Khamis, 15 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


MB Selangor hairan ditukar kawasan mengundi

Posted: 15 Mar 2012 04:19 AM PDT


Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

NONEMohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.

MK



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pegawai kanan Felda ditugas 'gunting akhbar' di JPM

Posted: 14 Mar 2012 10:42 PM PDT

Setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) Abidin Abdul Rahman dilaporkan telah 'disingkirkan' ke Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Abidin yang juga adalah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, kata Mahfuz, hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar untuk perpustakaan di jabatan itu sejak 1 Mac lalu.

Menurut beliau, Abidin terpaksa menanggung akibatnya apabila menyuarakan kebimbangan ahli pada Disember lalu berhubung cadangan melantik Isa, yang merupakan pengerusi Felda untuk memimpin KPF. Langkah itu dianggap melanggar peraturan koperasi.

Mahfuz berkata Abidin memaklumkan bahawa beliau hanya akan menerima pelantikan Isa sebagai pengerusi KPF jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu adalah seorang ahli koperasi.azlan"Dan untuk menjadi ahli, Isa mestilah sama ada seorang peneroka Felda atau kakitangan operasinya," kata Mahfuz kepada Malaysiakini semalam.

Mahfuz juga mendakwa bahawa pada asalnya lembaga pengarah Felda mencadangkan supaya Abidin dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi oleh  kerana Felda adalah sebuah badan berkanun manakala JPA adalah entiti kerajaan, maka, ia tidak menjadi kenyataan.Beliau ke Jabatan Perdana Menteri, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Ini tindakan memalukan (oleh kerajaan) untuk mengaibkan pegawai kerajaan," kata Mahfuz.Sebelum ini, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab pula terpaksa mengambil cuti belajar selama sembilan bulan kerana membantah pelantikan Isa.

Adalah difahamkan juga kedua-dua pegawai kanan Felda itu juga membantah cadangan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.-malaysiakini
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: