Ahad, 25 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hasan Ali Diingat Supaya Jangan Kurang Ajar

Posted: 24 Mar 2012 11:56 PM PDT

Kota Bahru - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diingat tidak terlalu ghairah memburukkan nama Pas melalui siri jelajah yang diadakan di seluruh negara.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun mengingatkan perkara tersebut memandangkan pihaknya turut mempunyai bukti terdapat beberapa kes yang menunjukkan Hasan tidak melaksanakan tugas dengan baik semasa menganggotai parti itu.


Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut memandangkan Hasan merupakan bekas ahli Pas, sekali gus kesan dirasai oleh parti itu sendiri.

"Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan oleh Azmin Ali (Adun Gombak Setia), tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa ia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita juga akan terpalit," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan tiga perkara berkenaan dengan Hasan ketika menyertai perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Fatah yang juga bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu mengambil berat dakwaan yang dibuat Hasan ketika siri jelajah di negeri ini kerana ia tidak menjejas imej Pas negeri mahupun peringkat pusat.

"Dia pernah ke Kelantan dan menyebut beberapa perkara tetapi kita mengambil sikap berdiam diri kerana ia kita tidak terjejas dengan dakwaan tersebut, tetapi sekiranya ia melampaui batas kita sedia sebut apa yang ada dalam simpanan kita," katanya.

-Sinar Harian


Pusat Fidlot Milik Ali Rustam

Posted: 24 Mar 2012 10:51 PM PDT




"Negeri Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau". Itulah tema sebuah negeri Melaka yang agak kontroversi kemajuannya. Adakah mereka faham apa itu Bandar Teknologi Hijau dengan Bandar Hijau? Jika diperhatikan di Melaka mengikut sumber dari seorang JKKK yang rapat dengan aku bahawa Melaka sebenarnya bukan Bandar Teknologi Hijau sebaliknya Bandar Hijau.

Kata JKKK itu, Melaka tidak layak digelar Bandar Teknologi Hijau memandangkan tiada teknologi yang boleh dibanggakan. Mengapa JKKK itu berkata demikian mengenai Bandar Hijau kerana Melaka penuh dengan tumbuhan hiasan yang menghijau ditepi jalan dan itu yang dikatakan Bandar Hijau namun itu berlaku hanya di bandar dan tidak berlaku diluar bandar.

Berbalik kita kepada gambar yang di emel kepada aku pada tengahari tadi, banyak lembu terbiar bersepah di tepi jalan. Bagaimana lembu ini boleh dibiarkan meragut rumput di tepi jalan dan adakah itu ladang fidlot yang diusahakan oleh Ali Rustam. Lembu terbiar ini boleh membahayakan pengguna jalan raya kerana dekat dengan tepi jalan seperti dalam gambarajah di atas.

Adakah lembu ini pemberian Kak Ijat kepada Abang Ali? Kalau nak tahu cuba tanya sendiri Ketua Menteri Melaka. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus memainkan peranan supaya lembu yang berkeliaran ini tidak mencacatkan pemandangan Negeri Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau ini.

http://kijang59.blogspot.com/2012/03/pusat-fidlot-milik-ali-rustam.html


Ops Tapis: YB Dari BN Antara 27 Diperiksa

Posted: 24 Mar 2012 09:15 PM PDT

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.


Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).



Ku Li Keluar Umno

Posted: 24 Mar 2012 06:37 PM PDT

Ku Li Buat Pengumuman Penting 8hb April Ini ??

Selepas Kadir Keluar UMNO, Ku Li Buat Pengumuman Penting 8hb April Ini
Selepas bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir mengisytiharkan keluar daripada UMNO, masa depan politik Ku Li turut menjadi bualan rakyat. Ini kerana selain mereka berdua berada dalam NGO yang sama iaitu Amanah Merdeka di mana Ku Li adalah Presidennya dan Kadir pula Timbalan Presiden, kedua-duanya juga dilihat agak kritikal terhadap UMNO kebelakangan ini.

Sementara Kadir lantang mengkritik soal kepimpinan UMNO yang rasuah dan tidak boleh dikritik, Ku Li pula kritikal terhadap beberapa perkara dasar yang dilakukan pentadbiran Najib. Selain menggerakkan Amanah Merdeka untuk menentang rasuah, kronisme dan nepotime, Ku Li juga menyokong perjuangan menuntut hak royalti minyak untuk rakyat Kelantan serta menentang penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia yang dianggap akan merugikan peneroka dalam jangka panjang.


Pendirian Ku Li yang tidak sealiran dengan kepimpinan Najib menyebabkan banyak pihak meramalkan bahawa beliau juga akan bertindak meninggalkan UMNO dan menjadikan Amanah Merdeka sebagai sebuah parti politik untuk menyertai Pakatan Rakyat menghadapi pilihanraya umum akan datang ini.

Kedudukan Ku Li bersama UMNO tambah menjadi persoalan apabila terdapat kumpulan tertentu dalam UMNO Gua Musang yang cuba menolak beliau sebagai calon dalam pilihanraya akan datang. Kumpulan 16 yang cuba menyingkirkan Ku Li itu sudah mengeluarkan beberapa kenyataan dalam media dan ini menjadikan kedudukan Ku Li semakin rapat dikaitkan dengan Pakatan Rakyat sekiranya beliau diketepikan oleh UMNO.

Ku Li sendiri lebih banyak berdiam diri dan seringkali mengelak daripada menjadi sasaran lampu sorot media. Amanah Merdeka yang dilancarkannya pertengahan tahun lalu juga tidak begitu menonjol sebagaimana NGO-NGO lain yang diketuai oleh tokoh politik yang sering saja muncul menonjolkan diri di dada-dada media memberi pelbagai pandangan tentang perkembangan semasa politik negara.

Amanah Merdeka sejak ditubuh, dilancar dan diluluskan pendaftarannya lebih memilih pendekatan berdiam diri. Namun Ku Li dalam waktu yang sama kerap pula bercakap dan dijemput memberi ucapan di pelbagai program atas kapasiti peribadi sebagai veteran UMNO dan bekas Menteri Kewangan yang banyak pengalaman. Dan sering pula ucapan atau pandangan beliau itu kelihatan kritikal, berbeza dan tidak selari dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan Najib.

Maka tidak hairan soal masa depan Ku Li dan Amanah Merdeka yang dipimpinnya terus menjadi bualan dan perhatian. Selepas Kadir keluar UMNO, nama Ku Li sekali lagi dikaitkan sama.

Setelah lama menyepikan diri sejak ditubuhkan, Amanah Merdeka buat pertama kalinya akan mengadakan Hari Keluarganya yang dianjurkan oleh Amanah Merdeka Selangor pada 8hb April depan di Tanamera, Batu 20 Jalan Kuala Selangor, iaitu berhadapan Penjara Sungai Buluh.

Semua pimpinan Tertinggi Amanah Merdeka yang diketuai oleh Ku Li akan menghadiri Hari Keluarga tersebut bersama-sama dengan ahli-ahli Amanah Merdeka Selangor dan juga dari seluruh negara.

Memandangkan ini adalah program pertama Amanah Merdeka sejak dilancarkan penubuhannya oleh Ku Li dan persoalan mengenai masa depan Ku Li sendiri menjadi bualan, tidak mustahil dalam perjumpaan dengan ahli-ahli di Hari Keluarga itu nanti Ku Li yang dijadual akan berucap merasmikannya akan turut merungkai persoalan yang bukan saja bermain di kepada rakyat tetapi juga di kalangan ahli Amanah Merdeka sendiri.

Meskipun pelbagai acara sudah diatur untuk memeriahkan Hari Keluarga itu tetapi persoalan mengenai masa depan Amanah Merdeka dan pendirian Ku Li sendiri dilihat akan menjadi keutamaan mereka yang hadir di Hari Keluarga itu nanti. Tidak mustahil juga kiranya terdapat permintaan atau pertanyaan yang ditujukan oleh ahli-ahli Amanah Mereka berkaitan pendirian Ku Li berkenaan soal politik semasa pada hari tersebut nanti.

Apa pun, dengan suhu politik yang semakin panas hari demi hari dan tarikh pilihanraya menjadi penantian kepada ramai orang, Hari Keluarga Amanah Merdeka pada 8hb April ini jika muncul sesuatu perkhabaran yang mengejutkan dari mulut Ku Li sendiri, ia pastinya menjadi bualan yang berpanjangan bukan saja sehingga pilihanraya tetapi juga mungkin mempengaruhi keputusan pada pilihanraya umum nanti.

Sama-samalah kita tunggu dan saksikan apa yang bakal terjadi pada 8hb April nanti.

Nizar/Coretanku


PANAS - Ahmad Sabery Chek Parah Dipukul Gengster Pakatan Rakyat

Posted: 24 Mar 2012 05:58 PM PDT

Pakatan bertindak seperti gengster halang program - Ahmad Sabery Chik

Permatang Pauh - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh petang kelmarin.

Ahmad Shabery yang juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.


"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Ahmad Shabery berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster. - BERNAMA



# gambar dari blogger Generasi Pejuang Bangsa.



Adun Umno Yang Songlap Tanah Di Terengganu Didedahkan

Posted: 24 Mar 2012 05:12 PM PDT

SETIU, 24 Mac: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut akan mendedahkan nama-nama ADUN dan Ahli Parlimen Umno Terengganu yang mendapat tanah seluas satu hektar seorang pada satu sidang media di Pejabat PAS hari ini.

"rakyat susah nak dapat tanah, ADUN dia (Umno) dapat tanah, ahli parlimen dia dapat, jadi Mad said (MB Terengganu) suruh saya dedah, lusa (24 Mac Mac) saya akan dedah lah,"tegasnya dua hari lepas sebagaimana yang dilaporkan Buletinonline.net.

Pada minggu lalu, Wahid telah mendedahkan bahawa Umno dan Barisan Nasional Terengganu tekah mengagih-agihkan tanah kepada wakil-wakil rakyat termasuk ahli parlimen sedang pada masa yang sama tanah-tanah rakyat termasuk tanah sekolah agama dirampas.


Selain itu, rakyat yang bernasib baik mandapat tanah daripada kerajaan negeri hanya menerima 1 lot tapak rumah berbanding 1 hektar tanah yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat yang boleh diecahkan kepada 20 lot tanah yang sama dengan saiz tanah yang diterima rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu bersama Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan Terengganu mengadakan lawatan kerja ke DUN Jabi, yang merupakan salah satu DUN sasaran PAS untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain program Minum Petang, mereka mendengar taklimat dari bilik gerakan DUN Jabi dan bertemu dengan semua jentera DU dalam Majlis Taklimat serta Penerangan pada sebelah malamnya.


Puji Pengerusi PAC

Abdul Wahid juga memuji sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira dan Wang Negara (PAC) Dato' Seri Azmi Khalid yang bertegas mahu Jawatankuasa Parlimen itu menyiasat Dana Awam yang digunakan oleh Syarikat Lembu dan Daging Negara (National Fidlot Corporation – NFC).


Beliau yang merupakan anggota Parlimen Kuala Terengganu memaklumkan bahawa beliau sendiri berjumpa Ahli Parlimen Padang Besar itu di Parlimen beberapa hari lalu.

"Dia (Azmi Khalid) kata nak terus juga siasat, ia (PAC) dalam bidang kuasa parlimen pasal (NFC) melibatkan harta kerajaan,

"jadi apa juga yang dilapor tentang penyelewengan dia (PAC) kena siasat,"ujarnya ketika ditemui dalam program Minum Petang Santai Bersama Rakyat Jabi disini pada Khamis 22 Mac.

Menurut Wahid, Yang DiPertua (Speaker) Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menghalang siasatan itu kerana kata Pandikar Amin kes NFC telah berada di mahkamah.

Justeru, Speaker berkata oleh kerana itu, ia tidak boleh disiasat oleh PAC.

Namun begitu kata Wahid, Azmi bertegas mahu meneruskan siasatan walaupun kes NFC beada di mahkamah kerana PAC tidak menganggu kerja-kera mahkamah.

"Dia (Azmi Khalid) kata, (kes NFC) di mahkamah itu kerja mahkamah lah, PAC tidak ganggu, mahkamah buat kera mahkamah dan PAC buat kerja PC,"jelasnya.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/03/pendedahan-pertama-nama-nama-yb-umno.html


Anwar Dihati Rakyat - Suatu Yang Tak Mampu Dilakukan Oleh Umno

Posted: 24 Mar 2012 07:55 AM PDT

The attraction of a true leader!! Anwar speaking to Rakyat at zero distance at Kepala Batas, Penang

Pakatan hanya perlu 100 kerusi untuk ambil alih Parlimen

Posted: 24 Mar 2012 05:26 AM PDT

Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".

Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.

"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.


"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.

Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.

"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.

Ketiga-tiga parti pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.

Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah sejak kemerdekaan.

Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN.

Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan kemenangan pilihan raya kecil.

Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan menjamin masa depan Najib.

Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.

Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki kuasa memerintah.

Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."


Pahang Akan Dapat MB Yang Loklaq Jugak..

Posted: 24 Mar 2012 05:11 AM PDT

ROMPIN – Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menafikan 'khabar angin' yang kini bertiup kencang mengaitkannya sebagai calon sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob.

Jamaluddin berkata, terdapat sesetengah pihak atau blog-blog tertentu, yang proparti pembangkang yang cuba mencetuskan isu jawatan Menteri Besar Pahang sedangkan perkara berkenaan tidak pernah ditimbulkan Umno.

Menurutnya, beliau kesal dengan laporan blog-blog milik pembangkang kerana berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada di dalam Umno itu sendiri.


"Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang bertujuan mahu melaga-lagakan perpaduan yang sedia ada di dalam Umno, dan saya ingin menasihatkan semua ahli Umno agar lebih berhati-hati dengan isu yang ditimbulkan oleh pihak berkepentingan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin yang bertiup kencang yang meramalkan Jamaluddin sebagai calon paling sesuai dan layak menerajui Umno Perhubungan Negeri bagi menggantikan Adnan.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, keputusan untuk meletakkan siapa saja calon di peringkat negeri terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan.


Tiada ulasan: