Sabtu, 31 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jamil Khir beri 14 hari kepada Shamsul Iskandar untuk minta maaf..

Posted: 31 Mar 2012 06:51 AM PDT


YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah.


Jamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

"Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu…difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam tv yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat sini.


- Bernama

Siapa pindah alamat tempat mengundi pengundi ini?

Posted: 31 Mar 2012 02:30 AM PDT

Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Zawawi menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain
Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.


"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," katanya kesal.

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun," katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" katanya.


Harakahdaily

Scandal NFC: Samanlah.. minggu depan kami akan dedahkan lagi - Rafizi

Posted: 31 Mar 2012 12:46 AM PDT


SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan, beliau dan rakan-rakannya dalam parti itu menghormati hak NFCorp untuk menyaman pihaknya berhubung siri pendedahan yang telah dibuat, tetapi tidak akan tunduk kepada ugutan bahawa akan dikenakan tindakan undang-undang.


Semalam, NFCorp membuat kenyataan media bahawa telah membuat satu laporan polis terhadap Rafizi, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Wanita parti, Zuraida Kamaruddin mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta.

Nurul Izzah dan Zuraida merupakan Ahli Parlimen.

Kesalahan itu kononnya dilakukan ekoran tindakan Rafizi, Nurul Izzah dan Zuraid mendedahkan pembelian lapan unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wnaita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarga beliau dalam pembangunan KL Eco City pada satu sidang akhbar bulan lalu.

Shahrizat tidak akan kekal sebagai anggota Kabinet apabila tempoh perkhidmatan sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Sementara saya menghormati hak NFCorp dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFCorp supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan golongan elit," kata Rafizi dalam satu kenyataan media, hari ini.

Rafizi yang membuat siri pendedahan sejak awal November lalu berlalu berkata, beliau sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes semasa.

"Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFCorp dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku dalam NFCorp dibongkar wajib dihormati," katanya lagi.

Malah Rafizi juga berkata, laporan polis NFCorp semalam tidak sedikit pun mengganggu perancangan PKR untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.


Sinar Harian

Inikah sebabnya UMNO Pulau Pinang mahu Guan Eng wakafkan tanah tapak Masjid Bayan Mutiara?

Posted: 30 Mar 2012 08:50 PM PDT


Di Pulau Pinang selepas selesai solat Jummat semalam, beberapa orang yang kononnya mendakwa diri mereka mewakili berbagai NGOk telah mengadakan deonstrasi bagi mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang mewakafkan tanah tapak Masjid Bayan Mutiara.

Gambar-gambar dari demo tersebut sila lihat di ( SINI )
Tanah tersebut kini adalah milik pihak Ivory Group, yang memperolehinya melalui tender terbuka yang telah disertai oleh empat Syarikat.

Penjelasan mengenainya sila baca di ( SINI )

Perlu kita ketahui macai-macai yang bertempik ditepi jalan itu hanyalah sekumpulan manusia yang telah berjaya diperbodohkan oleh segelintir pemimpin UMNO Pulau Pinang.

 Ini kerana telah terjadi di Pulau Pinang satu kawasan tanah wakaf iaitu Tanah Wakaf Abdul Qauder Jalan Mengkuang, Bagan Luar.

Penduduk di situ yang kebanyakkannya adalah penyokong tegar UMNO sendiri telah dihalau keluar oleh pemimpin UMNO kawasan tersebut, kerana tanah tersebut akan dimajukan..

Baca pendedahan oleh Cats Thinker ini..


Assalamualaikum,Salam Sejahtera.

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau?hehehehhe.

Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman.

"Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).


CT cuma nak tanya Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan. Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan?

Bukankah beliau telah berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!!

Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit!Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?


CT nak membangkitkan nostalgia lama tapi tak lama sangat le!hehehehehe..

Orang Melayu di Tanah Wakaf Abdul Qauder Jalan Mengkuang, Bagan Luar dihalau keluar daripada tanah yang diduduki dengan rakus sekali. Siapa yang halau? UMNO yang halau!!!

Sebab nak buat Projek Pangsapuri bernilai RM50 Juta. Siapa yang dapat projek? teka la sendiri!!!


Penduduk-penduduk di Jalan Mengkuang memang kuat semangat. Hampir kesemuanya adalah ahli UMNO yang tegar.

Penyokong kuat UMNO. Tetapi akhirnya Pemimpin UMNO jua lah yang mengorbankan mereka demi mendapat dan mengejar kekayaan!!!

Siapa yang mendapat laba dalam hal ini kalau bukan pemimpin UMNO sendiri?


Cats Thinker

Isu Tapak Masjid: Ketua AMK Pulau Pinang kata Ketua Pemuda UMNO bodoh,,

Posted: 30 Mar 2012 06:00 PM PDT


Sekali lagi KetuaPemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalammenyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!


PENJUALAN TAPAK MASJID DAN SEKOLAH ADALAH SATU FITNAHOLEH PEMUDA UMNO


Dalam hal pentadbiranKerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yangtelah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemajusekali lagi pihak UMNO menyerlahkan ketidak prihatinan mereka dalam halpembangunan.

Yang telahmemutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IRShaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinangmenjual tapak tersebut.

Shaik Husseinberkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sepertiyang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasasatu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumipembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dantapak masjid.

Namun, beliauberkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu denganharga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projekpembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Berikut adalahpenjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..
Kenyataan yangdikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau tentang penjualan tanah secararundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.

Ini kerana SyarikatIvory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yangdipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Syarikat Ivory Groupadalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikatyang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial DevelopmentLtd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidakmembayar "earnest deposit" sebanyak RM1.2 juta).

Oleh kerana Ivorytelah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besarRM1.072 bilion, mereka telah dipilih.

Dalam hal kononnyaKerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dansekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak tahu menahuakan hal ehwal perancangan pembangunan.

Perlu kita ketahui bahawabagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah,pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalampelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antarasyarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan merekadiluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran.

Namun begitu 'MasterPlan' tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancanganpembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membelitanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pulakerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelanasal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPPpada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telahdijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada TuanTanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanahtersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syaratpihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Syarat-syarat inijuga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Tidak timbul soaltapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belumdilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milikkepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milikkepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaranuntuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF)dikeluarkan.

Dan perlu kita fahamijuga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelanpembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkinsama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yanghendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group..

Sekali lagi KetuaPemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalammenyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

Bagaimana beliauboleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjidsedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milikpemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambilalih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebutdiserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi..

Di sini saya bagipihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami ataumemahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.

AMK juga menggesapihak Syarikat Ivory Group supaya mempamirkan pelan pembangunan induk (MasterPlan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat olehpihak awam.

Dan disamping itupihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebutsecara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan dizamanpemerintahan UMNO/BN dulu.

Amir Haji Ghazali
Ketua AMK Pulau Pinang


Tiada ulasan: