Biaqpila |
- Ibu rakam anak dirogol teman lelaki
- Bekas pesakit kanser testis diawasi mahkamah kerana ugut sebar gambar bogel teman wanita bawah umur
- Takut debat, kering hujah, maka sepak terajang pilihan UMNO – Oleh Fairuz Azhan
| Ibu rakam anak dirogol teman lelaki Posted: 06 Mar 2012 04:00 AM PST SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu. Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama. Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan."Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh."Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu. SH Published with Blogger-droid v1.7.4 |
| Bekas pesakit kanser testis diawasi mahkamah kerana ugut sebar gambar bogel teman wanita bawah umur Posted: 05 Mar 2012 08:00 PM PST ![]() SINGAPURA: Seorang lelaki yang baru sembuh daripada kanser testis diletakkan di bawah pengawasan mahkamah selama 18 bulan kerana mengugut akan memuat naik gambar bogel teman wanitanya yang di bawah umur. Lelaki berusia 22 tahun itu, mengugut meletakkan gambar bogel itu di Internet, apabila teman wanitanya mahu memutuskan hubungan mereka pada Jun, 2009. Dia mengambil gambar bogel teman wanitanya, waktu itu berusia 16 tahun, menggunakan telefon bimbit. Kerana takut gambarnya akan disebar, gadis itu bersetuju untuk bersamanya beberapa bulan selepas itu, tetapi memberitahu abangnya mengenai ugutan lelaki itu. Mereka kemudian membuat laporan polis. Menurut laporan akhbar, lelaki dan gadis bawah umur itu bertemu pada 2007. Dia telah melakukan seks oral ke atas teman wanitanya tahun berikutnya ketika dia menyambut ulang tahun ke-15 di rumah lelaki itu. Mereka juga turut pernah melakukan hubungan seks beberapa kali. Lelaki itu kini dikehendaki melakukan khidmat masyarakat selama 80 jam dan perintah berkurung di rumah dari tengah malam sehingga pagi. Ibu bapa lelaki berkenaan turut menandatangani bon $ 5,000 (RM10,000) sebagai jaminan anaknya berkelakuan baik. Sumber: Asiaone.com warkahdaily KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| Takut debat, kering hujah, maka sepak terajang pilihan UMNO – Oleh Fairuz Azhan Posted: 05 Mar 2012 06:00 PM PST ![]() Semakin hari semakin terserlah sikap pemimpin dan penyokong Barisan Nasional, khususnya UMNO dan pecacai mereka, yang menyerang serta menimbulkan kekacauan di majlis-majlis majlis anjuran masyarakat madani dan rakyat prihatin. Antara peristiwa yang menonjolkan sifat ganas para pecacai UMNO adalah: * Kekacauan yang ditaja oleh Perkasa dan UMNO pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta sehingga adanya letupan yang mencederakan orang awam; * Kekacauan program Hindraf dan NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) oleh samseng-samseng pro-UMNO di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, Klang; * Kekacauan semasa ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan dalam kawasan Parlimen yang diwakili oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Johor sehinggakan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kerosakan teruk; * Keganasan samseng pro-UMNO di Sudut Pidato Pulau Pinang sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turun padang untuk menyatakan sokongan beliau terhadap gerakan anti-Lynas, di mana beberapa peserta perhimpunan aman cedera manakala Guan Eng diserang dan dirosakkan para pengacau; * Percubaan untuk mencederakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Pahang; dan * Perbuatan membakar rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad. Kesederhanaan Najib? Adakah semua perbuatan ganas ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sebagai "kesederhanaan yang berpotensi menjamin keamanan dan keharmonian"? Apakah jaminan Datuk Seri Najib Razak tentang budaya demokrasi dan politik matang yang diwarwarkannya hanya sekadar omongan kosong? Bukan sahaja Najib berdiam tidak mengutuk trend ganas oleh kumpulan-kumpulan penyokong dan pecacai UMNO, malah gerak dan gayanya bagaikan menghalalkan segala yang berlaku. Budaya baling batu dan sembunyi tangan sememangnya bukanlah budaya baru, lebih-lebih lagi daripada pihak yang ekstrem dalam UMNO dan BN. Kita akui masih ramai ahli UMNO-BN tidak suka kepada keganasan tetapi jika mereka berdiam diri dengan budaya keji yang sedang berlaku sekarang, ia seolah-olah mencerminkan UMNO-BN menyokong perbuatan ganas ini. Mengapakah tidak kelihatan sebarang usaha daripada kerajaan Najib untuk mengutuk kegiatan samseng tersebut yang ditujukan, bukan sahaja kepada para pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga terhadap rakyat prihatin yang tidak menyertai mana-mana parti seperti ribuan orang yang menentang projek sisa toksik Lynas? Jika keganasan berleluasa, bagaimana Najib mahu perkenalkan demokrasi matang? Bagaimanakah Malaysia boleh mengorak langkah ke arah sebuah demokrasi yang matang jika kejadian-kejadian ini boleh terus dibiarkan oleh kerajaan? Jika seorang pemimpin pembangkang boleh dibakar kereta dan rumahnya, bahkan kereta seorang Ketua Menteri boleh diserang dan dirosakkan, apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan kepada rakyat biasa? Jelas keganasan seperti ini menunjukkan betapa rendahnya tahap kematangan dan daya intelektual parti pemerintah. Malah, para pemimpin kerajaan UMNO-BN menyatakan bahawa berdebat itu budaya barat. Kita tanya pula, samseng dan keganasan itu budaya siapa? Jelas sekali kerajaan UMNO-BN yang semakin terdesak hanya mengharapkan sokongan fanatik dan pelampau perkauman sebagai tunjang politik mereka. Di mana perginya intelek? Di mana perginya budi pekerti? Di mana perginya rasa hormat? Entah ke mana. Hanya tinggal papan tanda usang yang tercatat kata-kata "sopan santun budaya kita". Kasihan sungguh mereka yang berada di penghujung usia kuasa. Mereka ketandusan idea, kekuranga pimpinan berwibawa dan merendahkan akhlak sendiri dengan perbuatan ganas yang kurang cerdik. Jalan keluar untuk UMNO-BN sebenarnya tidak sukar. Tunaikanlah segera janji-janji transformasi politik dan kerajaan. Bersihkan negara dari rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Utamakan rakyat dengan mengurangkan beban ekonomi seperti tol, cukai dan pelbagai bayaran yang tidak perlu dibayar oleh rakyat. Jika UMNO-BN masih degil, maka pilihannya tentulah Pakatan Rakyat. – Roketkini.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan