Jumaat, 2 Mac 2012

.

.


Susupan Petang

Posted: 02 Mar 2012 12:44 AM PST

Najib Kena 'Ejek' Di Kota Bharu

Kunjungan sehari suntuk Ha Najib Razak ke Kelantan hari ini untuk melihat perkembangan Umno di tiga kawasan, Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu disambut dengan lambaian sepanduk dan cogankata-cogankata meperli perdana menteri itu.

Berhampiran lapangan terbangan Sultan Ismail Petra dinaikan sepanduk berbunyi "Selamat Datang PM Ke Negeri Miskin". Kata-kata itu ditujukan kepada penghinaan Najib terhadap Kelantan yang mengatakan Kelantan negeri paling miskin berbanding dengan negeri-negeri lain.

Semasa berucap di Sabah baru-baru ini Najib mengatakan Kelantan negeri paling miskin di antara negeri-negeri di negara ini. Kata-kata itu jelas untuk menyedapkan hati rakyat Sabah yang telah ditipu hidup-hidup oleh Umno.

Semasa beliau berkunjung ke Jeli pula, Najib disambut dengan kain rentang yang dipegang berbunyi "Kami Mahukan Royalti Petroleum". Kata-kata ini merujuk kepada kengganan Najib untuk menyerahkan royaliti 5% petroleum kepada Kelantan. Rakyat Kelantan menuntut hak mereka yang dinafikan oleh zaman Mahathir Mohamad dan diteruskan oleh zaman Najib Razak.

Di dalam Fb dan blog juga meriah dengan kecaman dan ejekan kepada Najib.

Dipercaya kalau pihak berkuasa tidak bertindak merampas dan menurunkan kain-kain rentang itu jumlahnya mungkin lebih banyak dari kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan Najib ke Kelantan. Khabarnya tidak banyak sepanduk dan kain rentang dipsang mengalu-alukan kedtaangan Najib.

Apa yang dipamirkan hari ini menjelaskan kepada Najib kenyataan beliau mengatakan Kelantan negeri miskin dimarahi dan menyinggung hati dan perasaan rakyat Kelantan. Bukan saja rakyat yang menyokong Pas tetapi penyokong Umno juga merasa terhina dengan kenyataan presiden Umno itu. Mereka menganggap Najib tidak tahu membaca kajian pendapatan perkapital rakyat negari ini.

Najib juga dalam kunjungan itu dikatakan menyampaikan bantuan wang rakyat RM500 kepada beberapa orang miskin di ketiga kawasan yang dilawati itu. Seorang penduduk di Pasir Mas menghantar SMS kepada saya berbunyi; "Kalaulah rakyat Kelantan miskin kenapa wang bantuan dari wang rakyat itu sama nilainya dengan yang diberikan kepada rakyat negeri lain?"

"Sepatutnya rakyat negeri Kelantan diberi peruntukan wang kerajaan itu sekurang-kurang RM1,500 hingga RM3,000 seorang", kata penduduk itu lagi geram. Betul juga apabila nilainya sama ini menunjukkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan sama saja dengan kadar kemiskinan dengan Johor, Pahang, Melaka dan negeri-negeri yang dikuasai oleh BN sejak lebih 50 tahun.

Kunjungan Najib ke kawasan berkenaan dianggap sebagai tidak adil kerana Najib 'menambun' kekayaan kepada bahagian Umno yang sudah kaya. Apa yang mereka harapkan Najib ikut sama melawat ke Kuala Krai, Rantau Panjang, Tanah Merah ataupun Pengkalan Chepa. [wm.kl.4:58 pm 02/03/12]

Tazkirah Jumaat

Posted: 01 Mar 2012 04:18 PM PST

Pas Kedah Perlu 'Membulankan' Diri

Malam tadi Jawatakuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan mesyuarat rutin bulanan yang saya kira antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan Pas Kedah yang sedikit riuh randah beberapa hari ini.

Mesyuarat malam tadi tanpa kehadiran presiden kerana Abdul Hadi Awang berada di luar negara. Khabarnya beliau berada di Vienna Australia kerana menghadiri forum dunia. Saya tidak faham sepenting mana forum itu perlu dihadiri Abdul Hadi berbanding pulang untuk melihat kemelut Pas Kedah yang agak mencemaskan.

Apakah beliau mempunyai ilmu makrifah yang bleh memantau perkembangan parti dari luar negara? Menyelesaikan masalah parti secara spritual, misalnya berdoa di kejauhan?

Bagaimana pun timbalan presiden Muhammad Sabu hadir dan mempengerusikan mesyuarat malam tadi. Seperti mana diumumkan Muhammad Sabu, satu pertemuan para pemimpin Pas akan di Kedah Sabtu ini. Perteman itu dinamakan pertemuan mahabbah di antara semua pemimpin termasuk wakil-wakil rakyat di Kedah. Perusuhjaya-pesuruhjaya negeri juga turut dikerah ke negeri Jelapang Padi itu.

Diharap pertemuan mahabbah itu jangan seperti pertemuan mahabbah di antara Hasan Akidah dengan Mustapa Ali di Kota Bharu 'ritu' cukuplah. Selepas diadakan pertemuan mahabbah itulah menyebabkan Hasan Akidah terus rebah dan demam sampai tidak kebah-kebah sampai ke hari ini.

Pertemuan di Kedah itu bagi melendikkan keadaan di Kedah. Walaupun masalah angkat sumpah Exco sudah selesai tetapi masih ada perkara-perkara yang perlu di strikerkan lagi.

Katanya antara tujuan pertemuan mahhabah itu untuk memsemukakan Azizan Razak dengan timbalannya Pahkharolrazi Zawawi yang bertegas tidak mahu menyambung khidmatnya sebagai Exco kerana akur dan patuh kehendak Pas kawasannya. Katanya Pas kawasan Kuala Kedah yang dipimpin oleh Pahkharolrazi telah mengambil ketetapan semua Adun dalam parlimen Kuala Kedah agar jangan menerima tawaran Exco sebagai protes kepada Azizan Razak.

Ketetapan itu juga terkena ke atas batang tubuh Amiruddin Hamzah kerana beliau salah seorang Adun dalam Kuala Kedah. Tetapi mengelirukan sedikit bila mana Amiruddin tidak sedia akur dengan keputusan itu, menerima tawaran Exco atas alasan beliau tidak menghadiri mesyurat yang membuat ketetapan itu?

Kekeliruan inilah menyebabkan Amiruddin dilihat sebagai belot menyebabkan Pas Kuala Kedah memberi kata dua sama ada beliau kekal untuk bertanding di Dun yang diwakili sekarang ataupun melepas jawatan Exco. Keadaan ini merupakan tekanan kepada Amiruddin dan meletakkan Exco ini dalam keadaan terjempit.

Seperti dikatakan tadi, kerajaan Kedah telah dibentuk pada Isnin lalu. Tetapi tanpa penyertaan Pahkharolrazi dan Dr Ismail Salleh ia nampak tidak sempurna. Pas Kedah kelihatan masih berkemelut, apa lagi Pahkharolrazi adalah timbalan Pesrujhaya 1, manakala Dr Ismail Salleh timbalan Pesruhjaya 2, kedua-dua mereka adalah orang penting dalam Pas Kedah.

Sejauh manakah usaha Pas Pusat dengan membawa semua pemimpin tertinggi merka berhimpun di Kedah esok berjaya menghuraikan kekemelutan yang timbul ia menjadi perhatian umum. Semua pihak akan terbeliak mata melihat pertemuan esok. Dipihak Pas mengharap ia boleh menyelesaikan masalah. Pertemuan esok akan memberi berbagai tafsiran baik dan tidak baik.

Apa yang perlu berlaku esok, pertemuan itu hendaklah berjaya. Harapnya pertemuan di kediamaan MB di Mantaloon itu akan dihadiri oleh Pahkharolrazi, Dr Salleh dan pihak-pihak yang bersamanya khasnya Dewan Ulamak Pas Kedah. Jangan ada yang absen atas apa jua alasan. Kalau satu pihak saja tidak hadir ia akan disuluh sebagai kegagalan pertemuan itu dan ertinya kemelut Pas Kedah masih bagaikan api yang nyala dalam sekan.

Koordinator pertemuan ini Naib Presiden Pas Salehuddin Ayub. Beliau hendaklah memainkan peranan penting dan memastikan ia berjalan lancar. Kegagalan pertemuan esok ia akan memalitkan aib kepada Sallehuddin. Orang akan membuat andaian Salehuddin belum berdaya menyelesaikan krisis. Walaupun kemelut itu tanggungjawab semua pemimpin Pas, tetapi orang sudah 'membagarkan' Salehuddin berada di depan bila presiden dan timbalan tidak ke depan.

Apa cara sekalipun kemelut Pas Kedah perlu diselesaikan. Pas Kedah perlu mengelakkan sengketa atau perbalahan yang boleh diambil kesempatan oleh musuh. Kestabilan Pas Kedah sangat-sangat penting bagi Pakatan Rakyat kerana ia memberi lambang dan 'jiho' kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang. Kalau Kedah juga bercelaru ia boleh menjejaskan kepecayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat umumnya dan Pas khasnya. Kecelaruan itu akan dijadikan modal tak berbanyar oleh UBN.

Nasib yang menerima kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sudah memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat kandati apa yang berlak itu adalah pengkhianatan kawan sendiri dan UBN. Manakala sejarah kejatuhan kerajaan Pas Terengganu setelah memerintah empat tahun (sepenggal) juga satu bayangan menakutkan. Nasib diterima Pas Terengganu harus diingat sepanjang masa oleh Pas Kedah. Jangan pula dalam pilihan raya akan datang kerajaan Kedah tumbang mengulangi apa yang berlaku di negeri penyu menangis itu.

Dalam pertemuan esok, Azizan dan Pahkharolrazi hendaklah kembali kepada matlamat asal. Ketepi dan nyahkan perasaan diri sendiri atau pun ego masing-masing. Matlamat asal ialah untuk mengekalkan Kedah di bawah Pas. Jangan kecewa dan hampakan harapan rakyat yang baru merasai nikmat pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah. Sekira mereka menyedari perbalahan itu bakal memberi laba kepada musuh, nah berhenti dan ahlan wassallanlah segera.

Baik Azizan atau Pahkhrolrazi kena terbuka, telus dan ikhlas dalam usaha mencapai niat itu. Mereka jangan berjabatan tangan dan berpelukan di depan kawan-kawan pimpinan tetapi hati masing-masing menjadi magnet yang bertentangan kutub. Bersalam dan berpelulah dengan ikhlas dan biarlah hati berkata bicara yang suci lagi benar.

Lainlah kalau mereka yakin dan percaya pertelagahan mereka tidak menjejaskan kerajaan Kedah, mereka boleh terus, bergasaklah sampai ke Subuh. Tetapi barang diingat ..
kalau kerajaan Pas kedah tumpas, rakyat akan meletakkan kesalahan itu kepada mereka. Rakyat terutamanya orang Pas akan melaknat mereka sampai akhirat.

Makanya sebelum pilihan raya tiba kedua mereka hendaklah membersihkan diri masing-masing. Berwuduklah dari air satu tempan dan dirikan solat di satu surau dan berdirilah di satu saf dan sama-samalah baca ayat Al A'rs.

Manakala pihak-pihak ketiga yang menjadi penyokong dan penyocok kepada kedua tokoh ini juga harus damaikan perasaan dan insaf. Mereka juga kena kembali seperti dulu. Jangan hanya ada wajah Pahkhrolrari atau Azizan dalam kepala masing-masing, sebaliknya kedua wajah mereka perlu disemadikan dalam benak.

Jauh dari itu semoga juga Abdul Hadi membawa balik apple hijau dari Vienna untuk Azizan dan Pahkhrolrazi nanti. Mudah-mudahan selepas mereka memakan apple hijau sakit mereka akan sembuh. [wm.kl.12:18 t/hari 02/03/12]

Rencana Khas

Posted: 01 Mar 2012 03:42 AM PST

Umno Kelantan Melutut Kepada Tengku Razaleigh?

Menurut maklumat dari Fb Sdr Sobere Shafei petang semalam Mustapa Mohamed bersama Awang Adek Hussein dan Annuar Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah di kediamannya di Langgak Golf, Ampang. Kurang pasti apakah tujuan kunjungan hormat itu, apakah mereka ingin memberi tahu Tengku Razaleigh bahawa nama anak raja Kelantan itu masih disenarai sebagai calon BN di Gua Musang atau apa?

Atau kunjungan itu ada kena mengena dengan pemergian Najib Razak ke Kelantan esok dalam rangka kerja sekaligus berkempen.

Mungkin 'tiga pahlawan' Kelantan itu datang bersembah lutut untuk meminta Tengku Razaleigh pulang meraikan Najib di Kelantan. Kalau Tengku Razaleigh ada sama mungkin keadaanya lebih gah lagi. Maklumlah Tengku Razaleigh orang lama kalau dia berada dalam majlis Najib boleh menambahkan seri kepada Umno.

Di celah-celah ini saya hendak tanya sedikit, kenapa Annuar Musa yang mengiringi Mustapa dan Awang Adek untuk berjumpa Tengku Razaleigh. Atas kapasiti apakah beliau ikut sama ke Langgak Golf? Kenapa tidak Norzaidi Omar selaku setiausaha badan perhubungan Umno atau pun Hanafi Mamat selaku Bendahari Umno? Kenapa Annuar Musa. Dia tidak ada apa-apa jawatan dalam badan perhubungan Umno Kelantan kecuali sebagai ketua bahagian Ketereh.

Apakah kerana Annuar Musa kini selaku Presiden Kafa yang mana dia mendakawa kira-kira 200,000 penyokong pasukan gedebe merah Kelantan telah menyokong Umno? Begitukah. Dan kalau benar begitu apakah kena mengenanya penyokong pasukan bola Kelantan dengan Umno? Tidak semestinya orang yang membeli tikit untuk tengok pasukan red warriors Kelantan akan menyokong Umno.

Annuar nampaknya telah cuba hendak menjual dirinya seorang yang hebat mengurus pasukan bola sepak dengan kecerahan suka bola sepak di Kelantan akhir-akhir ini. Tetapi sekali lagi... mengurus bola tidak secara automatik boleh mengurus parti. Telah lebih 10 tahun Annuar Musa menjadi timbalan pengerusi Umno Kelantan, Umno tetap juga kalah. Umno tidak mengalami apa-apa perubahan, statik dari segi sokongan. Keadaan itu membuktikan Annuar gagal dalam politik. Dia sendiri sudah tiga kali kalah.

Apapun bagus kalau Mustapa, Awang Adek atau Annuar Musa teringatkan Tengku Razaleigh. Seharusnya begitulah kalau Umno ingin kuat dan bercita-cita untuk merampas Kelantan. Pemimpin masa kini perlu mendekati dan mendampingi pemimpin veteran yang berjasa seperti Tengku Razaleigh dan lain-lain itu. Tanpa kerjasama dan komitmen Tengku Razaleigh agak mustahil untuk Umno dapatkan Kelantan. Rahsia kekuatan Umno masih ditangan Tengku Razaleigh. Hakikat ini kena diterima.

Sepatutya mereka bertiga tidak 'buat huduh' kepada Tengku Razaleigh. Mereka tidak patut melupai Tengku Razaleigh. Sepatutnya mereka mengunjungi Tengku Razaleigh bukan hari tetapi sejak lama dulu. Mereka perlu dekat dan belajar daripada bekas Menteri Kewangan itu bagaimana hendak mencabar Pas. Mereka perlu menjadikan Tengku Razaleigh sebagai biduwanda tua yang memiliki seribu kemahiran.

Saya telah catat dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, dalam sejarah hidup Tengku Razaleigh beliau telah berjaya menjatuhkan dua kerajaan di Kelantan. Pada tahun 1978 beliau telah menumbangkan kerajaan Pas ketika. Dan pada tahun 1990 bersama Pas beliau telah menumbangkan kerajaan Umno yang dibinanya pada tahun 1978.

Tidak siapa dapat nafikan kejayaan-kejayaan ini adalah hasil daripada kerja dan strategis halus politik Tengku Razaleigh.

Sejarah itu sepatutnya dikenang oleh Mustapa, Awang Adek dan Annuar Musa yang boleh dianggap sebagai anak dan adek Tengku Razaleigh. Sayangkan mereka terlupa dan tidak melihat kehebatan Tengku Razaleigh itu. Mereka 'semabu mata' dengan pandangan dan kata-kata Mahathir Mohamad yang mengecam dan 'buat huduh' kepada Tengku Razaleigh. Annuar Musa terutamanya terbelit dalam air ludah Mahathir.

Tengku Razaleigh seorang yang gentleman dan berhemat tinggi. Dia masih terima kunjungan tiga 'pahlawan botol' itu. Beliau masih sediakan air dan kueh mueh. Kalau saya jadi anak raja itu, usahkan jamu kueh, terima masuk ke dalam rumah pun tidak. Cukuplah dengan apa yang mereka lakukan kepada Tengku Razaleigh selama ini yang melupai asal usul dan masinnya budu saat Tengku Razaleigh turun gelanggang menentang musuh.

Wajar kalau Tengku Razaleigh berbuat begitu. Apa yang mereka bertiga itu dan para pemimpin Umno Kelantan tidak lakukan kepadanya. Annuar Musa jika boleh diungkitkan dialah orang yang mengkhinanti dan derhaka kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Dialah orang yang berkata, "saya sayangkan Tengku Razaleigh, tetapi saya lebih sayangkan Umno", ketika berlaku perlawanan di antara Tengku Razaleigh dengan Mahathir untuk merebut jawatan presiden.

Apa maksud Annuar Musa itu. Dia rela membelakangkan kawan dan sahabat dari negeri sendiri dan mengangkat Mahathir setinggi langit. Nah, hari ini ketika Umo Kelantan tercungkap-cungap untuk merampas Kelantan mereka menebalkan muka datang berlutu di depan Tengku Razaleigh.

Begitu juga dengan Mustapa Mohamad dan Awang Adek, lebih kurang sama dengan perangai dan jahat budi Annuar Musa. Semasa Tengku Razaleigh bercadang hendak mencabar Abdullah Badawi untuk jawatan presiden kerana beliau nampak Abdullah tidak mampu memimpin parti dan kerajaan, kedua ketua bahagian ini tidak sudi pun memberi pencalonan kepadanya. Mereka lupa nama Tengku Razaleigh tetapi ingat nama Abdullah.

Mengenang perbuatan dan jahat budi itu sepatutnya Tengku Razaleigh tidak melayani mereka apa lagi untuk memberi nasihat dan formula terbaik dalam politik. Tetapi Tengku Razaleigh bukan seperti saya yang memang tidak boleh masuk parti politik; Tengku Razaleigh seorang yang berhemat, tinggi budi dan sedia melupai perbuatan huduh orang ke atasnya. Inilah kelebihan dan keistimewaan Tengku Razaleigh yang saya lihat kontras dengan dirinya sebagai anak raja yang selalunya sepatutnya ego dan sombong.

Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, kenapa huduh perangai orang Umno Kelantan terhadap Tengku Razaleigh? Saya juga mencari apakah dosa Tengku Razaleigh terhadap Umno Kelantan sehingga kebaikan yang dibuatnya tidak diingati. Sikap huduh perangai inilah yang melemahkan Umno. Kalau mereka sepadu dan sepakat menyokong sesama mereka, sudah lama Umno Kelantan berjaya merampas Kelantan. Atau pun sudah lama negeri Kelantan mendapat seorang perdana menteri sama seperti Johor, Pahang dan Kedah.

Saya masih ingat sewaktu kali pertama Tengku Razaleigh hendak melangkah ke jawatan nombor dua beradu kekuatan (bertanding) dengan Musa Hitamn, (1982) orang Kelantanlah juga yang mengkhianti Tengku Razaleigh. Bahagian Rantau Panjang yang dipimpin Hussein Ahmad (Hussein Serama) awal-awal mencadangkan nama Musa Hitam.

Begitu juga dengan Muhammad Yaacob (Allahyarham) yang boleh jadi MB kerana Tengku Razaleigh juga tidak menyokong Tengku Razaleigh. Seorang lagi ialah Ketua Umno bahagian Kuala Krai Dr Nik Hussein Abdul Rahman. Orang-orang inilah menjadi penentang Tengku Razaleigh, kawan melupai kawan.

Manakala kali kali kedua Tengku Razaleigh mencuba, kali ini untuk jawatan nombor satu berlawan dengan Mahathir, (1987) orang Kelantan juga tidak memberi sokongan padu kepadanya. Sekali lagi Hussein Ahmad menjadi sang bota jaguh menolak Tengku Razaleigh. Dan kali ini ia dikuti sama oleh Annuar Musa.

Saya pernah menghimbau perkara ini, kegagalan Tengku Razaleigh untuk menjadi pemimpin nombor satu negara disebabkan sikap rakannya sendiri dari Kelantan. Kekecewaannya ialah kerana pemimpin Umno Kelantan tidak dapat melihat dan membezakan di antara intan dengan kaca. Mereka lebih terpesona dengan kaca dari luar Kelantan dengan intan yang berada di bawah telapak kaki mereka. Pemimpin Umno Kelantan dari dulu dan kini tidak merupakan jauhari yang mengenali maknikam.

Seperti dikatakan tadi, tindakan Mustapa, Awang Adek dan Annuar berjumpa Tengku Razaleigh elok untuk Umno Kelantan. Tetapi kalau Tengku Razaleigh tidak memenuhi kesemua kehendak mereka jangan marahkan beliau. Sebab sebagai manusia Tengku Razaleigh juga ada hati dan perasaan. Sebaik-baik Tengku Razaleigh dia juga ada sejuris perasaan amarah. Apa lagi selalu terjadi saat Umno Kelantan berada dalam keadaan bahaya, air di paras hidung barulah ada orang terhegeh-hegeh datang untuk meminta sufaat dan berkat darinya.
tang meminta tolong nya.

Iya Tengku Razaleigh baik, humble, berhemat dan berbudi pekerti tetapi dia juga ada prinsip dan maruah yang menjati dirikan dia sebagai seorang pemimpin bersifat negarawan. Kalau mereka bertiga jujur menjelang perhimpunan agung Umno yang melibatkan pemilihan nanti cadang dan sokonglah Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan presiden? Bolehkah? [wm.kl.8:36 pm 01/03/12]

Tiada ulasan: