bermula dari sekarang. Kita tidak tahu samada permohonan maaf itu adalah satu kesilapan 'political language' bagi UMNO, tetapi yang jelas UMNO mangaku yang mereka merupakan pihak yang bersalah di dalam kemungkaran politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara kini.

Bagi saya memohon maaf ini tidak ada salahnya dan memang patut BN memohon maaf kepada rakyat kerana telah 'menipu' rakyat sebegitu lama. Rakyat hanya dididik untuk menjadi masyarakat yang materialistik dan segala-galanya berkisar kepada wang ringgit. Baru dua hari yang lepas Najib telah melakukan kesalahan lagi dengan menjanjikan rakyat Kelantan yang segala masalah mereka akan selesai jika mengundi BN.

Dimana letaknya kesalahan itu? Letaknya ialah diatas kemampuan BN untuk menunaikan janji-janjinya dan telah terbukti BN hanya berjanji semasa menghampiri pilihanraya dan begitulah sejak 3 dekad yang lalu. Saya sebut dalam posting saya yang lepas yang BN telah membuatkan negeri Kelantan yang dianggap Najib sebagai miskin. Najib memperolok-olokkan rakyat Kelantan kerana dimana-mana Najib bercakap beliau mempermainkan cerita rakyat Kelantan miskin dan memandang rendah terhadap rakyat negeri itu.

Saya terlupa dimana insiden ini berlaku. Dalam ucapannya dihadapan ramai hadirin Najib telah bertanya dengan sindiran kepada hadirin, "negeri mana miskin????". Beliau bertanya berulang kali dan setiap kali beliau bertanya hadirin pula menjawab, "negeri Kelantan!!!" Ini dilakukan beliau berulang kali sambil semyum dan ketawa melihat rakyat Kelantan miskin dan isu itu dijadikan isu dimana-mana beliau berucap. Sesungguhnya Najib seorang Perdana Menteri yang takbur dan seolah-olah seperti orang yang kufur nikmat.

Najib begitu sombong dengan membawa orang dari negeri lain untuk mentertawakan orang Kelantan kerana kononnya rakyat Kelantan ini miskin. Najib bangga dengan kekayaan negeri atau keluarganya dan beliau bangga melihat negeri Kelantan itu miskin kononnya. Beliau berbangga yang pemimpin persekutuan telah merampas hak royalti minyak rakyat Kelantan yang berbillion-billion itu yang menyebabkan negeri Kelantan mendapat pendapatan yang rendah berbanding dengan banyak negeri yang lain.

Setelah mencuri wang rakyat Kelantan, beliau ke Kelantan dan meminta rakyat Kelantan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya nanti dan menjanjikan rakyat Kelantan yang semuanya masalah akan selesai jika mengundi BN.

Persoalan saya, adakah ini sikap seorang Perdana Menteri yang mengaku bijak dan pandai yang boleh membawa segala transformasi kepada negara. Ini kah sikap baik seorang PM sebuah negara merdeka? Siapa yang membuatkan kerajaan negeri Kelantan miskin kalau tidak Pimpinan Persekutuan? Najib mesti bayar tunggakan royalti minyak sebanyak RM7.4 billion itu dan mari kita tengok negeri mana yang kaya dan mana yang miskin?

Di Kedah Najib bercakap dengan nada yang lain pula. Kali ini Najib membawa watak sedih pula sambil meminta maaf. Najib boleh membawa apa watak sekali pun tetapi janjinya untuk memperbaiki keadaan tidak mungkin dapat dilakukannya. Semasa beliau meminta maaf Najib masih melakukan apa yang dilakukan oleh BN dalam 2008 dan sebelumnya.

Rasuah bercambah-cambah, salahguna kuasa semakin menjadi-jadi, dan berbagai-bagai jenayah sedang bertambah dinegara kita. Jika Najib benar-benar mahukan perbaikpulih keyakinan rakyat, semua RM250 juta kes NFC mesti kembali kepada Perbendaharaan Negara. Dana Modal mesti kembalikan wang rakyat sebanyak RM50 billion yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada Dana Harta. Najib mesti memberikan penerangan kepada rakyat siapakah yang mengambil alih syarikat-syarikat yang ada dalam Dana Harta itu sekarang.

Kalau Najib hendak memberikan keyakinan, rakyat mesti melihat wang yang hampir RM2 billion yang diambil oleh anak seorang bekas PM yang termasyur didunia untuk menyelesaikan perniagaan anaknya. Najib jangan sekali-kali meneruskan penyenaraian Felda kerana ia membawa maut kepada generasi Felda dalam jangkamasa yang tidak lama lagi, walaupun sebahagian dari hasil penyenaraian itu akan diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh.

Najib mesti beritahu berapa billion ringgitkah yang dijanjikan akan mengalir kepada Jabatan di bawah Najib jika penyenaraian itu dilakukan juga dan berapa billion pula yang akan sampai kepada Felda.

Adakah perkara-perkara yang sebahagian saya sebut ini usaha Najib untuk memperbaiki keadaan? Kalau inilah dia program membaikpulihan Najib, maka ia benar-benar satu kejadian yang dinamakan 'tikus memperbaiki labu'.

Sebenarnya rakyat ramai tidak pernah membuat masalah kepada negara. Yang membuat masalah ialah pemimpin negara, bukan rakyat. Selagi pemimpin-pemimpin negara mempunyai air liur yang cair, selagi itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan. Air liur itu sentiasa meleleh apabila melihat wang ringgit kepunyaan rakyat, dan tidak berdaya untuk menahan nafsu untuk mencurinya melalui berbagai cara tindakan rasuah. Itulah sebenarnya yang berlaku dalam isu penyenaraian Felda yang akan saya tulis tidak berapa lama lagi.

Oh ya, satu lagi perkara yang sangat 'urgent' untuk diselesaikan oleh Najib ialah untuk memberikan kursus sivik kepada penyokong-penyokong UMNO supaya memberhentikan budaya samseng yang sedang bercambah didalam UMNO sekarang ini. Katakan kepada penyokong-penyokong UMNO itu bahawa menggunakan samseng dalam politik itu adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun.

Kalau Najib tidak boleh lakukan saya percaya UMNO semakin hari semakin tidak relevan lagi. Bagaimana hendak menjadi relevan kerana parti itu sudah menjadi mahkluk perosak kepada rakyat yang inginkan kaedah berpolitik yang aman dan damai.

Bagaimana kita hendak memaafkan makhluk perosak kerana habis jahanam tanaman-tanaman kita sejak dua tiga dekad dahulu. Habis hasil mahsul kita oleh kerana makhluk-makhluk perosak ini.

Bagaimanakah makhluk perosak boleh memperbetulkan keadaan? Itu adalah perkara yang tidak menesabah. Ia terpaksa di perbaiki oleh pihak lain, bukannya oleh mereka yang telah merosakan segala-galanya.

Jika yang merosakan diharapkan untuk memperbaiki keadaan maka saya ulangi, ia adalah seperti 'tikus memperbaiki labu'

Potensi PAS Tanjong dan Zahari Hasib

Posted: 05 Mar 2012 08:18 PM PST

Oleh Ahmad Lutfi Othman


Sewaktu BN nampak ghairah mahu menawan kembali negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, tidak ramai penganalisis politik -- malah strategis Umno sendiri -- yang meletakkan Pulau Pinang sebagai sasaran utama untuk direbut.

Mungkin target Selangor dan Kedah dijangka lebih realistik berbanding Pulau Pinang dan juga Kelantan. Negeri termaju itu sememangnya begitu diidamkan Najib Razak, apatah lagi beliau Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, manakala pergolakan dalaman PAS di Jelapang Padi dilihat mencerahkan lagi peluang.

Bagaimanapun, di Pulau Pinang, sementalahan pula ketika umum melihat kecenderungan majoriti pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Tionghua, untuk terus menolak BN, dan mungkin dalam skala lebih besar berbanding PRU12, maka ia pastinya tambah menyukarkan BN.

Dalam masa sama, Gerakan yang menerajui kerajaan Pulau Pinang selama 40 tahun, langsung tidak menunjukkan petanda pemulihan, selain ketandusan pemimpin berpotensi-berbakat untuk menampilkan cabaran bermakna kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Presidennya, Dr Koh Tsu Koon, yang kalah teruk di kerusi Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP, Dr P Ramasamy, bukan saja ditolak rakyat Pulau Pinang malah diperkecil-kecilkankan oleh rakan-rakan dalam parti sendiri. Malah, kemungkinan beliau sendiri tidak bertanding dalam PRU13.

Begitulah juga dengan nasib malang MCA, yang bertambah parah dan tiada petunjuk akan disokong pengundi pulau mutiara ini.

Empat tahun lalu, DAP mencatatkan kejayaan gemilang di Pulau Pinang -- satu kejutan gelombang yang turut melanda Perak, Selangor dan Negeri Sembilan apabila hampir semua calonnya menang -- dan menobatkannya sebagai peneraju kerajaan negeri. Semua calonnya, iaitu tujuh di kerusi Parlimen dan 19 Dun bukan saja berjaya, tetapi merekodkan majoriti undi yang besar.

KeADILan meraih empat kerusi Parlimen dan sembilan Dun, manakala PAS, yang bertanding dua kawasan Parlimen dan lima Dun, hanya dapat mempertahankan kerusi tunggalnya, melalui wakilnya, Allahyarham Hamdan Abd Rahman, iaitu Dun Permatang Pasir (kini disandang Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Negeri selepas pilihan raya kecil pada 26 Ogos 2009).

Percaturan politik Pulau Pinang tidak pernah sunyi daripada isu-isu kemunduran masyarakat Melayu. Seperti jenaka seorang tokoh PAS, "kalau semua kertas kerja yang membincangkan masalah Melayu Pulau Pinang dibuang ke laut, ia boleh membentuk sebuah pulau disebabkan begitu banyak dokumen tersebut".

Media yang diperalatkan Umno, seperti Utusan Malaysia dan TV3, memang cuba menimbulkan pelbagai isu kontroversi, terutama mengada-adakan cerita tentang apa yang didakwa diskriminasi kerajaan negeri terhadap orang Melayu, sekali gus memberi gambaran PAS tidak lebih daripada melukut di tepi gantang, malah diperkudakan DAP. (Saya masih merasakan wakil DAP dan PAS, masing-masing perlu dilantik sebagai Exco Kerajaan Kedah dan Kerajaan Pulau Pinang).

Di atas isu sama, kita pernah dipaparkan dengan siri demonstrasi hampir setiap minggu di sekitar Komtar bagi menentang kerajaan negeri, yang didakwa menindas orang Melayu. Sentimen perkauman cuba diapi-apikan. Ditonjolkan seolah-olah kerajaan yang diterajui DAP itu bersikap kasar dan keras dengan orang Melayu tetapi banyak bertolak ansur dengan golongan Cina.

Bagaimanapun, jika kita sempat turun ke Tanjong, untuk meninjau realiti politik di sana secara lebih dekat, gembar-gembur itu ternyata tidak berasas. Kepemimpinan Guan Eng ternyata disenangi ramai; agak sukar kita mendengar persepsi negatif tentang pentadbirannya. Namun, tentulah ia tidak sunyi daripada kesilapan yang perlu ditegur.

Selain sikapnya yang segera turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat, dengan beberapa insentif program sosial mengurangkan beban rakyat, beliau memperkenalkan juga langkah pembaharuan, di antaranya keperluan perisytiharan harta, lanjutan daripada urus tadbir cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), prinsip asas dalam pentadbiran kewangan negeri, selain penekananan kepada sistem tender terbuka.

Kesederhanaannya menggunakan dana awam, termasuk tidak memanfaatkan keistimewaan beliau sebagai Ketua Menteri, mendapat pujian ramai. Misalnya, beliau lebih selesa menggunakan pesawat tambang murah. Saya pernah menemuramahnya di LCTT, Sepang, di celah-celah kesibukan penumpang menunggu jadual penerbangan AirAsia.

Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari juga pernah membuat kenyataan akhbar bahawa apa-apa hadiah atau sumbangan semasa hari jadi Guan Eng tidak akan diterima. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, juga agak kerap merujuk pemerintahan Guan Eng jika beliau membincangkan isu integriti dan antirasuah.

Kenyataan Guan Eng yang mahu meneladani Khalifah Umar Abdul Aziz menunjukkan beliau serius dengan komitmen untuk membelanjakan wang awam secara berhemat, mengelak pembaziran, telus dan memastikan rakyat mendapat yang terbaik daripada khazanah hasil negeri.

Dalam kunjungan ke Kepala Batas, semasa menghadiri seminar kewartawanan media baru, 25 Februari lalu, saya berbicara tentang kedudukan strategik PAS di Pulau Pinang, yang mesti diperkukuhkan, terutama menjelang PRU13.


Ditemani Anuar Hashim, pegawai khas penerangan di Pejabat Ketua Menteri, saya sempat menyapa Guan Eng sewaktu beliau bergegas untuk menyampaikan bantuan ke kampung-kampung sekitar yang dilanda ribut.

Semasa jurufoto mahu merakamkan sudut menarik Guan Eng di hadapan pejabat daerah, saya perhatikan beliau berlari-lari anak, menarik Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Hussain, yang juga Penyelaras Kadun Penaga, untuk bergambar bersamanya.

Cerita Ketua Menteri yang mengambil berat penampilan pemimpin-pemimpin PAS, terutama dalam majlis rasmi kerajaan, sudah lama saya dengar. Ustaz Salleh juga pernah mengesahkannya. Guan Eng tidak mahu PAS dilihat terpinggir atau terasing.

Justeru, ramai mengharapkan kehadiran wakil-wakil PAS dalam setiap sektor kerajaan negeri, termasuk PBT dan Majlis Agama, memberi impak berkesan. "Wakil kita harus bekerja lebih efisyen dan berkualiti, selari dengan budaya kerja Ketua Menteri sendiri, yang nampak pantas tak terkejar," kata seorang PAS, sambil ketawa kecil.

Sebelum itu, semasa saya makan tengahari dengan Rosidi, di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, beliau banyak menekankan perlunya PAS Pulau Pinang berusaha lebih gigih untuk menambahkan bilangan kerusi Dun dalam PRU13.

Tentulah tidak mudah berdepan Umno, yang masih berbekalkan dua kerusi Parlimen dan 11 Dun, apatah lagi disokong politik wang yang masih berleluasa.

"Saya akui kerusi Parlimen Kepala Batas, yang diwakili Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcob di Tasek Gelugor agak sukar direbut, tapi untuk empat kerusi Dun lagi, kita berpeluang," akui Rosidi.

Bagaimanapun, beliau tetap yakin, sekiranya PAS mengemukakan calon berwibawa dan disenangi pengundi, apatah lagi jika Abdullah mungkin tidak bertanding lagi kali ini, potensi PAS untuk dua kerusi Parlimen itu masih terbuka.

Selain Permatang Pasir yang dimenangi dengan majoriti 5,433 undi, PAS kalah di Dun Penaga (dengan majoriti undi calon BN 1,231), Permatang Berangan (1,985 undi), Sungai Dua (535), dan Bayang Lepas (399).

"Kesepakatan kerajaan Pakatan Rakyat akan nampak bertambah mantap jika PAS menang lebih banyak kerusi dan ada wakilnya dalam Exco. Serentak dengan itu, tohmahan bahawa masyarakat Melayu diabai kerajaan negeri mudah ditangkis," kata seorang bekas wartawan Bernama yang lama bertugas di Pulau Pinang.

"Saya pasti, Ketua Menteri pun lebih suka jika lebih ramai wakil PAS dalam sidang Dun nanti," tambahnya.

Saya mengakui, tanpa membuktikan terlebih dahulu keupayaan untuk menambat hati pengundi, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri sukar diperkukuhkan. Lebih mustahak, selepas diberikan kepercayaan, amanah itu mesti digalas penuh dedikasi dan dilaksanakan dengan cemerlang.

Belum terlambat untuk menilai kembali perancangan strategik menguasai empat Dun, selain mempertahankan Permatang Pasir. Jumlah sasaran yang kecil tetapi praktikal itu sebenarnya mempunyai implikasi besar bukan saja dalam landskap politik Pulau Pinang tetapi negara keseluruhannya.

PAS mesti menunjukkan ia "rakan kongsi" yang proaktif dan boleh dipercayai, termasuk di negeri-negeri tertentu seumpama Pulau Pinang. Dalam waktu suntuk ini, saya bersetuju dengan pandangan Rosidi, iaitu faktor calon memainkan peranan yang cukup besar dan PAS mesti serius mencari tokoh-tokoh berkelayakan.

Dalam pada itu, semasa merasmikan seminar kewartawanan media baru berdepan PRU13 di Pongsu Seribu, Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Khalid Man membangkitkan isu menarik berkaitan Nor Yakcob yang telah dilupakan.

Beliau merujuk kepada kes penahanan bekas Setiausaha Politik Nor, Hasbie Satar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketika itu Nor merupakan Menteri Kewangan II, yang dilihat begitu berpengaruh dan dekat dengan khazanah kekayaan negara.

Dalam usia 30-an, Hasbie mengumpulkan kekayaan luar biasa termasuk longgokan wang tunai jutaan ringgit yang ditemui di rumahnya. Beliau turut memiliki beberapa kereta mewah dan rumah agam.

"Isu ini mesti ditimbulkan semula, banyak misteri di sebaliknya yang harus dibongkar. Tentulah segalanya berkaitan rasuah," kata Khalid.

Justeru, saya berkira-kira untuk menelanjangkan kembali isu ini, bukan difaktorkan oleh cabaran Nor Mohamed Yackob kepada PAS di Tasek Gelugor, tetapi bagi merakyatkan persoalan berkaitan rasuah dan salahguna kuasa.

II.

Berita kematian penyair Zahari Hasib, 65, cukup mengejutkan. Sebaik sampai di ofis, pagi Isnin 27 Februari, saya dimaklumkan bahawa Zahari meninggal dunia pada Ahad malam.

Masih terngiang-ngiang suara serak-garaunya. Lebih kurang 10 jam sebelum rohnya berpisah daripada jasad, Zahari menghubungi saya. Seperti biasa, setiap kali puisinya disiarkan, beliau pasti menelefon saya, sekadar mengucapkan ucapan terima kasih. Dan kelaziman ini juga dilakukan kepada rakan-rakan di media lain.

Sebelumnya, Rabu, 22 Februari, rupanya Zahari singgah ke pejabat Harakah, dari Teluk Intan, menitipkan berbelas-belas paket kecil gula-gula dan beberapa plastik buah lai. Dan itu merupakan tradisinya sejak puluhan tahun bila turun ke Kuala Lumpur.

Zahari tidak memaklumkan kedatangannya lebih awal. Saya ketika itu di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, mengikuti kes perbicaraan Himpunan Mansuh ISA. Tanpa sempat saya menghubunginya, beliau terlebih dahulu menelefon: "Saudara Lutfi, sudah terima buah lai?"

Sesungguhnya saya amat meminati puisi Zahari. Mudah dan bersahaja. Senang diikuti oleh sesiapa saja. Benar, cukup puas menikmatinya. Isu-isu yang ditampilkannya menyentuh kehidupan rakyat biasa.

Saya sendiri mengendalikan sajak-sajak yang dihantarnya. Tetapi saya lebih suka kepada rangkap akhir setiap puisinya. Ada kejutan yang membahagiakan.

Saya tidak akan lupa -- setiap kali puisinya tersiar, pasti akan disusuli kad terima kasih. Masya Allah, beliau begitu menghargai orang lain.

Ucapan terakhir dalam kadnya: "Terima kasih dan terima kasih dan terima kasih Sdr Ahmad Lutfi Othman. Hidup Ahmad Lutfi, hidup Harakah!"

Untuk Harakah kali ini, kami siarkan lima puisinya. Saya pernah memintanya menulis tentang mahasiswa. Agak lambat Zahari menyiapkannya. Mungkin beliau agak tertekan dengan permintaan saya itu.

Hasilnya saya tidak menemui kejutan yang saya tunggu pada rangkap terakhir setiap karyanya.

Ya ... Sememangnya penyair tidak boleh 'dipaksa', 'kan?

Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah.

Berikut adalah puisi-puisi berkaca Almarhum Zahari itu:

Terima Kasih

Terima kasih kepada pagi
yang menantang angin lembut
segar serta nyaman


terima kasih kepada mentari
yang membawa sinar terang
lagi indah

terima kasih kepada sihat
yang tak menjadikan aku sakit
hingga boleh membaca
serta mencatat ilham
untuk menulis beberapa buah puisi

terima kasih
dan kesyukuranku pada Tuhan
kerana telah membenarkan aku
hidup sehari lagi
pada hari ini!



Catatan Dalam Bas

Sukar sekali
mahu jadi orang baik
dan bersopan

sebab kuala lumpur
seolah-olah mengajar kita
supaya bertindak bengis
kasar dan ganas

lalu di dalam bas ini
tidak ada lagi persaudaraan
atau timbang rasa

maka amat payah
untuk menemui mereka yang sudi
hendak meluangkan tempat duduk
bagi seorang buta
anak sekolah
atau ibu sarat mengandung


Cermin Muka


Cermin muka ini
tak pernah menyatakan bohong
pada tiap masa
ia menunjukkan yang benar selalu

ia menampakkan wajah
rambut
telinga
mata
serta bulu hidung

maka seperti pada tiap hari
kita bersolek dan bersikat di sini
untuk pada lahirnya akan
kelihatan cemas bersih serta
cantik

tetapi apakah
begitu juga hati yang di dalam?



Seorang Anak Muda

Seorang anak muda
yang gila dan melarat
rupanya masih ada tuah
sebab telah diterima
menjadi tamu
untuk makan bersama orang banyak
dan suatu majlis perkahwinan
di flat kami

sesudah kenyang
dia bangun beredar
lalu diarak pula
oleh ramai kanak-kanak
sambil ada yang bertepuk
dan menyanyi

maka dengan megah
dia pun berjalan di hadapan
sambil mengangkat kedua tanganya
dengan nyaring dia menjerit
undilah aku!
undilah aku!
saya ini calon pemimpin masa depan
kalau nati saya menag
nescaya
aku kuturunkan sewa rumah tuan-tuan!


Panggung Anniversary

Ketika bertanya isteriku
bagaimana panggung aniversary
pada malam itu?

aku cuma menjawab pendek:
keadaannya macam selalu
yang ramai datang orang Melayu
menggendong kekasih
anak serta cucu

nasiblah hujan lebat malam itu
kuranglah untung
si Cina cincau dan air tebu!

ZAHARI HASIB
Teluk Intan, Perak

Mashitah sempurnakan kebankrapan moral Umno

Posted: 05 Mar 2012 08:14 PM PST

DETIK DAILY


"SELAMA 40 tahun dalam BN, saya tidak faham Islam tetapi dengan PAS dan PKR saya faham idealismenya. Umno tidak pernah ajar agama sebaliknya PAS yang mengajar saya mengenai Islam...," itulah pengakuan berterus terang bekas Naib Presiden MCA, Dato' Dr Chua Jui Meng ketika dijemput menjadi panelis program Wacana Sinar anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, 29 Februari lalu.

Sejauh mana Umno berperanan menyampaikan Islam dan memberi kefahaman Islam kepada ahli-ahlinya juga kepada parti-parti kerabat BN yang lain? Jika apa yang dikatakan Dr Chua itu boleh dijadikan sandaran, jelas Umno yang menjadi parti teras dalam BN gagal mempromosikan imej positif Islam walaupun sering mengakui bahawa perjuangannya berteraskan agama dan bangsa. Malah konotasi "Melayu itu Islam" dan "Islam itu Melayu" seringkali terpacul daripada mulut para pemimpin Umno.

Kegagalan Umno ini tidak menghairankan apabila kita melihat reaksi melampau parti sekutunya MCA dalam menangani isu pelaksanaan hudud. Walaupun cadangan pelaksanaan hukum jenayah syariah termasuk hudud hanya terpakai kepada penganut Islam, MCA menentangnya secara bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan sensitiviti dan perasaan umat Islam negara ini yang majoritinya menyokong cadangan tersebut.

Apa yang lebih mendukacitakan, sikap anti-syariah MCA ini tidak langsung mendapat bantahan daripada Umno mahupun kumpulan-kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh MCA terhadap parti Melayu itu. Walaupun seringkali menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam tanpa sebarang sandaran hujah, Umno dan Perkasa tetap mengambil sikap berdiam diri apabila syariah Islam dihina oleh MCA terutama Presidennya, Dr Chua Soi Lek.

Dalam membicarakan kegagalan Umno mempertahan kesucian Islam dan melaksanakan tanggungjawab dakwah, pastinya kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang peranan 'orang agama' dalam parti nasionalis sekular itu. Jelas 'orang agama' Umno yang sering diberi tanggung jawab menerajui institusi-institusi agama dan menjawat portfolio berkaitan Islam dalam kerajaan gagal menjalankan peranan sebagai da'ie (pendakwah) atau sekurang-kurangnya memberi 'nafas Islam' kepada Umno dan BN.

Lebih mendukacitakan apabila 'orang agama' Umno ini turut hanyut dalam kebejatan politik dan terikut-ikut dengan amalan politik Machiavelli majoriti pemimpin Umno.

Lihat sahajalah ruangan kolum 'Langit Terbuka' orang agama Umno, Dr Mashitah Ibrahim yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu. Dalam tulisan bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan', Mashitah secara tidak beretika cuba mengaitkan para pemimpin PAS dan KeADILan dalam apa yang disebut beliau sebagai 'krisis moral' pemimpin pakatan pembangkang.

Antara yang menjadi mangsa serangan beliau adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dr Badrolamin Baharon yang sangat diyakininya telah melakukan khalwat dengan isteri orang. Walaupun Dr Badrolamin dan wanita terbabit menafikan dakwaan liar itu dan hanya diminta memberi keterangan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mashitah sudah meyakini bahawa mereka telah melakukan khalwat.

Beliau juga menyerang Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana kononnya dibebaskan daripada dua tuduhan liwat 'atas sebab-sebab teknikal' dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana pernah ditangkap khalwat di Kota Bharu dan dibebaskan daripada tuduhan itu oleh 'Mahkamah Kelantan'. Mashitah juga tidak teragak-agak menyambung fitnah Umno dengan mendakwa Adun PAS Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Paling biadap, lulusan doktor falsafah bidang Usuluddin itu terus menjadi 'penyambung lidah syaitan' apabila mendakwa kononnya Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang terpalit dengan 'skandal membabitkan anak dara' kira-kira sepuluh tahun lalu. Tulis Mashitah, "Beliau (Tuan Guru Abdul Hadi) dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3..."

Adalah tidak menghairankan jika tuduhan dan dakwaan bertaraf sampah ini dibuat oleh blogger-blogger Umno yang sememangnya tidak beretika dan bankrap akhlak. Tetapi jika ianya datang daripada seorang ilmuwan agama Umno, berkelulusan doktor falsafah dan memegang jawatan Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, ia adalah sesuatu yang sukar diterima akal!

Sebelum ini pun Mashitah telah mencetus beberapa kontroversi tidak perlu seperti mempersendakan hukum hudud, mendakwa wanita boleh melacur jika darurat dan bergaduh dengan jiran hanya semata-mata kerana rumput halaman rumah.

Adakah beliau begitu terdesak untuk disenaraikan sebagai calon BN sehingga sanggup melemparkan tuduhan tidak berasas kepada lawan politik bagi membuktikan kesetiaannya kepada Umno dan BN?

Adakah beliau tidak merasa ngeri melihat medan politik Melayu Islam sudah begitu teruk bergelumang dengan fitnah qazaf sehingga beliau turut mahu menyumbangkan saham menyebarluaskan 'budaya lendir dan hanyir' itu?

Nampaknya 'orang agama' Umno sudah jauh tersasar daripada landasan kebenaran. Mereka bukan sahaja gagal berperanan sebagai pendakwah; malah turut merosakkan lagi imej Umno yang sudah sedia busuk dan reput di mata umum.

Jika Menteri Agama Umno, Dato' Seri Jamil Khir Baharom menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai kempen politik dan menghalang pertuduhan qazaf; Mashitah sebagai Timbalan Menteri Agama pula membantu mengukuhkan 'politik lendir dan hanyir' bagi menghadapi lawan politik.

Orang agama Umno nampaknya gagal mengislahkan parti nasionalis sekular itu. Mereka sebaliknya membantu menyempurnakan kebankrapan moral dan akhlak Umno!

Tiada ulasan: